The Alien - Link Select

Ahad, 31 Julai 2016

SOLAT DAN BACAANNYA MENURUT YANG DIFAHAMI OLEH PENULIS DARI QUR'AN???


*****

:: DARI PERSPEKTIF PELAKU SOLAT KEPADA ALLAH::


Konsep tujuan solat :

ingat ALLAH sahaja- doa bantuan, sabar dan puji/seru nama ALLAH(2:45, 20:14, 17:110, 72:18) dalam Bahasa yang difahami-bahasa ibunda-lagi elok dari segi adab kalau faham bahasa Arab Namun dalam hal ini sebagai penulis yang berbangsa dan berbahasa melayu, adalah lebih baik bahasa melayu digunakan dalam bacaan solat ini(Q.S.41:44, 14:4, 4:43).

Pakaian kemas, bersih dan cantik dan pakai minyak wangi(Q.S.7:31).  Berwuduk 4 anggota(Q.S.5:6).  Menghadap kiblat- Kaabah di masjidil haram(Q.S.2:114, 2:226). Melakukan gerakan laku (Berdiri, rukuk dan 2 x sujud-16:48, 20:55, 32:15) solat dan doa untuk diri sendiri(Q.S. 2:238, 22:77, 13:15, 15:98)

*BACAAN ADALAH BERBEZA DENGAN SOLAT YANG BERJEMAAH/ BERJUMUAHT/ BERKUMPUL. DENGAN MENGGUNAKAN PERKATAAN 'AKU' BAGI SOLAT SEORANG.  PERKATAAN KAMI BAGI SOLAT BERJUMUAHT.


BERDIRI
- SOLAT PADA WAKTU YANG DITETAPKAN.
(Q.S. 2:238, 24;58,11:114, 17:78, 62:9-11, 4:102, 98:5)
baca dengan suara yang sederhana(17:110)
Baca ayat Qur'an yang mengandungi pujian, syukur dan doa.

Seru nama "ALLAH" Sambil angkat tangan tanda menyerah diri kepada ALLAH.(Taat dan Khusyuk)
-QIYAM TANGAN kanan atas tangan kiri pada bahagian Dada tengah, 
TUNDUKKAN MUKA KE TEMPAT SUJUD.

-



:: BERDIRI SOLAT ::

ALLAH…
Tiada tuhan selain-Mu, Yang Esa dan Tiada sekutu bagi-Mu, tiada yang disembah selain Mu, dan tiada kuasa selain Mu, Yang Agung."

Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari hasutan Syaitan-syaitan Dan aku berlindung kepada-Mu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku."

Dengan nama Mu, Ya ALLAH yang  Pemurah, yang Pengasih.

"Segala puji tertentu bagi Mu, Ya Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagi Mu sekutu dalam urusan kerajaan Mu, dan tiada bagi Mu penolong disebabkan sesuatu kelemahan-Mu."
[ Q.S. 17 : 111 ]

Kuhadapkan mukaku, kepada Mu, yang menjadikan langit dan bumi,
aku cenderung lagi berserah kepada Mu ya Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Engkau.

"Sesungguhnya solatku, dan ibadahku, dan hidupku, dan matiku, untuk Mu, Ya Allah, Pemelihara semesta alam."
[ Q.S. 6 : 162 ]
Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan Engkau. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).



AL-FATIHAH
Dengan nama-Mu Ya Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
Segala puji bagi-Mu Ya Allah, Pemelihara semua alam. Yang Pemurah, Yang Pengasih. Yang Merajai Hari Agama. Engkau sahaja yang aku sembah, dan kepada Engkau sahaja aku mohon pertolongan. Tunjukkan aku jalan yang lurus, Jalan orang-orang ke atas mereka yang Engkau rahmati, bukan orang-orang yang dimurkai, dan bukan pula orang-orang yang sesat.
[ Q.S 1:1-7 ]


‘Ya Allah,
tidak ada tuhan melainkan Engkau,
Yang Hidup, Yang Kekal.
Tidak Mengantuk dan tidak juga tidur.
Kepunyaan-Mu apa yang di dalam langit dan apa yang di dalam bumi.
Siapakah dia yang akan mengantara di sisi-Mu, kecuali dengan izin-Mu?
Engkau tahu apa yang sebelum mereka, dan apa yang sesudah mereka,
dan mereka tidak tahu sesuatu dari pengetahuanMu,
kecuali apa yang Engkau kehendaki.
Qursyi-Mu merangkumi langit dan bumi,
dan Engkau tidak rasa tertekan menjaga keduanya;
Engkau Yang Tinggi, Yang Agung.”
Q. 2:255


AL-IKHLAS
Dengan nama-Mu Ya Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
"Engkau Ya Allah, yang Esa. Allah,  Engkau Tuhan yang diperlukan oleh segala sesuatu, Yang tidak melahirkan, dan tidak dilahirkan, Dan tiada yang setara dengan Mu."
[ Q.S.112:1-4 ]


ALLAH…



:: RUKUK @ TUNDUK ::
“Suci-Mu dan Segala Puji bagi Mu,  Wahai tuhanku, Yang Agung"


 ALLAH…


:: SUJUD ::
 "Suci-Mu dan segala puji bagi-Mu wahai Tuhan-ku, Yang Tinggi."

