Khamis, 16 Jun 2011
ANAK KUCING YANG KULANGGAR !!!
Biasanya orang yang bela kucing ini... berumur panjang.... mungkin benar. Sebab ibu aku sentiasa ada kucing kat umah.... ajaibnya setiap dari kami yang dilahirkan kedunia ini, pasti ada kucing yang datang rumah mak dan akhirnya menjadi kucing belaan mak aku.... seronok ada kucing ni... penawar penat bila balik dari mana2... tetapi ada trak bestnyalah... taik kucing bau tengik! Tetapi hairannya mak aku boleh jaga anak2 kucing ini dengan sabar. Kalau akulah...aku tak tahan wooo.. penah sekali aku amik seekor anak kucing dari pasal s.16 s.alam... memang la comei... tetapi masa tu aku duk menyewa ngan kawan2...kompmla kengkawan tak nak ada bau taik kucing dalam rumah.. apa aku buat??? Aku letak dalam bilik aku je... tetapi bila aku dari keja... mak oiiii! Taik kucing kan main bau la... yela..kucing tahap anak kucing lak tu...aku mbagi makan ikan mentah dan susu pekat manis...serta air sejuk.... kompom, berak2...hehehe itu pun aku tau bila kawan aku cakap...TAK BOLEH BAGI MAKAN JENIS TU...ADA MAKAN DIA... then , aku beli juga laa...untuk anak kucing punya makanan... Freskies! Mahal siottt!... tetapi sebab tak tahan nak basuh berak dia tiap hari.. aku campak balik ke tempat asal dia... ...
Itu sebelum kawen... bila aku dah kawen dan dah ada rumah sendiri(ada tanah) so, memang boleh lah aku pelihara seekor anak kucing ni... dan dipendekkan cite... semalam time aku balik dari keje... time tu aku tengah pandu kereta kancil... laju tau! Then, di jalan lurus kat INTEKMA RESORT tu... aku hampir terlanggar anak kucing sesat! Comel lak tu... aku berhenti sebab takut terlanggar. Biasalah anak kucing kalau sesat dan kat tengah jalan raya lak tu... menggelupur takut laa... dah yang bengangnya...tetiba lak dia masuk bawah keta aku! Aduh!
Cepat-cepat aku tunduk dari seat dan nampak anak kucing tu mendesis garang kat aku.... aku kemain geram.... aku ragut je anak kucing tu dan bawa masuk dalam keta aku... tau pula dia diam bila dalam keta...(selesa la tu) hahaah... then aku bawa balik umah... mandikan kat luar dengan Sabun antabax...mak aiiihh! Kotor betul! Tapi lepas mandi... memang comel... bulu yang hitam dah putih berseri... sayang lak aku nakbuang ke tempat tu balik... then aku belikan Friskies tapi untuk dewasa punya kucing... takde choice... aku beli dan bagi dia makan. Lepas mandikan tu, aku cari kotak yang masih ada dalam bilik. Dapat satu... akupun buat ‘Apartment’ baru dia... sian dia... dahlah kehilangan ibu dan sesat... hehehe... takpe.. sekurang2nya dia ada rumah baru... letak kain buruk dalam tu dan 2 mangkuk makan dan minum (susu Anmum) hahahahaha!... entahla dia minum ke tak... tu pun idea bini aku... nantilah petang karang... aku beli susu kucing...
Aku ingat nak campak balik hari sabtu ni ke tempat dia.. aku boleh agak mana rumah tuannya... tetapi tengokla... sabtu ni... biarlah diasehari kat umah aku... mala tadi, ajaib betul;, dia boleh kuar dari kotak yang aku tutup dan tindih dengan batu atasnya... rupanya, dia koyakkan tingkap kecik kat tepi kotak tu... patutlah... mengiau sepanjang malam la dia... agaknya sejuk dan first time bukan dengan mak dia... lapar dan penuh dengan suasana baru... masa pi kerja, dia asyik nak duduk bawa keta... mah aikkk... susahnya!, tapi aku letak balik dalam kotak dan biarkan dia memekak.... tapi tau pula dia duk semula dalam kotak tu bila aku balik semula pagi ini....comel tul! Aku dah dapat tips asas jaga anak kucing ni...
Meh kongsi...
Apabila anda telah membawa kucing pulang bersama anda di rumah, adalah penting untuk kita memastikan keperluan asasnya dijaga. Dalam hidupan liar, kucing menyesuaikan diri terhadap persekitaran dengan cara memburu untuk mendapatkan makanan, mendapatkan keselamatan dengan memanjat pokok serta melindungi diri. Apabila berada di rumah, kucing memerlukan bantuan kita untuk hidup harmoni dalam persekitaran ini.
