ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Sengsara MAUT
datang dengan BENAR; itulah apa yang kamu jauhkan diri daripadanya!”
[Q.S. QAF 50:19]
"Sehingga,
apabila kematian datang kepada seorang daripada mereka, dia berkata, 'Wahai
Pemeliharaku, kembalikanlah aku, supaya aku buat kerja-kerja baik yang aku
telah tinggalkan.' Tidak, ia hanyalah satu kata yang diaucapkan; dan di
belakang mereka ada BARZAKH (tembok) hingga hari mereka dibangkitkan."
[Q.S. AL-MUKMINUN
/ ORANG-ORANG MUKMIN 23:99-100]
"Kamu
tidak dapat jadikan orang yang mati mendengar, dan tidak juga kamu dapat
jadikan orang yang pekak mendengar seruan apabila mereka berpaling, berundur."
[Q.S. AN-NAML
/ SEMUT 27:80]
"Tidaklah
sama yang hidup dengan yang mati. Allah jadikan mendengar sesiapa Dia hendaki;
kamu tidak dapat jadikan orang-orang yang di dalam kubur untuk mendengar."
[Q.S. FATHIR /
PEMULA 35:22]
"Dan
trompet ditiup; kemudian tiba-tiba, mereka melongsor dari makam-makam mereka
kepada Pemelihara mereka. Mereka berkata, 'Celakalah kami! Siapakah yang
bangkitkan kami daripada tempat TIDUR kami? Inilah apa Yang Pemurah janjikan,
dan para utusan berkata benar.'"
[Q.S. YA SIN 36:51-52]
“Tiap-tiap jiwa akan rasa kematian, dan
sungguh, kamu akan dibayar sepenuhnya upah kamu pada Hari Kiamat; sesiapa yang
disingkirkan daripada Api dan dimasukkan ke Taman, akan dapat kemenangan. Kehidupan
dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang memperdayakan.”
[ Q.S. AL-IMRAN 3:185]
:: MITOS DARI ALAM BARZAKH ::
Lain agama lainlah kepercayaan tentang hidup
sesudah mati. Namun begitu, tujuan karangan ini bukan untuk menghuraikan
tiap-tiap kepercayaan tersebut tetapi hanya sampaikan apa yang terkandung di
dalam al-Qur'an mengenainya.
Tiga kata kunci dipilih dalam hal kematian, iaitu
mati atau maut, barzakh, dan ketiga, roh.
:: MATI / MAUT ::
“Sengsara MAUT datang dengan BENAR; itulah apa yang kamu jauhkan diri daripadanya!”
[Q.S. QAF 50:19]
Menurut al-Qur'an, mati adalah seperti tidur.
Perkataan "mati", menurut Kamus Dewan, bermakna "tidak bernyawa
lagi, tidak hidup lagi" sementara "tidur" adalah "dalam
keadaan tidak sedar dengan mata terpejam."
Dalam kematian, nafs atau jiwa, dalam bahasa
Melayu, adalah yang sebenarnya dimatikan. Jiwa dimatikan dalam kematian, dan
juga semasa tidur. Firman Allah yang menjelaskannya berbunyi,
"Allah mematikan JIWA ketika kematian mereka,
dan yang belum mati, dalam tidurnya; Dia menahan yang kepadanya Dia telah
tentukan kematian, tetapi Dia utuskan yang lain hingga satu tempoh yang
dinyatakan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang
memikirkan." (39:42)
:: TIDUR ::
Orang yang mati pun menganggap kematiannya seperti
tidur. Sila lihat ayat-ayat berikut:
"Dan trompet ditiup; kemudian tiba-tiba,
mereka melongsor dari makam-makam mereka kepada Pemelihara mereka. Mereka
berkata, 'Celakalah kami! Siapakah yang bangkitkan kami daripada tempat TIDUR kami?
Inilah apa Yang Pemurah janjikan, dan para utusan berkata benar.'"
(36:51-52)
Kejutan itu berlaku ketika orang yang telah mati
itu dibangunkan semula pada Hari Kebangkitan atau Hari Akhirat.
Sebelum kematian datang haruslah buat wasiat.
Wasiat adalah:
1. kepada
anak-anak, iaitu menyuruh mereka supaya tunduk patuh kepada Allah, seperti
wasiat Nabi Ibrahim dan Yaakub kepada anak-anaknya - 2:132 dan 2:133.