ALLAH…

 
:: DUDUK ANTARA DUA SUJUD ::
“Wahai Pemeliharaku, Suci-Mu, Ampunilah aku, Sayangilah aku, Tutupilah aibku, Angkatlah darjatku, Berilah aku rezeki, Berilah aku petunjuk, Sihatkanlah aku, Maafkanlah aku dan lindungilah aku dari azab Api.”

ALLAH…


:: SUJUD ::
"Suci-Mu dan segala puji bagi-Mu, wahai Tuhan-ku, Yang Tinggi."


ALLAH…


::: SELESAI SATU RAKAAT :::
:: BERDIRI SEMULA UNTUK - RAKAAT KEDUA ::



AL-FATIHAH
Dengan nama-Mu Ya Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
Segala puji bagi-Mu Ya Allah, Pemelihara semua alam. Yang Pemurah, Yang Pengasih. Yang Merajai Hari Agama. Engkau sahaja yang aku sembah, dan kepada Engkau sahaja aku mohon pertolongan. Tunjukkan aku jalan yang lurus, Jalan orang-orang ke atas mereka yang Engkau rahmati, bukan orang-orang yang dimurkai, dan bukan pula orang-orang yang sesat.


AL-FALAQ
Dengan nama-Mu Ya Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
“Aku berlindung pada-Mu wahai  Pemelihara yang menguasai Al-Falaq (Subuh),  Daripada kejahatan apa yang Engkau cipta. Dan daripada kejahatan kegelapan apabila ia gelap. Dan daripada kejahatan orang yang meniup pada ikatan. Dan daripada kejahatan pendengki apabila dia dengki.

SURAH AN-NAAS
Dengan nama-Mu Ya Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
Aku berlindung pada-Mu wahai  Pemelihara manusia, Raja manusia, Tuhan manusia, Daripada kejahatan pembisik yang menyelinap, Yang membisikkan di dalam dada manusia, Daripada jin dan manusia.

ALLAH…


:: RUKUK @ TUNDUK ::
“Suci-Mu dan Segala Puji bagi-Mu,  Wahai Tuhanku, Yang Agung."



ALLAH…

:: SUJUD ::
”Suci-Mu dan segala puji bagi-Mu, wahai Tuhan-ku, Yang Tinggi,

ALLAH…

:: DUDUK ANTARA DUA SUJUD ::
“Wahai Pemeliharaku, Suci-Mu, Ampunilah aku, Sayangilah aku, Tutupilah aibku, Angkatlah darjatku, Berilah aku rezeki, Berilah aku petunjuk, Sihatkanlah aku, Maafkanlah aku dan lindungilah aku dari azab Api.”

ALLAH…


 
:: SUJUD ::
"Suci-Mu dan segala puji bagi-Mu wahai Tuhan-ku, Yang Tinggi,

Tiada tuhan selain-Mu, Yang Esa dan Tiada sekutu bagi-Mu, tiada yang disembah selain-Mu dan tiada kuasa selain-Mu, Ya ALLAH.”

Segala puji bagiMu, Ya Allah yang kepunyaan-Mu apa yang di langit dan apa yang di bumi. Bagi-Mu segala puji di akhirat;  Wahai Yang Bijaksana, Yang Menyedari.
(Q.S. 34:1)

Ya Allah, Pemeliharaku, dan aku tidak sekutukan-Mu dengan sesiapa pun.
(Q.S.18:38)

"Aku tundukkan diriku kepada-Mu wahai Pemelihara semua alam."
(Q.S. AL-BAQARAH 2 : 131)

“Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Mu dengan apa pun. Dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim.”
( Q.S. 6 : 163 )

“Dan bukanlah aku daripada orang-orang yang menyekutukan-Mu."
( Q.S. 6 : 79 )

"Dan cukuplah-Mu, Ya ALLAH sebagai saksi ke atas ku"
(48:28)


:: DOA ::

Suci-Mu, Ya ALLAH, Yang Tinggi , Yang Agung.  Wahai Pemelihara semua alam. Wahai Yang Pemurah, Yang Pengasih. Hanya-Mu yang aku sembah dan hanya kepada-Mu aku meminta."


Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku, dan ibu bapaku, dan sesiapa yang masuk rumahku sebagai seorang mukmin, dan orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan; dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang zalim, kecuali dalam kebinasaan!”
(Q.S. 71:28 )

Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi. 
Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh."
[Q.S 12 : 101 ]

"Wahai Pemeliharaku, berikan aku di dunia yang baik, dan di akhirat yang baik, dan lindungilah aku daripada azab Api." 
(2:201)

 cukuplah-Mu, Ya ALLAH sebagai wakil atas segala urusan.

Sesungguhnya Engkau mendengar Doa."
(Q.S.3:38)

“Wahai pemeliharaku, kabulkanlah doaku.”
(Q.S.14:40)

Dan segala puji bagi-Mu, Ya Allah, Pemelihara semua alam."
(Q.S. 10:10)


ALLAH...


:: BANGUN DARI SUJUD-TAMATLAH SOLAT ::

: DUDUK DAN BACA :

"Tiada tuhan selain-Mu, Ya Allah Yang Esa dan Tiada sekutu bagi-Mu, tiada yang disembah selain-Mu. dan tiada kuasa selain-Mu, Yang Agung."

