The Alien - Link Select

Jumaat, 9 Mei 2014

KHATAN ???

ALLAH S.W.T
berfirman:
 “Kemudian Kami (ALLAH) telah mewahyukan kepadamu supaya mengikut
agama Ibrahim yang suci.”
(Qur’an Surah al-Nahl : 123)

“Allah berfirman lagi kepada Abraham,
Engkau juga mesti bersetuju untuk setia kepada Perjanjian itu, engkau dan keturunanmu turun-temurun. Engkau dan semua keturunanmu yang lelaki mesti disunat (KHATAN). Mulai hari ini engkau mesti menyunatkan setiap bayi lelaki apabila dia berumur LAPAN HARI. Ini termasuk hamba yang lahir di dalam rumahmu dan hamba yang dibeli daripada bangsa asing. Sunat itu akan menjadi tanda perjanjian antara engkau dan Aku. Tiap-tiap lelaki mesti disunat; sunat ini akan menjadi tanda jasmani yang menunjukkan bahawa perjanjian-Ku dengan engkau itu abadi. Setiap lelaki yang tidak disunat tidak dianggap anggota umat-Ku kerana dia tidak berpegang pada perjanjian itu.”
Kitab Kejadian, Perjanjian Lama (17:9-14):

*Nabi Ibrahim AS berkhatan pada usia 80 tahun diikuti oleh Nabi Ismail AS dan Nabi Ishak AS.

RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
bersabda :
"Lima perkara yang tergolong dalam fitrah iaitu berKHATAN, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menipiskan misai."
( H.R.S : Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Ahmad dan lain-lain )

"KHATAN itu sunnah buat lelaki dan memuliakan buat wanita."
Daripada Ibnu Abbas
( H.R.S : Imam Ahmad dan Imam Baihaqi )


"Buanglah rambut-rambut kamu yang ada ketika kamu kufur dan berKHATANlah."
(H.R.S : Imam Abu Daud )

"Empat perkara dari sunnah Rasul iaitu: KHATAN, berwangi-wangian, bersiwak, dan nikah."
Daripada Abu Ayyub R.A
( HRS : Imam Al-Tarmizi )

 “RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
dikhatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab.”

Kajian dan Hasil pendapat oleh : Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma'ad