The Alien - Link Select

Selasa, 30 Jun 2009

KERETA?

Salam. Sesiapa yang ingin kereta terpakai(nak beli...atau nak jual) silalah call aku... anda akan berpuas hati dengan servis condition kereta yang anda perlukan.

Jumaat, 26 Jun 2009

MICHAEL JACKSON


Michael Joseph Jackson (lahir 29 Ogos 1958 - meninggal 25 Jun 2009[2]), sering dikenali sebagai MJ dan "Raja Pop", ialah pemuzik, penghibur, dan ikon pop dari Amerika Syarikat yang menjadikan kejayaan kerjaya dan hidup peribadi yang penuh kontroversi sebagai sebagai sebahagian budaya pop selama 40 tahun.
Michael Jackson dipandang sebagai salah seorang penghibur terhebat dan artis rakaman paling popular dalam sejarah, dengan mempamerkan teknik-teknik fizikal yang rumit, seperti
tarian robot dan moonwalking yang telah membentuk muka hiburan dan tarian popular. Kejayaan beliau dalam industri muzik termasuklah revolusi video muzik,[3] mencatatkan keluaran dan jualan album berprofil tinggi sebagai trend baru untuk syarikat rakaman untuk mengaut untung,[4] mendominasi muzik pop sepanjang 1980-an,[5] dan menjadi penghibur berkulit hitam yang meraih bilangan peminat yang besar di MTV sambil melariskan saluran muzik yang muda ketika itu.[6] Gaya, pergerakan dan vokal beliau yang amat unik telah memberi ilham dan pengaruh, serta melahirkan satu generasi penuh dengan artis-artis hip hop, pop, dan R&B. Beliau secara simboliknya digelar "Penghibur Paling Berjaya Sepanjang Zaman" oleh Guinness World Records.[7]
Jackson memulakan kerjaya menyanyi pada usia tujuh tahun sebagai penyanyi utama kumpulan The Jackson 5. Belaiu mengeluarkan rakaman solo sulung beliau, Got to Be There, pada tahun 1971, sementara masih bersama kumpulan tersebut.[8] Dalam karier solo beliau, Jackson merakam dan menerbit album yang terlaris dijual sepanjang zaman, iaitu album Thriller yang jualan sedunianya mencecah 104 juta.[9] Selepas Thriller, Jackson terus mengeluarkan album-album yang menjadi juara carta antarabangsa seperti Bad (1987), Dangerous (1991), HIStory (1995), dan Invincible (2001), album terkini beliau yang mengandungi semuanya karya asli. Michael Jackson telah menerima 13 anugerah Grammy[10] dan mencatat 13 single #1 di Amerika Syarikat, menjadikan beliau artis lelaki solo yang paling banyak kali mencapai kedudukan #1 dalam era Hot 100.[11] Pada bulan November 2006, World Music Awards mengumumkan bahawa Michael Jackson telah menjual lebih 750 juta unit seluruh dunia,[12] menjadikan Jackson salah seorang artis muzik yang paling laris jualannya sepanjang zaman.
Dari 1988 hingga 2005, Jackson menetap di hartanah
Neverland Ranch beliau, di mana beliau membina sebuah taman tema kecil dan zoo persendirian yang sering dikunjungi kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan menghidapi penyakit yang tidak boleh dirawat. Khabar angin mengenai parti bermalam di rumah beliau menerima liputan media negatif setelah didapati bahawa kanak-kanak kerap tidur di aktilnya. Ini mula-mula diketengahkan apabila beliau dituduh melakukan penderaan kanak-kanak seksual pada tahun 1993. Hubungan Michael Jackson dnegan kanak-kanak diketengahkan semula pada tahun 2003 apabila dokumentari TV Living with Michael Jackson disiarkan. Akibatnya, Jackson diheret ke mahkamah lalu didapati tidak bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan kanak-kanak dan tuduhan-tuduhan lain pada tahun 2005.
Pada pagi 25 Jun 2009, Jackson dilaporkan pengsan di rumah sewanya di barat
Los Angeles. Pasukan paramedik menerima panggilan kecemasan pada pukul 12:21 pm waktu tempatan.[13] Beliau dilaporkan tidak bernafas sebaik sahaja pasukan paramedik tiba, dan rawatan CPR cuba dilakukan serta-merta.[14] Beliau koma dan meninggal dunia sebaik sahaja selepas dikejarkan ke Hospital UCLA.[15]Kematian beliau disyaki kerana kegagalan jantung.[14] Jackson diisytiharkan meninggal dunia pada pukul 2:26 pm Waktu Pasifik. Pada pukul 4:36 pm waktu tempatan, koroner Los Angeles mengesahkan kematian Jackson.[16] Walaupun tiada bukti perbuatan jenayah, pasukan penyiasat Jabatan Polis Los Angeles memulakan siasatan terhadap kematiannya.[17]
Fuh! teringat masa aku bebudak dulu... tarian MJ nilah yang aku gile minat seh! masa tu kat asrama ... ada pertandingan menari MJ... aku nak join tapi macam tak gheti .. ada member sorang join mende ni.. fuh dia memang terer gila buat moonwalk... sebijik macam MJ... aku respek aa budak tu.. nama dia Azranizam Dugoh .. aku ingat lagi nama nya... akhirnya MJ
Tinggal hanya nama.... MJ the Pop King.
Sila rujuk web MJ :
http://www.michaeljackson.com/

Isnin, 22 Jun 2009

PETUA MASUK RUMAH BARU

Amalan khusus rumah baru
Bagi salam setiap kali masuk ke dalam rumah.

Bacalah bismillahiraahmaanirrahim 786 kali dalam rumah baru
Al-fatihah 41 kali
Ayat-Qursyi 5o kali
2 akhir ayat Al-Baqarah
Al-ikhlash- 3 kali
Al-Falaq dan an-Naas- 3 kali


Solat sunat dua rakaat dan berdoa dengan doa ini.
-Isinya doa itu ….
“Ya Allah.
Berkatilah rumah ini dan rahmatilah rumah ini seperti mana Engkau memeberkati dan merahmati Rumah Rasulullah SAW. Lindungilah rumah ini dari kedatangan Syaitan laknatullah dan manusia-manusia jahat seperti pencuri dan mereka yang berniat jahat. Musnahkanlah sesaiapa sahaja yang zalim di dalamnya dengan kemusnahan yang segera dan nyata agar ia menjadi pengajaran. Ampunilah dosa-dosa aku dan keluargaku selagi kami berada di dalamnya. Murahkanlah rezeki kami dan jadikanlah rumah kami seperti taman-taman Syurga-Mu. Berkat kalimah laa ilaaha illallah Muhammadurasulullah.”

-Azan pada empat penjuru satu kali.
-Bacakan ayat pelindung di atas pada garam kasar dan bancuh dengan air panas. Siram -ke seluruh penjuru rumah.( Sebagai pagar Ghaib) sambil membaca “Allahuakbar” sepanjang menyiram air tersebut.


Kemudian sangkutkan gambar- ayat2 Al-Qur’an yang telah dipilih
Iaitu
Bismillahirahmaanirrahiim
Seni khat Allah(99 nama Allah) dan Muhammad(99 nama Muhammad)
Al-Fatihah
Ayat Qursyi dan 2 ayat terakhir surah Al-Baqarah.
4 Qul
Ayat 1000 dinar
Ayat Laqad jaakum…
Gambar Kaabah, Madinah dan Al-Aqsa mesti di sangkut di ruang tamu.
Gambar logo Darul Jannatul-Islam.(Setiap bilik mesti ada.)
Di dapur pula sangkut gambar2 buah-buahan dan gambar2 resipi.

*Jangan sesekali letak gambar manusia atau haiwan atau syaitan di dalam rumah.


