The Alien - Link Select

Rabu, 2 Mac 2011

BULAN?

"BAGAI PUNGGUK RINDUKAN BULAN"- begitula perumpamaan kepada keindahan bulan yang menjadi satelit semulajadi bumi. Bulan yang kita pandang setiap malam... hehehe..
mari kita lihat maklumat bulan yang indah ini...



Bulan merujuk kepada satu atau lebih jisim yang beredar mengelilingi sebuah planet yang bersaiz lebih besar, dan mereka pula bergerak mengedari bintang. Bulan yang beredar mengelilingi bumi hanya bersaiz satu per empat daripada bumi dan beredar mengelilingi bumi setiap 27.3 hari, pada jarak purata 384,400 kilometer di bawah tarikan graviti bumi.

Bulan tidak mempunyai sumber cahaya dan cahaya bulan sebenarnya berasal daripada pantulan cahaya matahari. Bulan mempunyai 1/4 garispusat bumi bersamaan 3,476 kilometer dengan kekuatan graviti hanya 0.16 = (1/6) graviti bumi. Bulan dipercayai berasal daripada asteroid bersaiz Marikh yang menghentam bumi lalu berkecai. Teras asteroid itu terus menghentam bumi, tetapi lapisan luar asteroid terpelanting dan terperangkap dalam orbit mengelilingi bumi lalu membentuk bulan.

Ini berdasarkan isipadu bulan yang terlalu ringan berbanding isipadu bumi, iaitu hanya 0.012 berbanding jisim bumi. Di bulan tidak terdapat udara ataupun air, hanya banyak kawah yang terhasil di permukaan bulan disebabkan oleh hentaman komet. Ketiadaan udara dan air di bulan menyebabkan hakisan tidak berlaku dan ada di antara kawah di bulan yang berusia berjuta tahun dahulu dan masih utuh. Di antara kawah terbesar di bulan adalah Clavius bergaris pusat 230 kilometer dan sedalam 3.6 kilometer. Ketiadaan udara juga menyebabkan tiada bunyi kedengaran di bulan.

Kebanyakan bulan dipercayai terbentuk dari runtuhan region (collapsing region) cakera protoplanet yang sama seperti planet utama. Bagaimanapun, terdapat banyak pengecualian dan variasi kepada model piawaian pembentukan bulan ini diketahui atau dikemukakan. Beberapa bulan dipercayai objek asing yang ditawan, serpihan bulan lebih besar berkecai oleh hentaman kuat, atau (dalam kes Bulan Bumi) sebahagian planet itu sendiri tercampak keorbit oleh hentaman yang kuat. Oleh kerana kebanyakan bulan hanya diketahui melalui pemerhatian jarak jauh melalui probe atau teleskop, kebanyakan teori mengenai mereka tidak begitu jelas

Kebanyakan bulan dalam sistem suria terikat pasang surut (tidal locking) kepada planet utama mereka; pengecualian adalah bulan planet Zuhal, bulan Hyperion, yang berputar melilau akibat pelbagai pengaruh luar. Tiada bulan mempunyai bulan mereka sendiri; kesan pasang-surut planet utama menjadikan orbit sekeliling mereka tidak stabil. Bagaimanapun beberapa bulan mempunyai teman dalam titik Lagrangian (contoh, bulan Zuhal, bulan Tethys dan bulan Dione).

Jumpaan baru mengenai bulan Ida asteroid Dactyl mengesahkan bahawa sesetengah asteroid turut mempunyai bulan asteroid. Sesetengah, seperti 90 Antiope, merupakan asteroid berkembar dengan dua komponen sama besar.

Bulan terbesar dalam sistem suria (yang lebih besar dari 3000 km keratan rentas) adalah bulan bumi, bulan Galilean planet Musytari bulan Io, bulan Europa, bulan Ganymede, dan bulan Callisto, bulan planet Zuhal, bulan Titan, dan bulan yang ditawan planet Neptun, bulan Triton. Untuk bulan lebih kecil lihat planet berkenaan.

lain kali kita akan lihat bulan-bulan di lanet lain...yang lebih menarik ... tungguuuuu...