The Alien - Link Select

Khamis, 31 Mac 2011

DISCO DANCER- JIMMY!


DISCO DANCER- mengingatkan aku semula era kanaka-kanak aku dulu. masa tu aku darjah 3 di SMK PULAU GAYA- dan rentak Disco Dancer masih menjadi trend di India atau Bollywood masa itu. dan mithun Chakraborty menjadi ikon disco yang amat popular walaupun lagu-lagunya dinyanyikan oleh Kishore Kumar... tetapi ia tetap menjadi satu kunci memori manis aku zaman itu. lagu yang paling aku suka masa tu ialah Disco Dancer dan lagu di bawah ini...

Yaad Aa raha hai tera pyaar


Yaad Aa raha hai tera pyaar
Kahan hum kahan tum, hue tum kahan gum
Aabhi ja abhi ja ek baar
ho hhoohohooo
Yaad Aa raha hai tera pyaar
Kahan hum kahan tum, hue tum kahan gum
Aabhi ja abhi ja ek baar
ho hhoohohooo
Yaad Aa raha hai tera pyaar


Yaroon, Mein to yahan jeeta raha
saare gum dil ke bhoolage
deke tumhe saari kushi
mene, mene yahan kuch bhi to paya nahi
Sab kuch paake
Mujhko mile kya zindagi
ho hhoohohooo
Yaad Aa raha hai tera pyaar
Kahan hum kahan tum, hue tum kahan gum
Aabhi ja abhi ja ek baar
ho hhoohohooo
Yaad Aa raha hai tera pyaar


Aye Dil, Mein wohi tu wohi
wohi hai ye duniya ke mele
bichde woh din jane kahan
Roothe, Sab yahan jane kahan
reh gaye hum to akele
awaaz de kisko yahan
ho hhoohohooo
Yaad Aa raha hai tera pyaar
Kahan hum kahan tum, hue tum kahan gum
Aabhi ja abhi ja ek baar
ho hhoohohooo
Yaad Aa raha hai tera pyaar


Vaada, Vada raha sathi mere
tere liye gata chala jao
tu mera dil tu meri jaan
Jeena, Jeena mere jeena yehi tere liye zindagi lootao
Tu jo nahi kya hai yahan
ho hhoohohooo
Yaad Aa raha hai tera pyaar
Kahan hum kahan tum, hue tum kahan gum
Aabhi ja abhi ja ek baar
ho hhoohohooo
Yaad Aa raha hai tera pyaar
(http://www.navrasas.com/disco-dancer/yaad-aa-raha-hai.html)

***************

kya tera, kya mera, bhoola de mere yaar (Sad)

##ga beta ga##

goron ki na kalon ki duniya hain dilwalo ki - 2
haske jiye haske mare hum jaise dilwalo ki
ho goro ki na kalo ki duniya hain dilwalo ki

na sona na chandi, geeto se humko pyar - 2
goro ki na kalo ki duniya hain dilwalo ki
haske jiye haske mare hum jaise dilwalo ki
ho goro ki na kalo ki duniya hain dilwalo ki

**************

Goro ki na kalo ki duniya hain dilwalo ki
ha goro ki na kalo ki duniya hain dilwalo ki
haske jiye haske mare hum jaise dilwalo ki
Ho Oh.. goro ki na kalo ki duniya hain dilwalo ki

(gali gali main geet humare gunje subaho sham
hum geeto ke saudagar hain yahi humara kaam) - 2
na sona na chandi, geeto se humko pyar - 2
goro ki na kalo ki duniya hain dilwalo ki - 2

(ha jeena hain din char yahan khush hoke jee le yaar
karna hai kutch agar tujhe jee bhar ke karle pyar) -2
kya tera kya mera bhoola de mere yaar - 2
goro ki na kalo ki duniya hain dilwalo ki
haske jiye haske mare hum jaise dilwalo ki
ho oh.. goro ki na kalo ki duniya hain dilwalo ki
goro ki na kalo ki duniya hain dilwalo ki
(http://www.navrasas.com/disco-dancer/goro-ki-na-kalo-ki-happy.html)


-hehehe... memang best..!
nak dengar lagunya??
lawati- http://www.navrasas.com/disco-dancer/yaad-aa-raha-hai.html
enjoy!

Selasa, 29 Mac 2011

GEREJA TERBESAR DI MALAYSIA!


The Calvary Convention Centre

The Calvary Convention Centre (CCC) is a unique convention centre that is dedicated to the pursuit of holistic activities.

These activities include the hosting of international, regional and national
conventions, banquets, seminars, musical and creative arts productions, as well as the provision of educational and vocational training, and spiritual development that aims to develop our nation’s young, and people of all ages and from all walks of life into useful and exemplary citizens of Malaysia.

The CCC, when completed, will be a 6-storey multiplex, comprising of a 5,000 seat auditorium and an educational and training annex, with a total built up area of about 600,000 sq. ft. It will have facilities that are unique and dedicated to enhancing the convention and educational requirements.

The CCC is a non-profit project that is being developed by Calvary Church in line with the principles of the Rukun Negara, i.e. to inculcate spiritual values, right morals, good behaviour, social and civil responsibility.

REFER TO : http://www.calvary.org.my/CCC/ccc_intro.html

pS : Nampaknya usaha kristian semakin kuat dan usaha Tabligh Islam semakin lemah.... apa pendapat anda?

TINGGAL KENANGAN

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku

Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Di Sini aku Merindukan Dirimu oohhh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Kekasih

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku

Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Di Sini aku Merindukan Dirimu oohhh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Kekasih

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan....

PS : SETELAH PULUHAN TAHUN MENUNGGU... AKHIRNYA AKU DAPAT LAGU INI... HEHEHEH

Selasa, 22 Mac 2011

MOVIES MINGGU INI-ARMORED


Layan cite ARMORED.. cite yang amat menyedihkan sebenarnya... sekelompok manusia yang terhimpit dalam hakikat kehiduapan urbanisasi yang terlalu mendesak.

Khamis, 17 Mac 2011

KAJOL?



MY FIRST FAVERIT GIRL! Hi hi hi.... malangnya aku dah ada Kajol sendiri yang lebih best! hehehehe!

Rabu, 16 Mac 2011

NIKE? PALLAS?


Kita sedia maklum bahawa NIKE ialah satu jenama yang sangat popular sekarang terutamanya dalam pembuatan kasut. Tahukah anda rahsia di sebalik nama NIKE?