Disini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan. Waktunya.. Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagar diri dan hari jumaat bagi memagar rumah. Caranya. 1) Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat. 2) Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan). 3) Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan. 4) Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembuk empat persegi yang sempurna. 5) Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan kita semua. Jadikannya amalan dan yg lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa. Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula. Tetapi pe! rlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamalkan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar. Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan(dengan keizinan allah). Memagar Rumah Dari Pencuri

Amalan-amalan bonus yang boleh diamalkan.:

From Dr. Fatma's tafsir Al-Quran class How to use the Surah Al Fatihah 1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all the time : * Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep. 2. For terminal diseases: * Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take a bath with that water. 3. For the mentally ill: * Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once in the morning and once at night, everyday without fail. 4. When in extreme pain: * Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it.Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain. 5. For babies who cry at night or at any time: * Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head. 6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door * Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area. All of the above INSYAALLAH will work with several conditions: * Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything * Read it with full "khusyuk" * Tawakal to Allah * Use it with GOOD "niat" /intentions. Untuk yg berhajat: (percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh,dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka,diampunkan dosa dan sebagai nye): * Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknye waktu Maghrib. * duduk menghadap kiblat * lakukannye dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita * Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib. * Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first "Allahuakbar" dilaungkan, terus lah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yg MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati. * Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut. Mintak lah yg baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam. Notes taken fm Ustazah Fatma's last lecture session taken by her closest friend, Ani:- Untuk awet muda both internal & external. 1.Zikir - Baca " Ya Badiyah " 1 x " Ya Nur " 1 x " Ya Hadi " 1 x " Ya Allah " 3 x Baca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raup muka kita pada tiap hari. 2.Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35,36,37 dan 38, pada tiap selepas sembahyang subuh ke air dan minum. (air rawatan dalaman to look young and feel young inside) 3.Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya dengan ketenangan jiwa. 4.Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala. Moga-moga boleh menghilang/meredakan

Di sini ada sedikit info dan diharap menjadian panduan berguna buat dikongsi bersama-sama terutama kepada suami
isteri yang baru berumahtangga untuk merancang keluarga....Ketahuilah, untuk mendapatkan bayi lelaki atau perempuan,
semuanya boleh dirancang..


Amalan Pemakanan Isteri sebelum bersama:
1. Madu lebah (utk energy dan kesihatan dalaman)

2. Minum susu dan mengambil buah badam sebagai sajian ringan

3. Amalkan minum sup ayam dan makanan berempah

3. Minuman berhalia juga bagus (suami juga - utk kepekatan air mani)


Tips untuk mendapatkan bayi perempuan:

1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi perempuan

2. Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari kesebelas hingga hari kesembilan belas dr kiraan hari pertama
datangnya haid) Kenapa dlm waktu subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan
subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood. Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam
sikit. That's why susah nak dapat baby perempuan ni.. tapi majoriti pasangan baru berkahwin, potensi dapat anak
perempuan tinggi.

3. Suami melepaskan/merembeskan hanya 50% air maninya di dalam rahim isteri dan bakinya dipangkal rahim (Tujuan
: mengizinkan hanya sedikit sahaja sperm kedalam rahim isteri supaya gen XY dpt diseimbangkan; Suami membawa XY,
isteri membawa gen X - so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kiri (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu)

5. Berdoa.


Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan sayur, sup dan asam serta beralkali

2. Banyakkan makan buah-buahan

3. Amalan minuman berkarbonat/gas (jgnlah selalu)


Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan: =====================================

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah maryam utk pembentukan minda bayi * lebihkan/kekerapan kepada surah Maryam

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama "Maryam" atau "Siti Aisyah"

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan....)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi perempuan - perutnya meleper atau membulat rata ke kiri dan kanan.



Tips untuk mendapatkan bayi lelaki:
Sebelum & Selepas:

1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi lelaki

2. Bersama suami pada waktu tidak subur isteri (antara hari dua puluh satu hingga hari kedua puluh lapan /hari
sebelum period dr kiraan hari pertama selepas waktu subur). Kenapa dlm waktu tidak subur isteri sahaja? Sbb suami
ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan gen X/Y yg perlu dikumpulkan perlu lebih sedikit pada waktu ini.
Hanya dalam waktu tidak subur ini saja, hormon suami perlu lebih aktif dr isteri. Agak susah nak dapatkan bayi
lelaki tapi depends gak.. (kebanyakan pasangan baru berkahwin selalu dapat bayi perempuan sbb first time bagi
si isteri melalui 'gitu-gitu' so excited terlebih sikit... tapi kalau merancang, memang mudah dapat bayi lelaki)

3. Suami melepaskan/merembeskan 100% air maninya di dalam rahim isteri dan sedalam mungkin (Tujuan : mengizinkan
kesemua sperma disalurkan kedalam rahim isteri supaya gen XX lebih banyak dr XY; Suami membawa XY, isteri membawa
gen X - so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kanan (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu
takpun cuba ubah tempat tidur supaya tidak membelakangi suami tapi masih dlm keadaan beralih ke kanan)

5. Berdoa.


Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan laut (seafood) serta daging

2. Banyakkan makan yg berasid

3. Amalan minuman kurang manis


Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan:
1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan
urah Maryam utk pembentukan minda bayi) * lebihkan/kekerapan kepada surah Yusuf

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama "Muhammad" atau
"Ahmad"/"Amin"

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan....)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi lelaki - perutnya membesar atau meruncing ke hadapan.
Merancang anak lelaki Petua yang saya berikan tidak boleh dijamin sepenuhnya keberhasilannya. Mungkin dengan izin Allah s.w.t. anda akan mencapai 70% kejayaan. Sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa kromosom X. Bergantung mana yang bercantum XY (anak lelaki) XX (anak perempuan). Ciri-ciri benih lelaki berbeda benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid. Untuk mencuba anak lelaki, ikuti garis panduan berikut: 1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan oleh isteri selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan. Juga banyakkan makanan beralkali seperti ulam2 (yg pahit tanda beralkali). 2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah- kaedah mengesan waktu penetasan telor, sila rujuk laman Kesuburan dan Kemandulan. 3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan "douching" atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi. 4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses "layering", atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan. 5. Jangan adakan seks 3�4 hari sebelum hari 'ovulation' iaitu kira- kira 14 hari dari hari pertama haid. Terus melakukan seks pada hari 'ovulation' atau 24jam sebelum 'ovulation'. Suami perlu pakai seluar dalam yg longgar. 1 jam sebelum seks, suami perlu minum kopi - ini utk mencergaskan benih XY (lelaki). Merancang anak perempuan Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya. Ikutilah garis panduan berikut; 1. Digalakkan isteri memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut. 2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari "ovulation" yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila rujuk laman "Kesuburan dan Kemandulan" 3. Melakukan "douching" dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan. 4. Lakukan seks setiap hari dari hari 1 ke 5 selepas haid berhenti, kemudian berhenti 3 hari sebelum 'ovulation'. Suami perlu mandi dengan air panas-suam sejurus sebelum seks - ini utk mematikan benih XY (lelaki) supaya yg tinggal majoriti benih XX (perempuan). Semasa seks, perempuan tidak perlu sampai ke peringkat 'orgasm' (anzal) kerana ini akan merembeskan alkali pada faraj dan menyebabkan benih XX (perempuan) cepat mati. Kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu.

Selamat mendapatkan baby pilihan anda! Kita hanya merancang dan berikhtiar, tapi Allah swt yang tentukan...

