The Alien - Link Select

Jumaat, 20 Mei 2011

KOPI BABI???

Tiga pengarah, pengilang kopi DNA babi didakwa
KLUANG 19 Mei - Tiga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua tuduhan menjual kopi mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi di kedai minuman, Kluang Rail Coffee tanpa meletakkan pernyataan kewujudannya pada label pembungkusan kopi itu.

Ketiga-tiga pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd. (Rail Passion) tersebut iaitu Lim Jit Chiang, 37, dan abangnya, Lim Jit Tong, 42, serta sepupu mereka, Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

Syarikat pengilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading pula menghadapi tuduhan menyedia dan membungkus kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel untuk jualan kepada syarikat Rail Passion.

Jit Chiang, Jit Tong dan Jit Chen didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan yang mengandungi DNA babi antara pukul 3 petang hingga 4 petang di premis tersebut di Jalan Tasik di sini pada 25 Mac lalu.

Mereka didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan belum dibuka kepada pegawai Jabatan Kesihatan, Amezatul Aida Mohd. Daim bagi tujuan analisis dan keputusan ujian Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya menunjukkan terdapat DNA babi dalam kopi itu.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa menjual 20 peket kopi uncang dalam bungkusan belum dibuka yang mengandungi DNA babi kepada Amezatul Aida bagi tujuan serupa pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Keputusan analisis di Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya turut mendapati wujud DNA babi dalam kopi uncang tersebut.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Peraturan 11(1)(c) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 kerana menjual makanan tanpa suatu pernyataan tentang adanya DNA babi pada label bungkusan makanan berkenaan.

Setiap pertuduhan tersebut memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.

Sementara itu, syarikat pengilang, Cheng Hiong Coffee Powder Trading didakwa atas pertuduhan menyedia dan membungkuskan kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel itu untuk jualan kepada syarikat Rail Passion.

Syarikat tersebut didakwa melakukan kesalahan itu di Kilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading di Jalan Mersing di sini antara pukul 10.40 pagi hingga 2 petang, 25 Mac lalu.

Dua rakan kongsi syarikat pengilang tersebut, Wong Siew Boey, 52, dan Ong Cheng Ming, 44, mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang sama dikenakan ke atas ketiga-tiga pengarah syarikat Rail Passion.

Kesemua tertuduh yang diwakili peguam, S. Selvarajah manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rasidah Abd. Radzaz.

Majistret Norhabsarina Ayob menetapkan 5 Julai ini untuk sebutan semula ketiga-tiga kes berkenaan.

SK : Inilah masalahnya kalau tuan punya restoran itu tidak Islam... kadang-kadang yang Islam pun, nama je Islam... susah nak detect mende2 ni.. lebih baik buat air sendiri kat rumah dan guna barang-barang halal yang diyakini sendiri... tawakkal la lepas tu... hari ini terkejut sikit dengan berita itu... dan satu yang agak menarik hari ini ialah Raja Filem Tamil masuk ICU... "Padayappa!"... semoga dia menemui sesuatu dalam hidupnya... malam tadi tidur kat umah baru... tetapi masih menghadapi beberapa masalah dari pemaju dan kontraktor yang tidak efisyen buat kerja... takut gak peti ais rosak sebab selalu Trip main suisnya.... haiyya!


Dr. Mahathir beri respons baik terhadap rawatan
KUALA LUMPUR 19 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi respons yang baik terhadap rawatan yang diberikan selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), awal pagi semalam.

Pegawai Khasnya, Sufi Yusoff berkata, bekas Perdana Menteri itu juga mampu mengambil makanan dengan baik dan doktor yang merawatnya turut berpuas hati dengan respons yang diberikan bagi rawatan berkenaan.

"Beliau akan terus menerima rawatan antibiotik intravena dan fisioterapi dada dan dijangka terus menerima rawatan di IJN untuk beberapa hari lagi," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Dr. Mahathir dimasukkan ke IJN kerana jangkitan pada dada setelah mengalami batuk dan demam.

Pada 2 Oktober lalu, negarawan berusia 86 tahun itu pernah dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne, Australia akibat jangkitan yang sama sewaktu berada di sana bagi menyampaikan ucapan pada seminar pembangunan manusia anjuran Kelab UMNO Melbourne.

Dalam pada itu, Sufi berkata, doktor turut menasihatkan Dr. Mahathir berehat dan tidak menerima kunjungan pelawat kecuali keluarga terdekat.

SK : "SEMOGA ALLAH MEMBERI BELIAU KESEMBUHAN DAN KESIHATAN... AMIN"