The Alien - Link Select

Isnin, 29 Ogos 2016

TAMAN FIRDAUS DAN JAHANAM : SATU KEPULANGAN ABADI 5 ???


BAHAGIAN 5

BAB 11 : QUR’AN SEBAGAI SUMBER HUKUM

"Sahaja aku nak tanya kamu, sebentar tadi sebelum kamu sentuh bab mati, kamu telah mengatakan bahawa Qur’an sahajalah sumber hukum.  Tolong hurai sekejap kat aku.  Boleh tak?" pinta Pak Rashid.
"Macam syahadah yang kita telah bincangkan. Cuba Pak Rashid tengok di rumah Pak Rashid sendiri, di sebelah nama Allah pasti ada nama Muhammad.  Kalau dilihat ayat 39:45. "Apabila Allah diingatkan (disebut) satu-satunya, maka meluatlah hati orang-orang yang tidak mempercayai akhirat, tetapi apabila orang-orang selain daripada Dia disebut, tiba-tiba mereka bergembira." Kataku.
"Macam tu juga, mesti ada satu kitab lain disamping Quran. 2:213. "Manusia adalah umat yang satu, kemudian Allah membangkitkan Nabi-Nabi sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran, dan Dia menurunkan bersama mereka Kitab dengan yang benar untuk Dia menghakimkan antara manusia mengenai apa yang mereka memperselisihkan. Hanya orang-orang yang diberikannya berselisih, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka, kerana keangkuhan antara mereka; kemudian Allah memberi petunjuk kepada orang-orang yang percaya pada yang benar mengenai apa yang dalamnya mereka memperselisihkan, dengan izin-Nya; dan Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki pada jalan lurus." Kataku.  "Cuba renung pada ayat-ayat ini.  Ayat 3:23. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang diberi sebahagian al-Kitab, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya ia menghakimkan antara mereka, kemudian segolongan antara mereka berpaling, dan mereka memalingkan.
Ayat 4:105. Sesungguhnya Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar supaya kamu menghakimkan antara manusia dengan apa yang Allah memperlihatkan kepada kamu. Maka janganlah kamu menjadi pembela pengkhianat-pengkhianat.
Ayat 5:49/50. Dan hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka, dan berhati-hatilah terhadap mereka, supaya mereka tidak menggoda kamu daripada sebarang apa yang Allah menurunkan kepada kamu. Tetapi jika mereka berpaling, maka ketahuilah bahawa Allah menghendaki hanya untuk menimpakan kepada mereka kerana sebahagian daripada kesalahan mereka; sesungguhnya kebanyakan manusia fasiq. Adakah putusan jahiliah yang mereka menginginkan? Dan siapakah yang lebih baik putusannya daripada Allah bagi kaum yang yakin?
Ayat 6:19. Katakanlah, "Perkara apakah yang paling besar dalam kesaksian?" Katakanlah, "Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan Al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku memberi amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai. Adakah kamu benar-benar mempersaksikan bahawa ada tuhan-tuhan lain selain Allah?" Katakanlah, "Aku tidak mempersaksikan." Katakanlah, "Dia hanyalah Tuhan Yang Satu, dan aku berlepas diri daripada apa yang kamu menyekutukan."
Ayat 6:114/115/116. Apa, adakah aku akan mencari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang menurunkan kepada kamu Kitab yang cukup jelas; dan orang-orang yang kepada mereka Kami telah memberikan Kitab mengetahui bahawa ia diturunkan daripada Pemelihara kamu dengan yang benar; maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu. Telah sempurna kata-kata Pemelihara kamu dalam kebenaran dan keadilan; tiada yang boleh menukar kata-kata-Nya; Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui. Jika kamu mentaati kebanyakan orang di bumi, mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka mengikuti hanya sangkaan, semata-mata dugaan.  Ayat 7:52. Dan Kami telah mendatangkan kepada mereka sebuah Kitab yang Kami menjelaskan, berdasarkan pengetahuan, menjadi satu petunjuk, dan satu pengasihan, bagi kaum yang mempercayai.  Ayat 10:35. Katakanlah, "Adakah daripada sekutu-sekutu kamu orang yang memberi petunjuk pada yang benar?" Katakanlah, "Allah, Dia memberi petunjuk pada yang benar; dan yang manakah lebih wajar untuk ditakuti - orang yang memberi petunjuk pada yang benar, atau orang yang tidak memberi petunjuk kecuali dia mendapat petunjuk? Mengapakah kamu, bagaimanakah kamu menghakimkan?"
Ayat 18:27. Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Kitab Pemelihara kamu; tiada yang dapat menukar kata-kata-Nya. Selain daripada Dia, kamu mendapati tiada perlindungan.
Ayat 30:30. Maka tegakkanlah wajah kamu kepada agama, seorang yang lurus - keaslian Allah yang dengannya memulakan manusia. Tidak ada pertukaran dalam ciptaan Allah. Itulah agama yang betul; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.
Ayat 49:16. Katakanlah, "Apa, adakah kamu akan mengajar Allah mengenai agama kamu, padahal Allah mengetahui apa yang di langit, dan apa yang di bumi? Dan Allah mengetahui segala sesuatu."
Ayat 50:45. Kami sangat mengetahui apa yang mereka mengatakan; kamu tidak memaksa mereka. Maka berilah peringatan dengan Al-Qur'an kepada orang yang takut akan ancaman-Ku.
Ayat 68:36. Mengapakah dengan kamu, bagaimanakah kamu menghakimkan?
"Cuba Pak Rashid perhatikan betul-betul, kesemua ayat-ayat diatas disuruh menghukum dengan Qur’an. Mungkin kerena degil atau masih jahil, arahan Tuhan diambil ringan.  Tidakkah kita takut kalau Allah bertanya kepada kita seperti ayat 68:36." Kataku selamba.
"Walau bagaimana pun Pak Rashid, bukan semua orang hendak mengikut arahan Allah. Yang lebih penting dapur mesti berasap, cukup bulan ambil gaji, hal agama serah sahaja pada tok-tok iman, ulamak atau pun Pak Kiai." Kataku lagi.
"Betul tu, yang ini aku sokong penuh!" Kata Ustaz Harun.
"Yang semua ayat-ayat Tuhan tadi Ustaz tak sokong ke?" Tanyaku ringkas.  Dia membuat mimik muka masam.  Aku sekadar senyum, gelihati dengan karenah Ustaz Harun.
"Cuba Ustaz lihat, ayat 2:41, 3:199, 5:44, 9:9 supaya jangan menjual ayat Allah dengan harga sedikit, maka dengan tawaran gaji RM 4000 atau RM 5000 sahaja, disandarkan pula dengan satu jawatan sedikit maka ayat Allah telah tergadai." Kataku lagi.
"Ini bahaya besar!"Sampuk Pak Rashid.
"Betul, sebab tu Allah berfirman - ikutlah orang yang tak ambil upah!" Jawapku selamba.