Ahad, 21 Jun 2009

TODAY

"JAGALAH keja tu ya... jangan ikut kepala je. kang kena buang. Susah nanti." begitulah kata-kata bini aku ni. Berikutan nak beli umah (masih dalam perancangan) Insyallah... tu la dia pesanan isteri tersayang... betul juga katanya... aku kadang-kadang ikut hati je kalau pasal keje. tetapi aku bukanlah jenis yang keje makan gaji buta je... (naudzubillah). Semoga aku terus menjadi pekerja yang rajin dan berintegriti dan Ingat kerana Allah aku kerja... Bos aku ialah Allah SWT.. bukan yang lain !... Allah bagi aku keje...Allah bagi aku gaji, Allah bagi aku hidup dan nyawa, Allah bagi aku makan apabila Allah bagi aku lapar. Dan bagi aku gembira apabila Dia bagi aku sedih... Segala Puji bagi-Nya Sesungguhnya Tiada Tuhan selain-Nya.
"Subhaanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallah wallahu akbar"
Hari ini aku kuar jap... sebelum tu aku minta lah kebenaran dari Bos nak kuar. Ingat nak kuar 2 jam..tetapi bos aku bagi aku sejam je... Segala puji bagi Boss aku...(Jangan pk boss aku ni yang duduk atas kerusi dan menghadap meja dan komputer setiap hari... ha ha ha! Bukan tau! Bukan!). aku kuar dalam jam 12 tepat lepas letak minisign atau meja aku. 'KELUAR' bermaksud aku sudah pun minta izin dari majikan dan dah pun isi borang keluar untuk urusan peribadi. Bini aku kemudiannya tiba di library dan aku bergegas turun. Kami bergerak ke Bank Islam kat s.9. Fuh! punyalah ramai orang... aku dapatlah nombor 1287. Masa tu nombor yang ada ialah 1224... fuh! nak menunggunya... kompom lama gile... nasib baiklah bini aku parking keta dan masuk sekali... adalah juga masa untuk berbincang-2 pasal umah dan hal-hal lain. Kalau bukan PTPTN aku tak habis bayar lagi... takde la aku tercongok depan kaunter bank Islam yang dulunya pernah kecoh pasal menggunakan lambang Menora Yahudi pada web diorang... tetapi kemudiannya dah clear laa.... lepas tu bila selesai kat bank islam...kitaorang bergegas ke KWSP... nak tgk simpanan kalau-kalau boleh kuar dit tu untuk umah. Alhamdulillah... boleh! Sebab lama sangat tunggu aku gi makan jap kat luar... biarkan bini aku kat dalam ...sebab dia dah suh aku makan dulu(Lantak ikan Talapia, Sayur dan nasi je...)... lagipun aku nak masuk keje balik jam 2... masa tu dah jam 1.45 pm... ada masa sikit je lagi nak makan... dah tu tengah2 makan dia datang dan kami balik la ke opis... dia kembali ke MBSA nak amik cek.... lepas aku keje la maam biasa hari ini...

Khamis, 11 Jun 2009

TAUSUG ATAU SULUK?


TAUSUG DIHORMATI?
"Pengalaman menjadi pelajar di salah satu universiti di Marawi City, Mindanao menghasilkan beberapa cerita menarik tentang bagaimana pandangan kaum lain terhadap Tausug. Kaum Maranao dan Maguindanao bila mengetahui yang mereka bawa bergaduh ialah Tausug mereka akan cepat-cepat redakan keadaan samada meminta maaf atau lari sahaja.
Dikalangan kaum Mindanao saya punya pengalaman bergaduh dengan Maguindanao dengan Maranao. Tidak pula bagi kaum Iranun, kerana Iranun sangat menghormati Tausug. Iranun kiranya bertembung dengan Tausug selalu mengalah sambil berkata "Sulug anan, manga pagari' tano" (Tausug, mereka adalah saudara kita). Kerana mereka tahu, sifat Tausug tidak suka memulakan pergaduhan.
Di Pulau Luzon, Tausug dikenali sebagai Suluan atau Joloano manakala di Mindanao, Visaya, Cebu dan lain-lain tempat Tausug dikenali sebagai SULUG. Dikalangan masyarakat Filipina begitu mengenali Tausug dengan dua perkara.
Pertama: Tausug adalah kaum yang berani
Kedua: Tausug adalah manusia baik"
Ulasan: Dua perkara di atas adalah gelaran kepada sifat Tausug di mana-mana sekali pun ada juga yang menggelar Tausug sebagai "perompak dan pengganas" tetapi keseluruhan dua perkara di atas tetap diberi kepada Tausug hingga kini.
KAUM WARAY VISAYA
Di Pulau Visaya kaum yang sangat berani ialah kaum Waray. Mereka bertebaran dimerata tempat di kepulauan Filipina yang dikenali sebagai berani tetapi tidak di Sulu. Kaum Waray ditakuti di kalangan kaum beragama Kristian.
"Saya pernah menaiki kapal di Pulau Cebu, tiba-tiba terlanggar bahu seorang lelaki Waray. Beliau terus menolak saya menunjukkan kemarahan (mungkin marah dengan terlanggar bahu yang saya tidak sengaja) lalu saya pegang dan memulas tangannya. Saya katakan padanya agar jangan memulakannya kerana saya akan melawan. Dia terkejut lalu bertanya saya berasal dari mana, saya menjawab dari Sulu. Dia tanya samada saya berbangsa Sulug saya kata memang saya Sulug. Tiba-tiba berubah wajahnya dan menunjukkan sikap berbaik-baik.
Sepanjang perjalanan di dalam kapal beliau menceritakan kepada saya tentang keberanian dan kebaikan Tausug. Menurutnya, orang kampungnya yang menjadi tentera Filipina tidak mahu dihantar bertugas ke Sulu kerana takut dibunuh oleh Tausug. Sebilangan besar langsung letak jawatan bila terdengar mereka akan ditugaskan di Sulu.
Sebenarnya ia bukanlah pelik bagi saya. Kerana sebelum ini saya pernah saksikan sendiri di lapangan terbang Jolo, Sulu bagaimana sekumpulan tentera Filipina yang baru sampai di lapangan terbang Jolo meninggalkan senjata dan seragam mereka lalu naik kapal kembali ke kampung mereka sambil membebel bahawa mereka tidak dimaklumkan langsung yang mereka akan ditugaskan di Sulu".
RAHSIA KEBERANIAN
"Pada tahun 2000 saya pernah berkunjung ke Illigan (Beberapa puluh kilometer dari Cotabatu) bersama 3 orang sahabat yang juga berasal dari Jolo. Ketika kami melintasi satu kawasan yang dipenuhi oleh kaum Visaya mabuk (jumlah mereka lebih kurang 30 orang) salah seorang sahabat saya telah berselisih faham lalu berlaku pertengkaran dengan salah seorang Visaya yang ada di situ sehingga membawa kepada pergaduhan. Apa yang berlaku kami berempat telah diserang dan dibelasah sehingga lebam dan luka-luka. Oleh kerana mereka terlalu ramai dan saya pula risau salah seorang dari kami dikeroyok maka kami masing-masing bersandar bahu membahu agar tidak terpisah.
Saya berseru dalam bahasa Tausug kepada 3 sahabat "Ayaw kita niyu dumagan misan kita niyu mapusat!!" (Jangan lari walau pun kita dilanyak sampai lumat!!). Tiba-tiba mereka terkejut setelah mereka dengar kami bertutur dalam bahasa Tausug lalu beberapa orang dari mereka cabut lari. Setelah lihat yang lain lari maka yang tinggal pun lari, yang akhirnya semua lari. Oleh kerana terlalu geram kami mengejar dan sempat menangkap seorang lalu kami belasah cukup-cukup. Apa yang saya paling risau dan tidak sanggup menghadapinya ialah sekiranya kami dipanggil PENAKUT oleh mereka, sebab itu saya seru mereka jangan lari biar pun dibelasah hingga lumat, janji jangan lari.
Di kalangan kaum Visaya, mereka mengenali Tausug dengan "Bangsa yang tidak takut mati" dan "Tidak akan lari walaupun keseorangan". Sahabat saya bernama Mudar pernah bersekolah di Pulau Cebu. Satu ketika beliau berselisih faham dengan pemuda Visaya dari suku kaum Waray sehingga membawa kepada pergaduhan. Beliau telah ditetak dengan sebilah parang lalu beliau tahan dengan tangannya menyebabkan tangannya terbelah dan parang sampai ke kepalanya. Bro Mudar tidak lari seinci pun atau menunjukkan wajah kesakitan malah terus merampas parang tersebut lalu mengejar waray untuk membalas. Malangnya Waray telah lari langkah seribu".
Ulasan: Ternyata keberanian Tausug ialah semata-mata berpunca dari takut MARUAH TERCALAR. Oleh kerana takut dipanggil PENAKUT sanggup melawan 30 orang musuh sekali pun tidak mampu melawannya. Situasi seperti ini tidak hanya berlaku kepada Neldy Jolo dan kawan-kawannya malah keseluruhan kaum Tausug terutama Tausug dari suku Buranun mempunyai keberanian pelik seperti ini yang disemai sejak kecil.
KEBERANIAN DISEBABKAN GENETIK?
"Saya punya seorang sahabat Tausug di Sulu yang ayahnya bernama Julhassad (namanya lebih kurang) pernah jadi tentera Filipina ketika dulu. Beliau berkata, ayahnya telah ditugaskan di Mindanao ketika itu telah ditawarkan oleh satu keluarga untuk menikahi anak perempuan mereka. Keluarga tersebut mahu Julhassad mengahwini anak mereka hanya semata-mata untuk mendapatkan anak lelaki "Tausug". Sekiranya Julhassad menceraikannya setelah itu mereka tidak kesah yang penting mereka dapat cucu lelaki "Tausug". Ternyata ia menjadi kebanggaan sekiranya mereka punya keluarga Tausug".
Ulasan: Malangnya Julhassad tidak berminat dengan tawaran tersebut. Perlulah dijelaskan, sebahagian Tausug masih memandang rendah terhadap kaum lain terutama kaum Visaya yang mereka anggap sebagai "hamba abdi" Spanyol ketika dulu. Malah Tausug masih menggelar semua kaum yang beragama Kristian samada Tagalog, Bagubo, Illonggo, Ilocano, Surigaonun, Hiligaynon atau siapa sahaja asalkan beragama Kristian semuanya "dibungkus" dengan istilah "Visaya". Hinggakan Visaya itu sendiri membawa maksud "Kafir" kepada Tausug hingga kini.
Persoalannya benarkah keberanian Tausug disebabkan Genetik? Atau keberanian tersebut telah disemai dari kecil oleh kaluarga mereka? Saya berpandangan ia disebabkan persekitaran serta budaya kebiasaan telah menjadikan mereka demikian. Tausug malu digelar penakut sebab itu sanggup mati dari menanggung malu kerana ibu bapanya senantiasa mengingatkan bahawa tiada datuk neneknya yang dayus takut pada "Visaya Kafir". Sebab itu lari dari musuh adalah simbol "kedayusan" yang akan menjangkiti generasinya yang akan datang. Keberanian inilah yang diakui oleh General Tentera Amerika Syarikat ketika dulu.
Seperti pembunuhan di Bud Bagsak (Gunung Bagsak) Sulu pada June 11, 1913 oleh tentera Amerika Syarikat yang di arah oleh General John Pershing. Beliau menghantar surat pada isterinya mengatakan:
"Perlawanan inilah yang paling menakutkan dan kejam yang pertama kali saya saksikan. Orang Moro (Yang dimaksudkan ialah Tausug Sulu) melawan seperti syaitan. Mereka memang sepenuhnya tiada ketakutan dan apabila sudah berazam untuk melawan, mereka terima kematian itu cuma sebagai satu peristiwa biasa.”
Dalam Press Release, 1,000 Tausug warriors who fought and died at Bud Dajo Battle pada March 8, 2006, Senator Aquilino Nene Q. Pimentel, Jr. berkata:
“Pahlawan-pahlawan Tausug dan ahli keluarga mereka yang menentang pencerobohan asing di Perang Gunung Dahu (Bud Dahu [Battle of Bud Dahu]) patut di iktiraf kerana keberanian dan keperwiraan mereka. Jarang kita temui di dalam sejarah, keberanian seperti yang di tunjukan oleh Tausug di Bud Dahu. Keberanian dan pengorbanan mereka mempertahankan Bud Dahu boleh di bandingkan dengan lagenda kemenangan penganut Yahudi (Jewish) menentang penjajah Roman di tahun 72 A.D, zaman Kristian di puncak kubu bernama Masada.
Semangat Tausug tidak takut akan mati (never-say-die spirit) di Bud Dahu di contohi oleh juruterbang Kamikaze Jepun yang melanggar kapal perang Amerika di perang Okinawa hingga ke penghujung Perang Dunia Kedua di Pacific. Bud Dahu berdiri megah di dalam rekod keberanian pahlawan-pahlawan dan orang-orang yang melawan demi kemerdekaan negara mereka dan ia yakni berada di tahap Masada yang tinggi dari Okinawa dan Saipan”.