Sesungguhnya agama yang benar di sisi-Mu  hanyalah Islam.  

"Aku percaya, Muhammad adalah Utusan-Mu dan penutup nabi-nabi Mu.
Aku adalah dari golongan orang-orang Muslim dan aku tundukkan diriku kepada Mu,
Dan cukuplah Engkau menjadi Saksi atas ku, wahai Pemelihara seluruh alam,

Sejahtera ke atas hamba-hambaMu yang Engkau pilih.
Dan sejahtera ke atas para utusanMu.
Segala puji bagi-Mu, Ya ALLAH, Tuhan seluruh alam.


:: TAMAT ::

Isnin, 25 Julai 2016

SURAH SABAK ???

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

34:1. Segala puji bagi Allah yang kepunyaan-Nya apa yang di langit dan apa yang di bumi. Bagi-Nya segala puji di akhirat; Dia Yang Bijaksana, Yang Menyedari.

34:2. Dia tahu apa yang menembusi ke dalam bumi, dan apa yang keluar darinya, dan apa yang turun dari langit, dan apa yang naik kepadanya; Dia Yang Pengasih, Yang Pengampun.

34:3. Orang-orang tidak percaya berkata, "Saat tidak akan datang kepada kami." Katakanlah, "Ia, demi Pemeliharaku, ia akan datang kepada kamu, oleh-Nya yang tahu yang ghaib; tidaklah seberat satu atom di langit dan di bumi tersembunyi daripada-Nya, dan tidak juga yang lebih kecil daripada itu, atau lebih besar, melainkan ia di dalam Kitab yang jelas,

34:4. Supaya Dia balas orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik ; bagi mereka, ampunan dan rezeki yang mulia.

34:5. Dan orang-orang yang berusaha terhadap ayat-ayat Kami untuk membatalkannya - bagi mereka, azab kemurkaan yang pedih."

34:6. Orang-orang diberi pengetahuan melihat bahawa apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu adalah yang benar, dan ia beri petunjuk pada jalan Yang Perkasa, Yang Terpuji.

34:7. Orang-orang tidak percaya berkata, "Bolehkah kami tunjukkan kamu seorang lelaki yang akan beritahu kamu bahawa apabila kamu sudah hancur berkecai, kamu akan berada dalam ciptaan yang baru?"

34:8. Apa, adakah dia ada-adakan dusta terhadap Allah, atau adakah dia gila? Tidak, tetapi orang-orang tidak percayai akhirat adalah dalam azab dan kesesatan yang jauh.

34:9. Tidakkah mereka lihat pada apa yang di hadapan mereka, dan apa yang di belakang mereka dari langit dan bumi? Jika Kami hendaki, tentu Kami buatkan bumi telan mereka, atau Kami menjatuhkan kepada mereka serpihan dari langit. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi setiap hamba yang berkesesalan.

34:10. Dan Kami beri Daud pemberian daripada Kami, "Wahai gunung-gunung, ulang-ulangilah pujian-Ku bersamanya, dan kamu burung-burung!" Dan Kami melembutkan untuknya besi,

34:11. "Buatlah baju besi yang lebar, dan ukurlah betul-betul gelang-gelang rantai. Dan kamu buatlah kerja-kerja baik ; sesungguhnya Aku lihat apa kamu buat."

34:12. Dan kepada Sulaiman, angin; peraliran paginya sebulan perjalanan, dan peraliran petangnya sebulan perjalanan. Dan Kami buatkan mata air leburan tembaga kuning mengalir baginya. Dan daripada jin, ada yang bekerja di hadapannya, dengan izin Pemeliharanya; dan sesiapa antara mereka menyimpang daripada perintah Kami, Kami akan merasakan kepada mereka azab yang Menyala.

34:13. Mereka buat untuknya apa sahaja yang dia hendaki - tempat-tempat ibadat (mihrab), dan patung-patung, dan mangkuk-mangkuk yang seperti palung-palung air, dan periuk-periuk yang tidak bergerak. "Bekerjalah, wahai keluarga Daud, dalam kesyukuran (berterima kasih); sedikit sekali mereka yang berterima kasih antara hamba-hamba-Ku."

34:14. Dan apabila Kami tentukan kematian kepadanya, tiada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya, melainkan haiwan daripada bumi yang makan tongkatnya; dan apabila dia jatuh, jin lihat dengan jelas bahawa sekiranya mereka tahu yang ghaib, tentu mereka tidak tetap dalam azab yang hina.

34:15. Bagi Sabak juga ada satu ayat di tempat-tempat tinggal mereka - dua kebun (jannah), satu di sebelah kanan, dan satu di sebelah kiri: "Makanlah daripada rezeki Pemelihara kamu, dan berterimakasihlah kepada-Nya; sebuah tanah (negeri) yang baik, dan Pemelihara yang Pengampun."

34:16. Tetapi mereka berpaling; maka Kami utus kepada mereka Banjir Arim, dan Kami tukar kedua-dua kebun mereka dengan dua kebun yang mempunyai hasilan yang pahit, dan cemara, dan di sana sini, sedikit pohon bidara.

34:17. Demikianlah Kami balas mereka kerana ketidakpercayaan mereka; dan tidaklah Kami balas melainkan ke atas orang-orang yang tidak berterima kasih.

