The Alien - Link Select

Sabtu, 8 Julai 2017

SOLAT???

- SOLAT -
BACAAN SEBELUM MEMULAKAN SOLAT
Dengan nama-Mu Ya Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
“Engkau disanjung, Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari hasutan Syaitan-syaitan Dan aku berlindung kepada-Mu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku. Segala puji bagiMu."


::BERDIRI SOLAT::

ALLAH…
“Ya Allah, Engkau disanjung, Pemelihara semua alam.”
“Tiada Tuhan selain-Mu yang Esa, dan tiada sekutu bagi-Mu.  Tiada sesuatu yang disembah selain-Mu.  Tiada Kuasa kecuali-Mu yang Agung.”

“Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari hasutan Syaitan-syaitan Dan aku berlindung kepada-Mu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku."

Dengan nama-Mu Ya Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih. Segala puji tertentu bagi -Mu yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagi-Mu sekutu dalam urusan kerajaan-Mu, dan tiada bagi-Mu penolong disebabkan sesuatu kelemahan-Mu. Segala puji bagi-Mu, Ya Allah, yang cipta langit dan bumi, dan buatkan gelap dan cahaya. Kuhadapkan mukaku, kepada-Mu yang menjadikan langit dan bumi,  aku cenderung lagi berserah kepada-Mu, Ya Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan-Mu.  Sesungguhnya solatku, dan ibadahku, dan hidupku, dan matiku, untuk-Mu, Ya Allah, Pemelihara semesta alam.  Sekali-kali, tidaklah aku menyekutukan-Mu. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim.”

AL-FATIHAH
Dengan nama-Mu Ya Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
Segala puji bagi-Mu Ya Allah, Pemelihara semua alam. Yang Pemurah, Yang Pengasih. Yang Merajai Hari Agama. Engkau sahaja yang aku sembah, dan kepada Engkau sahaja aku mohon pertolongan. Tunjukkan aku jalan yang lurus, Jalan orang-orang ke atas mereka yang Engkau rahmati, bukan orang-orang yang dimurkai, dan bukan pula orang-orang yang sesat.

ALLAH…

::RUKUK:
“Engkau Disanjung dan Segala Puji bagi-Mu,  Ya ALLAH, Yang Agung

ALLAH…

:: BANGUN DARI RUKUK ::
"Engkau disanjung dan segala puji bagimu wahai tuhan seluruh alam."

"ALLAH"

:: SUJUD ::
"Engkau Disanjung dan segala puji bagi-Mu wahai Tuhan-ku, Yang Tinggi,

“ALLAH”
BANGUN DUDUK ANTARA DUA SUJUD
"Engkau disanjung dan segala puji bagimu wahai tuhan seluruh alam."

“ALLAH”
:: SUJUD ::
"Engkau Disanjung dan segala puji bagi-Mu wahai Tuhan-ku, Yang Tinggi."

"ALLAH"


*SELESAI SATU KITARAN SOLAT / RAKA'A.
-BANGKIT SEMULA UNTUK KITARAN KEDUA

::BERDIRI::
"Engkau disanjung dan segala puji bagimu wahai tuhan seluruh alam."

AL-FATIHAH
Dengan nama-Mu Ya Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
Segala puji bagi-Mu Ya Allah, Pemelihara semua alam. Yang Pemurah, Yang Pengasih. Yang Merajai Hari Agama. Engkau sahaja yang aku sembah, dan kepada Engkau sahaja aku mohon pertolongan. Tunjukkan aku jalan yang lurus, Jalan orang-orang ke atas mereka yang Engkau rahmati, bukan orang-orang yang dimurkai, dan bukan pula orang-orang yang sesat.


Dengan nama-Mu Ya Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
“Aku berlindung pada-Mu wahai  Pemelihara yang menguasai Al-Falaq (Subuh),  Daripada kejahatan apa yang Engkau cipta. Dan daripada kejahatan kegelapan apabila ia gelap. Dan daripada kejahatan orang yang meniup pada ikatan. Dan daripada kejahatan pendengki apabila dia dengki.

Dengan nama-Mu Ya Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
Aku berlindung pada-Mu wahai  Pemelihara manusia, Raja manusia, Tuhan manusia, Daripada kejahatan pembisik yang menyelinap, Yang membisikkan di dalam dada manusia, Daripada jin dan manusia.

ALLAH…

::RUKUK::
“Engkau Disanjung  dan Segala Puji bagi Engkau,  Ya ALLAH, Yang Agung

ALLAH…

:: BANGUN DARI RUKUK ::
"Engkau disanjung dan segala puji bagimu wahai tuhan seluruh alam."

:: SUJUD ::
"Engkau Disanjung dan segala puji bagi-Mu wahai Tuhan-ku, Yang Tinggi,

BANGUN DUDUK ANTARA DUA SUJUD
"Engkau disanjung dan segala puji bagimu wahai tuhan seluruh alam."