Wallahualam....


UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG BANGSAKU TAUSUG INI SILA LAYARI WEB INI : http://tausug-global.blogspot.com/

Isnin, 8 Jun 2009

BERMUDA TRIANGLE!

Segi Tiga Bermuda, juga dikenali sebagai Segi Tiga Syaitan ("Devil"), merupakan kawasan di barat laut Lautan Atlantik di mana sejumlah kapal terbang dan kapal telah hilang dalam apa yang dikatakan sebagai keadaan yang melampaui sempadan kesilapan manusia atau akibat matapetaka semula jadi. Sesetengah kehilangan tersebut telah disabitkan dengan paranormal, penggantungan hukum fizik, atau aktiviti oleh makhluk asing oleh budaya popular.[1] Sungguhpun terdapat banyak dokumen yang menunjukkan kebanyakan kejadian telah disalah lapor atau ditokok tambah oleh pengarang berikutnya, dan kebanyakan agensi rasmi telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa jumlah kehilangan tidak dianggap menonjol menurut anggaran mereka, kebanyakan kehilangan kekal tidak dijelaskan sungguhpun penyiasatan mendalam dilakukan mengenainya. Sempadan Segi tiga Bermuda berbeza menurut pengarang; sesetengah menyatakan bentuknya menyerupai trapezium menyelitupi Selat Florida, Bahamas, dan keseluruhan pulau Caribbean timur Azores; yang lain menambah Teluk Mexico kepadanya. Sempadan segi tiga yang lebih biasa ditulis dalam buku mempunyai titik sempadannya di pantai Florida Lautan Atlantik; San Juan, Puerto Rico; dan pulau Bermuda tengah Atlantik, dengan kebanyakan kejadian tertumpu kepada sempadan selatan sekitar Bahamas dan Selat Florida.
Kawasan ini merupakan salah satu laluan perkapalan yang paling banyak dilalui di dunia, dengan kapal melintasinya setiap hari bagi pelabuhan di Amerika,
Europah, dan Kepulauan Caribbean. Kapal Kruise turut banyak tersedia, dan kenderaan rehlah sering berulang-alik antara Florida dan kepulauan tersebut. Ia turut merupakan laluan paling banyak diterbangi bagi kapal terbang persendirian dan perdagangan menghala ke arah Florida, Caribbean, dan Amerika Selatan dari titik utara.
Arus lautan
Arus Teluk mengalir melalui Segi tiga Bermuda selepas meninggalkan Teluk Mexico; arusnya sekuat lima hingga enam knot mungkin memainkan peranan dalam beberapa kehilangan. Ribut mengejut mampu dan pernah muncul, dan pada musim panas sehingga akhir musim gugur kadang-kala hurikan menghentam kawasan tersebut. Gabungan antara laluan laut sibuk dengan cuaca tidak menentu menjadikannya tidak mustahil kapal mampu karam dalam ribut dan tenggelam tanpa sebarang kesan – terutama sebelum teknologi komunikasi, radar, dan satelit dipertingkatkan pada akhir abad ke-20.


