ALLAH S.W.T
Berfirman :
Dan berkatalah pula
Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan
kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri
janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa
mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu
terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi
salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga
tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur
ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya".
Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan
tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya. Dan dimasukkanlah
orang-orang yang beriman dan beramal soleh, ke dalam Syurga-syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dengan izin
Tuhan mereka; ucapan selamat sentiasa mereka dapati (dari malaikat) di dalam Syurga-syurga
itu. Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu
perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik,
yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke
langit.
[ Q.S. IBRAHIM 14 : 22-24
]
RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Mencari ilmu adalah Fardhu bagi setiap Muslim.”
Daripada Anas bin Malik R.A
[ H.R.S : Ibnu Majah [0184] ]
“Barangsiapa yang memilih jalan yang ada
padanya ilmu maka akan Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga.”
[ H.R.S : Imam Muslim Ra.
A. ]
“Tidaklah sesat suatu kaum
setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak
berdebat.”
[ H.R.S : Ahmad dan
Tirmidzi Ra. A. ]
“Aku jamin rumah di dasar
syurga bagi orang yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin
rumah di tengah syurga bagi orang yang menghindari dusta walaupun dalam
bercanda, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaknya.”
[ H.R.S : Abu Daud Ra. A. ]
“Aku boleh berdebat dengan
sepuluh orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah berdebat dengan satu orang
yang Jahil. Kerana orang yang Jahil itu tidak pernah faham
landasan ilmu.”
IMAM MUHAMMAD IBN IDRIS AL-SYAFII Ra. A.
"Hindarilah berdebat
dengan orang Jahil dan Ego. Engkau hanya akan memperolehi kekalahan dan
permusuhan. Tetapi berdebatlah dengan orang yang berilmu dan berkasih sayang. Nescaya
engkau akan perolehi pengetahuan dan kepuasan."
IMAM MUHAMMAD JIBRIL
AL-KHAIR B.A