The Alien - Link Select

Rabu, 13 Mei 2009

YANG PATUT ANDA TAHU TENTANG HANDPHONE!

PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT
Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh
membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -
1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan
untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan
tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail
nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan
dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon
bimbit anda dikunci ( Keypad lock )
2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta
dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan
pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta
anda..Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang
menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi
seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta
anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki
) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan
punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan
dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak
terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari
tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci
pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga
penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan
kerana beberapa orang telah mencubanya.
3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit
yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan
kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika
bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu
melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis
Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci
' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin
telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50
peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon
bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan
dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail
*#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di
skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri
ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh
hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri
tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan
sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah
ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi,
walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si
pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya
SELAMAT MENCUBA!