Menurut pengarang segi tiga Bermuda, Christopher Columbus merupakan orang pertama merekodkan sesuatu yang ganjil dalam Segi tiga Bermuda, melaporkan bahawa dia dan anak kapalnya melihat "cahaya pelik menari-nari di kaki langit", api di langit, dan pada titik lain dia menulis mengenai bacaan kompas luar biasa di kawasan tersebut. Dalam buku lognya, bertarikh 11 Oktober 1492 dia menulis:
Seorang anak kapal telah ternampak tanah itu (
Rodrigo de Triana), walaupun laksamananya pada pukul sepuluh petang itu sedang berdiri di biliknya (quarter-deck) nampak satu cahaya, tetapi sangat kecil satu benda yang beliau tidak dapat memastikan itu adalah tanah; memanggil Pero Gutiérrez, groom of the King's wardrobe, he told him he saw a light, and bid him look that way, which he did and saw it; he did the same to Rodrigo Sánchez of Segovia, whom the King and Queen had sent with the squadron as comptroller, but he was unable to see it from his situation. The Admiral again perceived it once or twice, appearing like the light of a wax candle moving up and down, which some thought an indication of land. But the Admiral held it for certain that land was near...
Penyelidik moden telah memeriksa buku log asal telah mengandaikan bahawa cahaya yang dilihatnya adalah api memasak orang asli
Taino dalam kanoe mereka atau di pantai; bacaan kompas adalah akibat bacaan salah berdasarkan pergerakan bintang.
Rencana pertama mengenai lagenda segitiga bermuda mula muncul dalam akhbar ditulis oleh E.V.W. Jones pada
16 September 1950, melalui Associated Press. Dua tahun berikutnya, majalah Fate menerbitkan rencana pendek "Sea Mystery At Our Back Door" oleh George X. Sand pada isu Oktober 1952 mengenai kehilangan beberapa kapal terbang dan kapal, termasuk kehilangan Flight 19, sekumpulan lima kapal terbang pengebom Tentera laut Amerika Syarikat TBM Avenger dalam misi latihan. Rencana Sand adalah yang pertama meletakkan segi tiga yang kini biasa dilihat di mana kehilangan berlaku. Flight 19 sahaja dilapor dalam isu April 1962 Majalah American Legion. Rencana bertajuk "The Lost Patrol", oleh Allen W. Eckert, dan dalam ceritanya ia didakwa bahawa ketua penerbangan didengari berkata "We are entering white water, nothing seems right. We don't know where we are, the water is green, no white." It was also claimed that officials at the Navy board of inquiry stated that the planes "flew off to Mars." "The Lost Patrol" was the first to connect the supernatural to Flight 19, but it would take another author, Vincent Gaddis, writing in the February 1964 Argosy Magazine to take Flight 19 together with other mysterious disappearances and place it under the umbrella of a new catchy name: "The Deadly Bermuda Triangle";[6] he would build on that article with a more detailed book, Invisible Horizons, the next year. Others would follow with their own works: John Wallace Spencer (Limbo of the Lost, 1969); Charles Berlitz (The Bermuda Triangle, 1974); Richard Winer (The Devil's Triangle, 1974), and many others, all keeping to some of the same supernatural elements outlined by Eckert


[sunting] Penjelasan Kusche
Lawrence David Kusche, seorang penyelidik perpustakaan dari Universiti Negeri Arizona dan pengarang The Bermuda Triangle Mystery: Solved (1975) mencabar trend ini. Penyelidikan Kusche mendedahkan ketidaktepatan dan percanggahan antara kisah Berlitz dan kenyataan dari saksi, peserta, dan yang lain yang terbabit dalam kejadian asal. Dia mendapati bahawa di mana maklumat berkenaan tidak dilaporkan, seperti kehilangan pelayar mengelilingi duniaDonald Crowhurst, yang Berlitz bentangkan sebagai misteri, sungguhpun bukti jelas yang sebaliknya. Satu contoh lain adalah pengangkut bijih yang didakwa Berlitz sebagai hilang tanpa jejak tiga hari dari pelabuhan Atlantik apabila ia dilaporkan hilang selepas tiga hari dari pelabuhan yang sama nama di Lautan Pasifik. Kusche turut mendakwa bahawa peratusan besar dari kejadian yang mencetus pengaruh misteri Segi tiga sebenarnya berlaku jauh dari tempat itu. Sering kali penyelidikannya amat mudah: dia hanya meneliti akhbar masa itu dan melihat fakta seperti lapuran cuaca yang tidak pernah disebut dalam cerita tersebut.
Kusche membuat beberapa kesimpulan:
Jumlah kapal dan kapal terbang yang dilaporkan hilang di kawasan tersebut tidak terlebih besar, secara bandingan, dengan tempat lain di lautan.
Di kawasan sering dilanda
ribut tropika, jumlah kehilangan yang berlaku di situ, bagi kebanyakan masa, tidak melampau, tidak bermistri; tambahan lagi, Berlitz dan penulis lain sering kali gagal melaporkan ribut sedemikian.
Jumlah yang dilaporkan juga dibesar-besarkan oleh penyelidikan tidak teliti. Bot yang dilaporkan sebagai hilang, tetapi akhirnya (sungguhpun lambat) kembali ke pelabuhan mungkin tidak dilaporkan.
Sesetengah kehiangan sebenarnya, tidak pernah berlaku. Satu kemalangan kapal terbang terhempas yang dikatakan berlaku pada 1937 di
Pantai Daytona, Florida, di hadapan beratus-ratus saksi; pemeriksaan dengan akhbar tempatan tidak mebuah hasil.
Kusche menmbuat kesimpulan bahawa:
Lagenda Segi tiga Bermuda adalah misteri buata .. yang diteruskan oleh penulis yang secara sengaja atau tidak sengaja menggunakan salah faham, kesimpulan salah (faulty reasoning), dan sensationalism.


Syarikat insuran laut Lloyd dari London telah menentukan bahawa Segi tiga Bermuda tidak lebih bahaya berbanding kawasan laut lain, dan tidak mengenakan kadar bayaran lebih bagi laluan kawasan tersebut. Rekod Pengawal Pantai Amerika Syarikat mengesahkan keputusan mereka. Malah, jumlah yang dikatakan hilang tidak penting berbanding jumlah kapal dan kapal terbang yang melalui kawasan tersebut secara tetap.
Pengawal Pantai secara rasminya menolak kepercayaan mengenai Segi tiga Bermuda, mengambil kira bahawa mereka mengumpul dan menerbitkan, melalui penyelidikan mereka, banyak dokumentasi
[9] menafikan kebanyakan kejadian yang ditulis mengenai penulis Segi tiga Bermuda. Salah satu kejadian seumpamanya membabitkan letupan 1972 dan tenggelamnya kapal tangki V.A. Fogg di Teluk Mexico, Pengawal Pantai merakamkan kapal pecah dan mengambil beberapa mayat [10] sungguhpun salah seorang pengarang segi tiga Bermuda mendakwa semua mayat hilang kecuali kapten, yang dijumpai di kabin masih memegang cawan kopi (Limbo of the Lost oleh John Wallace Spencer, edisi 1973).
Penyelidik yang mempertikai, seperti Ernest Taves dan Barry Singer, telah memberi perhatian bahawa misteri dan paranormal amat popular dan menguntungkan. Ini telah mendorong kepada pengeluaran sejumlah besar bahan mengenai topik tersebut seperti segi tiga Bermuda. Mereka mampu menunjukkan bahawa sesetengah bahan menyokong-paranormal sering kali mengeliru dan tidak tepat, tetapi ia masih tetap dipasarkan. Mereka dengan itu mendakwa bahawa pasaran condong kepada buku, TV khas, dsb. yang menyokong misteri Segi tiga dan menentang bahan penyelidikan terperinci sekiranya ia membawa sudut pandangan skeptik mengenainya




Penjelasan mengenai sesetengah kehilangan telah tertumpu kepada kewujudan sejumlah besar medan hidrat metana pada tebing benua. Ujian makmal yang dilakukan di Australia telah membuktikan bahawa buih sebenarnya mampu menenggelamkan model kapal berskala dengan mengurangkan ketumpatan air[12]; dan sebarang sampah yang timbul ke permukaan akan disebarkan dengan pantas oleh Arus Teluk. Ia telah dinyatakan secara hipotesis bahawa letupan metana berkala (kadang kala dikenali sebagai "gunung berapi lumpur") mungkin menghasilkan kawasan air berbuih yang tidak lagi mampu memberikan apungan yang mencukupi bagi kapal. Sekiranya ini berlaku, kawasan sedemikian yang terbentuk pada sekeliling kapal, mampu menenggelamkannya dengan pantas dan tanpa memberi apa-apa sebarang petanda.
Kapal terbang juga terdedah kepada sebarang perlepasan metana yang luar biasa. Sungguhpun metana adalah lebih ringan berbanding air, namun
altimeter kapal terbang yang melalui kawasan itu tidak akan berfungsi baik, walaupun bacaannya menunjukkan bahawa kapal terbang itu lebih tinggi dari yang sebenarnya, menyebabkan timbul masalah pandu arah. (Altimeter mengukur tekanan, bukannya kepadatan udara.)
Satu
kertas putih telah diterbitkan pada tahun 1981 oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat berkenaan kemunculan hidrat di kawasan Blake Ridge, di luar pantai tenggara Amerika Syarikat.[13] Bagaimanapun, berdasarkan laman web Kajian Geologi A.S, dipercayai tiada kejadian pelepasan besar-besaran gas hidrat telah berlaku di Segi Tiga Bermuda sejak 15,000 tahun yang lalu


Masalah kompas merupakan salah satu masalah yang disebut-sebut dalam kebanyakan kejadian di Segi Tiga Bermuda. Sesetengah penyelidik mencadangkan teori bahawa terdapat kepelikan magnetik tempatan di kawasan tersebut, bagaimanapun ia belum dibuktikan.