Apa makna NIKE??
Dalam mitos Greek kuno, NIKE ialah ‘Dewi kemenangan’ / The goddess of victory
Bagi orang-orang ROMAN pula, NIKE menjadi simbol kemenangan mengatasi KEMATIAN. Nama Nike di dalam Roman ialah Victoria.
Bermakna di situ NIKE mempunyai kaitan rapat dengan PENYEMBAH-PENYEMBAH BERHALA dahulu kala
Ini petikan dari Britannica Concise Encyclopedia tentang NIKE
Greek goddess of victory. She was the daughter of the giant Pallas and the river Styx. Nike was originally an attribute of both Athena and Zeus, represented as a small figure carried in their hand. She gradually came to be recognized as a mediator between gods and mortals, and was frequently shown carrying a palm branch, wreath, or staff as the messenger of victory. When depicted on her own, she was often a winged figure hovering over the victor in a competition. At Rome she was worshiped as Victoria.
Dan ini gambar ukiran patungnya


ps : SAPA NAK BERSEKONGKOL DENGAN NIKE...SILA LAH BELI NIKE PRODUK BANYAK2 YA... HAHAHAH!

PALLAS???


Sepertimana diketahui bahawa PALLAS adalah salah satu jenama kasut yang terkenal di Malaysia dan diminati oleh ramai kanak-kanak dan remaja. Tetapi tahukah anda rahsia di sebalik nama PALLAS itu?
.

PALLAS di dalam mitos Greek kuno ialah Titan god of warcraft / dewa perang. Dia adalah ayah kepada NIKE iaitu ‘dewi kemenangan‘, Bia, Zelus dan Cratos.
.
Berikut adalah petikan dari Dictionary of Greek and Roman Biography and Mythology
PALLAS (Pallas). 1. A son of Crius and Eurybia, was one of the Titans, and brother of Astraeus and Perses. He was married to Styx, by whom he became the father of Zelus, Cratos, Bia, and Nice. (Hes. Theog. 376, 383; Paus. vii. 26. § 5, viii. 18, § 1; Apollod. i. 2. § 2, 4.) 2. A son of Megamedes, and father of Selene. (Hom. Hymn. in Merc. 100.) 3. A giant, who, in the fight with the gods, was slain by Athena, and flayed by her. (Apollod. i. 6. § 2.) 4. According to some traditions, the father of Athena, who slew him as he was on the point of violating her. (Cic. De Nat. Deor. iii. 23; Tzetz. ad Lyc. 355.)
Petikan di bawah pula ialah dari Wikipedia

Pallas (Πάλλας) is a Titan, associated with war, killed by Athena in the fight with gods. Most sources indicate that he was the son of Crius and Eurybia, the brother of Astraeus and Perses, and the husband of Styx. He was the father of Zelus, Nike, Cratos, and Bia. In addition, he has been named as the father Scylla, Fontes, and Lacus. Alternatively, he was the son of Megamedes, and father of Selene, and is also recorded as the father of Eos.
Sememangnya pihak illuminati akan menggunakan nama-nama yang berkaitan dengan unsur-unsur pemujaan mereka, unsur-unsur pemujaan berhala, tetapi kita juga yang tertipu di sebalik nama-nama itu.


Patung Pallas yang dijumpai di Minerva Medica


PS : Lepas ni.. takyah terhegeh2 nak beli produk NIKE dan PALLAS!

Selasa, 15 Mac 2011

MIMPI!

Malam tadi aku bermimpi. You know what? aku dalam satu perjalanan untuk membunuh beberapa orang jahat-so, as a great sniper. aku pun tibailah satu persatu musuh-musuh aku... you know what was happen at the end of the road? i saw The Undertaker... hahaha! and he was defeated by me dalam satu pertarungan wrestling kat Stadium Bukit jalil... Gile! tapi seronok dapat buat Tombstone kat Undertaker.... haha senjata makan tuan la ni!... tetiba pula... si Stone Cold Steve Austin meluru masuk, konon2 nak bantu Undertaker laaa... aku tak tunggu lama, kenakan Stunner kat dia... terpelanting Stone Cold sampai ke luar Ring- alaaa.. macam gaya The Rock kalau kena Stunner- gikle2 terpelanting punya.... dah.. tetiba pula, si The Rock Masuk ring... aku acah sikit2 The Rock ni... buat macam Elbow's people laa.. hahahah... The Rock cuak masa tu...ye laa apa taknya..dua jaguh WWE aku tumbangkan dengan mudahnya...
Tetiba pula si The Rock ni meluru, konon nak serang aku laa.. aku dah ready aa masa tu... apa lagi aku tendang bahagian perutnya, dia tertunduk dan pantas aku kenakan Piledriver- The Rock terdiam kat tengah ring dengan kepala berdarah. hahaha! masa tu aku ingatkan dah habis...laaa... rupa-rupanya, masuk lagi si The UIltimate warrior team work ngan si Hulk Hogan... aa.. masa tu ..korang nak tau apa jadi... tetiba....

"Boie, bangunlah, dah jam 6.00, dah lambat ni!" suara bini aku kat sebelah, potong stim betul!
aku baru je nak gasak mamat dua ekor tu! cis!

Isnin, 14 Mac 2011

BUNOHAN? HMM? MANA HEBAT?


HEBATKAH BUNOHAN BERBANDING HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA???
APA PUN DUA2 FILEM .. AKU TAK TENGOK LAGI!

Khamis, 10 Mac 2011

PLANET URANUS


Uranus adalah planet ketujuh dari Matahari dan planet yang terbesar ketiga dan terberat keempat dalam Tata Surya. Ia dinamai dari nama dewa langit Yunani kuno Uranus (Οὐρανός) ayah dari Kronos (Saturnus) dan kakek dari Zeus (Jupiter). Meskipun Uranus terlihat dengan mata telanjang seperti lima planet klasik, ia tidak pernah dikenali sebagai planet oleh pengamat dahulu kala karena redupnya dan orbitnya yang lambat.[14] Sir William Herschel mengumumkan penemuannya pada tanggal 13 Maret 1781, menambah batas yang diketahui dari Tata Surya untuk pertama kalinya dalam sejarah modern. Uranus juga merupakan planet pertama yang ditemukan dengan menggunakan teleskop.

