The Alien - Link Select

Selasa, 23 November 2010

ALAM NASYRAH (MELAPANGKAN)

Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? (QS. 94:1)
dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, (QS. 94:2)
yang memberatkan punggungmu 1585? (QS. 94:3)
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama) mu 1586. (QS. 94:4)
Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, (QS. 94:5)
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. (QS. 94:6)
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain 1587, (QS. 94:7)
dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap". (QS. 94:8)

AYAT INI DIHAFAL DAN DIFAHAMI KEMUDIAN DIPRAKTIKKAN. HASILNYA AMAT MUJARAB DAN MEMUASKAN... TETAPI KENALAH BERGURU... BARULAH MENJADI... KALAU TIDAK ANDA BERGURU DENGAN SYAITAN..

SULU DARUL ISLAM-MERDEKA!


Deklarasi Kemerdekaan Sulu Berlangsung 4 Hari
Dicatat oleh Asreemoro @ Asreesulu di 8:28 PM 0 ulasan
21 Nov, 2010 Jolo, Sulu: Peristiwa bersejarah pada hari Rabu 17 November baru-baru ini penduduk Jolo, Sulu telah menyaksikan Perisytiharan "Deklarasi Kemerdekaan Sulu Sultaniyyah Darul Islam" secara besar-besaran yang diadakan selama empat hari di perkarangan Plaza Tulay yang lokasinya terletak di hadapan Masjid Besar Tulay. Telah menjadi kejutan kepada penduduk Jolo pada hari tersebut walau pun sejak beberapa minggu yang lalu makluman berbentuk sepanduk dan pelekat serta risalah telah pun disebarkan oleh ahli United Tausug Citizens (UTC).


Walau pun kehadiran begitu sedikit hanya kira-kira tiga ribu kehadiran sahaja tidak seperti yang dijangka iaitu seramai 10 000 orang pada awalnya bukanlah menunjukkan gagalnya hari Deklarasi Kemerdekaan Sulu Sultaniyyah Darul Islam oleh United Tausug Citizens. Kehadiran beberapa Professor/pensyarah dari Mindanao State University Bongao serta sokongan para Syarif dan barisan pimpinan MNLF termasuk para balu mereka menjadikan majlis Deklarasi Kemerdekaan Sulu penuh bermakna. Bagi Atty. Meltino J. Sibulan serta pemimpin-pemimpin UTC deklarasi telah berjaya mencapai matlamatnya dengan terisytiharnya Sulu Merdeka sepanjang sejarah Kesultanan Sulu selama 605 tahun.


"Perbarisan dan deklarasi kita hari ini adalah mengenai kita, masa depan generasi kita yang akan datang. Sangat sedih dan melukakan perasaan saban tahun bangsa ini dibom, dianiaya, dibunuh, dituduh sebagai pengganas oleh Manila demi kepentingan jawatan dan nafsu serakah ahli politik mereka. Manila yang datang menyerang ke sini sebaliknya kita yang digelar pengganas pula. Kita sebenarnya kaya tetapi lihatlah, wilayah kita lah yang paling miskin dan melarat berbanding wilayah lain di seluruh Filipina. Hari ini kita berdiri bersama di sini dengan satu matlamat iaitu Kemerdekaan Sulu Darul Islam agar kita dapat menguasai hasil bumi dan laut seterusnya dapat membangunkan Sulu mengikut acuan kita" Ujar Prof Adil dalam ucapannya yang berapi-api di hadapan penyokong UTC yang turut disambut dengan laungan takbir dari hadirin.


Pada sebelah petang setelah beberapa pemimpin utama UTC memberikan ucapan Atty. Meltino J. Sibulan yang bertugas sebagai Legal Counsel Sultanate of Sulu telah membacakan kandungan Deklarasi Kemerdekaan yang kemudian disambut dengan takbir bertalu-talu dan tangisan dari ribuan hadirin. Mereka berpelukan dan bertangisan sambil mengucapkan takbir kerana deklarasi dapat dilangsungkan secara aman tanpa gangguan dan sabotaj dari pihak Filipina mahu pun pihak luar. Kerana sebelum itu terdapat desas-desus dari luar kononnya akan ada serangan atau sabotaj dari pihak keselamatan Filipina atau pun dari pihak luar yang mahu menghalang seterusnya menggagalkan hari Deklarasi Kemerdekaan Sulu tersebut.