BAB 12 : QUR’AN, BAGI YANG TIDAK BERIMAN!

"Cuba tengok ayat 3:78. "Dan antara mereka, ada segolongan yang memutarbalikkan lidah mereka dengan al-Kitab supaya kamu menyangkanya daripada sebahagian al-Kitab, sedang ia bukanlah daripada al-Kitab; dan mereka berkata, "Ia daripada Allah", tetapi ia bukanlah daripada Allah, dan mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahuinya." Kataku lagi.
"Ini kerja puak Yahudi dan Nasrani!" sampuk Lebai Ngah.
Aku sambung dengan ayat 4:46. "Sebahagian daripada orang-orang Yahudi mengelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan mereka berkata, "Kami dengar dan kami menentang", dan "Dengarlah, dan jadilah kamu tidak mendengar", dan "Peliharalah kami", memutarbalikkan lidah mereka dan memfitnah agama. Sekiranya mereka mengatakan, "Kami dengar dan kami taat", dan "Dengarlah", dan "Awasilah kami", tentulah itu yang lebih baik bagi mereka, dan lebih tegak; tetapi Allah melaknatkan mereka kerana ketidakpercayaan (kekafiran) mereka, maka mereka tidak mempercayai kecuali sedikit." Kataku lagi.
"Bukan setakat itu sahaja Allah telah berfirman 7:146 "Aku akan memalingkan daripada ayat-ayat-Ku orang-orang yang menyombongkan diri di bumi, dengan tanpa patut; dan jika mereka melihat tiap-tiap ayat, mereka tidak akan mempercayainya, dan jika mereka melihat jalan yang benar, mereka tidak akan mengambilnya sebagai jalan, dan jika mereka melihat jalan salah, mereka akan mengambilnya sebagai jalan.  Itu ialah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami, dan lalai terhadapnya." Jelasku lagi.
"Macam tulah gayanya. Kalau kita khabarkan yang betul, mesti mereka tak suka, seperti ayat 10:15. "Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami berkata, "Datangkanlah Al-Qur'an selain yang ini, atau tukarkanlah ia." Katakanlah, "Tidak patut bagiku untuk menukarkannya dengan kemahuan diriku sendiri. Aku tidak mengikuti apa-apa, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku mengingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar."
"Sekali lagi 10:15, nampak gaya tidak ada Sunnah Nabi lagi kan?". Kataku sambil tergelak kecil.  Melihat mereka sedang tekun memikirkan sesuatu, lalu aku membaca ayat 13:1. "Alif Lam Mim Ra. Inilah ayat-ayat Kitab; dan apa yang diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu adalah yang benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mempercayai."
"Nampak gaya kamu, ni bantai kami habis-habisan!" Sindir sang Ustaz.
"Bukan dia kata, dia cuma baca jer…" Si Wak mula memberi sokongan kembali.
Aku tersenyum. “Dalam Ayat 17:45. Apabila kamu membaca Al-Qur'an, Kami meletakkan antara kamu dan orang-orang yang tidak mempercayai akhirat, satu tabir yang mengadang.
Ayat 17:46. Dan Kami meletakkan penudung pada hati mereka supaya mereka tidak memahaminya, dan di dalam telinga mereka sumbatan. Dan apabila kamu mengingatkan (menyebut) Pemelihara kamu satu-satunya di dalam Al-Qur'an, mereka berpaling ke belakang mereka dalam pelarian.
Ayat 18:57. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang diperingatkan dengan ayat-ayat Pemeliharanya, lalu dia berpaling daripadanya, dan melupakan apa yang tangan-tangannya mendahulukan? Sesungguhnya Kami meletakkan penudung pada hati mereka supaya mereka tidak memahaminya, dan di dalam telinga mereka sumbatan; dan walaupun kamu menyeru mereka kepada petunjuk, mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya.
Ayat 27:1 hingga 6. Tha Sin. Inilah ayat-ayat Al-Qur'an, dan sebuah Kitab yang jelas. Satu petunjuk, dan berita gembira, bagi orang-orang mukmin, Yang melakukan solat, dan memberikan zakat, dan yakin akan akhirat. Orang-orang yang tidak mempercayai akhirat, Kami menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka, dan mereka merayau-rayau membabi buta. Mereka itulah orang-orang yang kepada mereka azab yang jahat menunggu, dan merekalah orang-orang yang paling rugi di akhirat. Kamu menerima Al-Qur'an daripada satu yang Bijaksana, Mengetahui.
Ayat 47:24. Apa, tidakkah mereka merenungkan Al-Qur'an? Atau, adakah adanya kunci pada hati mereka?
Ayat 7:176. Dan sekiranya Kami menghendaki, tentu Kami menaikkan dia dengannya, tetapi dia cenderung kepada bumi, dan mengikuti keinginannya. Maka persamaannya seperti persamaan seekor anjing: jika kamu menghalaunya, ia menjulurkan lidahnya, atau jika kamu membiarkannya, ia menjulurkan lidahnya juga. Itulah persamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah ceritanya supaya mereka memikirkan.
"Cuba perhatikan betul-betul ancaman Allah daripada ayat-ayat di atas, rasa takut tak?" Aku bertanya mereka.
"Takut nanti jadi seperti 62:5. Persamaan orang-orang yang dibebankan dengan Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya adalah seperti persamaan seekor keledai yang memikul buku-buku yang tebal. Adalah buruk persamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim". Kata ku lagi.
Ayat 7:179. Kami menciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai.
Ayat 2:18. Pekak, bisu, buta; maka mereka tidak akan kembali.
"Tadi, Allah buat macam persamaan anjing, sekarang Allah membuat persamaan lagi teruk, iaitu lebih sesat dari binatang ternak. Binatang ternak itu macam ayam, itik, lembu, kerbau, kambing, unta ataupun babi." Kata ku lagi.