2. dalam
pembahagian harta yang ditinggalkan, untuk ibu bapa dan sanak saudara - 2:180,
dan
3. untuk
isteri atau isteri-isteri, dalam mana mereka ditinggalkan peruntukan selama
setahun (sekurang-kurangnya) dengan tidak keluarkan mereka daripada tempat
kediaman - 2:240.
Mematikan adalah tugas malaikat:
“Dia Yang Menakluki hamba-hamba-Nya. Dia utus pencatat-pencatat kepada kamu sehingga, apabila salah seorang antara kamu didatangi kematian, Rasul-Rasul Kami matikannya, dan mereka tidak lalai.” (6:61)
Bagi orang jahat seperti yang berdusta terhadap Allah, menyombong terhadap ayat-ayat Allah, mendustakan ayat-ayat Allah, menyeru selain daripada Allah, tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan orang murtad, kematian mereka adalah suatu kesengsaraan. Sila renungkan ayat-ayat berikut:
"Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang
ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia berkata, Kepada aku ia diwahyukan';
padahal tiada yang diwahyukan kepadanya, atau orang yang berkata, 'Aku akan
turunkan yang serupa dengan apa yang Allah turunkan'? Jika kamu dapat lihat
ketika orang-orang zalim dalam sengsara kematian, dan malaikat-malaikat
menjulurkan tangan-tangan mereka, 'Keluarkanlah jiwa kamu! Hari ini kamu dibalas
dengan azab yang menghinakan kerana kamu kata yang tidak benar terhadap Allah,
dan sombong terhadap ayat-ayat-Nya'" (6:93)
"Siapakah lebih zalim daripada orang yang
ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dustakan ayat-ayat-Nya? Mereka itu,
bahagian mereka daripada Kitab akan sampai kepada mereka sehingga, apabila
Rasul-Rasul Kami datang kepada mereka untuk matikan mereka, mereka berkata, 'Di
manakah apa yang kamu seru selain daripada Allah?' Mereka berkata, 'Mereka
sudah sesat (hilang) daripada kami', dan mereka saksikan terhadap diri-diri
mereka sendiri bahawa mereka adalah orang-orang tidak percaya" (7:37).
"Jika kamu dapat lihat ketika para malaikat
mematikan orang-orang tidak percaya, dengan memukul muka-muka mereka, dan
belakang mereka, 'Rasalah azab yang membakar.'" (8:50)
"Maka bagimanakah ia, apabila
malaikat-malaikat mematikan mereka (orang murtad), memukul muka mereka dan belakang
mereka?" (47:27)
Kepada orang baik pula, malaikat maut beri salam
sebelum matikan jiwanya. Firman Allah:
"Yang malaikat-malaikat matikan sedang mereka
berkeadaan baik, dengan berkata, 'Salamun alaikum! Masuklah ke Taman kerana apa
kamu buat'" (16:32).
Setelah seseorang meninggal dunia dia tidak dapat
mendengar. Dia berada dalam keadaan tidak sedar. Tidak mendengar, tidak melihat, tidak merasa
apa-apa. Kerana tidak sama orang hidup dan
orang mati.
Firman-Nya:
"Kamu tidak dapat jadikan orang yang mati
mendengar, dan tidak juga kamu dapat jadikan orang yang pekak mendengar seruan
apabila mereka berpaling, berundur" (27:80).
"Tidaklah sama yang hidup dengan yang mati.
Allah jadikan mendengar sesiapa Dia hendaki; kamu tidak dapat jadikan
orang-orang yang di dalam kubur untuk mendengar." (35:22).
Bukan sahaja mereka tidak dapat mendengar ketika
diajar sejurus selepas dikebumikan, malah apa saja yang "dihadiahkan"
atau "dikirim" kepada mereka supaya kehidupan mereka di alam barzakh
jadi tenteram, luas, atau terang, tidak akan sampai kepada mereka.