"ALLAH"

:: SUJUD ::
"Engkau Disanjung dan segala puji bagi-Mu wahai Tuhan-ku, Yang Tinggi."

Tiada tuhan selain Engkau, Yang Esa dan Tiada sekutu bagi-Mu, tiada yang disembah selain Engkau dan tiada kuasa selain Engkau, Ya ALLAH. Segala puji bagiMu, Ya Allah yang kepunyaan-Mu apa yang di langit dan apa yang di bumi. Bagi-Mu segala puji di akhirat; Engkau Yang Bijaksana, Yang Menyedari. Ya Allah, Engkaulah Pemeliharaku, dan aku tidak sekutukan Engkau dengan sesiapa pun. Dan bukanlah aku daripada orang-orang yang menyekutukan Engkau.
 Aku tundukkan diriku kepada-Mu wahai Pemelihara semua alam.

Aku percaya, Muhammad adalah Utusan-Mu dan penutup nabi-nabi Mu. Dan cukuplah Engkau menjadi Saksi.
Saksikanlah kemusliman ku
Segala puji bagi-Mu, Ya Allah, Pemelihara semua alam.

:: DOA ::
Ya ALLAH, Engkau disanjung, Yang Tinggi , Yang Agung.  Wahai Pemelihara semua alam. Wahai Yang Pemurah, Yang Pengasih. Hanya Engkau yang aku sembah dan hanya kepada engkau aku meminta."


Wahai Pemeliharaku,
ampunilah aku, dan ibu bapaku, dan sesiapa yang masuk rumahku sebagai seorang mukmin, dan orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan; dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang zalim, kecuali dalam kebinasaan. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi,
 Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh.
Wahai Pemeliharaku, jadikanlah aku seorang yang melakukan solat, dan daripada keturunanku.
Dan cukuplah Engkau, Ya ALLAH sebagai wakil atas segala urusan.
Wahai yang mendengar Doa, kabulkanlah doaku.
Segala puji bagi-Mu, Ya Allah, Pemelihara semua alam.

:: BANGUN DARI SUJUD-TAMATLAH SOLAT(*4:102) ::



*DUDUK DAN BACA

Tiada tuhan selain Engkau, Ya Allah Yang Esa dan Tiada sekutu bagi-Mu, tiada yang disembah selain-Mu. dan tiada kuasa selain Engkau, Ya ALLAH.
Sesungguhnya agama yang benar di sisi-Mu  hanyalah Islam.  Aku adalah dari golongan orang-orang Muslim dan aku tundukkan diriku kepada Mu,
Ya ALLAH,  aku percaya kepada apa yang Engkau turunkan, dan aku ikut Rasul-Mu, maka tuliskanlah aku bersama orang-orang yang menyaksikan
Aku percaya, Muhammad adalah Utusan-Mu dan penutup nabi-nabi Mu.
Dan cukuplah Engkau menjadi Saksi, wahai Pemelihara seluruh alam
Sejahtera ke atas hamba-hambaMu yang Engkau pilih.
Dan sejahtera ke atas para utusanMu.
Segala puji bagi-Mu, Ya ALLAH, Tuhan seluruh alam.


:: SALAM ::
"SALAMUN’ALAIKUM”
[Q.S. 6 : 54  : SALAM KE KANAN]
[Q.S. 28:55 : SALAM KE KIRI]


Rabu, 5 Julai 2017

AL-QUR’AN ITU RASUL PADA HARI INI???




MUNCUL satu persoalan mengenai RASUL, yang mengakibatkan sesetengah ORANG disangka jadi Rasul pada hari ini. Sangkaan lahir daripada fahaman bahawa Rasul terdiri daripada golongan manusia dan malaikat sahaja. Dan bahawa Rasul, menurut al-Qur'an, didapati berada di kalangan masyrakat dewasa ini.  Firman Allah,

"Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya sedang kepada kamu ayat-ayat Allah dibacakan, dan Rasul-Nya berada di kalangan kamu? Sesiapa berpegang teguh kepada Allah, dia diberi petunjuk pada jalan lurus."
[Q.S. 3:101]

Kerana Rasul dikatakan hadir pada hari ini maka dia disangka hanya terdiri daripada orang-orang yang menyampaikan ayat-ayat Allah, yang bilangannya didapati begitu ramai. Sedia maklum bahawa ayat-ayat Allah yang diturunkan, antara lain, beri petunjuk kepada manusia pada jalan lurus. Tugas itu, apabila direnungkan tidak hanya mampu dilaksana oleh Rasul jenis manusia kerana sebuah Kitab pun mampu buat demikian. Lalu Kitab itu boleh juga dianggap sebagai Rasul, seperti ditunjukkan dalam kandungan Peringatan berbunyi,