HADIS-SUNNAH NABI DAN AL-HIKMAH

“Hadis-hadis nabi itulah yang disebut Al-Hikmah dalam Qur’an.  Apa kamu tidak baca ayat itu Brahim?” soal Ustaz Harun, masih tidak puas hati. “… dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu, dan al-Kitab, dan AL-HIKMAH, yang Dia turunkan kepada kamu untuk menegurkan kamu. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah tahu segala sesuatu. (2:231).  Al-Kitab adalah Qur’an itu sendiri. Manakala Al-Hikmah adalah hadis-hadis Sunnah nabi!”
“Ustaz,  dalam firman Allah, "Allah turunkan hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab" (39:23).  Kitab yang dimaksudkan adalah al-Qur'an, yang diturunkan kepada Nabi Allah yang terakhir,  Nabi Muhammad. Kitab tersebut diturunkan kepada baginda untuk dipanjangkan kepada seluruh manusia.  Maka baginda, dengan cara lisan terutamanya, sampaikan kandungan Kitab kepada orang-orang di sekelilingnya. Justeru, seluruh kandungan kitab Hadis Allah yang diterima merupakan Hadisnya juga. Seperti maksud firman Allah berbunyi, "Sesungguhnya ia adalah ucapan Rasul yang mulia" (69:40). 
Dalam kandungan Kitab tersebut, terdapat ayat-ayat yang mengandungi kalimat qul yang lazim diterjemah kepada katakanlah. Dengan itu, Allah menyuruh Nabi atau orang-orang mukmin mengatakan sesuatu kepada orang-orang tertentu atau umum. Oleh yang demikian, mungkin tidak keterlaluan terangkan ayat-ayat tersebut sebagai Hadis Nabi, umpama istilah yang selalu disebut dalam masyarakat Islam, tetapi merupakan hadisnya yang sebenar dan muktamad.  Ayat-ayat yang mengandungi kalimat qul di dalam al-Qur'an didapati banyak. Kesemua telah dikumpul menurut kronologi. Contohnya, ayat ini.  "Aku adalah di atas satu bukti yang jelas daripada Pemeliharaku, dan kamu dustakannya. Tidak ada padaku apa yang kamu minta disegerakan dengannya; putusan hanyalah bagi Allah. Dia ceritakan yang benar, dan Dia yang terbaik daripada pembuat-pembuat ketetapan." (6:57).   Kataku, panjang lebar.
“Jadi apa maksud Hikmah kalau bukan hadis nabi?” soal Ustaz Harun, semakin tidak puas hati.
“Lihat ayat ini,… 62:2. ‘Dia yang bangkitkan pada kaum yang ummiy (orang Arab) seorang Rasul di kalangan mereka untuk bacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, dan sucikan mereka, dan ajar mereka Kitab dan Kebijaksanaan (Al-Hikmah), walaupun sebelum itu mereka adalah dalam kesesatan yang nyata.’
16:125. ‘Serulah ke jalan Pemelihara kamu dengan kebijaksanaan(Al-Hikmah) dan teguran yang baik,…’.  Hikmah itu ada dalam kitab Qur’an sendiri. Lihat ayat-ayat ini…‘…Itulah dari apa yang diwahyukan Tuhanmu dari AL-HIKMAH’(17:39).  Apakah yang di maksud ayat itu? Allah mengatakan itulah apa yang dari AL-HIKMAH. Kita lihat ayat-ayat sebelum itu, Ustaz….
17:22. Janganlah adakan berserta Allah tuhan yang lain, atau kamu duduk terkutuk, diabaikan.
17:23. Pemelihara kamu tentukan bahawa kamu tidak sembah sesuatu melainkan Dia, dan buat baik kepada ibu bapa, sama ada seorang atau kedua-dua mereka telah sampai umur tua di sisi kamu, maka janganlah berkata kepada mereka, "Cis!", dan jangan juga herdik mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang mulia.
17:24. Dan rendahkanlah kepada mereka sayap rendah diri daripada pengasihan, dan katakan, "Wahai Pemeliharaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka pelihara aku semasa aku kecil."
17:25. Pemelihara kamu sangat-sangat tahu apa yang di dalam jiwa kamu jika kamu orang-orang salih (baik); sesungguhnya Dialah Pengampun kepada orang-orang yang kesal.
17:26. Dan berikan sanak saudara haknya, dan orang-orang miskin, dan musafir; dan janganlah boros, memboroskan.
17:27. Orang-orang yang boros adalah saudara syaitan, dan syaitan tidak berterima kasih (kafir) kepada Pemeliharanya.
17:28. Tetapi jika kamu berpaling daripada mereka, untuk inginkan pengasihan daripada Pemelihara kamu yang kamu harapkan, maka ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang lemah lembut.