Hurikan adalah ribut yang amat kuat yang berasal dari Atlantik berhampiran khatulistiwa, dan berdasarkan sejarah telah bertanggung jawab bagi kehilangan beribu-ribu nyawa dan kerosakan bernilai berbilion dolar. Penengelaman armada Sepanyol Francisco de Bobadilla pada 1502 merupakan rekod pertama mengenai kemusnahan hurikan. Pada 1988, Hurikan Gilbert, salah satu hurikan paling kuat dalam sejarah, memundurkan ekonomi Jamaika selama tiga tahun. [perlu petikan] Ribut ini pada masa lalu menyebabkan beberapa peristiwa yang berkait dengan Segi Tiga Bermuda.




Arus teluk merupakan arus laut yang berasal dari Teluk Mexico, dan merentasi Selat Florida, ke lautan Atlantik Utara. Pada asasnya, ia merupakan sungai di laut, dan sebagaimana sungai lain, ia mampu dan membawa objek terapung. Kapal terbang kecil yang mendarat di air atau bot yang mengalami kerosakan enjin akan di bawa lari dari kedudukan dilapurkannya oleh arus, sebagaimana yang berlaku kepada kruiser kabin (cabin cruiser) Witchcraft pada 22 Disember 1967, apabila ia melaporkan kerosakan enjin berhampiran boya penanda satu batu (1.6 km) dari pantai Miami , tetapi tidak kelihatan apabila bot Pengawal Pantai tiba di sana..




Ombak amat besar mampu muncul secara rawak walaupun semasa laut tenang. Salah satu ombak gadang menyebabkan Ocean Ranger, sebuah pelantar minyak persisiran terbesar, terbalik pada 1982. Bagaimanapun, tidak terdapat sebarang sebab bagi ombak gadang berlaku lebih kerap di Segi Tiga Bermuda, dan penjelasan ini tidak menjelaskan misteri kehilangan kapal terbang




Satu daripada alasan rasmi popular tentang kehilangan kapal terbang atau kapal laut adalah disebabkan kesilapan manusia. Sama ada disengajakan atau tidak, kesilapan manusia dikenal pasti sebagai boleh menyebabkan kemalangan dan kehilangan yang dilaporkan di Segi Tiga Bermuda tidak terkecuali. Contohnya, kesilapan manusia dikenal pasti sebagai kehilangan kapal tangki V.A. Fogg pada tahun 1972. Kedegilan juga menyebabkan ahli perniagaan Harvey Conover kehilangan kapal layarnya Revonoc ketika dia belajar dalam keadaan ribut di Florida pada 1 Januari 1958. Perlu diingatkan juga banyak sebab kehilangan tidak dapat dijelaskan kerana bangkai kapal yang hilang tidak dijumpai untuk dikaji.




Perkara ini jatuh dalam dua kategori: perbuatan kerana perang, dan perbuatan lanun. Rekod-rekod berkenaan banyak kehilangan orang di dalam fail-fail musuh Amerika Syarikat telah diperiksa; sedangkan banyak penenggelaman telah dikatakan disebabkan oleh penyerang permukaan atau kapal selam semasa Perang Dunia dan didokumenkan di dalam buku log perintah, banyak yang lain yang disyaki termasuk dalam kategori itu masih tidak dapat dibuktikan; kehilangan USS Cyclops pada 1918 serta kapal-kapal saudaranya, Proteus dan Nereus, dalam Perang Dunia II disyaki ditenggelami oleh kapal selam tetapi sebarang hubungan itu tidak dapat dijumpai dalam rekod Jerman.
Melanun, sebagaimana ditakrifkan sebagai merampas kapal atau perahu di laut lepas, ialah suatu kejadian yang masih berlaku. Sedangkan melanun untuk merampas kargo adalah jauh lebih biasa di Lautan Pasifik dan Lautan India, penyeludup dadah juga merampas lancang peranginan untuk menjalankan kegiatan penyeludupan mereka dan mungkin terlibat dalam sesetengah kehilangan sekoci dan anak kapal di Laut Caribbean. Di Caribbean, kegiatan melanun merupakan suatu kegiatan yang biasa dari sekitar 1560 hingga 1760-an, dengan Edward Teach (Blackbeard) dan Jean Lafitte merupakan antara lanun yang termasyhur di laut itu dari segi sejarah. Lafitte kekadang juga dikatakan sendiri merupakan mangsa Segi Tiga.
Satu bentuk melanun yang lain dijalankan di darat. Lanun di pantai akan memancar cahaya untuk menunjukkan arah yang salah kepada kapal-kapal untuk mengakibatkan nahas kapal lalu merampas kargonya. Adalah mungkin juga bahawa lanun tersebut akan membunuh mana-mana anak kapal yang membantah.
Nags Head, Carolina Utara, dinamai sempena amalan lanun untuk menggantung lantera pada kepala kuda yang kedua-dua belah kakinya diikat supaya kuda itu tidak lari semasa berjalan di pantai.


Perkara ini jatuh dalam dua kategori: perbuatan kerana perang, dan perbuatan lanun. Rekod-rekod berkenaan banyak kehilangan orang di dalam fail-fail musuh Amerika Syarikat telah diperiksa; sedangkan banyak penenggelaman telah dikatakan disebabkan oleh penyerang permukaan atau kapal selam semasa Perang Dunia dan didokumenkan di dalam buku log perintah, banyak yang lain yang disyaki termasuk dalam kategori itu masih tidak dapat dibuktikan; kehilangan USS Cyclops pada 1918 serta kapal-kapal saudaranya, Proteus dan Nereus, dalam Per




Para penulis mengenai Segi Tiga banyak menggunakan teori kuasa ghaib untuk menjelaskan perkara yang terjadi. Satu teori menyalahkan peninggalan teknologi dari benua yang hilang iaitu Atlantis. Teori ini dikaitkan dengan batu timbul yang dikenali sebagai Jalan Bimini berdekatan dengan pulau Bimini di Bahamas, yang kebetulan terletak di dalam segi tiga mengikut pendapat sesetengah orang. Pengikut ahli psikik bernama Edgar Cayce mengatakan bukti kewujudan Atlantis ditemui pada tahun 1968 atau 1969 yang merujuk kepada penemuan Jalan Bimini. Mereka percaya kewujudan batu ini sebagai jalan, benteng atau struktur lain, walaupun ahli geologi menganggapnya sebagai satu fenomena semulajadi.[15]
Mereka yang lain pula mengaitkan kehilangan kapal dengan UFO. Idea ini digunakan oleh Steven Spielberg dalam filemnya Close Encounters of the Third Kind yang menggambarkan kehilangan Penerbangan 19 dengan penculikan makhluk asing.
Charles Berlitz, cucu kepada seorang ahli linguistik dan penulis buku fenomena beranomali, berpendapat kehilangan di Segi Tiga disebabkan oleh kuasa ghaib yang tidak dapat dijelaskan.