Rakyat Kesultanan Sulu walau bagaimana pun sudah nekad dan sedia dibunuh kerana bagi mereka terbunuh syahid adalah kejayaan menuju akhirat. Akhirnya sehingga deklarasi selesai dibacakan tiada satu pun bencana yang menimpa kecuali hujan lebat dan petir tunggal yang memberi petunjuk bahawa Kerajaan Langit yang Maha Kuasa telah mengesahkan pengisytiharan Kemerdekaan Sulu pada petang itu. Walau pun pada awalnya pihak Polis telah dimaklumkan kononnya rakyat Kesultanan Sulu yang akan mengadakan Deklarasi Kemerdekaan pada hari tersebut akan melakukan provokasi dengan melakukan benteng manusia untuk menutup setiap laluan di jalan utama sekali gus memberhentikan aktiviti jual-beli di Bandar Jolo akhirnya didapati tidak benar.


Selama empat hari rakyat Kesultanan Sulu berkampung di perkarangan Plaza Tulay dengan bekalan seekor lembu setiap hari. Sebenarnya pada hari deklarasi tersebut sehingga selesai pada hari keempat (Sabtu) UTC Kesultanan Sulu mempunyai bekalan 32 ekor lembu hasil kutipan Qorban dari Muslimin Turkey yang disalurkan melalui NGO kemanusiaan yang berpejabat di Kuala Lumpur dan sumbangan beberapa individu Tausug di Jolo, Sulu. Pada petang Sabtu iaitu hari terakhir berkampung di Plaza Tulay waktu sebelum maghrib UTC bersurai lalu menuju ke perkampungan mereka yang asal di Buansa, Indanan.


Laporan seterusnya ialah penubuhan Kerajaan dengan kementerian di bawah Perdana Menteri. Siapakah yang dipilih oleh rakyat menjadi Perdana Menteri menerajui kerajaan Kesultanan Sulu? Siapakah yang akan dipilih oleh rakyat melalui Rumah Bicharannya sebagai Sultan Sulu?