17:29. Dan janganlah buatkan tangan kamu terbelenggu pada leher kamu, dan jangan juga menjulurkannya dengan segala huluran, atau kamu akan duduk tercela, menyesal.
17:30. Sesungguhnya Pemelihara kamu menjulur dan menyempitkan rezeki-Nya kepada siapa Dia hendaki; sesungguhnya Dia menyedari, melihat hamba-hamba-Nya.
17:31. Dan jangan bunuh anak-anak kamu kerana takut akan kemiskinan; Kami beri rezeki untuk kamu dan mereka. Sesungguhnya pembunuhan mereka adalah kesalahan besar.
17:32. Dan janganlah mendekati zina; sesungguhnya ia satu kesumbangan, dan jalan yang jahat.
17:33. Dan jangan bunuh jiwa yang Allah haramkan, kecuali dengan patut, dan sesiapa yang dibunuh dengan tidak adil, kami beri walinya (warisnya) kuasa; tetapi janganlah dia membazir (berlebihan) dalam pembunuhan; dia ditolong.
17:34. Dan janganlah mendekati harta anak yatim melainkan dengan cara yang paling baik, sehingga dia dewasa. Dan tepatilah perjanjian; sesungguhnya perjanjian ditanya.
17:35. Dan tepatilah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang lurus; itulah yang lebih baik, dan lebih baik kesudahannya.
17:36. Dan jangan ikut apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya.
17:37. Dan janganlah berjalan di bumi dengan sangat gembira; sesungguhnya kamu tidak dapat pecah belahkan bumi, dan kamu tidak akan sampai ketinggian gunung-gunung.
17:38. Semuanya itu, kejahatannya dibenci di sisi Pemelihara kamu.
17:39. Itu adalah daripada Kebijaksanaan (Al-Hikmah) yang Pemelihara kamu wahyukan kamu; janganlah adakan berserta Allah tuhan yang lain, atau kamu dilempar ke dalam Jahanam, tercela, terbuang.
Maka dengan mudahnya ALLAH  beritahu bahawa Al-Hikmah adalah Perintah-perintah dan Larangan-larangan dari Allah dan cara menjalani kehidupan kepada orang yang percaya.  Semua itu ada dalam Qur’an itu sendiri, yang tadi itu sebahagian sahaja yang saya sebut.  Maknanya apa yang diperintahkan oleh ALLAH untuk sampaikan Al-Hikmah atau kebijaksanaan itu bukanlah dari luar Qur’an seperti hadis-hadis rekaan Imam-imam hadis.  Tetapi dari dalam Qur’an itu sendiri.” Jelasku lagi.
 “Lihat ayat-ayat ini, 10:1. Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat Kitab yang bijaksana. 36:1-2. Ya Sin. Demi al-Qur'an yang bijaksana. 43:4. Dan sesungguhnya ia adalah di dalam ibu Kitab, di sisi Kami; sungguh tinggi, bijaksana. 31:1-2. Alif Lam Mim. Inilah ayat-ayat al-Kitab yang bijaksana.  Berikut pula adalah kata-kata Nabi Ibrahim ketika ia memohon kepada Allah: “Ya Tuhan kami, dan kirimlah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka untuk membacakan kepada mereka ‘Ayat’ dan mengajari mereka ‘Al-Kitab’ dan ‘Al-Hikmah’.” (2:129).  Lagi, kata ‘Al-Hikmah’ di sini tidak bererti apa-apa selain kebijaksanaan  atau keputusan yang tepat.  Nabi Ibrahim tidak memiliki pengetahuan tentang ‘Sunnah’ Nabi Muhammad.
“Dia menganugerahkan ‘Al-Hikmah’ kepada siapa saja yang Dia kehendaki, dan siapa pun yang mencapai ‘Al-Hikmah’ telah benar-benar mencapai suatu berkat yang besar.” (2:269)
Kata-kata “siapa pun yang Dia kehendaki” dalam ayat ini menunjukkan bahawa Allah melimpahkan ‘Al-Hikmah’ kepada siapa pun yang beriman dan bukan hanya kepada Rasul-rasul-Nya.  Jika kita menganggap bahwa ‘Al-Hikmah’ berarti Sunnah, maka kita harus percaya bahwa setiap orang beriman biasa (yang bukan Nabi) juga boleh memiliki Sunnah peribadi yang harus diikuti oleh orang beriman lainnya. Hal ini tentu saja mustahil berlaku.  Ayat ini sangat lojik jika kita berfikir tentang ‘Al-Hikmah’ dalam erti yang tepat iaitu keputusan yang tepat  tentang suatu permasalahan atau kebijaksanaan.
Akhirnya, kata ‘Al-Hikmah’ dalam kamus bahasa Arab bererti kebijaksanaan atau keputusan yang tepat. Meninggalkan makna harfiah yang sebenarnya dan memanipulasi artinya, maka sama saja menolak kebenaran dari Al-Qur’an dan merosak agama Islam dengan cara yang halus.”  Aku tutup hujahku dengan senyuman pada sang Ustaz.  
Ustaz Harun kembali terdiam dan berfikir.


