The Alien - Link Select

Ahad, 25 April 2010

MOVIE YANG DITUNGGU-TUNGGU BULAN INI!



ini movie.. nak kena tonton!

KICK ASS MOVIE!






Hari Sabtu tak jadi pegi berurut, sebaliknya menonton wayang, KICK ASS... sebuah cite komedi superhero yang takde power, hahahahah! kelakar gile tau cite ni... baik korang pi tengok. kompom korang akan tertarik dengan watak HIT GIRL yang comel dan hebat!... saksikan di pewagam anda!

DOKTOR PERIBADI ANDA!



Aku tak jadi pergi urut refleksologi kat S U2- sebaliknya aku membeli koyok ni.. heheheh....Mari kita berkenalan dengan Doktor peribadi kita!
SUPERKINO BARU DENGAN TAMBAHAN ION NEGATIF (New Super Kino Plus Negative Ion) LEBIH KUASA DETOKSIFIKASI. LEBIH BAIK UNTUK KESIHATAN DAN KECERGASAN (More Detox Power. Better Health and Vitality)

Anda selalu merasa sakit-sakit sendi dan lemah terutama di bahagian kaki, buku lali, lutut dan pinggang serta telah menghabiskan beratus-ratus ringgit malah beribu-ribu untuk mengubati penyakit anda itu namun belum sembuh jua. Cubalah cara alternatif. Anda tidak perlu makan sebarang ubat. Hanya perlu tampalkan koyok SUPERKINO di tapak kaki anda sebelum tidur.

Formula SUPERKINO dari bahan semulajadi (cuka wood dan bamboo vinegar, dokudami, tourmaline, chitin-chitosan, vitamin C, Shokubutsu seni dan daun loquat) akan menyerap toksin badan yang menyebabkan kesakitan melalui tapak kaki anda. Anda akan tidur lena dan bila bangun pagi akan merasa segar dan kaki anda akan berasa 'ringan'. Ini berlaku kerana sebahagian toksin telah diserap keluar oleh SUPERKINO. Terus gunakan sehingga 3 - 6 malam. Setelah itu anda hanya perlu 'maintain' seminggu sekali sahaja untuk membuang toksin dari badan.Insya Allah kami jamin anda akan berasa lebih sihat selepas itu dan merasai kesihatan dan kesegaran yang telah lama tidak anda nikmati. Anda boleh juga melakukannya dengan cara dua minggu sekali atau 3 minggu sekali atau sebulan sekali(Setahun 12 kali).(urut refleksology sebulan sekali.)... mula-mula 5 hari berturut2, kemudian diikuti dengan seminggu sekali dan seterusnya 2 minggu sekali...(sebulan 2 kali laaa).. hehee.. boleh pilih Awal bulan ( 1hb dan 30 hb-akhir bulan.) ok? Good Luck!

KENAPA PERLU SUPERKINO:

Hari ini keperluan asas seperti air, udara dan makanan telah dicemari dengan toksin sama ada dari hasil industri atau dari perencah makanan. Sekiranya badan kita mempunyai sistem pertahanan yang lemah, maka kita akan cenderung dihinggapi penyakit.

Setiap penyakit ada ubatnya kecuali umur tua dan kematian. Setelah melakukan penyelidikan selama 26 tahun, pakar kesihatan dari Jepun telah mendapati bahawa pokok-pokok dan tumbuhan merupakan antidot yang dapat membantu menyembuh pelbagai penyakit. Antaranya adalah bahan resin atau damar dalam pokok oak, sakura dan birch yang mempunyai khas mengkumuhkan/membuang toksin.

KENAPA MELALUI TAPAK KAKI:

Menurut perubatan Cina, kaki adalah umpama jantung kedua dengan mempunyai lebih 60 titik akupuntur. Melalui titik-titik ini, toksin akan disedut keluar melalui penampalan SUPERKINO.

UNTUK TUBUH YANG SEGAR DAN KAKI YANG RINGAN DARI KELETIHAN DAN KESAKITAN, GUNAKAN SUPER KINO dan SUPER KINO PLUS

ORIYEN SUPERKINO adalah sejenis penyerap toksin yang sangat berkesan untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan bengkak akibat:
• Gout (di sendi kaki)
• Sakit-sakit sendi di badan
• Sengal-sengal leher dan bahu
• Sakit pinggang
• Bengkak Urat, Kaki
• Rheumatik Arthritis
• Gingivitis (Sakit Gusi)
• Sakit bahagian tapak kaki
• Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi
• Membantu mengurangkan kekerapan dialisis pesakit buah pinggang
• Senggugut
• Kencing tidak lancar

SUPERKINO berfungsi mengeluarkan toksin daripada badan lantas mengaktifkan sel-sel badan, mempergiatkan metabolisma, memperimbangkan sistem keimunan, tidur lebih lena dan memberi tenaga kepada anda.

P/S : Dah dua malam aku menggunakan koyok ni. Fuh, malam tu letak kat tapak kaki, esoknya buka, memang hitam legam hasilnya.. emnandakan toksin memang banyak gile dalm badan aku ni.. patutlah rasa macam2 sakit dan sengal dalam badan.... rupanya Toksin! Pendekata, memang best laa... berkesan sangat, badan aku rasa ringan dan sihat.. hehehe ... buat aku tambah bertenaga.. hehehe.. korang? bila lagi nak try??

INGATLAH WAHAI UMAT MUHAMMAD!

Sabda Rasullulah saw: "Hai golongan Muhajirin! Ada lima perkara jika kamu ditimpa atau ia berlaku di lingkungan kamu - saya berlindung kepada Allah apabila hal itu wujud di antara kamu. Apabila pada satu kaum bercabul perzinaan sampai mereka melakukannya secara terang- terangan, maka mereka akan diserang oleh penyakit yang belum pernah dialami nenek moyang mereka."

(Catatan penulis: Contoh penyakit yang ada akibat gejala ini ialah wabak sifilis ketika "medieval ages" dan sekarang pula timbul penyakit HIV/ AIDS yang masih tidak mempunyai ubat pencegah atau rawatan untuk pulih.)

"Apabila mereka mengurangi timbangan dan takaran, mereka akan dihukum dengan kepapaan dan kemiskinan serta kezaliman daripada pihak berkuasa.

"Setiap mereka enggan membayar zakat harta mereka, mereka akan terhalang beroleh hujan dari langit dan jika tidaklah kerana haiwan ternak, tidaklah mereka akan pernah diberi hujan.

"Sekiranya setiap mereka melanggar janji Allah dan janji Rasul-Nya, mereka akan dijajah oleh musuh daripada bangsa lain yang akan merampas sebahagian kekayaan mereka dan selama pemimpin mereka tidak menjalankan hukum yang ada dalam Kitabullah, maka saling sengketa akan berkobar di antara mereka."