Uranus komposisinya sama dengan Neptunus dan keduanya mempunyai komposisi yang berbeda dari raksasa gas yang lebih besar, Jupiter dan Saturn. Karenanya, para astronom kadang-kadang menempatkannya dalam kategori yang berbeda, "raksasa es". Atmosfer Uranus, yang sama dengan Jupiter dan Saturnus karena terutama terdiri dari hidrogen dan helium, mengandung banyak "es" seperti air, amonia dan metana, bersama dengan jejak hidrokarbon.[10] Atmosfernya itu adalah atmofer yang terdingin dalam Tata Surya, dengan suhu terendah 49 K (−224 °C). Atmosfer planet itu punya struktur awan berlapis-lapis dan kompleks dan dianggap bahwa awan terendah terdiri atas air dan lapisan awan teratas diperkirakan terdiri dari metana.[10] Kontras dengan itu, interior Uranus terutama terdiri atas es dan bebatuan.[9]

Seperti planet raksasa lain, Uranus mempunyai sistem cincin, magnetosfer serta banyak bulan. Sistem Uranian konfigurasinya unik di antara planet-planet karena sumbu rotasi miring ke sampingnya, hampir pada bidang revolusinya mengelilingi Matahari. Sehingga, kutub utara dan selatannya terletak pada tempat yang pada banyak planet lain merupakan ekuator mereka.[15] Dilihat dari Bumi, cincin Uranus kadang nampak melingkari planet itu seperti sasaran panah dan bulan-bulannya mengelilinginya seperti jarum-jarum jam, meskipun pada tahun 2007 dan 2008 cincin itu terlihat dari tepi. Tahun 1986, gambar dari Voyager 2 menunjukkan Uranus sebagai planet yang nampak tidak berfitur pada cahaya tampak tanpa pita awan atau badai yang diasosiasikan dengan raksasa lain.[15] Akan tetapi, pengamat di Bumi melihat tanda-tanda perubahan musim dan aktivitas cuaca yang meningkat pada tahun-tahun belakangan bersamaan dengan Uranus mendekati ekuinoksnya. Kecepatan angin di planet Uranus dapat mencapai 250 meter per detik (900 km/jam, 560 mil per jam).[16]


Uranus telah ditemui oleh William Herschel dalam tahun 1781 secara kebetulan. Ia didapati pada kejauhan 19 AU dari Matahari. Ia mempunyai garis-pusat 51 800 km yang menjadikannya planet ketiga besar di Sistem Suria. Uranus terdiri terutamanya daripada hidrogen dan helium, sedikit methane dan sedikit kesan beberapa unsur-unsur yang lain. Uranus kelihatan biru kehijauan seragam dan tidak mempunyai ciri-ciri tertentu. Warnanya adalah sumbangan methane yang ujud dalam atmosfera luarnya.

Putaran planet ini didapati agak cepat. Satu putaran atas paksinya mengambil masa 17 jam. Putaran ini berbeza disebabkan paksi putarannya condong hampir selari dengan dataran orbitnya, tidak menegak seperti paksi planet-planet yang lain. Situasi yang menghairankan ini mungkin disebabkan oleh perlanggaran Uranus dengan satu objek lain yang amat tinggi jisimnya. Planet Uranus mempunyai sekurang-kurangnya 24 satelit-satelit. Dua daripada mereka yang terbesar sekali dikenali sebagai Titania dan Oberon. Ia dikelilingi oleh beberapa gegelang halus yang terdiri daripada ais bergaris-pusat beberapa meter, yang gelap dan tidak begitu berkilat.
Uranus telah diamati pada banyak kesempatan sebelum penemuannya sebagai planet, namun ia dianggap secara salah sebagai bintang. Pengamatan yang tercatat paling awal adalah pada tahun 1690 saat John Flamsteed mengamati planet itu sedikitnya enam kali, mengkatalogkannya sebagai 34 Tauri. Astronom Perancis, Pierre Lemonnier, mengamati Uranus setidaknya dua puluh kali antara tahun 1750 dan 1769,[17] termasuk pada empat malam berturut-turut.

P/S : Planet ini 7 kali ganda lebih besar dari planet Bumi... Subhanallah!..heheheh.. sekarang aku banyak mengantuk... maybe banyak gula dalam darah aku... aku kena kurangkan makan nasi dan gula lepas ni... barulah segar bugar lepas ni..hehehehe

Rabu, 9 Mac 2011

PLANET ZUHAL?


Zuhal merupakan planet yang keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar di dalam Sistem Suria, selepas Musytari. Zuhal, bersama-sama dengan Musytari, Uranus dan Neptun, diklasifikasikan sebagai sebuah planet gergasi bergas.

Zuhal berasal dari bahasa Arab tetapi sekiranya dilihat didalam Bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai planet Saturn, diambil sempena tuhan Rom, Saturnus, yang menyerupai Yunani Kronos (Titan bapa kepada Zeus) dan juga Babylon iaitu Ninurta. Simbolnya adalah sabit dewa dalam bentuk ringkas stylized.
Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang.

Zuhal mempunyai satu sistem gelang atau cecincin yang utama terdiri kebanyakannya dari air batu dengan sejumlah kecil serpihan batuan dan debu. Sebanyak enam puluh bulan-bulan mengorbit planet berkenaan. Titan, bulan Zuhal yang terbesar (selepas Ganymede), yang merupakan bulan yang lebih besar dari planet Utarid dan ia merupakan satu-satunya bulan di dalam Sistem Solar yang mempunyai kemudahan atmosfera.

Disebabkan kombinasi terhadap ketumpatannya yang rendah, putarannya yang pantas dan keadaan berbentuk cecair, Zuhal merupakan satu sfera yang agak lonjong; iaitu, ia mempunyai sedikit leper di bahagian kutub-kutub dan mengempar di bahagian khatulistiwa. Jejari khatulistiwa dan kutub berbeza sebanyak 10%—60 268 km melawan 54 364 km.Planet-planet gas yang lain juga berkeadaan sedemikian, tetapi agak kurang.

Bahagian dalam Zuhal menyerupai Musytari, dengan teras berbatu, diselitupi lapisan cecair hidrogen logam (metallic hydrogen), dan lapisan hidrogen molekul di atasnya. Terdapat juga sedikit kesan pelbagai ais. Zuhal mempunyai bahagian teras yang panas, mencecah 12000 K ditengah terasnya, dan ia membebaskan lebih banyak tenaga ke angkasa berbanding yang diterimanya daripada Matahari. Kebanyakan tenaga lebih dihasilkan melalui mekanisma Kelvin-Helmholtz (pemampatan graviti perlahan), tetapi ini sahaja tidak mencukupi bagi menjelaskan penghasilan haba Zuhal. Mekanisma tambahan yang diutarakan dengan mana Zuhal mampu menghasilkan sebahagian haba adalah "hujan" titisan helium jauh di dalam Zuhal, titisan helium membebaskan haba melalui geseran semasa ia jatuh melalui hidrogen yang lebih ringan.

