The Alien - Link Select

Rabu, 4 Februari 2015

AZAN ???



ALLAH S.W.T
Berfirman :
“Jika kamu dipanggil (diseru-Nadaitum) untuk Solat...”
[ Q.S. AL-MAIDAH 5 : 58 ]

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan (Nudiya) untuk mengerjakan Solat pada hari Jumaat...”
[ Q.S. AL-JUMU’AH  62 : 9 ]

“Pemberitahuan (Azaanun) daripada Allah dan RasulNya kepada sekalian manusia.”
[ Q.S. AT-TAUBAH 9 : 3 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
"Apabila tiba waktu Solat hendaklah salah seorang kamu melakukan Azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam."
[ H.R.S : Imam Bukhari dan Imam Muslim Ra. A. ]

"Apabila dikumandangkan Azan untuk solat, Syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya: "Ingatlah apa yang belum kamu ingat!" Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat."
Daripada Abu Hurairah R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]

"Apabila kamu mendengar muadzin menyerukan azan, maka ucapkan pula apa yang dibaca muadzin itu. Kemudian bacalah salawat untukku, kerana sesungguhnya orang yang bersalawat bagiku, Allah memberi berkat kepadanya sepuluh kali. Sesudah itu mohonkanlah bagiku kepada Allah 'Alwasilah', iaitu suatu tempat di syurga yang hanya akan ditempati oleh seorang hamba Allah. Aku berharap, akulah yang akan menempatinya. Maka siapa yang memintakan 'Alwasilah' itu untukku, dia akan beroleh syafa'at (pembelaan) dariku."
Daripada 'Abdullah bin 'Amr bin 'Ash R.A
[ H.R.S : Imam Muslim Ra. A. ]


“Nabi Muhammad S.A.W pada malam Israk-mikraj telah diperlihatkan dengan Azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Malaikat Jibril A.S mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam A.S dan Nabi Nuh A.S.  ALLAH S.W.T menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi.”

[ H.R.S :  Al-Bazzar Abi Bakar Ahmad bin ‘Amr bin Abd al-Khaliq Ra. A. ]