:: BARZAKH ::
Ini kerana suatu TEMBOK atau BARZAKH didirikan
apabila mereka meninggal dunia. Tembok itu memisahkan mereka daripada segala
sesuatu. Ia adalah daripada Allah, dan
tentu sekali tidak mampu ditembusi oleh apa jua. Tembok tersebut dipanggil
"barzakh" dalam bahasa al-Qur'an. Ayat yang menyebutnya berbunyi:
"Sehingga, apabila kematian datang kepada
seorang daripada mereka, dia berkata, 'Wahai Pemeliharaku, kembalikanlah aku,
supaya aku buat kerja-kerja baik yang aku telah tinggalkan.' Tidak, ia hanyalah
satu kata yang diaucapkan; dan di belakang mereka ada BARZAKH(Tembok) hingga
hari mereka dibangkitkan." (23:99-100)
Terdapat dua lagi ayat yang mengandungi perkataan BARZAKH
di dalam al-Qur'an. Kedua-dua ayat ini
menunjukkan fungsi Barzakh sebagai pemisah antara dua zona tau ruang
atau antara dua sifat dan bahawa Barzakh
itu sedang berada di laut sebagai satu dalil perumpamaan kepada fungsi Barzakh.
“Dan Dia yang membiarkan dua laut, yang ini bersih
dan enak, rasanya menggembirakan, dan yang ini masin dan pahit, dan Dia letak
di antara mereka satu BARZAKH (tembok), dan satu larangan yang terlarang.” (Q.S.
25:53)
“Dia membiarkan dua laut yang bertemu bersama, Antara
keduanya ada satu barzakh (tembok) yang keduanya tidak melintasi.” (55:19-20)
Justeru itu, apa yang dikatakan alam barzakh yang
diajar kepada umat sebenarnya tidak wujud. Segala cerita mengenainya termasuk
cerita seksa kubur adalah hanya dongengan orang-orang agama zaman dahulu. Dan
segala amalan mengenainya adalah hanya mimpi mereka yang tidak benar. Kerana
Allah tidak mengajarnya di dalam al-Qur'an.
:: ROH ORANG MATI ::
Seperkara lagi ialah ungkapan yang lazim disebut
iaitu "roh orang mati". Semua amalan yang dilakukan oleh orang yang
hidup untuk mereka yang berada dalam alam barzakh, kononnya, adalah untuk roh
orang mati supaya mereka bahagia berada di dalam alam tersebut.
Sekali lagi, kalimat Allah dikelirukan oleh
pihak-pihak tertentu. Dalam penggunaan kalimat "roh" di dalam
al-Qur'an tiada satu pun yang boleh diertikan sebagai "roh orang
mati". Sila lihat pada penggunaan kata itu di dalam al-Qur'an.
Penulis sedari perasan sesetengah pembaca terganggu dengan penjelasan ini. Yang benar memang pahit, namun ditelan juga.
“Mereka tanya kamu
mengenai Roh. Katakanlah, "Roh adalah daripada perintah Pemeliharaku. Kamu
tidak diberi pengetahuannya melainkan sedikit." (17:85)
“Apabila Aku sudah
membentuknya (Adam), dan hembus Roh-Ku ke dalamnya, jatuhlah kamu bersujud
kepadanya.” (15:29)
“Kemudian Dia
membentuknya, dan hembus Roh-Nya ke dalamnya. Dan Dia buatkan bagi kamu
pendengaran, dan penglihatan, dan hati; sedikit terima kasih kamu tunjukkan.” (32:9)
(*Rujuk selanjutnya =
2:87, 2:253, 4:171, 5:110, 16:2, 16:102, 19:17, 21:91, 26:192, 38:72, 40:15, 42:52,
58:22, 66:12, 70:4, 78:38 dan 97:4)
Penulis sedari perasan sesetengah pembaca terganggu dengan penjelasan ini. Yang benar memang pahit, namun ditelan juga.
:: KEPERCAYAAN SIA-SIA ::
Oleh itu, kepercayaan yang umum amalan umat Islam
hari ini yang kita tahu ialah :
Siksa
kubur, soalan kubur, Munkar dan Nakir.
Roh
hidup dalam kubur dan menunggu doa anak-anak mereka di dunia yang solah dan
solehah
Mendoakan
dan menghadiahkan pahala bacaan surah-surah tertentu dalam kitab Qur’an kepada
ahli kubur.
Segala
perbuatan jahat anak-anak yang dibawah tanggungannya di dunia akan dibalas dosa
dengan siksaan ke atas roh si mati dalam kubur.
Mengadakan
Majlis kenduri Tahlil 100 hari pemergian si mati.