AKU BUDAK SULUK


Hari ini, subuh lagi aku dah bangun macam biasa. Boie sudah bangun awal-awal, nak keje... tapi aku liat sikit nak solat pagi ni, rasa lenguh je leher dan bahagian belakang badan,. Mungkin tilam tak selesa sangat kot pada badan aku ni... Aku terlelap seketika, sedar-sedar jam dah 6.00 pagi, aku bergegas bangun dan mandi, Boie pula dah solat subuh dan bersedia untuk aku hantar ke rumah mak, kakak Boie sudah lama tunggu, sebelum sampai simpang perumahan 17, hp bunyi, Boie angkat dan beritahu kakak dia yang kami sudah dah nak sampai ke rumah mak.
Sebaik menghentikan kereta kancil yang aku drive, adik Boie sudah mula buka gate depan, kelihatan kakak dia menunggu hadapan pintu rumah yang disimbahi cahaya lampu dari dalam. Dah salam dan cium2 sikit, aku drive balik umah sewa ku.... nak solat subuh. Aku tak solat lagi hehehe... jam dah menunjukkan 6.22 pagi... sampai rumah aku saterika baju kerja dan lepas tu Solat(sempatlah sunat wudhuk, taubat dan wajib Subuh..serta amalan khas) lepas tu minum pagi sambil layan majalah “AKU BUDAK MINANG” yang aku memang tak jemu-jemu nak baca.... seronok layan cite brader Ujang dan adiknya Aca tu... macam life aku gak masa dulu-dulu... tapi, life aku bukanlah kat Malaysia.(rahsia besar ni) hehehe.. aku lahir di mana???
Sebenarnya aku lahir pada 17 Oktober 1977 di sebuah kampung yang terletak di selatan Mindanao, merupakan wilayah Kerajaan Sulu. Nama pulau inidipanggil Jolo dengan sebutan bunyinya Holo, Sulu. Dan kampung aku dipanggil Sucuban. Sebuah kampung yang terletak menghadap ke lautan Pasifik yang luas... kawasan ini ketika itu memang masih dara lagi(sekarang aku tak taulah dara ke tak, sebab dah 28 tahun aku tak pernah balik sana dah...) Di sini kebanyakkannya adalah saudara mara aku juga(kira majoriti la penghuninya adalah keluarga aku...) kiranya orang pentingla juga datuk aku masa tu... aku jadi cucu kesayangannya yang cukup nakal dan berani. Berbanding kanak-kanak seusia aku yang cukup gentar dan takut menghampiri kem askar(Sundalu) Filipina yang kelihatan menggerunkan kerana senjata-senjata mesingan mereka. Bagi aku semua itu amat menyeronokan, aku tak pernah takut pada mereka. Masa tu, anjing pun aku tak takut... kalau anda nak tau, Sundalu ini suka makan anjing dan ular. Habis ular dan anjing kat kampung aku tu diorang makan... tapi, aku taklah makan walaupun aku paling rapat dengan mereka sebab aku ada kawan di dalam kem askar tu, namanya Jimmy(tak taulah masih hidup ke tak...)
Aku happy dalam tu, dan habiskan hampir 90% life kanak-kanak aku selama sebulan penempatan mereka di kampung aku.( kerana platun mereka ini bergilir2). Seronok memang seronok, aku selalu dapat minuman tin, macam sprite dan sebagainya laa... semuanya diorang bawa dari tempat diorang yang lebih moden berbanding kampung aku tu... bangga la juga pada orang kampung kerana aku pernah menyelamatkan seekor anjing dewasa milik salah seorang sedara aku laa... anjing tu kena tangkap oleh Sundalu ni ... untuk dimakan... aku tak peduli, amik anjing tu dalam kereta kebal diorang dan masa tu hanya aku yang berani masuk dalam kereta kebal diorang tu. Aku gelar kereta kebal diaorang tu “Sikatuuna” – nama ini mungkin lahir dari kata “Siki” yang bermakna Kaki. Manakala Tuuna pula bermaksud lebih dari dua... maknanya Sikatuuna bermaksud kenderaan yang berkaki banyaklah... sebab tayar dia kan banyak dan ada rantai leper yang menyambung ke semua tayar besi tersebut. Kiranya aku adalah juga pengaruh dalam kem tentera tu laa..sebab aku bebas keluar masuk kem tu tanpa siapapun yang larang... hehehehe

Hmmm.. aku nak keje jap.. bersambung....

AL-BAQARAH 125-131


Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebagian maqam Ibrahim 89 tempat shalat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: "Bersihkanlah rumah-ku untuk orang-orang yang thawaf, yang i'tikaf, yang ruku', dan yang sujud. (QS. 2:125)

Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berdo'a: "Ya Rabb-ku, jadikanlah negeri ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman di antara mereka kepada Allah dan hari kemudian. Allah berfirman: "Dan kepada orang kafirpun Aku beri kesenangan sementara, kemudian Aku paksa ia menjalani siksa neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali". (QS. 2:126)

Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah beserta Ismail (seraya berdo'a): "Ya Rabb kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (QS. 2:127)

Ya Rabb kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak-cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. (QS. 2:128)

Ya Rabb kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab (Al-Qur'an) dan hikmah serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (QS. 2:129)

Dan tidak ada yang benci kepada agama Ibrahim, kecuali orang yang memperbodoh dirinya sendiri, dan sungguh Kami telah memilihnya 90 di dunia dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang yang saleh. (QS. 2:130)

Ketika Rabb-nya berfirman kepadanya: "Tunduk patuhlah!" Ibrahim menjawab: "Aku tunduk patuh kepada Rabb semesta alam". (QS. 2:131)