"Wahai ahli Kitab, sungguh telah datang kepada kamu RASUL Kami, menjelaskan kepada kamu banyak perkara yang kamu sembunyikan daripada KITAB, dan banyak yang dimaafkan. Telah datang kepada kamu daripada Allah SATU CAHAYA, dan sebuah KITAB yang jelas.  Allah beri petunjuk kepada siapa ikut kepuasan hati-Nya pada jalan-jalan kesejahteraan, dan keluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya dengan izin-Nya; dan Dia beri petunjuk kepada mereka pada jalan lurus."
[Q.S. 5:15-16]


Rasul dikatakan telah datang dan apa yang dikatakan telah datang di situ dijelaskan lagi dengan frasa sebuah Kitab yang jelas. Justeru, ayat tersebut dengan jelas membawa mesej iaitu Rasul adalah Kitab. Penurunan Kitab ambil masa yang lama, di antara sebuah Kitab dengan Kitab yang lain (contoh, Injil dan al-Qur'an yang memakan masa kira-kira 600 tahun, atau al-Qur'an hingga ke hari ini selama lebih 1400 tahun). Kerana begitu lama mungkin terdapat orang-orang di kalangan ahli Kitab menyatakan tidak ada sebarang pemberi berita gembira mahu pun pemberi amaran datang kepada mereka. Namun, Allah sangkal mereka dengan ayat berikut:

"Wahai ahli Kitab, sungguh telah datang kepada kamu RASUL Kami, menjelaskan kepada kamu pada satu masa jeda antara Rasul-Rasul, supaya kamu tidak kata, 'Telah tidak datang kepada kami sebarang PEMBAWA BERITA GEMBIRA, dan tidak juga sebarang PEMBERI AMARAN.' Sungguh, telah datang kepada kamu PEMBAWA BERITA GEMBIRA, dan PEMBERI AMARAN; Allah berkuasa atas segala sesuatu."
[Q.S. 5:19]

"Kami tidak utus para RASUL kecuali untuk beri BERITA GEMBIRA, dan BERI AMARAN. Maka sesiapa yang percaya, dan membetulkan - tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih."
[Q.S.6:48]

Dia menyatakan bahawa RASUL @ UTUSAN merupakan PEMBAWA BERITA GEMBIRA dan PEMBERI AMARAN. Pembawa dan pemberi tersebut boleh berbentuk sebuah KITAB.  Seperti Kitab AL-QUR’AN, yang tidak dinafikan berfungsi sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran sepertimana menurut firman-Nya yang berbunyi;

"Sebuah KITAB yang ayat-ayatnya dijelaskan sebagai sebuah QUR’AN bahasa ARAB bagi kaum yang tahu, PEMBAWA BERITA GEMBIRA, dan PEMBERI AMARAN, tetapi kebanyakan mereka berpaling, dan tidak mendengar."
[Q.S. 41:3-4]

Serupa mana-mana RASUL jenis manusia, AL-QUR’AN juga dikatakan sebagai PEMBAWA BERITA GEMBIRA, dan PEMBERI AMARAN. Dan kerana mesejnya masih terpelihara hingga hari ini maka mana-mana manusia tidak perlu lagi menganggap diri mereka sebagai Rasul.  Kerana RASUL  boleh berbentuk sebuah KITAB, seperti al-Qur'an, sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran, maka RASUL kita pada hari ini ialah Kitab AL-QUR’AN itu sendiri.



APAKAH nabi Muhammad adalah RASUL terakhir?

Dalam surah 33:40. ALLAH menyatakan:

“Muhammad bukanlah bapa bagi seseorang daripada lelaki kamu, tetapi RASULULLAH, dan penutup Nabi-Nabi; Allah tahu segala sesuatu.”

[Q.S. 33:40]

Dari jenis manusia, Nabi Muhammad adalah Rasul, tetapi bukanlah Rasul terakhir atau penutup Rasul kerana Rasul adalah Jawatan yang tiada penutup.  Tetapi Jawatan NABI ada penutupnya iaitu Nabi Muhammad SAW.  

NABI merupakan orang yang diberi wahyu oleh Allah S.W.T sebagai panduan hidup dirinya sendiri. Dan ini berlaku kepada semua nabi ALLAH.

Manakala,

RASUL adalah nabi yang diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk menyampaikan wahyu tersebut kepada manusia sejagat pada zamannya. Namun Rasul, bukan hanya disandang oleh manusia, tetapi boleh berbentuk KITAB berdasarkan Fungsi Rasul itu sendiri.  Oleh kerana, Nabi Muhammad telah wafat dan selepasnya sudah tiada lagi Rasul dan nabi yang diutus dari kalangan mnausia maka Rasul pada hari ini ialah BUKAN berbentuk Manusia atau Malaikat lagi, Kerana RASUL boleh berbentuk sebuah KITAB, seperti al-Qur'an, sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran, maka RASUL kita pada hari ini ialah Kitab AL-QUR’AN itu sendiri.


ALLAH DISANJUNG DAN SEGALA PUJI BAGI ALLAH