ANDA ada masalah mulut? Masalah gusi? Masalah gigi sakit? Biasanya kalau masalah ini berlaku pada kita ... destinasi terakhir cuma laaa Klinik Gigi... tentulah doktor akan beri dua pilihan yang mungkin agak sukar untuk difikirkan... Cabut gigi atau beri ubat tahan sakit dan lestrine. Namun, penggunaan lestrine hari ni... hanya berkesan buat sementara. Akhirnya gigi kembali sakit... aku ada satu petua yang mana petua ini hasil dari ilham berdasarkan hadis Nabi SAW tentang bawang putih. Bila aku tahu khasiat yang terkandung dalam seulas bawang putih. Maka aku telah menginovatifkan diriku untuk jadikan ia ubat serbaguna. anda boleh baca buku2 mengenai khasiat bawang putih di pasaran. Aku rasa semua nya tahu tentang ini cuma saja anda semua tidak mahu jadikannya ubat herba disebabkan baunya yang busuk dan pedas... hehehe biasalah tu kalau tak pahit, tak busuk dan tak pedas...bukan lah ubat namanya! dua bulan dulu aku diserang sakit gigi yang dah ditampal sebelum ni... Bila aku pi jumpa doktor... dia tak nak cabut(swasta sahaja-kalau kerajaan .. mana dia peduli.... diorang kompom cabut je kalau kite suruh)... but swasta is the best.. dia bagi pilihan sama ada cabut atau nak minum ubat dulu kemudian baru cabut. Dua bulan dulu mungkin pilihan aku ialah cabut atau minum ubat tahan sakit... tapi hari ini aku ada pilihan sendiri.... dengan menggunakan Air bawang putih sebagai lestrine...ia lebih berkesan dalam memulihkan sakit gusi dan gigi serta membunuh kuman yang mengancam gigi dan gusi kita. Selain ubat gigi yang dicampurkan dengan ekstrak kayu sugi dan gamat aku menggunakan air bawang putih yang dikumur setiap hujung minggu dua kali kumur iaiatu pagi dan petang. Bacalah Bismillahirrahmaanirrahiim 3 kali dan selawat 2 kali.... berkumurlah selamat 3 minit.... Insyallah masalah mulut anda itu akan selesai dengan mudahnya. Gigi anda lebih bersih dan kuat selepas mengamalkannya secara rutin... insyallah. amalkan!
Sabtu, 23 Februari 2008
Langgan:
Catatan (Atom)