BAB 13 : SYIRIK

"Sebenarnya Ustaz Harun, Lebai Ngah, Pak Rashid dan Wak Seman, kita ini telah terperangkap oleh agenda sekutu-sekutu Allah. Mereka nak kita bersama dengan mereka dalam Api Neraka, jadi kita terpaksa membebaskan diri kita dari belengu mereka." Kataku lagi.
"Cuba Ustaz lihat pada ayat 6:137. "Demikianlah sekutu-sekutu mereka menampakkan indah bagi kebanyakan orang yang menyekutukan supaya membunuh anak-anak mereka, untuk membinasakan mereka, dan untuk mengelirukan agama mereka kepada mereka. Sekiranya Allah menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya; maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan." Kataku.
"Lihatlah pada hari ini, kita ada berpuluhan macam mazhab. Ini telah membuka ruang pada sekutu-sekutu Allah untuk mengelirukan kita, akhirnya kita pun terjebak, lalu kita mengabaikan perintah Tuhan. Hak telah bergaul dengan Bathil. Sesiapa yang mengikut arahan Tuhan, sudah dikira pelik pada mata masyarakat. Dia akan dipulau, dicaci-maki dan dihina. Seperti biasa, Ulamak dengan girangnya akan siap sedia untuk memberi dia cop sesat dan murtad." Kataku penuh bersemangat.
"Sampai kesitu pula kamu.”  Sindir sang Ustaz.
"Ya… murtad kena bunuh!" Kataku lagi.
"Dan diakhirat kelak, Allah akan tanya kita satu soalan, iaitu mana dia sekutu-sekutu yang kita mendewa-dewakankan itu? Cuba tengok ayat 6:22, 10:28, 16:27, 18:52, 28:62, 28:74, dan 41:47." Kataku.  "Dalam Ayat 42:21. "Atau, adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang mensyariatkan untuk mereka sebagai agama, yang dengannya Allah tidak mengizinkan? Jika tidak kerana Kata Ketetapan, tentu ia diputuskan antara mereka. Bagi orang-orang yang zalim, azab yang pedih.”
"Sebenarnya Ustaz Harun, Lebai Ngah, Pak Rashid dan Wak Seman, sekutu-sekutu Allah hanya menginginkan supaya manusia melakukan Syrik pada Allah, 4:48. Allah tidak mengampunkan apa-apa yang dengan-Nya disekutukan, dan Dia mengampunkan yang selain itu kepada siapa yang Dia mengkehendaki. Sesiapa menyekutukan Allah, sungguh dia mengada-adakan dosa besar." Dan ayat 4:116. Allah tidak mengampunkan apa yang dengan-Nya dipersekutukan, dan Dia mengampunkan yang selain itu kepada siapa yang Dia mengkehendaki, dan sesiapa menyekutukan Allah dengan sesuatu, dia sesat dalam kesesatan yang jauh." Ujarku lagi, dengan penuh semangat.
"Seterusnya amalan Syrik ini amat senang terjadi misalnya dengan penyembahan manusia (7:194), pengambilan Anak Lembu (2:51), patung-patung (6:74), menjadi hamba selain dari hamba Allah (3:79), mengambil malaikat atau nabi sebagai Tuhan. (3:80), menggambil hamba-hamba Allah sebagai Tuhan (18:102), mengaku Nabi Isa sebagai Tuhan (5:72) mentaati syaitan (6:121), mengambil habr/rahib/Nabi Isa sebagai Tuhan selain daripada Allah. (9:31), mengambil pelindung-pelindung selain daripada Allah.(39:3), menyembah jin (34:41); anak–anak (7:190), buah-buahannya (18:42), kecintaan pada benda-benda (38:32) dan ego sendiri 25:43/45:23." Aku berhujah panjang.
"Lalu, kenalah dengan ayat 21:98. "Sesungguhnya kamu, dan apa yang kamu sembah selain daripada Allah, adalah bahan bakar untuk Jahanam; kamu akan turun kepadanya.  Cubalah tanya pada diri kita sendiri, masihkah kita sembah sekutu-sekutu Allah dan pada masa yang sama kita meyembah Allah?" Tanyaku lagi.
Semua diam kaku. Mungkin si otak sedang bekerja keras memikirkan adakah dia sedang menyembah satu Tuhan, dua Tuhan, tiga Tuhan atau beribu-ribu Tuhan.



BAB 14 : TUGAS ORANG MUKMIN

"Cuba Brahim khabarkan kepada kami secara ringkas apa harus orang kami buat?" Tanya Ustaz Harun.  Lebai Ngah pula mula menguap panjang.  Keletihan sudah mula mengambil tempat di kalangan kami.  Aku sendiri dah mulai penat dna mengantuk.  Malam sudah semakin tua.
"Esoklah kita sambung," Kataku. "Lebai pun dah menguap…"
"Teruskan, aku tak pernah pun dengan ceramah macam ni, sambunglah." Pinta Lebai Ngah sambil mencuit paha ku.
Nampaknya Lebai Ngah sudah mulai faham apa yang telah didengari sejak dari tadi.  Satu petanda yang baik untuk dirinya.
"Ini bukan ceramah, ini ayat Qur’an. Kita sama-sama baca dan bawa berbincang." Kata ku sambil menoleh pada Lebai Ngah. "Sekejap saja tau!?"
Sesekali angin sejuk menderu, meremang bulu romaku. Aku membaca beberapa potong ayat.

