The Alien - Link Select

Rabu, 14 Mei 2008


KRIMNA adalah watak utama yang jahat dalam novel fiksyen sains aku yang bertajuk SAM C1G1- Krimna. Sebenarnya agak susah juga nak wujudkan Krimna ketika aku masih berhempas pulas mencari watak yang sesuai untuk mencabar kehebatan SAM C1G1- si Cyborg Melayu yang terhebat di dunia rekaan Prof. Ikmal dengan teknologi SULUKEN CORPORATION. Kebetulan pula masa tu aku baru je selesai menonton Fantastic 4. Dan menyaksikan kehebatan Siver-surfer yang sangat menarik hati itu. Akhirnya aku ambil keputusan untuk meniru model tu... Aku namakannya KRIMNA (Krim + Na). Ia sangat berbeza dgn silver surfer. Krimna memiliki bentuk yang sama dengan manusia. tetapi penampilan imejnya sangat berbeza jika dibandingkan dengan silver surfer. Krimna berkepala botak dengan kulit hitam keperakkan. kemampuannya adalah meluncur di udara(terbang) dengan kelajuan yang pantas. mampu menembak bebola tenaga seperti hero-hero Dragon Ball... Kuasanya bersumberkan bintang seperti matahari. Dalam novel aku, Krimna datang ke bumi dengan niat untuk jadikan matahari sebagai sumber kuasa yang tidak terhad. Oleh itu sebagai hero Bumi, Sam C1G1 yang baru sahaja dibina dan telah selesai ujian telah dihantar untuk memerangi Krimna dan seterusnya menghapuskan makhluk asing itu dari muka bumi.