Kepercayaan
Non-Muslim tentang kematian dan alam akhirat.
Semua kepercayaan itu bertentangan dengan Qur’an
yang merupakan wahyu ALLAH yang benar. Kesemua
itu diajar oleh Habr-Habr agama yang taksub dengan hadis-hadis lahwa riwayat
Imam-imam hadis yang mahsyur di kalangan Sunni atau ASWAJA. Adalah satu pekerjaan yang sia-sia meyakini
ajaran yang bukan datang dari ALLAH.
SEBENARNYA, setiap orang adalah bertanggungjawab ke
atas diri masing-masing. Diri sendirilah
yang menanggung dosa diri sendiri. Orang
lain tidak akan menanggung dosa kita. Apa
saja amalan yang kita lakukan di dunia akan berakhir dan terputus tatkala kita
MATI. Sebaik sahaja mati. Kita akan dimasukkan ke dalam ruang atau alam
yang berbeza. Yang dikeliling oleh TEMBOK atau BARZAKH yang tidak dapat
ditembusi oleh apa pun. Orang yang sudah
mati akan berada dalam situasi TIDUR, bermula dari roh dikeluarkan dari jasad
oleh Malakal maut. Roh atau Jiwa yang dimatikan jasadnya adalah dalam keadaan
tidur sehinggalah ia dibangkitkan pada hari yang besar, ketika usai Trompet
ditiup, iaitu pada hari AKHIRAT. Semua akan
bergerak menuju ke Padang mahsyar utnuk diadili, ditanya segala perbuatannya di
dunia dan ditentukan destinasinya berdasarkan amalan-amalannya selama menjalani
ujian ALLAH di waktu masih hidup di dunia.
Yang beriman kepada ALLAH dan melakukan kerja-kerja
yang baik akan mendapat upah yang besar yang sudah pastinya adalah ganjaran
syurga. Dan mereka yag kafir kepada ALLAH dan melakukan kerja-kerja yang zalim
pasti menghuni Api yang menyiksakan.
“Tiap-tiap jiwa akan rasa kematian, dan sungguh,
kamu akan dibayar sepenuhnya upah kamu pada Hari Kiamat; sesiapa yang
disingkirkan daripada Api dan dimasukkan ke Taman, akan dapat kemenangan.
Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang memperdayakan.” [ Q.S. AL-IMRAN 3:185]
:: PENGURUSAN KEMATIAN DAN JENAZAH ::
"Tiap-tiap jiwa akan rasa kematian; dan Kami
uji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai cubaan, kemudian kepada Kami
kamu dikembalikan." ( 21:35)
"Orang-orang yang, apabila mereka ditimpa
penderitaan, berkata, "Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan kepada-Nya
kami kembali." ( 2:156)
KEMATIAN adalah Ujian dan penderitaan kepada
manusia. Kerana ia berlawanan dengan kehidupan.
Bukan sahaja apabila kita ditimpa musibah perlu mengucapkan kata-kata
dalam di atas. Malah, apabila kita kematian anggota keluarga dan saudara.
Jenazah diuruskan atas dasar kasih sayang dan
hormat. Maka ia haruslah, umpamanya berbau wangi atau berwajah dan berpakaian
kemas, supaya orang-orang yang menziarahi dapat menghormati dan tidak
menghinanya. Satu cara untuk menghormati orang yang meninggal dunia telah diajar
Tuhan di dalam al-Qur'an (9:84), iaitu dengan berdiri di kuburnya. Bukan duduk.
"Dan jangan kamu rahmati selama-lamanya ke
atas sesiapa antara mereka apabila dia mati, dan jangan juga berdiri di
kuburnya; mereka tidak percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan mati sedang
mereka orang-orang fasiq." ( 9:84)
:: SEMBUNYIKAN / TANAM / KUBUR::
Mayat atau jenazah mestilah DITANAM/ DIKUBURKAN menurut ayat
ini :
"Kemudian Allah kirim seekor burung gagak,
dengan mencakar-cakar di atas bumi, untuk perlihatkan kepada dia bagaimana dia
akan sembunyikan mayat saudaranya yang aib. Dia berkata, "Celakalah aku!
