Setiap tahun di dalam bulan Ramadan, umat Islam yang
percayai hadis akan menunggu kedatangan Lailatul Qadar atau Malam yang Berkuasa
kerana mereka percaya orang yang menemui lailatul Qadar itu, dosa-dosanya yang
telah lepas akan diampunkan Allah, dan segala do'anya akan dimakbulkan.
Kepercayaan ini bersandarkan kepada hadis berikut:
AbuHurayrah
SAHIH AL-BUKHARI
1.34
Allah's Apostle (peace_be_upon_him) said,
"Whoever establishes the prayers on the night of Qadr out of sincere faith
and hoping to attain Allah's rewards (not to show off) then all his past sins
will be forgiven."
Ada beberapa hadis yang menjelaskan kemungkinan waktu
datangnya Lailatul Qadar itu. Diantaranya ialah:
Jilid: 3
No: 232
SAHIH BUKHARI
Narrator: Ibn 'Umar
Some men amongst the COMPANIONS of the Prophet were
shown in their DREAMS the night of Qadr was in the last seven nights of
Ramadan. Allah's Apostle said, "It seems that all your dreams agree that
(the Night of Qadr) is in the last SEVEN nights, and whoever wants to search
for it (i.e. the Night of Qadr) should search in the last SEVEN (nights of
Ramadan)."
Hadis di atas mengatakan bahawa Nabi berkata, malam
Qadar itu ialah dalam tujuh hari terakhir bulan Ramadan, berdasarkan MIMPI
beberapa orang sahabat.
3.
234
SAHIH BUKHARI
'Aisha
Allah's Apostle said, "Search for the Night of
Qadr in the odd nights of the last TEN days of Ramadan."
Dalam hadis ini Nabi berkata lailatul Qadar itu adalah
dalam sepuluh malam-malam GANJIL terakhir Ramadan. Ini adalah bercanggah dengan
hadis yang terdahulu.
3.
237
SAHIH BUKHARI
'Aisha
Allah's Apostle used to practice Itikaf in the last
ten nights of Ramadan and used to say, "Look for the Night of Qadr in the
last TEN nights of the month of Ramadan,"
Dalam hadis ini Nabi berkata lailatul Qadar itu adalah
dalam sepuluh malam-malam terakhir (bukan malam GANJIL sahaja). Ini pun
bertentang dengan dua hadis yang terdahulu.
3.
240
SAHIH BUKHARI
'Ubada bin As-Samit
The Prophet came out to inform us about the Night of
Qadr but two Muslims were quarreling with each other. So, the Prophet said,
"I came out to inform you about the Night of Qadr but such-and-such
persons were quarreling, so the news about it had been taken away; yet that
might be for your own good, so search for it on the 29th, 27th and 25th (of
Ramadan).
Hadis ini pula mengatakan berita tentang lailatul
Qadar itu sudah ditarik balik (Nabi lupa) kerana dua orang bergaduh. Maka Nabi
mengagak-agak ia mungkin pada malam 29, 27 atau 25 Ramadan. Ini pun lagi satu
penjelasan Nabi yang bercanggah.
3.
244
SAHIH BUKHARI
Abu Said Al-Khudri
Allah's Apostle used to practice Itikaf in the middle
ten days of Ramadan and once he stayed in Itikaf till the night of the
twenty-first and it was the night in the morning of which he used to come out
of his Itikaf. The Prophet said, "Whoever was in Itikaf with me should
stay in Itikaf for the last ten days, for I was informed (of the date) of the
Night (of Qadr) but I have been caused to forget it. (In the dream) I saw
myself prostrating in mud and water in the morning of that night. So, look for
it in the last ten nights and in the odd ones of them." It rained that
night and the roof of the mosque dribbled as it was made of leaf stalks of
date-palms. I saw with my own eyes the mark of mud and water on the forehead of
the Prophet (i.e. in the morning of the twenty-first).
Hadis ini pun mengatakan Nabi lupa. Namun demikian,
Nabi menyuruh orang menunggu lailatul Qadar itu pada keseluruhan sepuluh malam
terakhir Ramadan.
Hadis-hadis sahih Bukhari tersebut adalah saling
bercanggah dan tidak menyatakan malam yang tepat tentang kejadian lailatul
Qadar itu.
Walaupun begitu, ada satu hadis dari sahih Muslim yang
beri tarikh yang tepat kejadian lailatul Qadar itu, iaitu pada malam yang
ke-27. Tetapi hadis ini agak karut kerana ia mengatakan buktinya ialah matahari
terbit tanpa sinaran pada hari tersebut. Hadisnya adalah sebagai berikut:
Ubayy ibn Ka'b
SAHIH MUSLIM
2633
Zirr ibn Hubaysh reported:
I thus asked Ubayy ibn Ka'b: Your brother (in faith)
Ibn Mas'ud says: He who stands (for the night prayer) throughout the year will
find laylat al-Qadr. Thereupon he said: May Allah have mercy upon him. (He said
these words) with the intention that people might not rely only (on one night),
whereas he knew that it (laylat al-Qadr) was in the month of Ramadan and it was
the twenty-seventh night. He then took an oath (without making any exception,
i.e. without saying insha'Allah) that it was the twenty-seventh night. I said
to him: AbulMundhir, on what grounds do you say that? Thereupon he said: By the
indication or by the sign which the Messenger of Allah (peace_be_upon_him) gave
us, and that is that on that day (the sun) would rise without having any ray in
it.
