The Alien - Link Select

Selasa, 2 Jun 2009

TERMINATOR

Menonton Terminator pastinya adalah satu perasaan yang cukup mengujakan. Terminator 1, aku tidak sempat menontonnya di panggung...begitu juga Terminator 2. tetapi Terminator 3... tentulah aku menontonnya di pewagam bersama Ustaz Lex dan kengkawan UITM dulu.. dan Terminator 4 ni pula aku tonton kat Pewagam bersama bini aku dan anak2 buahnya... hehehe... tonton kat JJ. TGV kat sini pun ok gak... cuma ada beberapa kelemahan pengurusan yang kerap berlaku. Namun tidaklah sampai mematahkan semangat aku untuk menonton cerita ini.
Setelah menontonnya selama sejam lebih... akhirnya aku berpendapat... Terminator kali ini adalah cerita yang sepatutnya jadi Terminator part 1.... Segalanya bermula di sini. Sebelum Kyle Reese kembali ke masa lampau untuk menghalang Skynet dan terminator (Arnold) -part 1 punya terminator dari membunuh Sarah Connor dan akhirnya John Connor pada part 2 dan 3... tetapi Kyle Reese mati pada part 1 lagi... dan usaha itu disambung dengan menghantar terminator model yang sama untuk melindungi John dan emaknya... dan bila usaha itu gagal...Terminatrix pula dihantar dalam part 3... untuk menghapuskan John Connor dengan isterinya. tetapi usaha itu gagal juga.... dan Penentangan terhadap SKYNET berterusan juga... cuma dipostpone la... hehehe...
Dalam TS- John Connor yang telah menjadi ketua penentang telah melakukan yang terbaik untuk mempertahankan umat manusia. Dan usahanya itu dibantu oleh bebarapa orang yang sangat setia dan pejuang yang terpilih. Kemudian ia dibantu oleh satu Cyborg-model pertama yang diusahakan oleh Skynet bagi tujuan untuk perubatan- Yang berfikiran bahawa dia adalah manusia tulen dan bukannya Cyborg. Dia akhirnya membantu John Connor selamatkan Kyle Reese dan juga untuk memusnahkan Skynet dari dalam (Kes menentang kanser dengan nanoteknologi robotik) Tetapi akhirnya, Cyborg ini berjaya bukan sahaja membantutkan Skynet malah telah menyerahkan jantungnya pada John Connor yang cedera parah ketika bertempur dengan Terminator T-800 yang hebat lagi gagah(Menggunakan wajah Arnold-muda).....okla cite ni kali ini... 5/10 bintang!