* Berimanlah kepada Allah, lakukan kebaikan, dan percayalah kepada-Nya.
  (2:62/112; 11:123)
* Sembahlah Allah saja dan jangan sekutukan Dia dengan sesiapa atau sesuatu
  apapun. (17:22~23)
* Hormati dan muliakan kedua-dua ibu-bapa. (17:23~24)
* Menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar. (3:104)
* Cintailah Allah melebihi segalanya serta berjuanglah di jalan-Nya, dengan
  harta dan jiwa, jangan menjual ayatNya dan jangan takut kepada manusia,
  tetapi takutlah kepada Allah. (4:75; 5:44; 9:111; 33:39)
* Lakukan solat dan ibadah lain, tanpa bertengkar tentang kaedah, keluarkan
  zakat. (22:67; 29:45; 98:5; )
* Bertindak adil dan hukumlah mengikut undang-undang Allah . (4:58/135; 5:8;
  5:44; 7:28~29)
* Taatilah pemimpin yang adil, hormati dan sokong mereka, tetapi usah
  mendewakan mereka. (4:59)
* Jadilah insan yang sentaisa belajar dan berani, (2:30~34; 4:75)
* Berbuat kerja kebaikan, jangan ego dan bodoh sombong. (31:18, 2:54; 17:37;
  25:43)
* Beri salam kepada semua orang, sederhana bila berjalan dan jangan meninggi
  suara. (4:86; 4:148; 31:19 dan 26:53)
* Jangan taksub kepada kaedah, bersatu dan jangan bermusuhan. (2:67~71; 3:103;
  22:67)
* Berbuatbaiklah, jangan membuat kerosakan di bumi. (28:77)
* Selamatkan nyawa dan jangan bunuh kecuali pada jalan keadilan. (17:33)
* Jangan bunuh anak-anak kerana takutkan kemiskinan. (17:31)
* Jangan amalkan riba, tetapi amalkan sedekah. (2:275~80)
* Menulis hutang, berlaku jujur dalam semua urusan kewangan dan ekonomi.
  (2:282; 6:152)
* Berundinglah untuk menyelesaikan masalah. (3:159; 42:38)
* Jangan terima maklumat yang tidak sahih. (17:36)
* Dengar semua pendapat dan ikut yang paling baik. (39:18)
* Bacalah untuk mengetahui. (96:1~5)
* Berperang/bergerak dalam barisan/stretegi. (61:4)
* Tunaikan janji, amanah, jangan makan harta anak yatim. (17:34)
* Jangan lupa pada anak yatim dan beri makan pada org miskin (107:2~3)
* Jangan lakukan rasuah. (2:188)
* Jangan boros dan bazir, tetapi jangan bakhil. (17:26~29)
* Bersedekahlah kepada fakir, miskin, berhutang dijalan Allah, musafir dan
  sanak-saudara(9:60; 17:26)
* Orang mukmin itu bersaudara dan perdamaikanlah saudara. Elak daripada syak-
  wasangka, intip-mengintip dan kata-mengata antara mukmin. (49:9~10/12)
* Tekunlah mengerjakan pekerjaan baik dan jangan takut menghadapi kesulitan dan
  kesusahan. Kejayaan hanya datang selepas kesusahan. (2:45/177; 94:5~8)
* Gunakanlah akal,contoh sejarah, dalam memahami dan melaksanakan perintah-
  perintah Allah. (2:164; 3:137 7:179; 8:22; 10:100; 12:111; 30:9; 35:44;
  40:21/82 50:6; 40:57 )
* Bercakap benar. Jangan bohong, walaupun muslihat disahkan terhadap musuh.
  (8:8; 25:72; 33:70; 12:70~81)
* Berkahwinlah sesama mukmin, jangan kahwini orang kafir, dan jangan berzina.
 (5:5; 30:21; 17:32)
* Bekerjasamalah pada jalan kebaikan; jangan bekerjasama pada jalan kejahatan.
  (5:2)
* Makan dan minumlah dengan sederhana (7:31)
* Elak arak dan judi. (2:219)
* Pakailah Pakaian yang sopan. (24:30~31)
* Jadilah seorang pengampun dan pemaaf. (3:134, 42:40~43)
* Jangan persenda dan perolok-olok satu sama lain. (49:11)
* Jangan tanya perkara-perkara kecil dan yang tidak berfaedah. (2:67~71; 
  5:101~02; 22:67)
* Berseru dengan bijaksana dan teguran yang baik (16:125, 6:51)
* Minta pertolongan Allah dari syaitan yang direjam (7:200)