Flight 19 merupakan penerbangan latihan yang menggunakan pesawat pengebom TBM Avenger yang telah hilang pada 5 Disember, 1945 di atas perairan Lautan Atlantik. Mengikut tanggapan, penerbangan ini telah menempuh fenomena luar biasa dan bacaan-bacaan kompas yang janggal. Penerbangan ini dilakukan pada hari tenang dengan diketuai oleh seorang juruterbang yang berpengalaman, Lt. Charles Carroll Taylor. Tambah membingungkan, laporan pihak tentera laut berkenaan kemalangan ini dianggap "disebabkan atau punca tidak diketahui". Dipercayai, ibu Lt. Taylor mahu menyelamatkan reputasi anak lelakinya, jadi beliau telah membuat mereka menulis "punca-punca tidak diketahui" apabila sebenarnya Lt. Charles berada 50 km ke arah barat laut di mana beliau percaya kedudukan beliau pada ketika itu. [16]
Meskipun fakta-fakta asas versi cerita ini adalah sebenarnya tepat, beberapa perincian-perincian penting telah hilang. Cuaca mula bergelora di penghujung kejadian; hanya Taylor yang memiliki banyak pengalaman dalam penerbangan, akan tetapi beliau tidak biasa dengan kawasan selatan Florida dan memiliki sejarah sesat semasa dalam penerbangan, perkara ini berlaku sebanyak tiga kali semasa Perang Dunia II, dan terpaksa mendaratkan pesawatnya di air sebanyak dua kali; dan laporan dan rakaman bertulis pihak tentera laut berkenaan dengan perbualan di antara Taylor dan juruterbang-juruterbang lain dalam Flight 19 tidak membayangkan sebarang masalah magnetik




Misteri peninggalan Mary Celeste pada 1872 sering kali dikaitkan dengan Segi tiga Bermuda tetapi ini tidak tepat kerana kapal ini ditinggalkan di persisiran Portugis. Banyak teori telah dikemukakan sepanjang tahun berlalu bagi menjelaskan peninggalan kapal, termasuk wasap alkohol dari kargo dan penipuan insuran. Kejaidan ini kemungkinannya dikelirukan dengan penenggelaman kapal yang nama serupa, Mari Celeste, di persisiran Bermuda pada 13 September 1864, yang disebut dalam buku Bermuda Shipwrecks oleh Dan Berg.




Raifuku Maru
Salah satu kejadian yang paling terkenal di Segi Tiga Bermuda berlaku pada tahun 1921 (beberapa pendapat mengatakan beberapa tahun selepas itu), apabila sebuah kapal Jepun
Raifuku Maru (kadang kala disalah erti sebagai Raikuke Maru) went down with all hands selepas menghantar isyarat meminta bantuan yang berbunyi "Bahaya seperti pisau belati sekarang. Datang cepat!", atau "Ia seperti pisau belati, datang cepat!". Ini telah menyebabkan para penulis membuat spekulasi berkenaan perkataan "dagger", with a waterspout being the likely candidat
Banyak lagi kejadian-kejadian yang misteri dan pelik berlaku di sekitar sini. Namun apa yang pasti itu semua adalah kerja Iblis dan Jin serta sekutu2nya. Berhati-hatilah pada tempat di mana Rasulullah SAW sendiri memberi amaran pada Umar Al--Khattab sabdaan Baginda yang berbunyi begini :"Wahai Umar sesungguhnya Syaitan tidak akan lalu di mana engkau pernah lalu dan tidak akan menghadang jalan yang kau lalui. namun berhati-hatilah engkau akan lautan ini."

Ahad, 7 Jun 2009

NAHAS KAPAL TERBANG! WHY ATLANTIK?


Air France Penerbangan 447 adalah kapal terbang jenama airbus A330-203, dengan kod pendaftaran F-GZCP, beroperasi sebagai kapal terbang penumpang antarabangsa. Penerbangan daripada Lapangan terbang Antarabangsa Galeão menuju ke Lapangan terbang Rio de Janeiro, Brazil. Selepas terbang dari Lapangan terbang Charles de Gaulle di Paris, Perancis, hilang dari radar di Lautan Atlantik pada 1 Jun 2009,Seramai 216 penumpang dan 12 kakitangan berada di dalamnya. Nasib mereka dijangka mati semuanya. Cebisan rangka kapal terbang ditemui di Lautan Atlantik , 1000 km di timur laut Brazil dan 650 km dari Kepulauan Fernando de Noronha.


Airbus A330-200, pendaftaran F-GZCP, pertama kali terbang pada 25 Februari 2005.Ia meninggalkan Rio de Janeiro pada 31 Mei 2009 jam 7:03 pm dan dijadualkan tiba di Paris-Charles de Gaulle pada 11:10 pm.


Radar mengesan isyarat terkahir pada 01:33 UTC, apabila ketika berada di 565km (360 batu) Brazil pantai timur laut. Mereka dijangka memasuki Senegal pada altitud 10,670m dan kelajuan 840km sejam.Radar mengesan kapal terbang di Laut Atlantik .


Pegawai trafik udara Brazil menghubungi Dakar pada 02:20 UTC.Tentera Udara Brazil mula menjalankan operasi mencari dan menyelamat di Kepulauan Fernando de Noronha.Kapal terbang peninjau Perancis juga dihantar.Jurucakap Tentera Udara Brazil kolonel Henry Munhoz memberitahu TV Brazil radar mengesan kapal terbang itu di pulau Cape Verde .Jurucakap Air France meramalkan bahawa pesawat itu mungkin terkena kilat.


Seramai 228 berada di dalam kapal tersebut termasuk tiga juruterbang dan sembilan krew kabin.Antaranya ialah bayi, 7 kanak-kanak , 82 wanita, dan 126 lelaki.Kebanyakan penumpang itu adalah rakyat Brazil dan Perancis. Juruterbang penerbangan ialah Marc Dubois (80 tahun) telah menyertai Air France pada 1988. Beliau melakukan penerbangan kira-kira 11,000 masa penerbangan, dengan 1,700 jam Airbus A330. Dua pembantu juruterbang ialah David Robert (37 tahun) dan Pierre-Cedric Bonin (32 tahun) melakukan 9,000 masa penerbangan. 12 anak kapal, 11 warga Perancis dan 1 Brazil


Penumpang penting
Antara penumpang yang penting dan terkenal ialah :
Prince Pedro Luís Orléans-Braganç. Dia warganegara
Brazil/Belgium.Kini menetap dan bekerja di sebuah syarikat di Luxembourg.
Eksekutif syarikat
Michelin Brazil iaitu ThyssenKrupp.
Datuk Bandar Rio de Janeiro, isterinya, dan pemimpin Symphony Orchestras Brasilia National Theatre dan Rio de Janeiro Municipal Theatre.
Juliana de Aquino - pelakon teater di Jerman
Pemain
hap, Fatma Ceren Necipoglu dari Turki.