34:18. Dan Kami letak, antara mereka dan bandaraya-bandaraya yang Kami berkati, beberapa buah bandaraya yang kelihatan, dan Kami ukur pengembaraan antara mereka, "Mengembaralah di dalamnya pada malam dan siang hari dengan aman!"

34:19. Tetapi mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami"; dan mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri, maka Kami buat mereka hadis, dan Kami hancurkan mereka berkecai. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang berterima kasih.

34:20. Iblis mengesahkan sangkaannya terhadap mereka, dan mereka mengikutinya, kecuali segolongan daripada orang-orang mukmin.

34:21. Dan ia tidak ada kuasa terhadap mereka, melainkan supaya Kami tahu orang yang percayai akhirat daripada orang yang dalam keraguan padanya. Pemelihara kamu Penjaga atas segala sesuatu.

34:22. Katakanlah, "Serulah orang-orang yang kamu dakwa selain daripada Allah; mereka tidak miliki seberat atom pun di langit dan tidak juga di bumi; mereka tidak bersekutu dalam keduanya, dan tidak juga ada bagi-Nya daripada mereka sebarang penyokong."

34:23. Pengantaraan tidak bermanfaat di sisi-Nya kecuali kepada orang Dia izinkan; sehingga, apabila dihilangkan ketakutan daripada hati mereka, mereka berkata, "Apakah yang dikatakan Pemelihara kamu?" Mereka berkata, "Yang benar, dan Dia Yang Tinggi, Yang Besar."

34:24. Katakanlah, "Siapakah yang beri rezeki untuk kamu dari langit dan bumi?" Katakanlah, "Allah. Sesungguhnya, sama ada kami atau kamu adalah di atas petunjuk yang benar, atau dalam kesesatan yang nyata."

34:25. Katakanlah, "Kamu tidak ditanya mengenai dosa-dosa kami dan tidak juga kami ditanya mengenai apa kamu buat."

34:26. Katakanlah, "Pemelihara kita akan kumpulkan kita bersama, kemudian beri keputusan antara kita dengan yang benar. Dia Yang Pemberi Keputusan, Yang Mengetahui."

34:27. Katakanlah, "Perlihatkan kepadaku orang-orang yang kamu hubungkan dengan-Nya sebagai sekutu-sekutu! Tidak sekali-kali; bahkan Dia Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana."

34:28. Kami tidak utus kamu melainkan kepada seluruh manusia sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

34:29. Mereka berkata, "Bilakah janji ini, jika kamu berkata benar?"

34:30. Katakanlah, "Kamu ada janji temu - satu hari yang kamu tidak melambatkannya dengan sesaat, dan tidak juga mendahulukannya."

34:31. Orang-orang tidak percaya berkata, "Kami tidak akan percayai al-Qur'an ini, dan tidak juga pada yang sebelumnya." Dan, jika kamu dapat lihat ketika orang-orang zalim diberhentikan di hadapan Pemelihara mereka, berbalas-balas ucapan antara sebahagian mereka dan sebahagian yang lain! Orang-orang yang hina berkata kepada orang-orang yang sombong, "Kalau tidak kerana kamu, tentu kami jadi orang-orang mukmin."

34:32. Orang-orang yang sombong berkata kepada orang-orang yang hina, "Apa, adakah kami halangi kamu daripada petunjuk setelah ia datang kepada kamu? Tidak, bahkan kamulah orang-orang yang berdosa."

34:33. Dan orang-orang yang hina berkata kepada orang-orang yang sombong, "Tidak, tetapi tipu daya malam dan siang, apabila kamu menyuruh kami supaya tidak percaya kepada Allah, dan untuk adakan rakan-rakan bagi-Nya." Mereka rahsiakan penyesalan apabila mereka melihat azab; dan Kami letak belenggu-belenggu pada leher orang-orang tidak percaya; tidakkah mereka dibalas melainkan dengan apa mereka buat?"

34:34. Kami tidak utus seorang pemberi amaran ke sesebuah bandaraya melainkan orang-orangnya yang hidup mewah berkata, "Kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya."

34:35. Dan mereka berkata, "Kami lebih banyak dalam harta dan anak-anak, dan kami tidak akan diazab."

34:36. Katakanlah, "Pemeliharaku menjulur dan menyempitkan rezeki-Nya kepada sesiapa Dia hendaki, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya."

34:37. Bukanlah harta kamu, dan bukan juga anak-anak kamu yang akan mendekatkan kamu dalam kedekatan dengan Kami, kecuali bagi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik ; mereka itu, bagi mereka, balasan dua kali ganda kerana apa mereka buat, dan mereka berada di bilik-bilik yang tinggi, dengan aman sentosa.

34:38. Dan orang-orang yang berusaha terhadap ayat-ayat Kami untuk membatalkannya - mereka itu dihadapkan ke dalam azab.

34:39. Katakanlah, "Pemeliharaku menjulur dan menyempitkan rezeki-Nya kepada sesiapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya; dan apa sahaja benda yang kamu nafkahkan, Dia akan menggantinya. Dia yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki."

34:40. Pada hari Dia kumpulkan mereka kesemuanya, kemudian Dia berkata kepada malaikat-malaikat, "Adakah kamu yang mereka ini sembah?"

