The Alien - Link Select

Khamis, 28 Mei 2015

Q.S. AL-HIJR 15 : 34-36 ???

ALLAH S.W.T
Berfirman :
Allah berfirman: "Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir.  "Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat". Iblis berkata:" Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)".
  [ Q.S. AL-HIJR 15 : 34-36 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Adalah para nabi itu diutus kepada kaumnya sedang aku diutus kepada seluruh manusia.”
Daripada Jabir bin Abdillah R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari & Imam Muslim Ra. A. ]

“Lonceng itu adalah seruling Syaitan.”
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

“Para Malaikat tidak akan menyertai perkumpulan/rombongan yang di dalamnya ada Anjing atau Loceng (yang biasa dikalungkan di leher haiwan, pen.).”
Daripada Abu Hurairah R.A
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

Rabu, 27 Mei 2015

Q.S. AL-HIJR 15 : 31-33 ???


ALLAH S.W.T
Berfirman :
Melainkan Iblis; ia enggan turut bersama mereka yang sujud.  Allah berfirman: Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?".  Iblis menjawab: "Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya".
  [ Q.S. AL-HIJR 15 : 31-33 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Orang Islam yang paling baik ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya”.
Daripada Abdullah bin Amr bin Ash R.A
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

"Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum ia mencintaiku melebihi daripada cintanya kepada anaknya, kepada bapanya dan kepada manusia semuanya.”
Daripada Anas bin Malik R.A
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

 “Siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada tetangganya. Siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya, dan siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”
Daripada Abu Hurairah R.A dan Abu Syuraikh Al-Khuza’iy R.A
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

“Kamu tidak dapt masuk syurga, sebelum kamu beriman, dan kamu belum dapat dikatakan mukmin sebelum kamu kasih mengasihi satu sama lain. Sukakah kamu aku tunjukkan jalan untuk berkasih-kasihan? Galakkanlah salam antara sesamamu.”
Daripada Abu Hurairah R.A

[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

Selasa, 26 Mei 2015

Q.S. AL-HIJR 15 : 28-30 ???

ALLAH S.W.T
Berfirman :
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.  "Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) -Ku, maka hendaklah kamu sujud(Hormat) kepadanya.  (Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali, -
[ Q.S. AL-HIJR 15 : 28-30 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
 “Orang kaya (berkemampuan) yang melambat-lambatkan (membayar hutang, zakat harta dan lain-lain kewajipan yang perlu dibayarnya) adalah zalim. Apabila seorang di antara mu dipindahkan hutang piutangnya kepada orang yang berpunya (kaya) hendaklah diturutinya (ditagih).”
Daripada Abu Hurairah R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]

 “Seorang Muslim yang menanam pohon atau tanam-tanaman, lalu sebahagian hasilnya dimakan burung, manusia atau binatang maka orang yang menanam itu mendapat pahala.”
Daripada Anas R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]

 “Siapa yang memelihara anjing; selain anjing penjaga perkebunan atau penjaga ternak maka pahala amal orang itu berkurang setiap harinya satu ‘qirath’ (ukuran timbangan yang bermaksud sebahagian)."
Daripada Abu Hurairah R.A
 [ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]



Isnin, 25 Mei 2015

Q.S. AL-HIJR 15 : 25-27 ???

ALLAH S.W.T
Berfirman :
Dan sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang menghimpunkan mereka semuanya; sesungguhnya Ia Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.  Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.  Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.
[ Q.S. AL-HIJR 15 : 25-27 ]

RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Malaikat diciptakan dari Nur (cahaya). Jin diciptakan dari Marij (api). Dan Adam diciptakan dari apa yang disifatkan kepada kalian. (yaitu dari Tanah)"
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. - 2512 ]

"Jin terdiri atas tiga kelompok: satu kelompok memiliki sayap mereka terbang di udara dengannya, satu kelompok berbentuk ular dan anjing, dan satu kelompok lagi berdiam diri di tempatnya dan melakukan petualangan."
[ H.R.S : Imam Thabroni, Al-Hakim dan Al-Baihaqi Ra. A. ]

"Janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian sebagai kuburan, sesungguhnya Syaitan-Jin akan lari dari rumah-rumah yang dibacakan di dalamnya surat Al-Baqarah."
Daripada Abu Hurairah R.A
 [ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

“Wahai anak cucu Adam, sesungguhnya SYAITAN itu musuh kamu yang nyata dan NAFSU adalah musuh kamu yang tersembunyi.  Berhati-hatilah dan berlindunglah kepada ALLAH dari kedua-duanya sepertimana kamu menjauhkan diri dari api yang membakar.”

