The Alien - Link Select

Rabu, 30 April 2008

NEW NOVEL

LEGANYA... KD sudah pun mengedit karya saya SAM C1G1, Insyallah kalau tiada halangan ia akan diterbitkan dalam beberapa hari lagi. Aku semakin menjadi tidak sabar2 untuk melihat novel sendiri di pasaran. Tak kisahlah tentang bayaran yang penting ialah kepuasan. Walaupun KD dah pecahkan cerita tu menjadi tiga bahagian... tapi aku aku tak kisah... yang penting dua bahagian lagi akan menyusul... jadi aku boleh teruskan dengan bahagian keempat. Aku hantar manuskrip bulan 10. 2007. Tahun lepas laa.. baru bulan 5 ni dapat respon yang buat hati aku berdebar2 gembira. hehehee... ni belum terbit lagi dah happy semacam.. kalau terbit mau mati agaknya punya happy.. hehehee... Sebelum tu aku tarik balik SAM C1G1 dari PTS.. aku takut nanti ada masalh pula dengan KD... so... biarlah aku ganti SAM C1G1 dengan novel baru aku MEXUS- novel fiksyen sains juga... tapi masih dalam pembuatan- mengisahkan sekumpulan remaja yang bertemu dengan makhluk asing Mexus dari planet Sarius dan berlaku pemburuan oleh pihak tentera dan kumpulan 5 sekawan itu berhempas pulas untuk menyelamat MEXUS dari ditawan oleh pihak tentera-. Jenis novel Remaja... Anyway disamping itu aku dapat idea baru untuk novel seterusnya... Zack -Si Mata Hijau... mengisahkan Zack yang mendapat kuasa istimewa bermata hijau yang mampu melihat masa depan dan mampu memancarkan tenaga elektrik di tapak tangannya untuk tujuan tertentu. Anyway dua cerita tu masih dalam pembinaan... untuk PTS sahaja!
SAM C1G1 biarlah pihak KD yang terbitkan sehingga 9 siri.... aku dah siapkan manuskripnya... cuma aku kena edit dan tambahkan beberapa fakta penting dalam siri SAM C1G1 ini... Novel aku yang lain terpaksa dihentikan sementara (Persepolis Atlantis, Arena 2077, Lagenda Adamus dan Zack si pemburu Puaka)... sudah selalu tangguh... idea tarak! hehehe...
Alhamdulillah.. akhirnya SAm C1G1 dalam proses edit...hihihi.. kalau takde aral melintang ... novel ini akan jadi kenyataan..