Tidak terdapat satu pun hadis yang mengatakan bahawa
Nabi atau sahabat pernah terjumpa lailatul Qadar itu. Sekiranya Nabi sendiri
pun tidak pernah bertemu dengan lailatul Qadar, mungkinkah manusia lain lebih
wajar menemuinya?
Keterangan Quran tentang lailatul Qadar adalah amat
jelas
97:1. Sesungguhnya, Kami turunkannya (Al-Quran) pada
malam yang berkuasa.
97:2. Dan tahukah kamu apakah ia malam yang berkuasa?
97:3. Malam yang berkuasa adalah lebih baik daripada
seribu bulan,
97:4. Padanya malaikat-malaikat dan Roh turun, dengan
izin Pemelihara mereka, dengan segala perintah,
Ayat 97:1 menjelaskan bahawa malam qadr itu berlaku
sekali sahaja iaitu satu malam waktu Quran diturunkan. Malam itulah yang
dikatakan lebih baik daripada seribu bulan dimana Malaikat dan Roh juga turun.
Quran itu telah diturunkan pada bulan Ramadan, seperti
yang dijelaskan di dalam ayat 2:185. "Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an
diturunkan untuk jadi satu petunjuk bagi manusia.."
Quran itu diturunkan kepada Nabi sekali sahaja dalam
waktu hayatnya. Maka peristiwa lailatul Qadar itu tentulah juga sekali sahaja
dan tidak akan berulang lagi hingga hari kiamat.
Oleh itu, menunggu-nunggu kedatangan lailatul Qadar
nyatalah amalan sesat dan sia-sia.
Sebutan mengenai malam al-Qur'an diturunkan diakhiri
dengan ayat-ayat berikut:
"Sesungguhnya, Kami turunkannya (al-Qur'an) pada
malam yang berkuasa.
Dan tahukah kamu apakah ia malam yang berkuasa?
Malam yang berkuasa adalah lebih baik daripada seribu
bulan,
Padanya malaikat-malaikat dan Roh turun, dengan izin
Pemelihara mereka, dengan segala perintah,
Sejahteralah ia, hingga terbit fajar."
(97:1-5)
Malam al-Qur'an diturunkan adalah malam yang berkuasa,
dan diberkati seperti yang telah dinyatakan. Pada malam itu malaikat-malaikat
dan Roh turun dengan segala perintah Tuhan.
Perkataan Roh di dalam al-Qur'an membawa beberapa
erti. Satu daripadanya ialah ayat-ayat Tuhan atau al-Qur'an seperti yang
dijelaskan dalam ayat berbunyi
"Begitulah Kami wahyukan kamu Roh daripada
perintah Kami. Kamu tidak tahu apakah al-Kitab itu, dan tidak juga keimanan;
tetapi Kami membuatnya satu cahaya, yang dengannya Kami beri petunjuk kepada
siapa yang Kami hendaki daripada hamba-hamba Kami. Dan kamu, sesungguhnya kamu
beri petunjuk pada jalan lurus," (42:52)
Dia turunkan
malaikat-malaikat dengan Roh (Qur’an) daripada perintah-Nya kepada sesiapa Dia
hendaki daripada hamba-hamba-Nya, "Berilah kamu amaran, bahawa tidak ada
tuhan melainkan Aku; maka kamu takutilah Aku!"(16:2)
Lantaran itu, frasa daripada ayat-ayat 97:1-5 di atas
yang berbunyi "malaikat-malaikat dan Roh turun ..... dengan segala
perintah," boleh diertikan kepada malaikat-malaikat dan ayat-ayat
al-Qur'an turun ..... dengan segala perintah.
Suatu malam pada bulan Ramadan, lebih 1400 tahun yang
lalu, ditentukan Allah jadi diberkati, berkuasa dan amat baik, lebih baik
daripada seribu bulan. Kerana ayat-ayat-Nya, atau al-Qur'an, diturunkan. Malam
itu penuh kesejahteraan. Namun, kesejahteraannya berakhir apabila terbit waktu
fajar pada hari itu. Akan tetapi, al-Qur'an atau Roh yang ditinggalkan terus
jadi cahaya bagi hamba-hamba Allah yang dihendaki-Nya dapat petunjuk ke jalan
lurus, sampai Hari Kiamat.
Selamat Berpuasa.