34:41. Mereka berkata, "Engkau disanjung! Engkau Wali (Pelindung) kami, selain daripada mereka; tidak, tetapi mereka sembah jin; kebanyakan mereka mukmin pada mereka."

34:42. "Maka pada hari ini, tiada siapa pun daripada kamu yang berkuasa untuk manfaatkan atau mudaratkan yang lain." Dan Kami kata kepada orang-orang buat kezaliman , "Rasalah azab Api yang padanya kamu dustakan!"

34:43. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, "Tiadalah ini, melainkan seorang lelaki yang hendak halang kamu daripada apa yang bapa-bapa kamu sembah"; dan mereka berkata, "Tiadalah ini, melainkan fitnah yang diada-adakan." Dan orang-orang tidak percaya berkata pada yang benar apabila ia datang kepada mereka, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata."

34:44. Kami telah tidak beri mereka Kitab-Kitab untuk dipelajari, dan tidak juga Kami utus kepada mereka sebelum kamu seseorang pemberi amaran.

34:45. Orang-orang sebelum mereka telah dustakan, dan mereka tidak sampai satu per sepuluh daripada apa yang kami beri mereka, mereka dustakan Rasul-Rasul-Ku, dan bagaimanakah dengan kebencian-Ku!

34:46. Katakanlah, "aku beri kamu hanya satu teguran, bahawa kamu berdiri kepada Allah berdua-dua, dan satu lepas satu, dan kemudian fikirkanlah; tidaklah ada kegilaan pada teman kamu. Dia tidak lain melainkan seorang pemberi amaran kepada kamu, sebelum azab yang keras."

34:47. Katakanlah, "Aku tidak minta upah daripada kamu; itu adalah untuk kamu. Upahku, tidak lain, hanyalah atas Allah; dan Dia saksi atas segala sesuatu."

34:48. Katakanlah, "Pemeliharaku lemparkan yang benar - yang Mengetahui yang ghaib."

34:49. Katakanlah, "Yang benar telah datang; kepalsuan tidak akan memulai, dan tidak juga akan kembali."

34:50. Katakanlah, "Jika aku sesat, aku hanyalah sesat terhadap diriku sendiri; jika aku dapat petunjuk, ia adalah dengan apa yang Pemeliharaku wahyukan aku. Sesungguhnya Dia Mendengar, Dekat."

34:51. Dan, jika kamu dapat lihat apabila mereka terkejut, dan tidak ada tempat lari, dan mereka diambil dari sebuah tempat yang dekat.

34:52. Dan mereka berkata, "Kami percaya kepadanya"; tetapi bagaimanakah mereka boleh sampai dari sebuah tempat yang jauh,

34:53. Memandangkan mereka tidak percaya kepadanya sebelum itu, dengan menduga-duga yang ghaib dari tempat yang jauh?


34:54. Dan satu penghalang diadakan di antara mereka dan apa yang mereka inginkan, sebagaimana telah dilakukan kepada orang-orang yang segolongan dengan mereka dahulu; mereka adalah dalam keraguan, kebimbangan.

Jumaat, 15 Julai 2016

SURAH GOLONGAN BERSEKUTU @ AL-AHZAB ???

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih. 

