ALLAH S.W.T
Berfirman :
Dan mereka mengatakan
Allah mempunyai anak-anak perempuan. Maha Suci Ia. Sedang bagi mereka pula
mereka sediakan apa yang mereka sukai (anak-anak lelaki).
Dan apabila
dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan,
muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggun
g dukacita), sedang
ia menahan perasaan marahnya dalam hati.
Ia bersembunyi dari
orang ramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan
kepadanya (tentang ia beroleh anak perempuan; sambil ia berfikir): adakah ia
akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina, atau ia akan menanamnya
hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah!
Sungguh jahat apa
yang mereka hukumkan itu.
Bagi mereka yang
tidak beriman kepada hari akhirat itu, sifat yang buruk, dan bagi Allah jualah
sifat yang tertinggi; dan Dia lah ju
a Yang Maha Kuasa,
lagi Maha Bijaksana.
Dan kalaulah Allah
menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Ia tidak membiarkan
tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Ia memberi
tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila
sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan
sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan.
Dan mereka mengadakan
bagi Allah apa yang mereka sendiri tidak menyukainya; dalam pada itu, lidah
mereka memperkatakan perkara yang dusta, (kononnya) bahawa mereka akan beroleh
kesudahan yang baik di sisi Allah. Tidak syak lagi, bahawa bagi merekalah api
neraka, dan bahawa merekalah orang-orang yang disegerakan (masuknya ke dalam
neraka).
Demi Allah!
Sesungguhnya kami juga telah mengutus Rasul-rasul kepada umat-umat yang
terdahulu daripadamu (wahai Muhammad), lalu Syaitan memperelokkan pada
pandangan mereka yang ingkar akan amal-amal mereka yang jahat itu; maka dia lah
menjadi pemimpin mereka pada hari ini; dan mereka akan beroleh azab seksa yang
tidak terperi sakitnya.
[ Q.S. AN-NAHL 16 : 57-63 ]