Atmosphera Zuhal menunjukkan pola berbelang menyerupai Musytari, tetapi belang Zuhal adalah lebih pudar dan ia juga lebih lebar di bahagian ekuator. Awan Zuhal tidak dapat dilihat sehinggalah lintasan (flybys) Voyager. Semenjak itu, bagaimanapun, teleskop di bumi telah meningkat sehingga pencerapan biasa mampu dilakukan. Zuhal menunjukkan bentuk bujur yang lama dan ciri-ciri lain yang biasa di Musytari; pada tahun 1990 teleskop Angkasa Hubble mencerap awan putih gergasi berhampiran ekuator Zuhal yang tidak kelihatan semasa pertembungan dengan Voyager dan pada tahun 1994 ribut lain yang lebih kecil dikesan. Pakar kaji bintang menggunakan penimej infra menunjukkan bahawa Zuhal mempunyai pusaran kutub panas, dan satu-satunya planet dalam sistem suria yang diketahui bersifat sedemikian.

Oleh kerana Zuhal tidak berputar pada paksinya pada kadar sekata, dua tempoh putaran telah digunakan baginya, sama seperti kes Musytari: Sistem I mempunyai tempoh 10 jam 14 minit 00 saat (844.3°/d) dan merangkumi Zon Ekuatorial, yang menjulur dari hujung utara Ekuatorial Selatan sehingga hujung selatan Ekuatorial Utara. Semua latitude lain Zuhal telah diberikan tempoh putaran 10 jam 39 minit 24 saat (810.76°/d), yang merupakan Sistem II. Sistem III, diasaskan pada pancaran radio dari planet, mempunyai tempoh 10 jam 39 minit 22.4 saat (810.8°/d); kerana ia amat hampir kepada nilai Sistem II, ia telah digantikan secara menyeluruh.

Apabila menghampiri Zuhal pada tahun 2004, kapal angkasa Cassini mendapati bahawa putaran radio Zuhal telah meningkat sedikit, kepada anggaran 10 jam 45 minit 45 saat (± 36 s). Punca sebenar perubahan tersebut tidak diketahui. Zuhal kemungkinannya paling dikenali disebabkan gelang atau cecincin planetnya, yang menjadikannya sebagai salah satu objek dapat dilihat yang paling menakjubkan dalam sistem suria.

Gelang itu pertama sekali dilihat oleh Galileo Galilei pada tahun 1610 dengan teleskopnya, tetapi dia tidak dapat memastikannya. Dia kemudian menulis kepada Grand Duke of Tuscany bahawa "Zuhal tidak bersendirian tetapi terdiri daripada tiga, yang hampir bersentuhan dan tidak bergerak berbanding sesama sendiri. Mereka tersusun dalam garis setentang dengan zodiak, dan yang di tengah [Zuhal] adalah tiga kali saiz yang lurus [penjuru gelang]". Dia juga menggambarkan Zuhal sebagai mempunyai "telinga." Pada tahun 1612 sudut gelang menghadap tepat pada bumi dan gelang kelihatannya hilang, dan kemudian pada 1613 ia muncul kembali, mengelirukan lagi Galileo.

Persoalan gelang itu tidak dapat diselesaikan sehingga 1655 oleh Christian Huygens, yang menggunakan teleskop yang lebih berkuasa berbanding dengan yang ada pada Galileo pada masanya.

Pada tahun 1675 Giovanni Domenico Cassini menentukan bahawa gelang Zuhal sebenarnya terdiri daripada pelbagai gelang lebih kecil dengan ruang antara mereka; ruang terbesar dinamakan Pembahagi Cassini (Cassini Division).

Ciri fizikal gelangGelang tersebut boleh dilihat dengan menggunakan teleskop moden berkuasa serdahana atau dengan teropong berkuasa tinggi. Ia menjulur 6,630 km hingga 120,700 km atas khstulistiwa Zuhal, dan terdiri daripada batu silika, oksida besi, dan ketulan air batu bersaiz kumin sehingga kereta kecil. Terdapat dua teori mengenai asal cicin Zuhal. Teori pertama diusulkan oleh Édouard Roche pada abad ke 19, adalah gelang tersebut merupakan bekas bulan Zuhal yang orbitnya reput sehingga ia cukup dekat sehingga berkecai akibat kuasa pasang surut (lihat had Roche). Variasi teori ini adalah bulan tersebut berkecai akibat hentaman komet atau asteroid. Teori kedua adalah cicin tersebut bukanlan dari bulan Zuhal, tetapi bahan lebihan nebula asal yang membentuk Zuhal. Teori ini tidak diterima masa kini disebabkan gelang Zuhal dianggap tidak stabil merentasi jutaan tahun, dan dengan itu dianggap baru terbentuk.

Sementara ruang terluas di gelang, seperti Renggang Cassini (Cassini division) dan Renggang Encke, boleh dilihat dari Bumi, Voyager mendapati gelang tersebut mempunyai struktur seni yang terdiri dari "beribu" renggangan kecil dan gelang (ringlets). Struktur ini dipercayai terbentuk akibat tarikan graviti bulan-bulan Zuhal melalui pelbagai cara. Sesetengah ruang terhasil akibat laluan bulan kecil seperti Pan, dan banyak lagi ruang yang belum dijumpai, sementara sesetengah gelang kecil dikekalkan oleh medan graviti satelit penggembala kecil seperti Prometheus dan Pandora. Ruangan lain terbentuk akibat "getaran" antara tempoh orbit zarah direnggang dengan bulan yang lebih besar yang terletak lebih jauh; Mimas mengekalkan renggangan Cassini melalui cara ini. Malah lebih berstruktur dalam gelang sebenarnya terdiri dari gelombang berputar yang dihasilkan oleh ganguan graviti bulan secara berkala.

Jejari gelang
Sehingga 1980, struktur gelang dijelaskan sepenuhnya sebagai tindakan kuasa graviti. Kapal angkasa Voyager menjumpai ciri-ciri jejari gelap (dark radial) dalam gelang B, dikenali sebagai paksi, yang tidak dapat dijelaskan melalui cara ini, disebabkan ketegaran mereka dan pusingan mengelilingi gelang yang tidak selari dengan mekanik orbit. Ia dianggap bahawa mereka berkait dengan interaksi eletromagnet, kerana ia berputar hampir sejajar dengan magnetosfera Zuhal. Bagaimanapun, mekanisma sebenar paksi (spokes) tersebut masih belum diketahui.

Pada Februari 2005, kapal angkasa Cassini tidak dapat menjejak sebarang paksi dalam gelang, walaupun mempunyai perkakasan pengimej berkualiti lebih tinggi berbanding Voyagers'. Ia berkemungkinan bahawa paksi muncul dan ghaib secara bermusim.