"Maka itulah secara ringkasnya." Kataku lagi. "Macam mana boleh terima tak?"
Aku tanya mereka. "InsyaAllah". Ringkas sahaja jawapan mereka.
“Bukan Insya-ALLAH!”
“Salah juga kah?” tanya Ustaz Harun.
“Ya, Lihat ayat ini.  Allah mengajar kita dengan ayat dan perkataan yang betul.  Dalam ayat 18:23-24  “Dan janganlah berkata terhadap sesuatu, "Aku akan buat itu esok", Tetapi hanya, "Jika Allah hendak" (Anyasya-ALLAH);..."
 Semua sedikit pelik mendengarnya tetapi saya sekadar senyum.
“Anyasya-ALLAH…” tutur Pak Lebai Ngah.
"Alhamdulilah.” Ucapku."Lihatlah ayat 3:31 Katakanlah, "Jika kamu mencintai Allah, ikutlah aku, dan Allah akan mencintai kamu, dan mengampuni kamu atas kesalahan-kesalahan kamu; Allah Pengampun, Pengasih." Kataku lagi.
"Marilah kita merenung ayat 6:112/113. "Begitulah Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan perkataan-perkataan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan. Dan supaya hati orang-orang yang tidak mempercayai akhirat condong kepadanya, dan supaya mereka sangat berpuas hati dengannya, dan supaya mereka memperoleh apa yang mereka memperolehkan." Kataku lagi.
"Marilah kita berhenti dari perjuangan dan perbuatan yang tak berfaedah ini, masa untuk kita semakin hari semakin suntuk. Ingatlah pada ayat 17:36 "Dan janganlah mengikuti apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya.  Kuatkanlah hati kita dengan janji Allah seperti ayat 33:56 "Oleh itu Orang-orang yang menyampaikan Mesej-Mesej Allah, dan takut kepada-Nya, dan tidak takut pada sesiapa jua kecuali kepada-Nya; dan cukuplah Allah sebagai penghitung." Kataku bersahaja.
"Pada ayat 2:42 "Dan janganlah mencampuradukkan yang benar dengan yang palsu, dan jangan menyembunyikan yang benar sedang kamu mengetahuinya.
Ayat 8:27 Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengkhianati Allah dan rasul, dan janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat kamu sedang kamu mengetahuinya.  Ayat 18:106 Itulah balasan mereka - Jahanam, kerana mereka tidak percaya, dan mereka mengambil ayat-ayat-Ku, dan rasul-rasul-Ku sebagai olok-olokan.”  Hari hampir pagi, rasa-rasa cukuplah tu….". Aku meminta simpati, bukan main penat lagi aku rasa. "Kira semua, saya belanja."
"Tak apa Brahim, kami belanja, apa yang kamu katakan itu telah membuka ruang dalam kepala otak kami untuk kami berfikir." Kata Ustaz Harun.
"Betul tu Brahim…." Sampuk Lebai Ngah. "Apalah ada sangat pada kopi dan teh ini jika dibandingkan dengan apa yang kau cakapkan ini,  Brahim." Pak Rashid bersuara.
"Bukan begitu, kalau nak belanja saya, tunggu bila saya balik cuti lagi, tapi malam ini saya sangat-sangat nak bayar kerana saya terasa macam ada upah pula. Allah telah larang kesemua para Nabi dan orang-orang yang beriman untuk tidak mengambil upah dalam menyampaikan ayat-ayatnya seperti ayat 6:90, 10:72, 11:29, 11:51 12:104, 25:57, 26:109/127/145/164/180, 34:47, 36:21, 38:86, dan 42:23." Kataku lagi.
Aku meletakan RM 30.00 diatas meja. Aku simpan Qur’an dan Bible kembali ke dalam beg galasku. Aku bersalaman dengan Lebai Ngah, Pak Rashid, Wak Seman dan Ustaz Harun. Aku hendak menyusur pulang. Jam didinding warung sudah mencecah 5.30 pagi. Ayam jantan mula berkokok riang menandakan malam yang dingin ingin mengundurkan diri. Fajar akan masuk sebentar lagi,  Sebentar lagi Solat Fajar wajib didirikan,  Sang mentari hendak silih berganti sesudah itu.
"Brahim, teringat aku ayat 57:20. "Ketahuilah bahawa kehidupan dunia adalah tiada, melainkan satu permainan, dan satu hiburan, dan perhiasan, dan bermegah-megah antara kamu, dan persaingan dalam harta dan anak-anak. Ia persamaan hujan dimana tanamannya mengagumkan orang-orang yang tidak percaya; kemudian ia menjadi kering, dan kamu melihatnya menjadi kuning, kemudian ia menjadi jerami yang hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras, dan keampunan daripada Allah, dan kepuasan hati; dan kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang menipukan." Ustaz Harun berkata.
"Betul!" Jawabku ringkas. Aku mula melunjur kaki untuk membetulkan badanku yang telah letih.  Bila aku hendak bangun tiba-tiba terdengar perkataan "Salamun Alaikum."
Ustaz Harun rupanya. Aku tersenyum kerana aku terlupa untuk memberi salam. Teringat sebuah ayat yang berbunyi, "Dan apabila kamu dihormati dengan salam hormat, maka berilah salam hormat yang lebih baik daripadanya, atau kembalikan ia; sesungguhnya Allah buat hitungan atas segala sesuatu" (4:86)
"Salamun Alaikum…" jawapku ringkas. ‘Alhamdulilah’ bisik hati kecilku lantas aku teringat kembali pada surah 103:3 "Supaya saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar."
"Alhamdulilah, marilah kita sama-sama memuji kehadrat Allah, saya teringat akan satu surah pendek yang ada tiga ayat 110:1 hingga 3. "Apabila datang pertolongan Allah, dan kemenangan, Dan kamu melihat manusia masuk agama Allah berkumpulan-kumpulan, Maka lafazlah sanjungan Pemelihara kamu, dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dialah yang menerima taubat." Pintaku lagi. "Allah menyebutnya sebagai agama Allah.”
"Baiklah, ini soalan terakhir saya, adakah dengan ini bermaksud kita telah menolak kerasulan Nabi Muhammad atau tidak mengiktirafkan Nabi Muhammad?" Aku bertanya.
"Tidak, sekali-kali tidak!" Jawab sang Ustaz.
"Habis tu, apa yang kita tolak?" Aku terpaksa bertanya lagi. "Macam fitnah dan tohmah yang konon-kononnya dipanggil hadis sahih yang telah dilemparkan oleh anasir-anasir jahat terhadap Nabi Muhammad, Qur’an dan Allah." Wak Seman menyampuk.
"Jadi, kalau kita kembali pada ajaran Allah yang suci murni ini berpandukan hanya pada Al-Qur’an satu-satunya, adakah kita dikira murtad?" Aku bertanya lagi.
"Murtad. Ya, murtad pada masyarakat." Jawab Pak Rashid selamba. Semua yang ada ketawa terbahak-bahak melihat mimik muka Pak Rashid.
"Kalau macam tu, aku rasa malam ini aku juga aku telah murtad. Aku nak masuk agama Allah." Jawap Lebai Ngah, yakin.
"Habis, Lebai tak takut pada masyarakat?" Aku bertanya lagi.
"Cukup takut dengan satu Tuhan saja." Pendek saja jawapan si Lebai.
"Habis tu, tak takut kena rejam sampai mati?" Aku menyindir.
"Sekarang dah kebal!" Pak Rashid menyampuk.  Semua yang ada turut ketawa terbahak-bahak. Aku juga kagum dengan keikhlasan Lebai Ngah. Sekali lagi aku lihat pada beg galasku. Aku berfikir sejenak. Aku buka kembali beg hijau tua itu dan dengan perlahan-lahan aku keluarkan kembali Qur’an dan Bible. "Ini Quran dan ini pula Bible. Kajilah. Selagi hayat dikandung badan carilah kebenaran. Jangan pula ambil apa yang saya kata ini untuk dijadikan kitab-kitab penganti Qur’an atau sebagai rumusan atau sebagai ringkasan Qur’an. Berhati-hatilah, kita sekarang berada dipersimpangan dilema. FIRDAUS atau JAHANAM - satu pulangan abadi!" Kataku sambil menoleh pada sekian yang ada.
"Ingatlah, setelah kita kembali kepada Allah satu-satunya, musuh-musuh kita akan bertambah ramai, terutamanya Syaitan, yang akan memerangkap kita dijalan yang lurus, perhatikan juga ayat 7:16, dan ayat 17:64. "Dan kejutlah sesiapa antara mereka yang kamu boleh dengan suara kamu, dan kumpulkanlah terhadap mereka pasukan berkuda kamu dan pasukan kamu yang berjalan kaki, dan bersekutulah dengan mereka dalam harta mereka dan anak-anak mereka, dan janjikanlah mereka!" Tetapi syaitan tidak menjanjikan mereka kecuali tipuan." Kataku lagi.