33:1. Wahai Nabi, takutilah Allah, dan jangan taati orang-orang tidak percaya, dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana. 
33:2. Dan ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Pemelihara kamu; sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat. 
33:3. Dan kamu tawakallah kepada Allah; cukuplah Allah sebagai wakil. 
33:4. Allah tidak buatkan seseorang lelaki dua hati di dalam dadanya; dan tidak juga Dia buatkan isteri-isteri kamu apabila kamu menzihar (berkata, "Kamu, padaku, adalah seperti punggung ibuku") sebenarnya ibu-ibu kamu, dan tidak juga Dia buatkan anak-anak angkat kamu sebenarnya anak-anak kamu. Itu ucapan kamu sendiri, dengan mulut kamu; tetapi Allah mengatakan yang benar, dan Dia beri petunjuk pada jalan. 
33:5. Serulah (panggil) mereka mengikut bapa-bapa mereka; itu lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak tahu siapa bapa-bapa mereka, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama, dan peliharaan. Tidak salah ke atas kamu jika kamu buat kesilapan-kesilapan itu, melainkan apa yang di dalam hati-hati kamu rancangkan. Allah Pengampun, Pengasih. 
33:6. Nabi adalah lebih dekat dengan orang-orang mukmin daripada diri-diri mereka sendiri; isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. Mereka yang mempunyai pertalian darah adalah lebih dekat dengan satu sama lain, di dalam Kitab Allah, daripada orang-orang mukmin, dan penghijrah-penghijrah; sekalipun begitu, kamu patut buat baik kepada wali-wali (sahabat-sahabat) kamu; demikian itu tertulis di dalam Kitab. 
33:7. Dan apabila Kami ambil perjanjian daripada Nabi-Nabi, dan daripada kamu, dan daripada Nuh, Ibrahim, Musa, dan Isa putera Mariam; Kami ambil daripada mereka satu perjanjian yang kukuh, 
33:8. Supaya Dia tanya orang-orang yang benar mengenai kebenaran mereka; dan Dia sediakan bagi orang-orang tidak percaya, azab yang pedih. 
33:9. Wahai orang-orang yang percaya, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila tentera datang kepada kamu, dan Kami utus kepada mereka suatu angin, dan tentera yang kamu tidak lihat; dan Allah lihat apa kamu buat. 
33:10. Apabila mereka datang kepada kamu dari atas kamu dan dari bawah kamu, dan apabila penglihatan kamu menyimpang, dan hati kamu sampai di kerongkongan kamu, sedang kamu menyangka sangkaan-sangkaan terhadap Allah. 
33:11. Di sana orang-orang yang mukmin diuji, dan digoncangkan dengan goncangan yang keras. 
33:12. Dan apabila orang-orang munafik, dan orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit berkata, "Allah dan Rasul-Nya menjanjikan kami hanya tipuan." 
33:13. Dan apabila segolongan daripada mereka berkata, "Wahai penduduk Yatrib, tiadalah tempat tinggal di sini untuk kamu, maka kembalilah!" Dan segolongan daripada mereka minta izin kepada Nabi, dengan berkata, "Rumah-rumah kami aurat (terbuka)", padahal ia tidak aurat; mereka hanya hendak lari. 
33:14. Dan jika kemasukan dikenakan terhadap mereka dari segenap penjuru, dan kemudian, jika mereka diminta untuk buat penganiayaan, tentu mereka lakukannya, dan tidak tinggal di dalamnya melainkan sebentar. 
33:15. Namun begitu, mereka telah buat perjanjian dengan Allah sebelum itu, bahawa mereka tidak akan berpaling ke belakang; dan perjanjian dengan Allah akan ditanya. 
33:16. Katakanlah, "Lari tidak bermanfaat kepada kamu, jika kamu lari daripada kematian atau pembunuhan, jika demikian, tidaklah kamu diberi kesenangan hidup, kecuali sedikit." 
33:17. Katakanlah, "Siapakah dia yang akan lindung kamu daripada Allah jika Dia hendak kejahatan untuk kamu, atau hendak pengasihan untuk kamu?" Mereka akan dapati bagi mereka, selain daripada Allah, tiada wali (pelindung), dan tiada juga penolong. 
33:18. Sesungguhnya Allah tahu orang-orang antara kamu yang halangi, dan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudara mereka, "Datanglah kepada kami", dan mereka tidak datangi peperangan kecuali sedikit, 
33:19. Dengan kikir kepada kamu. Apabila ketakutan datang kepada mereka, kamu lihat mereka pandang kepada kamu, dengan mata-mata mereka berputar-putar seperti orang ditutupi kematian; tetapi apabila ketakutan telah pergi, mereka cela kamu dengan lidah yang tajam, dengan kikir untuk miliki yang baik. Mereka itu tidak pernah percayai; Allah jadikan sia-sia amalan-amalan mereka; dan itu, bagi Allah, mudah. 
33:20. Mereka sangka golongan bersekutu belum pergi; dan jika golongan bersekutu datang, mereka akan menginginkan bahawa mereka adalah yang tinggal di gurun di kalangan orang-orang Arab, dengan menanyai berita mengenai kamu. Sekiranya mereka bersama kamu, mereka akan berperang, kecuali sedikit. 
33:21. Kamu ada teladan yang baik pada Rasul Allah bagi sesiapa yang mengharapkan Allah dan Hari Akhir, dan mengingat Allah dengan banyak. 
33:22. Apabila orang-orang mukmin melihat golongan bersekutu, mereka berkata, "Inilah apa yang Allah dan Rasul-Nya janjikan kita, dan Allah dan Rasul-Nya berkata benar." Dan ia hanya menambahkan mereka dalam keimanan dan ketundukan. 
33:23. Antara orang-orang mukmin terdapat lelaki-lelaki yang benar terhadap perjanjian mereka dengan Allah; antara mereka telah menunaikan sumpah mereka dengan kematian, dan antara mereka masih menunggu, dan mereka tidak menukarkan dengan sesuatu pertukaran, 
33:24. Supaya Allah balas orang-orang yang benar kerana kebenaran mereka, dan azab orang-orang munafik, jika Dia hendaki, atau terima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih. 