Zuhal mempunyai sejumlah besar bulan yangmana 49 telah disahkan, 34 telah diberikan nama. Jumlah sebanar tidak mungkin dapat dipastikan kerana kesemua serpihan air batu yang terdapat dalam gelang Zuhal adalah secara teknikalnya merupakan bulan, dan ia sukar untuk memastikan antara partikal besar atau bulan kecil. Bulan Zuhal yang paling jelas adalah Titan, satu-satunya bulan dalam sistem suria yang mempunyai atmosphera tebal. Akibat kuasa pasang surut Zuhal, bulan-bulan tersebut tidak terletak pada posisi yang sama semenjak pembentukan mereka. Untuk garis waktu tarikh jumpaan, lihat Garis waktu satelit semulajadi.

Sementara ia menjadi sasaran menyeronokkan untuk ditontoni pada kebanyakan masa ia boleh dilihat di langit, Zuhal dan gelangnya boleh dilihat dalam pemandangan terbaik apabila planet berkenaan pada atau berdekatan dengan pertentangan (satu konfigurasi planet semasa ia berada pada pemanjangan (elongation) sebanyak 180° dan oleh itu ia nampak bertentangan dengan matahari di langit.) Dalam keadaan bertentangan pada Januari 13 2005, Zuhal nampak di dalam keadaan paling terang sehinggalah pada tahun 2031, kebanyakan disebabkan orientasi gelang yang banyak membantu relatif kepada bumi.

Saturn nampak pada mata kasar sebagai satu bintang kekuningan yang sangat terang, biasanya di antara magnitud +1 dan 0 dan mengambil masa sekurang-kurang mengambil masa 29 dan satu tahun setengah untuk melengkapkan litar satu ecliptik terhadap buruj zodiak. Alat bantu optik(satu pasangan binokular atau satu teleskop) pembesaran sekurang-kurangnya 20X adalah diperlukan untuk menyelesaikan gelang Zuhal bagi kebanyakan orang.

-satu planet yang unik dan menarik sebenarnya.... lega dapat mengenali planet pengimbang sistem Suria kita ini... Subhanallah...

Selasa, 8 Mac 2011

MERONG MAHAWANGSA!



SERIUS! aku memang nak tengok cite(Gambar atas) ni kat pewagam tahun ni...insyallah. SANCTUM aku dah tengok...walaupun hanya di komputer. kali ini citenya tidak mampu kalahkan the Descent 1 & 2 dan The Cave. tetapi aku akui, Sanctum cuma sebuah cite thriller yang laksana Pulut panggang tanpa Intinya!- aku kini beralih ke stu konsep-mendaulatkan filem melayu dengan menontonnya di pewagam dan hanya menonton filem Holywood dan lain2 filem di PC(Donlod laaa...)hahaha....
apa pun rakan ku si Fadli Al-Akiti sudah menonton Hikayat merong Mahawangsa ini... giliran aku... bila?

Ahad, 6 Mac 2011

PLANET MUSYTARI?


Musytari @ Jupiter adalah planet kelima daripada matahari dan juga planet yang terbesar daripada sembilan planet dalam sistem suria.
Planet Musytari ini terletak pada kejauhan 5.2 AU dari Matahari. Pada bahagian khatulistiwa ia mempunyai garis-pusat 143 000 km, iaitu 11 kaliganda garis-pusat Bumi. Dengan jisimnya yang hampir 320 kaliganda jisim Bumi, Musytari mempunyai jisim 2 kaliganda jumlah jisim semua planet-planet di Sistem Suria. Ketumpatannya adalah lebih kurang 1.3 kaliganda ketumpatan air, iaitu sederhana berbanding Bumi yang berketumpatan 5.5 kaliganda ketumpatan air. Ukuran ketumpatan yang rendah ini telah dikesani mulai tahun 1930an sebagai keunggulan 2 unsur yang paling ringan iaitu hidrogen dan helium.

Musytari ialah satu objek yang paling menarik di langit malam. Melalui teleskop yang paling kecil sekali pun kita dapat melihat jaluran selari di permukaannya. Bentukan lain pun dapat kelihatan seperti bentukan membujur dan zon berwarna merah. Bentukan ini telah dapat dicerapi sejak kurun ke17. Juga nampak kelihatan beberapa zon putih dan bentukan membujur yang berwarna perang. Satu lagi ciri-cirinya yang menarik ialah sifat mendatar akibat putarannya yang amat laju. Musytari mengambil masa 10 jam untuk membuat satu putaran penuh atas paksinya, kelajuan ini yang amat menakjubkan memandangkan betapa besarnya planet ini.


Satu gambar hasil cantuman imej-imej yang diambil oleh kapal angkasa Cassini semasa terbang-lintasnya dalam tahun 2000. Kredit : NASA/JPL/Space Science Institute
Hasil analisis spektral kapal angkasa-kapal angkasa Pioneer 10 dalam tahun 1973, Pioneer 11 dalam tahun 1974, Voyager 1 dan Voyager 2 dalam tahun 1979 kita telah dapat mengesahkan bahawa planet Musytari adalah terdiri terutamanya daripada hidrogen (82 peratus dari jumlah jisimnya), dan helium (17 peratus), dan sedikit kesan dari unsur methane (CH4) dan ammonia (NH3). Kapal angkasa-kapal angkasa tersebut juga telah mendedahkan keujudan gegelang halus didataran khatulistiwanya, yang terdiri daripada debu dan batu-batuan halus. Planet ini juga telah diterbang-lintasi oleh Ulysses dalam tahun 1992 dan Cassini dalam tahun 2000, tetapi maklumat yang paling penting telah dikumpul sejak akhir-akhir ini semasa misi Galileo.

Kapal angkasa Galileo telah dilancarkan dalam tahun 1989 oleh pesawat ruang angkasa Atlantis dan sampai ke ruang orbit Musytari dalam tahun 1995 lalu berputar mengelilinginya. Misi ini tamat dalam tahun 2003 dengan kejatuhannya dari orbit dan pecah dibawah tekanan atmosfera Musytari. Dalam masa pencerapan Galileo sepanjang 8 tahun, ia telah mengumpul maklumat yang menakjubkan tentang atmosfera Musytari, magnetospherenya, sistem gegelangnya dan satelit-satelitnya. Tambahan pula, jangka penduga yang telah diturunkan kedalam atmosfera Musytari sesampai saja Galileo dulu, telah dapat menghasilkan kajian secara terus keatas atmosfera Musytari, terutama awan dan anginnya. Jangka penduga ini telah dapat menhantar balik maklumat tersebut dalam jangkamasa 57 minit sebelum ia pecah akibat tekanan tinggi atmosfera Musytari.