Tidakkah aku mampu untuk menjadi seperti burung gagak ini, untuk aku
sembunyikan mayat saudaraku yang aib?" Dan dia jadi antara orang-orang
yang menyesal." ( 5:31)
Tujuan menanam mayat adalah untuk menyembunyikan 2
perkara :
--- Bau yang dihasilkan dari mayat
--- Kesusahan yang bakal datang apabila mayat
dibiarkan.
:: AMALAN UMUM ::
Cara pengurusan jenazah yang dikenali adalah tidak
dilarang dan tidak disuruh. Sebaiknya,
biarlah jenazah itu diuruskan mengikut budaya dan adat sesuatu bangsa itu sendiri, selagi
mana ia tidak bertentangan dengan ajaran ALLAH dalam Qur’an.
Oleh itu, buatlah macam mana caranya sekalipun, selagi tidak termasuk ke dalam ketegori Pembaziran kerana membazir itu saudara Syaitan :
"Orang-orang yang boros adalah Saudara Syaitan, dan syaitan tidak berterima kasih (kafir) kepada Pemeliharanya." (17:27)
Tidak menzalimi mayat seperti mengubah kejadiannya, membakar, memusnahkan dengan cara yang bertentangan dengan adab dan sensitiviti manusia dan tidak menzalimi keluarganya dari segi kos dan sokongan moral, dan bukan juga perkara yang akhirnya menjadi ketetapan agama atau sesuatu yang kontradik dengan ajaran ALLAH dalam Qur'an (42:21)
Secara asasnya, pengurusan jenazah adalah dengan MENANAM / MENGUBUR mayat agar proses pereputannya tidak menganggu orang lain dan diletakkan pada tempat yang sewajarnya iaitu dalam Tanah.
Oleh itu, buatlah macam mana caranya sekalipun, selagi tidak termasuk ke dalam ketegori Pembaziran kerana membazir itu saudara Syaitan :
"Orang-orang yang boros adalah Saudara Syaitan, dan syaitan tidak berterima kasih (kafir) kepada Pemeliharanya." (17:27)
Tidak menzalimi mayat seperti mengubah kejadiannya, membakar, memusnahkan dengan cara yang bertentangan dengan adab dan sensitiviti manusia dan tidak menzalimi keluarganya dari segi kos dan sokongan moral, dan bukan juga perkara yang akhirnya menjadi ketetapan agama atau sesuatu yang kontradik dengan ajaran ALLAH dalam Qur'an (42:21)
(*rujuk ayat-ayat dalam ketegori menzalimi : 6:157, 4:10, 49:11 )
Secara asasnya, pengurusan jenazah adalah dengan MENANAM / MENGUBUR mayat agar proses pereputannya tidak menganggu orang lain dan diletakkan pada tempat yang sewajarnya iaitu dalam Tanah.
Solat Jenazah bukanlah Syariat ALLAH. ALLAH tak pernah menyebut kewujudan solat
Jenazah dalam mana-mana ayat dalam Qur’an.
Dilakukan solat jenazah atau tidak, ia tidak membantu arwah di alam
Barzakh. Doa dan bacaan serta kiriman
pahala tidak akan sampai kepada arwah kerana adanya Barzakh yang
menghalang. Matinya seorang anak adam
itu akan memutuskan semua perkara kehidupan dunia ke atasnya. Dia akan menanggung dosa dan pahalanya
sendiri-sendiri, begitu juga kita semua.
:: DOA ::
Untuk mengakhiri
huraian di sini, dipohonkan maaf serta diturunkan dua buah doa yang diajar oleh
Tuhan di dalam Kitab-Nya, berbunyi:
“Wahai Pemula langit
dan bumi, Engkau Waliku (Pelindungku) di dunia dan akhirat. Matikanlah aku
dalam kemusliman, dan satukanlah aku dengan orang-orang yang salih."
(12:101)
“Wahai Pemelihara
kami, ampunkanlah aku dan ibu bapaku, dan orang-orang mukmin, pada hari apabila
hitungan didirikan." (14:41)
:: PESANAN ::
Sebagai pesanan
kepada semua…
“Bacalah apa yang
diwahyukan kepada kamu daripada al-Kitab(Al-Qur’an), dan lakukan solat; solat
melarang kesumbangan dan mungkar. Peringatan Allah adalah lebih besar; dan
Allah tahu apa yang kamu kerjakan.” (29:45)
“ Semoga bermanfaat, Salamun alaikum…”
- PENULIS 2016