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A

Ahad, 24 Mei 2015

Q.S. AL-HIJR 15 : 22-24 ???



ALLAH S.W.T
Berfirman :
Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.  Dan sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Kamilah yang kekal memiliki segala-galanya.  Dan sesungguhnya Kami telah mengetahui orang-orang yang segera (berbakti) di antara kamu, dan sesungguhnya Kami telah mengetahui orang-orang yang lambat.
[ Q.S. AL-HIJR 15 : 22-24 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
 “Kota Madinah haram (kota suci) dari batas situ ke situ. Pohonnya tidak boleh ditebang dan tidak boleh melakukan kejahatan di dalamnya. Barangsiapa melakukan kejahatan, ia akan mendapat kutuk(an) Allah, kutuk malaikat dan manusia seluruhnya.”
Daripada Anas R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]

 “Tidak akan dapat masuk ke Madinah, Al-Masih Ad-Dajjal yang ditakuti. Madinah ketika itu mempunyai tujuh buah pintu. Pada tiap-tiap pintu terdapat dua orang malaikat.”
Daripada Abu Bakrah R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]

 “Di jalan-jalan masuk ke Madinah ada malaikat. Kerana itu tidak dapat masuk ke dalamnya penyakit taun (penyakit berjangkit) dan tidak pula Dajjal.”
Daripada Abu Hurairah R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]

“Semua negeri akan diinjak oleh Dajjal, melainkan Mekah dan Madinah. Di mana setiap jalan masuk ke dalam kedua kota itu dijaga oleh malaikat dengan berbaris. Kemudian Madinah goncang (dengan) tiga kali goncangan, maka ketika itu Allah SWT mengeluarkan semua orang kafir dan munafik.”
Daripada Anas bin Malik R.A
 [ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]


Jumaat, 22 Mei 2015

Q.S. AL-HIJR 15 : 19-21 ???



ALLAH S.W.T
Berfirman :
Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. Dan Kami jadikan untuk kamu pada bumi ini segala keperluan hidup, juga Kami jadikan makhluk-makhluk yang kamu bukanlah orang yang sebenar menyediakan rezekinya. Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar dan masa yang tertentu.
[ Q.S. AL-HIJR 15 : 19-21 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
"Tidak sempurna iman seseorang kamu sebelum ia menyukai untuk saudaranya (sesama Islam) apa yang disukainya untuk dirinya sendiri."
Daripada Anas R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]

"Tanda orang munafik ada tiga :  Apabila berbicara ia dusta,  Apabila ia berjanji ia menyalahi janji  dan  Apabila diamanahkan ia berkhianat."
Daripada Abu Hurairah R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]

"Memaki orang muslim adalah derhaka (fasik) dan membunuhnya kafir."
 Daripada Abdullah R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]

Rabu, 20 Mei 2015

Q.S. AL-HIJR 15 : 16-18 ???

ALLAH S.W.T
Berfirman :
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya.  Dan Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang kena rejam.  Kecuali Syaitan yang curi mendengar percakapan (malaikat di langit), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menyala, yang nyata kelihatan.
 [ Q.S. AL-HIJR 15 : 16-18 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Sesungguhnya Syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam menurut pembuluh darah.”
Daripada Safiyah binti Huyay R.A
 [ H.R.S : Imam Bukhari dan Imam Muslim Ra. A. ]

"Apabila seseorang daripada kalian makan, maka makanlah dengan tangan kanannya dan apabila minum, maka minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana sesungguhnya, Syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya. "
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]

"Menguap adalah daripada Syaitan. Maka apabila seseorang daripada kalian menguap, tahanlah sedaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang kalian menguap sambil berbunyi 'Haaa', maka ketawalah Syaitan. "
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]


“Suami yang terbaik ialah suami yang sentiasa tidak lupa mengingatkan isterinya tentang Solat.”
UMMI AISYAH A. RAHIM