Satu imej berwarna buatan yang menunjukkan bintik merah besar, yang diambil dalam gelombang infra-merah oleh kapal angkasa Galileo dalam tahun 1996. Kredit : NASA/JPL
Struktur dalaman dan atmosfera. Io, Europa, Ganymede, Callisto merupakan satelitnya.

Struktur dalaman Musytari telah dapat dikaji melalui beberapa jenis cerapan. Cara planet ini diubahsuai akibat putarannya telah membolehkan kita menentukan bahawa di pusatnya terdapat teras batuan yang mempunyai radius 10 000 km. Di atas teras ini terdapat lapisan cair berketebalan 40 000 km yang terdiri daripada hidrogen cair yang bersifat logam. Ini adalah akibat tekanan yang amat tinggi, iaitu 3 juta kaliganda tekanan di Bumi. Dibawah tekanan sebegitu tinggi pergerakan elektron tidak terikat kepada pusat atom malah ia bebas bergerak. Oleh yang demikian, ia dapat membawa haba dan kuasa elektrik dan menghasilkan medan magnet. Dalam kata lain, hidrogen dalam bentuk cair bila menerima tekanan sebegitu tinggi bersifat seperti logam. Di atas lapisan ini terdapat satu lagi lapisan hidrogen cair yang berketebalan 20 000 km dimana molikul hidrogen cair hilang sifat logamnya. Akhir sekali, menghampiri permukaan Musytari kita dapati satu lapisan nipis yang terdiri daripada molikul hidrogen dalam bentuk gas. Lapisan ini mempunyai ketebalan 1000 km saja.

Struktur nyata di permukaan Musytari, terutamanya bintik merah, terdapat dalam ketinggian 100 km dari dasar lapisan gas hidrogen. Hasil cerapan kapal angkasa-kapal angkasa yang lepas telah menggalakkan pakar-pakar planet dalam cadangan mereka bahawa lapisan 100 km ini terbahagi kepada 3 lapisan. Seperti yang dikesani oleh jangka pendugga yang pernah turun kepermukaan Musytari, antara 3 lapisan ini, yang paling atas sekali adalah terdiri daripada awan ammonia (NH3). Di bawahnya pula terdapat awan ammonium (NH3SH) dan lapisan yang terakhir sekali adalah terdiri daripada air beku (HO). Struktur ini telah menghasilkan corak berwarna di permukaan Musytari sebab setiap lapisan mempunyai warna tersendiri : merah, putih dan perang, menurut arah menurun.

Tompok Merah Besar adalah sebuah antisiklon ribut di atas permukaan planet Musytari, 22° selatan dari khatulistiwa, yang tahan selama 181 tahun-tahun dan sepanjang 346 tahun atau lebih. Ribut itu cukupnya besar untuk dilihat dari teleskop berasaskan Bumi. Ribut pertamanya diperhatikan oleh Giovanni Domenico Cassini, yang menggambarkannya pada 1665. Tompok itu berwarna merah menerusi sejarah pemerhatian, tetapi tidak berwarna merah dalam spektrum nyata sejak tempoh singkat pada tengah 1970-an.

Ribut-ribut seperti ini tidak sama dalam pergolakan atmosfera gergasi gas. Musytari juga mempunyai bujur-bujur putih dan perang, yang adalah ribut-ribut lemah tidak dinamakan. Bujur-bujur putih dibuat dari terdiri daripada awan-awan sejuk di atmosfera tinggi. Bujur-bujur perang adalah panas dan diletak dalam lapis awan biasa. Ribut-ribut sama boleh tahan jam dan abad.

Sebelum misi-misi Voyager, ahli-ahli astronomi tidak sedar sifat-sifat Tompok Merah. Banyak memercayai bahawa ia adalah ciri pepejal atau cecair di atas permukaan Musytari.

Satu gambar berwarna buatan zon putih membujur yang terdapat di permukaan Musytari. Gambar hasil cerapan Galileo dalam tahun 1997. Kredit : NASA/JPL
Warna Musytari bergantung kepada ketinggian awan dilapisan paling atas sekali, ini dipengaruhi oleh tekanan udara dikedudukan tersebut. Jaluran selari di zon khatulistiwa terbentuk akibat kekerapan putaran Musytari. Jaluran ini terdiri daripada gas panas yang muncul dari dalam, mendedahkan awan putih dari lapisan dalam, dan menjunamkan semula gas sejuk kelapisan dalaman dan mendedahkan awan perang pula yang terdapat di lapisan paling bawah. Struktur bujur berlapisan warna di dalam jaluran ini sebenarnya adalah sejenis sistem ribut taufan. Warna ini juga bergantung kepada ketinggian awan yang kelihatan dari luar. Oleh yang demikian, zon merah ialah satu pergerakan awan di lapisan tertinggi.

Semasa mengkaji radiasi dari Musytari, pakar-pakar planet terjumpa satu fenomena yang menghairankan : planet ini mengeluarkan 1.5 kaliganda lebih tenaga dari yang diterima. Ini mungkin boleh menjelaskan kenapa suhu naik dalam perjalanan jangka pendugga turun mengharungi atmosfera Musytari. Radiasi ini juga bertanggung-jawap menyibarkan awan wap. Fenomena ini mungkin dapat dijelaskan oleh fakta bahawa Musytari masih lagi membebaskan tenaga yang telah dikumpulnya semasa ia dicipta satu masa dulu.

-ANTAARA PLANET YANG AKU SUKA MENATAPNYA... ADA MISTERI DI SITU!

Khamis, 3 Mac 2011

PLANET MARIKH?

Sekarang... mari kita berkenalan pula dengan planet Marikh yang merupakan jiran Bumi atau kembar Bumi dari segi saiz... dan banyak kontroversinya ke atas penduduk Bumi.
Marikh merupakan planet ke-4 dari matahari dalam Sistem Suria dan dinamakan sempena nama Tuhan Peperangan Tamadun Rom (Tuhan Peperangan Tamadun Yunani sedarjatnya: Ares) disebabkan warna kemerahannya di langit pada waktu malam. Ia mempunyai 2 bulan iaitu Phobos dan Deimos. Setiap satu bulan tersebut menyerupai asteroid. Planet ini juga merupakan salah sebuah planet dari 8 planet dalam sistem suria.



