The Alien - Link Select

Rabu, 7 Mei 2008

mengapa???

MENGAPA? mengapa kalau time kita senang kita akan ingat keluarga kita? mengapa time kita susah kita lupa keluarga kita???? why is that happen? atau mungkin kenapa kita akan ingat keluarga kita apabila kita susah? dan kita lupa apabila senang??? why??? why??? apakah kerana kebodohan kita dan keegoan kita dalam mengurus kehidupan? Pelik aku ngan sikap segelintir orang... aku nak cakap pun tak guna juga... sendiri mau ingat laa... hehehehe... aku malas nak cite benda-benda yang orang berotak boleh pk sendiri... dahlah! aku hari ni siapkan satu troli buku untuk disenaraikan. memang penat lah tetapi aku kena siapkan juga disebabkan aku perlu masa yang banyak pada malam ini untuk sambung novel lagenda Adamus aku tu. So, aku kena selesaikan keje2 hakiki aku dulu sebelum keje yang tak hakiki... aku sebenarnya jadi penulis ni adalah hobi dan kepuasan. Aku nak buat cite sendiri berdasarkan fantasi aku. mujurlah aku dah siapkan satu siri SAM C1G1- satu permulaan.

BELLA and SINDARELLA

HMMM... Bella, drama bersiri yang disiarkan di TV3 setiap petang bermula isnin hingga khamis pada jam 6.30 petang sampai 7.30 petang.... tak sedar-sedar.. episodnya dah sampai 55... fuh dah jauh rupanya aku ikut cite ni... sekarang barulah drama melayu ada kemajuan... bukan apa au dah boring dengan cerita melayu konsep masyarakat yang tak habis-habis dengan cinta, iri hati, dengki-mendengki, umpat2 dsbnya.... Bella satu cerita yang best buat masa ini. Tahniah! dan SINDARELLA pun satu cerita yang best juga, kelakar dan romantik. Ada nilai2 yang boleh dipelajari dari cite tu... anyway... dua cite ni memang best..... sapa-sapa nak tau cite ni.. tgklah di TV3..HANYA DI TV3!

SOLO

KEGELAPAN malam pekan kecil itu tergugat dengan kehadiran satu lembaga hitam yang menyusup masuk melalui pagar dawai di hujung bangunan tiga tingkat itu. Gerak langkahnya sangat senyap, cepat dan pantas. Jelas sekali suasana malam yang semakin tua itu memberinya kelebihan dalam gerakan yang diatur dengan cukup berhati-hati itu. Lembaga ini tidak lain dan tidak bukan adalah Solo. Wira malam yang telah menggemparkan Metropolis Kuala Lumpur sejak dua bulan lepas. Malam ini adalah malam yang entah keberapa Solo melakukan operasi khasnya dalam membenteras jenayah di kota batu itu.
Dada langit malam dihiasi taburan bintang yang saling berkelip-kelip. Walaupun langit cerah tetapi bulan tidak kelihatan. Bangunan tiga tingkat itu dihampiri. Ada seorang lelaki sedang menghisap rokok di hujung bangunan. Asap rokok berkepul-kepul mengitari batang tubuh lelaki berjaket hitam itu. Kelihatan sepucuk pistol jenis semi-automatik terselit di pinggangnya. Solo menyelinap pantas ke belakang lelaki itu.