Jet itu hilang empat jam selepas berlepas dari Rio De Janeiro. Ia hilang di Lautan Atlantik di antara Amerika Selatan dan Afrika, di kawasan yang dikenali kerap dilanda ribut tropika. Terdapat amaran mengenai pelbagai kerosakan elektrik dan tekanan udara di dalam jet tersebut.Juruterbangnya tidak menghantar sebarang isyarat kecemasan.Tiada isyarat kecemasan daripada kapal terbang itu, tetapi siri amaran automatik selama tiga minit menandakan kegagalan semua sistem. Puncanya mungkin sekali dipanah petir, situasi yang berbahaya jika digabungkan dengan masalah lain seperti pergolakan udara. Ribut tropika membawa angin selaju 160 kilometer sejam sering berlaku di laluan penerbangan itu.
Pengalisis lain menyatakan kemungkinan kerosakan mekanikal atau kemungkinan juga keganasan.Biro Analisis Penerbangan Civile (BEA) ditugaskan menjalankan siasatan rasmi. Pengerusi BEA Paul-Louis Arslanian menyatakan bahawa dia tidak optimistik mencari alat perakam kapal terbang kerana mungkin tenggelam 3,000 m di dasar lautan. Penyiasat berharap menemui ekor pesawat kerana perakam itu terletak di sana.Pada 1988, kontraktor bebas mampu memulihkan kotak hitam yang djumpai pada kapal terbang Penerbangan 295 Afrika Selatan di kedalaman 4,900 m . Perdana Menteri Perancis, Francois Fillon menyatakan kedalaman Lautan Atlantik mencecah 7,000 meter.
[1][2]
Perancis menghantar dua kapal selam mini yang boleh beroperasi sedalam 6,000 meter di Lautan Atlantik bagi mengesan kotak hitam.Penyelam tentera laut Brazil dikerah ke lokasi serpihan .Empat kapal tentera laut Brazil yang membawa kelengkapan menyelamat turut dikerah ke kawasan laut sepanjang lima kilometer di mana beberapa serpihan pesawat ditemui tentera udara Brazil.
Menteri pertahanan Brazil Nelson Jobim menyatakan tiada sebarang letupan itu atau kebakaran yang mencetuskan bahan api jet setakat ini. Penyiasat telah menemui kerusi pesawat, pelampung berwarna oren, wayar, bangkai besi , komponen pesawat dan tompokan bahan bakar jet . Zon serpihan terletak hampir 1,000 kilometer dari pantai timur laut Brazil itu untuk memulakan operasi menarik keluar serpihan itu dari laut.Tiga kapal dagang iaitu dua milik Belanda dan satu Perancis berkejar ke sana untuk misi mencari.
Tentera Udara Brazil menyatakan pesawat itu "melalui kawasan ribut petir dengan gelora yang kuat" kira-kira pukul 10 malam. Pesanan automatik diterima 14 minit kemudian "menandakan litar elektrik tidak berfungsi".Perhubungan terakhir dengan pesawat itu adalah pada pukul 10.36 malam waktu tempatan, tetapi tidak memberitahu di mana kedudukan pesawat itu ketika itu.Pesawat itu hilang 300 km timur laut pantai bandaraya
Natal .
Nahas udara paling buruk sejak 2001, apabila sebuah jet
American Airlines terhempas di New York yang mengorbankan semua 260 penumpang dan krew.


Pada 27 Mei 2009, beberapa hari sebelum nahas itu, Air France menerima ancaman bom terhadap penerbangan antara Boenos Aires, Argentina ke Paris.Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Ezeiza di Buenos Aires menangguhkan penerbangan selama 90 minit tetapi tidak menemui sebarang bom.


DAN TAHUN INI PULA KEJADIAN YANG SAMA BERULANG LAGI!!!


RIO DE JANEIRO 3 Jun - Brazil mengesahkan pelbagai serpihan dan komponen pesawat yang terapung di kawasan sepanjang lima kilometer di Lautan Atlantik merupakan lokasi terhempasnya sebuah jet penumpang Air France yang membawa 228 orang.
Menteri Pertahanan Brazil, Nelson Jobim memberitahu wartawan semalam (kira-kira 4 pagi ini waktu Malaysia), 'tidak syak lagi' sebuah tempat duduk, kabel, komponen pesawat dan tompokan bahan bakar jet adalah daripada pesawat Airbus A330 Air France yang dalam penerbangan dari Rio de Janeiro ke Paris apabila didapati hilang kelmarin.
Penemuan itu melenyapkan sebarang harapan untuk menemui mangsa yang selamat dan mengesahkan nahas udara paling buruk sejak 2001, apabila sebuah jet American Airlines terhempas di New York yang mengorbankan semua 260 orang di dalamnya.
Jobim berkata, kapal-kapal tentera laut Brazil akan mula tiba di zon serpihan yang terletak hampir 1,000 kilometer dari pantai timur laut Brazil itu untuk memulakan operasi menarik keluar serpihan itu dari laut.
Tiga kapal dagang iaitu dua milik Belanda dan satu Perancis, sudah pun berada di lokasi berkenaan, katanya.
Pada waktu sama, operasi mencari mayat akan diteruskan.
Jika ditemui, mayat mangsa akan dibawa dengan kapal sejauh 460 kilometer ke lapangan terbang terdekat di kepulauan Fernando de Noronha, sebelum diterbang keluar dengan pesawat tentera udara.
Lebih separuh daripada penumpang dan anak kapal dalam pesawat itu adalah rakyat Perancis atau Brazil, manakala selainnya berasal dari 30 negara, kebanyakannya Eropah.
Jet itu hilang empat jam selepas berlepas dari Rio De Janeiro ketika dalam kedudukan di luar jangkauan radar di tengah-tengah Lautan Atlantik di antara Amerika Selatan dan Afrika, di kawasan yang dikenali kerap dilanda ribut tropika.
Komunikasi terakhir dari pesawat itu terdiri daripada isyarat data automatik yang memberi amaran mengenai pelbagai kerosakan elektrik dan tekanan udara di dalam jet tersebut.
Juruterbangnya tidak menghantar sebarang isyarat kecemasan.
Air France membayangkan pesawat berusia empat tahun mungkin dipanah petir, situasi yang berbahaya jika digabungkan dengan masalah lain seperti pergolakan udara.
Teori lain yang dibangkitkan oleh pakar termasuk kesilapan juruterbang, kerosakan mekanikal atau kemungkinan juga keganasan.
"Tiada hipotesis yang menjadi pilihan buat masa ini," kata Perdana Menteri Perancis, Francois Fillon semalam.
Menurut beliau, perkara yang pasti ialah tiada isyarat kecemasan daripada kapal terbang itu, tetapi siri amaran automatik selama tiga minit menandakan kegagalan semua sistem.
Memandangkan punca nahas itu masih misteri, pencarian kotak hitam menjadi sangat penting.
Sebuah kapal Perancis dalam perjalanan ke lokasi kejadian dengan membawa dua kapal selam mini yang boleh beroperasi sedalam 6,000 meter yang juga paras maksimum kotak hitam boleh bertahan dan kira-kira kedalaman laut di kawasan berkenaan. - AFP


RIO de JANEIRO: Penyelam tentera laut Brazil dikerah ke lokasi serpihan pesawat Air France 447 ditemui di tengah Lautan Atlantik semalam bagi mencari 228 penumpang dan krew yang dikhuatiri mati selepas kapal terbang yang mereka naiki hilang dari pemantauan radar malam Ahad lalu dan kelmarin disahkan terhempas. Empat kapal tentera laut Brazil yang membawa kelengkapan menyelamat turut dikerah ke kawasan laut sepanjang lima kilometer di mana beberapa serpihan pesawat ditemui tentera udara Brazil kelmarin.


Antara serpihan dikesan di lokasi kira-kira 1,200 kilometer ke timur laut pekan pesisir pantai, Recife di Brazil itu ialah kerusi pesawat, pelampung berwarna oren, wayar, bangkai besi dan tompok minyak. Setakat petang semalam masih belum ada mayat ditemui oleh pasukan tentera laut Brazil itu. Laksamana Muda Domingos Nogueira berkata, anggota pasukannya terpaksa mengharungi keadaan laut bergelora dan antara tugas paling sukar bagi mereka ialah untuk mengesan kotak hitam penerbangan yang boleh menjelaskan apa sebenarnya berlaku yang menyebabkan pesawat Air France itu terhempas.

"Saya mengesahkan serpihan bertaburan di kawasan sepanjang lima kilometer adalah milik kapal terbang Air France," kata Menteri Pertahanan Brazil, Nelson Jobim kepada wartawan di Rio de Janeiro. Jobim berkata, kawasan serpihan utama ditemui berhampiran isyarat awal dikesan. Punca nahas tidak akan diketahui sehingga kotak hitam di temui - yang mungkin mengambil masa berhari-hari atau berminggu-minggu. Bagaimanapun, pakar cuaca dan penerbangan memberi tumpuan kepada kemungkinan pertembungan pesawat dengan ribut kuat yang membawa angin selaju 160 kilometer sejam. "Kami kesuntukan masa dalam keadaan cuaca amat sukar dan di zon yang menyaksikan kedalaman mencecah 7,000 meter," kata Perdana Menteri Perancis, Francois Fillon, kepada ahli perundangan di Parlimen kelmarin.
Saudara mara yang menanti keajaiban terpaksa menerima hakikat apabila pakar berkata semua terkorban dalam pesawat malang itu yang hilang Ahad lalu ketika penerbangan dari Rio de Janeiro ke Paris. - AP/Reuters