Marikh senantiasa mengagumkan penduduk Bumi kerana warna kemerahannya dipenuhi misteri. Marikh hanya mempunyai keluasan 25% permukaan Bumi dan hanya 10% jisim Bumi (walau bagaimanapun keluasan daratan Bumi adalah sama dengan keluasan daratan Marikh). Atmosfera Marikh amat nipis dan tekanan atmosferanya hanya 750 Pa (kira-kira 0.75% purata di Bumi). Komposisi atmosfera Marikh adalah 95% karbon dioksida, 3% nitrogen, 1.6% argon dengan sedikit sahaja kandungan oksigen dan air. Pada tahun 2003, metana telah dikesan dalam atmosfera Marikh oleh teleskop Bumi dan telah disahkan (secara tidak rasmi) pada Mac 2004 oleh prob: Mars Express Orbiter. Kehadiran metana memang aneh disebabkan metana bukannya gas adi serta menunjukkan kemungkinan adanya punca gas tersebut di planet Marikh. Aktiviti gunung berapi, hentaman komet dan kehadiran kehidupan seni (mikroorganisma) seperti metanogen di planet ini masih belum dibuktikan lagi.

Marikh mempunyai tempat penting dalam imaginasi manusia disebabkan dipercayai ada makhluk hidup di Marikh yang dinamakan sebagai Martian (bahasa Inggeris). Ini disebabkan perjumpaan "terusan Marikh" oleh Percival Lowell. Beliau menyatakan ia merupakan struktur buatan oleh penduduk planet Marikh dan perubahan kegelapan/kecerahan yang telah menyebabkan beliau percaya ada pertumbuhan vegetatif di Marikh. Di situ berpuncanya cereka tentang makhluk planet Marikh. Sekarang, pemerhatian Percival Lowell telah dikatakan tersesat dan dilabelkan sebagai paritan lama akibat pergerakan air pada zaman dahulu-kala.

Pada tahun 2000, terdapat penyelidikan terhadap meteorit yang dikatakan mempunyai fosil hidupan purba Marikh. Sehingga tahun 2004, kehidupan di planet Marikh masih tidak mendapat jawapan yang tetap dan tepat.Mengikut kajian, pada tahun 2003 planet ini telah berubah putarannya sehingga kini. Perubahan putaran ini telah menyebabkan pelbagai kesan kepada bumi, antaranya pelbagai perubahan cuaca dan sebagainya.

Keadaan topografi Marikh memang sejenis: gurun di Utara yang diratakan oleh lahar yang berbeza dengan tanah tinggi Selatan, yang dipenuhi kawah. Permukaan Marikh yang dipandang dari Bumi di bahagikan kepada 2 kawasan, dengan albedo yang berbeza. Kawasan yang lebih cerah diselimuti dengan debu dan pasir kemerahan (akibat ferum oksida) yang pernah dianggap sebagai benua dan diberikan nama seperti Arabia Terra (tanah Arab). Ciri-ciri gelap pernah dianggap sebagai lautan; ciri gelap terbesar yang dilihat dari Bumi bernama Syrtis Major.

Planet Marikh mempunyai kutub yang mengandungi air beku dan karbon dioksida. Olympus Mons (iaitu Gunung Olympus) merupakan sebuah gunung berapi yang tidak aktif dan mencapai ketinggian 27km, gunung yang tertinggi dalam sistem suria. Gunung berapi tersebut berada dalam kawasan tanah tinggi Tharsis, bersama dengan beberapa gunung berapi yang lain. Di samping itu, lembah Valles Marineris ataupun 'Parut Marikh' ialah lembah terbesar di sistem suria kita, dengan panjang 4000km dan kedalaman berukur 7km.

Rabu, 2 Mac 2011

BULAN?

"BAGAI PUNGGUK RINDUKAN BULAN"- begitula perumpamaan kepada keindahan bulan yang menjadi satelit semulajadi bumi. Bulan yang kita pandang setiap malam... hehehe..
mari kita lihat maklumat bulan yang indah ini...



Bulan merujuk kepada satu atau lebih jisim yang beredar mengelilingi sebuah planet yang bersaiz lebih besar, dan mereka pula bergerak mengedari bintang. Bulan yang beredar mengelilingi bumi hanya bersaiz satu per empat daripada bumi dan beredar mengelilingi bumi setiap 27.3 hari, pada jarak purata 384,400 kilometer di bawah tarikan graviti bumi.

Bulan tidak mempunyai sumber cahaya dan cahaya bulan sebenarnya berasal daripada pantulan cahaya matahari. Bulan mempunyai 1/4 garispusat bumi bersamaan 3,476 kilometer dengan kekuatan graviti hanya 0.16 = (1/6) graviti bumi. Bulan dipercayai berasal daripada asteroid bersaiz Marikh yang menghentam bumi lalu berkecai. Teras asteroid itu terus menghentam bumi, tetapi lapisan luar asteroid terpelanting dan terperangkap dalam orbit mengelilingi bumi lalu membentuk bulan.

Ini berdasarkan isipadu bulan yang terlalu ringan berbanding isipadu bumi, iaitu hanya 0.012 berbanding jisim bumi. Di bulan tidak terdapat udara ataupun air, hanya banyak kawah yang terhasil di permukaan bulan disebabkan oleh hentaman komet. Ketiadaan udara dan air di bulan menyebabkan hakisan tidak berlaku dan ada di antara kawah di bulan yang berusia berjuta tahun dahulu dan masih utuh. Di antara kawah terbesar di bulan adalah Clavius bergaris pusat 230 kilometer dan sedalam 3.6 kilometer. Ketiadaan udara juga menyebabkan tiada bunyi kedengaran di bulan.

Kebanyakan bulan dipercayai terbentuk dari runtuhan region (collapsing region) cakera protoplanet yang sama seperti planet utama. Bagaimanapun, terdapat banyak pengecualian dan variasi kepada model piawaian pembentukan bulan ini diketahui atau dikemukakan. Beberapa bulan dipercayai objek asing yang ditawan, serpihan bulan lebih besar berkecai oleh hentaman kuat, atau (dalam kes Bulan Bumi) sebahagian planet itu sendiri tercampak keorbit oleh hentaman yang kuat. Oleh kerana kebanyakan bulan hanya diketahui melalui pemerhatian jarak jauh melalui probe atau teleskop, kebanyakan teori mengenai mereka tidak begitu jelas

Kebanyakan bulan dalam sistem suria terikat pasang surut (tidal locking) kepada planet utama mereka; pengecualian adalah bulan planet Zuhal, bulan Hyperion, yang berputar melilau akibat pelbagai pengaruh luar. Tiada bulan mempunyai bulan mereka sendiri; kesan pasang-surut planet utama menjadikan orbit sekeliling mereka tidak stabil. Bagaimanapun beberapa bulan mempunyai teman dalam titik Lagrangian (contoh, bulan Zuhal, bulan Tethys dan bulan Dione).