Jika anda telah menyediakan asas makanan, minuman yang baik dan tempat berlindung, maka anda telah melakukan permulaan yang baik. memantau bagaimana kucing menggunakan kemudahan ini akan memberi gambaran berkenaan keadaan kesihatan kucing itu. Kucing merupakan haiwan yang mempunyai rutin, maka sebarang perubahan terhadap tabiat mereka perlulah di periksa agar tiada masalah kesihatan.
Privasi atau waktu bersendirian adalah amat penting bagi kucing. Walaupun kucing itu sangat sosial dan peramah dengan manusia, mereka masih memerlukan waktu bersendirian. Biasanya privasi ini diperlukan ketika mereka menghias diri dan membuang najis. Sesetengah kucing mahukan privasi ketika makan, tetapi ada juga yang lebih berselera makan jika ditemani tuannya.
Kucing yang suka mengasingkan diri, atau takut berada dikalangan manusia, perlulah diberi ruang untuk bersendirian dalam sehari. Memang benar kita boleh melatihnya untuk menjadi lebih sosial tetapi kebanyakan kucing sebenarnya sangat berwaspada dan berhati-hati secara semulajadi, dan tidak ada latihan yang boleh membuang tabiat itu sepenuhnya.
Ada pemilik pernah memberitahu saya yang mereka fikir kucing mereka mungkin pernah di dera sebelum dipelihara oleh mereka. Tapi dalam banyak keadaan, sebenarnya kucing sememangnya telah dilahirkan dengan sikap yang sebegitu. Kucing yang kelihatan takut, terlalu berhati-hati, lama kelamaan akan belajar untuk mempercayai anda dan jangan terkejut jika kucing itu akan menjadi teman yang sangat akrab, walaupun mereka mungkin tidak akan bermanja dengan orang lain sepertimana anda.
Kucing yang diperkenalkan kepada kucing baru yang lain, atau anjing, atau kanak-kanak di dalam rumah, perlu diberi masa untuk bersendirian. Adalah tidak adil jika anda mahukan kucing itu rasa gembira dan menerima kehadiran orang baru dalam rumah dalam masa singkat. Ini bukanlah naluri kcuing kerana kucing benci kepada perubahan. Mereka lebih gemar sesuatu perkara itu kekal asal sepertimana mereka yang mengubahnya (dan bukan orang lain, termasuk anda!). Kucing memerlukan seminggu hingga sebulan untuk menerima perubahan persekitaran, atau sekurang-kurangnya untuk dia tidak berasa begitu takut.
Apabila kucing itu baru dibawa ke rumah yang mempunyai kanak-kanak, semua orang berasa begitu teruja dan mahu menyentuh dan membelainya. Menjadi tumpuan perhatian bukanlah sesuatu yang digemari oleh kucing. Ibubapa perlu mengawal pengendalian kucing itu dan pastikan ia diberi peluang untuk berehat dan bersendirian.
Memasuki rumah baru memberi tekanan kepada kucing, dan tidak mendapat ruang untuk rehat dan menyendiri akan menambahkan lagi beban tekanan itu. Kucing yang tertekan akan mendapat impak negatif terhadap sistem imunisasinya, seperti pernah saya jelaskan artikel dahulu, binatang tidak seperti manusia yang dapat meredakan tekanan dengan cara bermain gitar, bercuti dan sebagainya.
Maka adalah penting untuknya diberi rehat, sediakan ruang untuknya bersembunyi dan tetapkan peraturan di rumah bahawa setiap kali kucing itu berada dalam tempat persembunyian, maka tiada siapa dibenarkan menyentuhnya. Jika anda tidak dapat memberi ruang itu kepadanya, anda perlu menyediakan carrier dan biarkan kucing itu berada di situ beberapa lama. Carrier seperti itu boleh memberinya rasa selamat dan bersendirian
Anak kucing yang dipelihara oleh ibunya mempunyai kelangsungan hidup yang lebih baik berbanding anak kucing yang ditinggalkan dan dipelihara oleh manusia. Jika anda mendapati ada anak kucing yang ditinggalkan ibu atau tidak dijaga oleh ibunya, maka bersedialah untuk kerja-kerja keras dan beberapa kekecewaan. Tetapi jika semuanya berjalan lancar, anda akan mengalami pengalaman istimewa menjaga anak kucing yatim piatu dan membesarkannya kepada kucing dewasa yang sihat.
