Berfirman :
“Sesungguhnya
orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan
orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi
sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala
perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).”
[ Q.S AN-NUR 24 : 19
]
“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan
buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang
lain); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi
Maha Mengetahui. Jika kamu
melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan
kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha
Pemaaf lagi Maha Kuasa.”
[ Q.S AN-NISA’ 4 :
148-149 ]
“Wahai orang-orang
yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian
dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari
kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya
yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah
mati? maka sudah tentu kamu jijik
kepadanya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima
taubat, lagi Maha mengasihani.”
[ Q.S. AL HUJURAT
49 : 12 ]
RASULULLAH NABI
MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“… Siapa yang
menutup aib seorang Muslim nescaya ALLAH akan menutup aibnya di dunia dan kelak
di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu
menolong saudaranya….”
[ H.R.S : Imam Muslim
Ra. A. ]
“Tidaklah Allah
menutup aib seorang hamba di dunia melainkan nanti di hari kiamat ALLAH juga
akan menutup aibnya.”
[ H.R.S : Imam
Muslim Ra. A. ]
“Wahai sekalian
orang yang mengaku berislam dengan lisannya dan iman itu belum sampai ke dalam
hatinya. Janganlah kalian menyakiti kaum muslimin, janganlah menjelekkan
mereka, jangan mencari-cari aurat mereka. Karena orang yang suka mencari-cari
aurat saudaranya sesema muslim, Allah akan mencari-cari auratnya. Dan siapa
yang dicari-cari auratnya oleh Allah, niscaya Allah akan membongkarnya walau ia
berada di tengah tempat tinggalnya.”
[ H.R.S : Imam Tirmidzi
Ra. A. ]
“Tutuplah aib saudaramu
sepertimana engkau menutupi aib dirimu sendiri dengan sabar dan ikhlas
kerana-Nya. Sesungguhnya ALLAH pasti
akan menutupi aib mu di dunia dan di Akhirat.”
IMAM MUHAMMAD
JIBRIL AL-KHAIR B.A
“Jangan mengucapkan
saksi dusta tentang sesamamu.”
( DEVARIM NABI MUSA A.S DALAM KITAB ULANGAN 5 : 20 )
“Jauhkanlah dirimu dari segala jenis
kejahatan.”
(DEVARIM PENDETA PAULUS
DALAM 1 TESSALONIKA 5 : 22)
SEBUAH KISAH NABI MUSA DAN ORANG YANG BERTAUBAT
Pada zaman Nabi
Musa berlaku kemarau yang panjang. Nabi Musa bersama 70 ribu lain umatnya
melakukan solat istisqa’ iaitu solat memohon agar Allah menurunkan hujan.
tetapi hujan tetap tidak turun. Seperti yang kita ketahui Nabi Musa as digelar
dengan Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dengan Allah.
Nabi Musa berbicara
dengan Allah :
“Ya Rabb, Engkau
selalu memperkenankan doaku ”
Lalu Allah menjawab
antara kalian itu terdapat seseorang yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak
pernah bertaubat.
Sejurus itu
bertanya Nabi Musa kepada ummatnya “siapa antara kalian yang bermaksiat selama
40 tahun dan tidak pernah bertaubat . Diminta meninggalkan tempat ini kerana
hujan tidak turun kerana orang ini ”
Orang tersebut
berasa bersalah kerana menjadi sebab hujan tidak turun. Maka berbicara
dihatinya jika dia bangun meninggalkan tempat itu maka terbukalah didepan
khalayak akan aib dirinya yang tersorok selama 40 tahun. Lalu dia pun mohon
agar Allah mengampunkan dosanya dan menyesal diatas dosa dosanyanya itu. Tak
lama selepas itu, hujan pun mula turun. Nabi Musa as kehairanan. Tiada yang
mengaku berbuat dosa 40 Tahun dan tiada yang meninggalkan tempat ini, tetapi
Allah menurunkan hujan. Lalu Nabi Musa
bertanya kepada Allah. Mengapa Engkau menurunkan hujan wahai Allah?
Lalu, ALLAH
menjawab kerana telah bertaubat orang tersebut.
Nabi Musa bertanya
kepada Allah, bolehkah aku ingin tahu siapakah orangnya itu?
Allah menjawab. “Selama
40 tahun Aku tidak pernah membuka aibnya, adakah Aku akan membuka aibnya
setelah dia bertaubat kepada-Ku?”
(KISAH ISRAILLIYAT )