33:25. Dan Allah kembalikan orang-orang tidak percaya dalam kemarahan mereka, dan mereka tidak mencapai kebaikan; Allah tahan orang-orang mukmin daripada berperang. Allah Kuat, Perkasa. 
33:26. Dan Dia turunkan orang-orang daripada ahli Kitab yang menyokong mereka dari kubu-kubu mereka, dan lemparkan ketakutan yang amat sangat ke dalam hati mereka; sebahagian kamu bunuh, sebahagian kamu tawan. 
33:27. Dan Dia mewariskan kamu bumi mereka, dan tempat tinggal mereka, dan harta benda mereka, dan bumi yang belum kamu pijak. Allah adalah berkuasa atas segala sesuatu. 
33:28. Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, "Jika kamu hendak kehidupan dunia dan perhiasannya, marilah, aku akan beri peruntukan untuk kamu, dan lepaskan kamu dengan pelepasan yang manis. 
33:29. Tetapi jika kamu hendakkan Allah, dan Rasul-Nya, dan tempat kediaman akhir, sesungguhnya Allah sediakan bagi orang-orang buat baik antara kamu dengan upah yang besar." 
33:30. Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa antara kamu yang lakukan kesumbangan yang nyata, baginya azab akan digandakan dengan dua kali ganda; itu, bagi Allah, mudah. 
33:31. Tetapi sesiapa antara kamu yang patuh kepada Allah, dan Rasul-Nya, dan buat kerja-kerja baik , Kami akan beri upahnya dua kali; Kami sediakan untuknya rezeki yang mulia. 
33:32. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu tidaklah seperti perempuan-perempuan lain. Jika kamu bertakwa, maka janganlah hina dalam ucapan kamu, supaya orang yang di dalam hatinya ada penyakit berkeinginan; tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. 
33:33. Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu; dan jangan menunjuk-nunjukkan perhiasan kamu seperti dilakukan orang-orang jahiliah dahulu. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya. Wahai ahli Rumah, Allah hanya hendak hilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk bersihkan kamu, sebersih-bersihnya. 
33:34. Dan ingatlah apa yang dibacakan di dalam rumah-rumah kamu daripada ayat-ayat Allah, dan Kebijaksanaan; sesungguhnya Allah Halus, Menyedari. 
33:35. Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang rendah hati dan perempuan yang rendah hati, dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga, dan lelaki yang mengingat Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingat - bagi mereka, Allah sediakan ampunan dan upah yang besar. 
33:36. Tidaklah patut bagi lelaki mukmin, dan tidak juga perempuan mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah tentukan satu perkara, akan ada bagi mereka pilihan dalam perkara itu. Sesiapa mengingkari Allah dan Rasul-Nya telah sesat dalam kesesatan yang nyata. 
33:37. Apabila kamu berkata kepada orang yang Allah telah rahmati, dan kamu telah rahmati, "Tahanlah isteri kamu kepada kamu, dan takutilah Allah", dan kamu sembunyikan di dalam diri kamu apa yang Allah nyatakan, dengan takut pada manusia; dan Allah, lebih berhak untuk kamu takuti-Nya. Maka, apabila Zaid telah sempurnakan apa yang dia hendaki daripadanya, maka Kami kahwinkan kamu dengannya supaya tidak ada kesalahan ke atas orang-orang mukmin dalam hal isteri-isteri anak angkat mereka, apabila mereka sudah sempurnakan apa yang mereka hendaki daripada mereka; dan perintah Allah mesti dibuat. 
33:38. Tidak ada kesalahan ke atas Nabi mengenai apa yang Allah telah tetapkan untuknya - sunnah (resam) Allah pada orang-orang yang telah berlalu sebelumnya; dan perintah Allah adalah ketetapan yang telah ditetapkan. 
33:39. Orang-orang yang menyampaikan Mesej-Mesej Allah, dan takut kepada-Nya, dan tidak takut pada sesiapa jua kecuali kepada-Nya; dan cukuplah Allah sebagai penghitung. 
33:40. Muhammad bukanlah bapa bagi seseorang daripada lelaki kamu, tetapi Rasul Allah, dan penutup Nabi-Nabi; Allah tahu segala sesuatu. 
33:41. Wahai orang-orang yang percaya, ingatlah Allah dengan banyak, 
33:42. Dan sanjunglah Dia pada waktu awal pagi dan petang. 
33:43. Dia yang rahmati kamu, dan malaikat-malaikat-Nya, untuk keluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dia adalah Pengasih kepada orang-orang mukmin.
33:44. Salam hormat mereka, pada hari mereka temui-Nya, ialah "Salam!" Dan Dia sediakan bagi mereka upah yang mulia. 
33:45. Wahai Nabi, Kami utus kamu sebagai seorang saksi, dan pemberi berita gembira, dan pemberi amaran, 
33:46. Dan penyeru kepada Allah dengan izin-Nya, dan sebagai sebuah lampu yang memberi cahaya. 
33:47. Berilah berita gembira kepada orang-orang mukmin bahawa bagi mereka pemberian yang besar daripada Allah. 
33:48. Dan jangan taati orang-orang tidak percaya (kafir), dan orang-orang munafik, dan janganlah pedulikan gangguan mereka, dan kamu tawakallah kepada Allah; cukuplah Allah sebagai wakil. 
33:49. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu kahwini perempuan-perempuan yang mukmin, dan kemudian ceraikan mereka sebelum kamu sentuh mereka, tiadalah tempoh bagi kamu untuk kira terhadap mereka; maka berilah peruntukan bagi mereka, dan lepaskanlah mereka dengan pelepasan yang manis. 
