The Alien - Link Select

Isnin, 12 Mac 2012

KHASIAT KUNYIT???

Kunyit adalah salah satu herba yang terbaik untuk kesihatan dan kecantikan yang telah menjadi amalan terutamanya kaum Melayu dan India.
Kunyit padat dengan nutrien menjadikannya antioksidan yang lebih kuat untuk kesihatan berbanding kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran .
Antioksidan adalah nutrien utama dalam menjaga kesihatan yang:
  • Menyokong fungsi ingatan 
  • Meningkatkan kesihatan jantung
  • Meningkatkan sistem imun
  • Dan secara keseluruhan, membantu melindungi sel daripada kerosakan radikal bebas .

Kandungan antioksidan kunyit datang dari sebatian aktif yang dipanggil curcuminoids, yang mengandungi antioksidan yang:
  • 5 hingga 8 kali lebih kuat daripada vitamin E, juga lebih kuat daripada vitamin C
  • 3 kali lebih berkuasa daripada biji anggur atau ekstrak kulit kayu pain
  • Cukup kuat untuk memusnahkan oksidan yang paling aktif iaitu radikal hidroksil

  • Selain dari kepadatan nutrien untuk kesihatan, ia berkalori rendah dan termogenik semula jadi dalam kunyit meningkatkan tahap kesihatan metabolisme anda, ia membantu anda membakar kalori. Ini penting jika anda cuba untuk menguruskan badan.

    Sementara itu, hampir semua orang yang hidup di dunia kini mengalami tekanan hidup yang tinggi yang mampu mengganggu kesihatan. Kunyit mengandungi sejenis adaptogen - bahan yang membantu menyokong badan anda terhadap tekanan dan meningkatkan kesihatan sistem imun.

    Amalkan penggunaan kunyit demi kesihatan anda setiap hari kerana ia menyokong banyak fungsi - mata, kulit, tulang dan sendi, hati, penghadaman dan banyak lagi.
  • Beberapa kajian yang telah dibuat menunjukkan kunyit boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan 'gas' atau angi dalam perut. Kunyit yang disapukan dengan minyak jika disapu akan membantu menghaluskan kulit. Kunyit juga boleh digunakan sebagai tonik bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan. Juga boleh membantu masaalah datang haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah. Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam.

    Kunyit amat sesuai ditanam disekeliling rumah dan jika rajin boleh digunakan sebagai sumber pendapatan sampingan. Di Malaysia, kunyit yang digunakan banyak diimport dari negara luar. Pengeluar terbesar kunyit di dunia adalah China, India dan Indonesia. Sebagai peringatan jangan guna kunyit serbuk, kerana ini mungkin telah dicampur dengan pewarna kuning yang diberi nama TETRAZINE yang boleh menyebabkan alahan. Gunakan kunyit hidup. Gunakan 1 inci atau 3cm kunyit dalam segelas air masak. Boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan kita.
    Salah satu kuasa penawar alami kunyit ialah kandungan tinggi antioksiden, antaranya ialah vitamin C dan E, dan juga karotenoid (carotenoids). Ia juga mengandungi antioksidan yang berkesan seperti curcumin dan kompaun curcuminoids. Oleh sebab curcumin ialah antioksiden yang mujarab, ia membantu menghalang kolesterol menyempitkan arteri, dinamakan atherosclerosis, antara penyebab utama serangan jantung.

    Kunyit mengurangkan paras kolesterol darah dengan menstimulasikan pengeluaran ‘bile’. Ia juga menghalang pembentukan ketulan darah yang boleh menyebabkan serangan jantung. Kunyit juga membantu jantung dengan cara menghalang platelete , iaitu sel-struktur kecil dalam darah, daripada melekat antara satu sama lain menyebabkan darah berketul (blood clots).



    Cara pengambilan:
    1. suplemen curcumin boleh dibeli di farmasi

    2. gunakan kunyit dalam masakan harian

    3. ambil kunyit sebesar ibu jari. Kupaskan kulitnya dan dicuci hingga bersih. kemudian diparutkan dan diperah hingga mengeluarkan airnya. Campurkan air perahan kunyit itu dengan 1 sudu madu dan suku sudu teh lada hitam. Minumlah ramuan ini dua kali sehari iaitu pagi dan petang. InsyaAllah ia dapat mengurangkan tekanan darah tinggi

    Pokok kunyit boleh dikatakan pokok serba guna, setiap bahagiannya  mempunyai peranan tersendiri. Daunnya membangkitkan aroma masakan begitu juga bunganya. Apalagi buahnya yang mempunyai seribu satu khasiat selain untuk penyedap masakan. Bagi masyarakat India, kunyit dijadikan bahan  utama untuk rempah kari dan piccalilli (acar pedas). Di samping menjadi pewarna dan perasa di dalam masakan ia juga menjadi sebahagian perubatan tradisional.

             Setiap masyarakat mempunyai kepercayaannya tersendiri mengenai khasiat kunyit dalam kehidupan seharian. Peranan kunyit dalam perubatan telah dikenal pasti sejak 3000 tahun lalu.  Bagi masyarakat Melayu kunyit juga dimunum sebagai jamu terutamanya ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Manakala masyarakat Cina percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Di dalam perubatan Thai kunyit digunakan  untuk merawat bisa patukan ular tedung.
             Dalam ilmu perubatan Hindu kunyit disyorkan sebagai pes untuk mengubati penyakit kulit, gatal-gatal dan depilatori. Di samping itu ia juga digunakan sebagai barangan kosmetik untuk mewarnakan kulit. Terdapat penyelidikan yang membuktikan kunyit menguatkan pundi hempedu, menyekat pembekuan darah yang bahaya, mengurangkan toksin hati, membantu memetabolismakan lemak dan mempunyai kesan anti merangsang tindakan dan non steroidal.
SK : AMALKAN DENGAN MINUMAN TEH O PANAS BERSAMA KUNYIT- akan mencantikan kulit dan menguat organ dalaman.  sekiranya dicampur dengan madu asli lebih baik.  amalkan sebagai minuman harian....
Kunyit bagus untuk kesihatan. Boleh digunakan dalam pelbagai masakan.