QUR’AN ADALAH RASUL

“Setelah Nabi Muhammad wafat, tidak ada lagi nabi dan Rasul yang diutus dari kalangan manusia.  Yang masih kekal ialah apa yang diterima dari ALLAH dan dibawa oleh Nabi kepada kita sehingga ke hari ini. Tidak lain dan tidak bukan adalah kitab Al-Qur’an ini.  Nabi Muhammad adalah Rasulullah  penutup nabi-nabi di kalangan manusia.   Jawatan Rasul dari segi fungsinya boleh sahaja digunakan pada kitab terakhir yang mempunyai fungsi yang sama dengan Rasul di kalangan manusia.  ALLAH berfirman dalam satu ayat. "Maka berpegang-teguhlah kamu pada apa yang diwahyukan kepada kamu; sesungguhnya kamu adalah di atas jalan lurus. Sesungguhnya ia adalah Peringatan bagi kamu, dan bagi kaum kamu; dan sungguh, kamu akan ditanya." (43:43-44).
ALLAH perintahkan nabi untuk berkata, “Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku beri amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai." (6:19).  Qur’an inilah satyu-satunya peninggalan nabi Muhammad kepada kita.  Dan tidak ada langsung disebut hadis atau Sunnah nabi untuk kita.  Inilah yang kita mesti baca setiap hari dengan memahami mesej-mesejNya.  Lihat ayat ini, "Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya sedang kepada kamu ayat-ayat Allah dibacakan, dan Rasul-Nya berada di kalangan kamu? Sesiapa berpegang teguh kepada Allah, dia diberi petunjuk pada jalan lurus." (3:101).
Kerana Rasul dikatakan hadir pada hari ini maka dia disangka hanya terdiri daripada orang-orang yang menyampaikan ayat-ayat Allah, yang bilangannya didapati begitu ramai.
Kita sedia maklum bahawa ayat-ayat Allah yang diturunkan, antara lain, beri petunjuk kepada manusia pada jalan lurus. Tugas itu, apabila direnungkan tidak hanya mampu dilaksana oleh Rasul jenis manusia kerana sebuah Kitab pun mampu buat demikian. Lalu Kitab itu boleh juga dianggap sebagai Rasul, seperti ditunjukkan dalam kandungan Peringatan ini yang berbunyi,
"Wahai ahli Kitab, sungguh telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan kepada kamu banyak perkara yang kamu sembunyikan daripada Kitab, dan banyak yang dimaafkan. Telah datang kepada kamu daripada Allah satu cahaya, dan sebuah Kitab yang jelas.  Allah beri petunjuk kepada siapa ikut kepuasan hati-Nya pada jalan-jalan kesejahteraan, dan keluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya dengan izin-Nya; dan Dia beri petunjuk kepada mereka pada jalan lurus." (5:15-16),
Rasul dikatakan telah datang dan apa yang dikatakan telah datang di situ dijelaskan lagi dengan frasa sebuah Kitab yang jelas. Justeru, ayat tersebut dengan jelas membawa mesej iaitu Rasul adalah Kitab.  Penurunan Kitab ambil masa yang lama, di antara sebuah Kitab dengan Kitab yang lain.  Contohnya Injil dan al-Qur'an yang memakan masa kira-kira 600 tahun, atau al-Qur'an hingga ke hari ini selama lebih 1400 tahun. Kerana begitu lama mungkin terdapat orang-orang di kalangan ahli Kitab menyatakan tidak ada sebarang pemberi berita gembira mahu pun pemberi amaran datang kepada mereka. Namun Allah sangkal mereka dengan ayat berikut:
"Wahai ahli Kitab, sungguh telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan kepada kamu pada satu masa jeda antara Rasul-Rasul, supaya kamu tidak kata, 'Telah tidak datang kepada kami sebarang pembawa berita gembira, dan tidak juga sebarang pemberi amaran.' Sungguh, telah datang kepada kamu pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; Allah berkuasa atas segala sesuatu." (5:19).
Dia menyatakan bahawa Rasul merupakan pemberi berita gembira dan pemberi amaran. Pembawa dan pemberi tersebut boleh berbentuk sebuah Kitab. Seperti Kitab al-Qur'an, yang tidak dinafikan berfungsi sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran menurut firman berbunyi,
"Sebuah Kitab yang ayat-ayatnya dijelaskan sebagai sebuah Qur'an bahasa Arab bagi kaum yang tahu, pemberi berita gembira, dan pemberi amaran, tetapi kebanyakan mereka berpaling, dan tidak mendengar." (41:3-4).
Oleh itu, serupa mana-mana Rasul jenis manusia, al-Qur'an juga dikatakan memberi berita gembira dan beri amaran, dan kerana mesejnya masih terpelihara hingga hari ini maka mana-mana manusia tidak perlu lagi menganggap diri mereka sebagai Rasul.  Kerana Rasul boleh berbentuk sebuah Kitab, seperti al-Qur'an, sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran, maka Rasul kita pada hari ini ialah Kitab al-Qur'an ini, Ustaz.” Jelasku panjang lebar.
Ustaz Harun sedikit tersentak dengan peneranganku itu.
Aku serahkan kitab Qur’an dan Bible itu kepada Wak Seman.  Perlahan-lahan Wak Seman menyambut kedua-dua kitab tersebut. Berat rasanya untuk kakiku melangkah pergi.

Masa aku melintasi jambatan gantung, terlintas dihatiku ayat 56:79. "Tiada yang menyentuhnya kecuali orang-orang yang dibersihkan."


TAMAT


Sekian dari, 
Queen Alya International Airport
Amman City, Jordan 
http://www.angelfire.com/trek/bab/
mohamedibraheem@yahoo.com