33:50. Wahai Nabi, Kami telah halalkan untuk kamu isteri-isteri kamu yang kamu sudah beri upah mereka, dan apa yang tangan kanan kamu miliki, yang Allah beri kamu (rampasan perang), dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah bapa kamu, dan anak-anak perempuan emak-emak saudara sebelah bapa, dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah ibu, dan anak-anak perempuan emak-emak saudara sebelah ibu yang hijrah bersama kamu, dan mana-mana perempuan yang mukmin, jika dia serah dirinya kepada Nabi dan jika Nabi hendak kahwininya, yang untuk kamu khasnya, bukan untuk orang-orang mukmin yang lain - Kami tahu apa yang Kami tetapkan kepada mereka, berkenaan isteri-isteri mereka dan apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki - supaya tidak ada kesalahan ke atas kamu; Allah Pengampun, Pengasih. 
33:51. Kamu tangguhkan siapa yang kamu hendaki antara mereka, dan siapa yang kamu hendaki, kamu ambil kepada kamu; dan jika kamu ingini sesiapa yang kamu sudah lepaskan, maka tidak salah ke atas kamu. Demikianlah itu boleh jadi mereka gembira, dan tidak sedih, dan masing-masing mereka akan sangat puas hati dengan apa yang kamu beri kepadanya. Allah tahu apa yang di dalam hati kamu; Allah Mengetahui, Penyantun. 
33:52. Sesudah itu, perempuan-perempuan tidak dihalalkan untuk kamu, dan tidak juga kamu boleh tukar isteri-isteri kamu dengan mereka, walaupun kecantikan mereka menarik hati kamu, kecuali apa yang tangan kanan kamu miliki; Allah menjagai atas segala sesuatu. 
33:53. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah kamu masuk rumah-rumah Nabi, kecuali diizinkan kepada kamu untuk makan, tanpa menanti-nanti akan masanya. Tetapi jika kamu diseru (diundang), maka masuklah; dan apabila kamu sudah selesai makan, bertaburlah, dan jangan berpanjangan dalam hadis (percakapan); itu menyakiti Nabi, dan dia malu pada kamu; tetapi Allah tidak malu pada yang benar. Dan apabila kamu minta kepada isteri-isterinya sesuatu barang, mintalah kepada mereka dari belakang hijab (tabir); itu lebih bersih untuk hati kamu dan hati mereka. Tiadalah bagi kamu untuk menyakiti Rasul Allah, dan tiada juga untuk kahwini isteri-isterinya sesudah dia, selama-lamanya; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah besar pada pandangan Allah. 
33:54. Sama ada kamu nampakkan sesuatu, atau kamu sembunyikannya, maka sesungguhnya Allah tahu segala sesuatu. 
33:55. Tidak salah ke atas mereka (isteri Nabi) dengan bapa-bapa mereka, dan anak-anak lelaki mereka, dan saudara lelaki mereka, dan anak-anak lelaki saudara lelaki mereka, dan anak-anak lelaki saudara perempuan mereka, dan perempuan mereka, dan apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki. Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah adalah saksi atas segala sesuatu. 
33:56. Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya rahmati Nabi. Wahai orang-orang yang percaya, rahmatilah dia, dan berilah dia penghormatan dengan penghormatan yang sebenar. 
33:57. Orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, merekalah yang Allah laknat di dunia dan akhirat, dan sediakan bagi mereka azab yang hina. 
33:58. Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, tanpa apa yang mereka usahakan, mereka memikul fitnahan dan dosa yang nyata. 
33:59. Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan perempuan orang-orang mukmin, supaya mereka merapatkan penudung mereka pada mereka; demikian itu lebih mudah bagi mereka untuk dikenali, dan tidak diganggu. Allah Pengampun, Pengasih. 
33:60. Sungguh, jika orang-orang munafik tidak berhenti, dan orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit, dan mereka yang buat kegemparan di kota, pasti Kami akan mendesak kamu untuk menyerang mereka, kemudian tidaklah mereka jadi jiran kamu di situ, kecuali sedikit. 
33:61. Mereka dilaknat, dan di mana sahaja mereka dijumpai, mereka diambil dan dibunuh, dibunuh. 
33:62. Sunnah (resam) Allah pada orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu; dan kamu akan dapati tiada pertukaran pada sunnah Allah. 
33:63. Manusia tanya kamu mengenai Saat. Katakanlah, "Pengetahuannya hanyalah di sisi Allah; apakah yang buat kamu tahu, mungkin Saat sudah dekat?" 
33:64. Allah laknatkan orang-orang tidak percaya, dan sediakan untuk mereka yang Menyala, 
33:65. Di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya; mereka dapati tiada wali (pelindung), dan tiada juga penolong. 
33:66. Pada hari apabila muka mereka berbalik-balik di dalam Api, mereka berkata, "Aduhai, sekiranya kami telah taati Allah dan taati Rasul!" 
33:67. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, kami telah taati ketua-ketua kami dan pembesar-pembesar, dan mereka sesatkan kami daripada jalan. 
33:68. Wahai Pemelihara kami, berikan mereka azab dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang besar!" 
33:69. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah kamu jadi seperti orang-orang yang menyakiti Musa, tetapi Allah membebaskannya daripada apa mereka kata, dan dia terhormat di sisi Allah. 
33:70. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan ucapkanlah perkataan-perkataan yang tepat pada sasaran. 
33:71. Dia akan membetulkan amalan-amalan kamu untuk kamu, dan ampunkan kamu atas kesalahan-kesalahan kamu. Sesiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya memenangi satu kemenangan yang besar. 
33:72. Kami kemukakan amanat kepada langit, dan bumi, dan gunung-gunung, tetapi mereka enggan memikulnya; dan manusia memikulnya. Sesungguhnya dia sangat aniaya, amat bodoh. 

33:73. Supaya Allah azab orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang lelaki yang sekutukan dan orang-orang perempuan yang sekutukan; dan supaya Allah terima taubat orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan. Allah Pengampun, Pengasih.