Untuk itu kita akan melihat secara ringkas perkara-perkara yang perlu anda lakukan jika menjaga anak kucing yang ditinggalkan ibu.
Bagi Makanan Pada Si Comel
Anak kucing yang baru lahir perlu makan setiap 2-3 jam. Mereka mempunyai perut yang kecil dan memerlukan jumlah makanan yang sedikit tetapi berkala. Jangan berikan susu lembu pada anak kucing kerana ini akan menyebabkan sembelit dan kehilangan air pada badan. Anda perlu menggunakan susu yang dirumus khas untuk anak kucing. Susu khas ini boleh diperolehi di klinik vetrinar dengan pelbagai jenama.
Botol susu yang khas juga digunakan untuk menyusu anak kucing (saiznya kecil). Susu perlu diberikan dalam keadaan suam, tetapi bukan panas, ianya sama sepertimana kita berikan kepada bayi manusia.
Bantu Si Comel Untuk Berak dan Kencing
Ya, berak dan kencing, saya tak tahu tajuk apa yang sesuai tetapi dua perkataan itu adalah sangat tepat..hehe. Anak kucing tidak boleh mengawal kencing dan beraknya sehinggalah mereka berumur 4 minggu. Bermula dari kelahiran sehingga minggu ke-4, ibu kucing akan merangsangnya untuk membuang dengan cara menjilat kemaluan anak kucing.
Maka anda juga mesti melakukan perkara yang sama di sini. Tak la, saya bergurau sahaja. Tetapi rangsangan ini boleh ditiru dengan menggunakan kain lembut yang suam dan basah atau menggunakan putik kapas (juga suam dan basah). Balikkan badan anak kucing itu dan secara lembut, sapukan pada kemaluannya sehingga kencing atau najis itu keluar. Ini perlu dilakukan selepas menyusu.
Si Comel Perlu Selamat & Selesa
Anak kucing tidak mempunyai lemak pada badan untuk mengekalkan suhu badannya. Mereka biasanya bergelumang sesama sendiri bersebelahan dengan ibu mereka untuk berkongsi haba. Jika anda mempunyai anak kucing yatim, anda perlu memberikan haba ini dengan menggunakan botol mengandungi air panas atau pad pemanas(setkan suhunya pada kadar rendah sahaja). Kedua-duanya perlu dialas dengan kain tebal (sebaik-baiknya tuala).
Pastikan anak kucing mempunyai ruang untuk merangkak keluar dari pad pemanas atau botol itu jika dia berasa terlalu panas. Anak kucing perlu berada dalam kawasan yang dikekang seperti dalam kotak kecil dialas dengan kain di kawasan yang tidak berhabuk. Disebabkan anak kucing tidak dapat melihat, adalah penting untuk anda mengetahui dimana mereka berada pada setiap masa untuk mengelakkan mereka dari kesusahan.
Anak kucing yatim diberi makanan pejal seperti mana anak kucing biasa. Mereka boleh diperkenalkan dengan sedikit makanan berdaging yang dirumus khas untuk anak kucing pada umur 4 minggu. Pengenalan kepada penggunaan kotak najis juga digalakkan pada ketika umur ini.
Masalah perilaku memang biasa berlaku bagi anak kucing yatim kerana mereka tidak dilatih oleh kucing dewasa yang lain. Mereka cenderung untuk menggigit dengan lebih kuat, tidak bertolak ansur dengan kekangan dan bermain secara kasar. Mereka tidak akan terlepas dengan sikap begini jika mereka dipelihara oleh ibunya, atau kucing dewasa lain, atau adik-beradik mereka yang lain.
Kucing lain akan mengajar 'budi bahasa' dan memberi reaksi dengan menggigit balas, mencakar balas dan 'kepimpinan melalui tauladan'. Malangnya anak kucing yatim yang seorang diri tidak akan menerima pelajaran 'budi bahasa' seperti ini. Mendedahkan anak kucing yatim kepada manusia lain atau kucing lain pada umur muda akan membantu membetuk perilaku yang baik. Jangan biarkan anak kucing ini menggigit atau bermain secara agresif kerana ini hanya mendorong perilaku buruk.
Untuk maklumat lanjut sila layari web...
http://alamkucing.blogspot.com/2009/03/menjaga-anak-kucing-yang-ditinggalkan.html
anyway... akhirnya aku namakan anak kucing nii... sebagai... BB...sebab dia kucing betina... hehehhehe! SEBAB AKU INI GREENDREAM.... maka aku sayang anak kucing ni...
Langgan:
Catatan (Atom)