Jumpaan baru mengenai bulan Ida asteroid Dactyl mengesahkan bahawa sesetengah asteroid turut mempunyai bulan asteroid. Sesetengah, seperti 90 Antiope, merupakan asteroid berkembar dengan dua komponen sama besar.

Bulan terbesar dalam sistem suria (yang lebih besar dari 3000 km keratan rentas) adalah bulan bumi, bulan Galilean planet Musytari bulan Io, bulan Europa, bulan Ganymede, dan bulan Callisto, bulan planet Zuhal, bulan Titan, dan bulan yang ditawan planet Neptun, bulan Triton. Untuk bulan lebih kecil lihat planet berkenaan.

lain kali kita akan lihat bulan-bulan di lanet lain...yang lebih menarik ... tungguuuuu...

Selasa, 1 Mac 2011

MATAHARI DAN PLANET BUMI?


Matahari merupakan bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan lapan buah planet membentuk Sistem Suria. Matahari mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C. Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G. Cahaya daripada matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta.

Matahari merupakan satu bebola plasma dengan jisim sekitar 2 x 1030 kg. Untuk terus bersinar, matahari, yang terdiri daripada gas panas menukar unsur hidrogen kepada helium melalui tindak balas gabungan nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat. Matahari dipercayai terbentuk pada 5,000 juta tahun lalu. Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 berbanding jisim air. Jumlah tenaga matahari yang sampai ke permukaan bumi dikenali sebagai pemalar suria menyamai 1.37 kilowatt semeter persegi setiap saat.

Matahari berputar 25.04 hari bumi setiap putaran dan mempunyai graviti 27.9 kali graviti bumi. Terdapat julangan gas teramat panas yang boleh mencecah sehingga 100,000 kilometer ke angkasa. Marakan matahari ini boleh mengganggu gelombang komunikasi seperti radio, televisyen dan radar di bumi dan mampu merosakkan satelit atau stesen angkasa yang tidak dilindung. Matahari juga menghasilkan gelombang radio, gelombang ultraungu, sinar inframerah, sinar-X, dan angin suria yang merebak ke seluruh Sistem Suria.

Bumi dilindungi daripada angin suria oleh medan magnet bumi, sementara lapisan ozon pula melindungi bumi daripada sinaran ultraungu dan inframerah. Terdapat tompokan hitam yang wujud dari masa ke semasa pada matahari yang disebabkan oleh perbezaan suhu di permukaan matahari. Tompokan hitam itu menandakan kawasan yang kurang panas berbanding kawasan lain dan mencecah keluasan melebihi saiz bumi. Kadang-kala peredaran bulan mengelilingi bumi menghalang sinaran matahari daripada sampai ke bumi, oleh itu mengakibatkan kejadian gerhana matahari berlaku. ITULAH MATAHARI...

Selepas planet Zuhrah planet seterusnya ialah PLANET BUMI, iaitu planet kita di mana manusia dan makhluk2 lain hidup berekologi. mari kita saksikan maklumat2 tentang planet hidupan ini...



Bumi (bahasa Inggeris:Earth) merupakan planet ketiga daripada matahari. Ia juga boleh dirujuk sebagai Bumi, Planet Bumi atau Terra.[1]

Rumah kepada jutaan spesies,[2] termasuklah manusia, bumi juga merupakan satu-satunya tempat di dalam semesta di mana kehidupan diketahui wujud. Pembuktian saintifik menunjukkan bahawa planet ini telah terbentuk kira-kira 4.54 bilion tahun yang lalu,[3][4][5][6] dan kehidupan muncul di permukaannya di dalam tempoh satu bilion tahun. Bumi dijangkakan telah berusia selama 4,600 juta tahun. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer.

Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera, dan Eksosfera.

Lapisan ozon, setinggi 50 kilometer, wujud di lapisan Stratosfera dan Mesosfera dan melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung. Perbezaan suhu permukaan Bumi adalah di antara -70 °C sehingga 55 °C bergantung kepada iklim tempatan. Sehari di Bumi bersamaan 24 jam dan setahun di bumi bersamaan 365.25 hari. Bumi mempunyai jisim seberat 59,760 juta juta tan, dengan luas permukaan 510 juta km persegi. Ketumpatan Bumi pada 5,500 kilogram setiap meter persegi digunakan sebagai unit perbandingan ketumpatan berbanding planet yang lain, dengan ketumpatan Bumi sebagai 1.

Bumi mempunyai garis pusat sepanjang 12,756 kilometer. Graviti Bumi diukur sebagai 10 N kg-1 dijadikan unit ukuran graviti planet lain, dengan graviti Bumi sebagai 1. Bumi mempunyai 1 satelit asli iaitu bulan. 70.8% permukaan bumi diseliputi air. Udara Bumi terdiri daripada 78% nitrogen, 21% oksigen, dan 1% wap air, karbon dioksida, dan gas lain. Bumi dianggarkan mempunyai teras dalam bumi yang terdiri daripada besi nikel beku setebal 1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500 °C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal 2,100 kilometer, diselitupi pula oleh mantle silika padu setebal 2,800 kilometer membentuk 83% isipadu bumi, dan akhir sekali diselitupi oleh kerak batu silika hampir 100 kilometer tebal.

Kerak bumi lebih nipis di dasar laut iaitu sekitar 5 kilometer. Kerak bumi terbahagi kepada beberapa bahagian dan bergerak melalui pergerakan plat tektonik (teori hanyutan benua) menghasilkan gempa bumi. Puncak tertinggi adalah gunung Everest setinggi 8,848 meter, dan lautan terdalam mencecah 10,924 m. Tasik tertinggi adalah tasik Titicaca, dan tasik terbesar adalah Laut Caspian. Lautan terbesar ialah Lautan Pasifik. Lebih 2/3 kawasan Bumi dilitupi oleh air dan 12% daripada kawasan Bumi merupakan padang pasir.

-Hari ini mendapat khabar dari timur tengah. Mubarak dan keluarganya dihalang ke luar negara, Muammar gaddafi mengaku disayangi rakyat Libya, Palestin pula mendapat inspirasi untuk demonstrasi ke atas pendudukan Israel selama 43 tahun ini dan macam-macam lagi berita yang kurang menyenangkan sebenarnya... apapun yang berlaku itu semua di negara Islam. sepatutnya aman damai... tetapi sebaliknya yang ber laku... masya Allah...