ALLAH SWT
Berfirman :
Berfirman :
(Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib
yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak
mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang
baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi
orang-orang yang bertaqwa.
( Q.S Hud 11 : 49 )
Dan kepada kaum Aad, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Hud ia
berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan
bagi kamu selain daripadaNya. kamu hanyalah orang-orang yang mengada-adakan
perkara-perkara yang dusta (terhadap Allah).
( Q.S Hud 11 : 50 )
Wahai kaumku! Tiadalah aku meminta sebarang upah daripada
kamu tentang (ajaran yang aku sampaikan) itu. Upahku hanyalah dari Allah yang
menciptakan daku; maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal (untuk
mengetahui kebenaran)?
( Q.S Hud 11 : 51 )
RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
bersabda :
bersabda :
“Engkau beribadah kepada Allah, tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu, mendirikan
salat, menunaikan zakat dan menyambung tali persaudaraan. Sekarang,
tinggalkanlah unta itu.”
Daripada Hadis Riwayat Abu Ayyub
Al-Anshari R.A :
Bahwa Seorang Badui menawarkan diri kepada Rasulullah S.A.W dalam perjalanan untuk memegang tali kekang unta Baginda S.A.W. Kemudian orang itu berkata: Wahai Rasulullah atau Ya Muhammad, beritahukan kepadaku apa yang dapat mendekatkanku kepada SYURGA dan menjauhkanku dari NERAKA. Nabi S.A.W tidak segera menjawab. Baginda S.A.W memandang para sahabat R.A, seraya bersabda: Ia benar-benar mendapat petunjuk. Kemudian Baginda S.A.W bertanya kepada orang tersebut: Apa yang engkau tanyakan?
Orang itu pun mengulangi perkataannya.

( H.R.S : Imam Muslim Rahm. A. )
Rasulullah Nabi Isa Al-Masih A.S. Ibnu Maryam
berkata:
“Dunia ini hanya TIGA Hari : Hari yang telah Berlalu (kelmarin) maka tidak
ada lagi di tanganmu kesempatan sedikitpun dari hari yang telah berlalu. Hari Esok
yang mana kamu tidak dapat mengetahui sama ada kamu akan menemuinya atau pun
tidak dan Hari pada Waktu di mana kamu berada di dalamnya. Oleh itu
pergunakanlah ia sebaiknya.”
(Nukilan : Kitab Kata-kata Hikmah
Nabi Isa A.S )
"Sesiapa yang mencintaiku, bersedialah menghadapi kesukaran dan
kesusahan. Kerana sesiapa pun yang demikian pasti akan datang dua perkara itu
secepat api membakar dedaunan kering."
IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A