The Alien - Link Select

Ahad, 31 Ogos 2008

RAMADHAN 2008

ALHAMDULILLAH... aku berjaya bangun sahur pada hari pertama puasa. Bulan Ramadhan yang penuh berkat ini sedar tak sedar aku dah memasukinya. Namun tahun ni aku rasa happy yang teramat sangat apabila meikirkan bahawa aku akan beraya kat kampung tahun ni... aku planning amik cuti dua hari sebelum raya. Esok minsyallah aku akan beli tiket kapal terbang Air Asia. Mujurlah murah dan best.... kalau tak aku ingat nak naik rakit je pi Sabah..... hahahaha!!!
Lepas subuh je tadi aku baring dan terus terlelap hingga jam 11 pagi... woooo.... lamanya aku tido... malam ni aku nak pulun terawih 8 rakaat macam malam tadi gak. Kalau boleh nak buat 20... tapi macam tak mampu lak aku jadi makmun pada Imam yang baca surah panjang2 ni... dah rakaat banyak... baca surah panjang2... aku pun heran gak ngan sikap Imam macam ni... kalau nak baca panjang2 pun bacalah bila solat terawih sendirian kat umah.... barulah bayak pahala dan barulah ko rasa bagaimana makmun kat belakang tu punya perasaan waktu solat... aku kesian pada org tua2 yang berdiri lama semata-mata mendengar imam memeperdengarkan bacaannya dengan rasa tak puas hati.... Riak je dapat ..! tu yang takut tu... kan elok kalau baca surah2 pendek je... lebih berkat dan bermanfaat untuk semua orang... kalau nak baca panjang2 juga.. pi solat sorang2 laaa.. lantaklah ko kalau nak baca 114 surah tu sepuluh kalu satu rakaat... suka hati ko laa.. tapi dlm jemaah .. plzz... buat ringkas je... kesian la orang tua2.. Rasulullah pun semdiri tak penah buat jemaah 20 rakaat... setau aku 8 rakaat je Rasulullah SAW buat kat Masjid... entahlah... kang kalau aku persoalkan ... aku lak yang kena balik... maklumlah aku ni bukan ulama ataupun ustaz ataupun yang seangkatan dengannya... aku cakap apa yang aku tau je... so.. maaf lah kalau tersinggung ke apa ke... sempena bulan mulia ini aku ucapkan selamat berpuasa dan selamat beraya yang bakal tiba. ampun maaf dipinta dari zahir hingga batin.


Dan hari ini lepas mandi tadi .. aku lepak kat Intec.. tgk diorang Syikin buat OT RFID... Bebudak bakal Pustakawan ini semqkain mesra dengan aku lak... seronok gak kawan ngan diorang ni... hihiihihi.... petang karang nak kuar ke Bazaar 17 rasanya... atau mungkin kat Padang jawa je.... dekat dan murah... aku nak berbuka kat umah hari ni... niat di hati nak berbuka puasa ngan mak ayah kat kampung... tapi apalah daya ku.... hanya pada dua hari erakhir nak raya je la aku bakal berbuka puasa kat kampung...