Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
20:1. Tha Ha.
20:2. Kami tidak turunkan al-Qur'an kepada kamu supaya
kamu jadi sengsara,
20:3. Tetapi hanya sebagai peringatan bagi orang yang
takut.
20:4. Satu penurunan daripada-Nya yang mencipta bumi
dan langit yang tinggi.
20:5. Yang Pemurah, duduk di atas Arasy,
20:6. Kepunyaan-Nya apa yang di dalam langit, dan apa
yang di dalam bumi, dan semua yang di antara keduanya, dan semua yang di bawah
tanah.
20:7. Kamu lantangkanlah ucapan kamu; namun demikian,
sesungguhnya Dia tahu rahsia, dan apa yang lebih tersembunyi.
20:8. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia.
Kepunyaan-Nya nama-nama paling baik.
20:9. Sudahkah datang kepada kamu hadis (cerita) Musa?
20:10. Apabila dia melihat api, dan berkata kepada
keluarganya, "Tetaplah kamu di sini; aku lihat api. Mudah-mudahan aku
datangkan kepada kamu sepotong kayu yang bernyala, atau aku dapati di api,
petunjuk."
20:11. Apabila dia datang kepadanya, dia dipanggil,
"Wahai Musa,
20:12. Sesungguhnya Akulah Pemelihara kamu; tanggalkan
kasut kamu; kamu adalah di lembah suci, Thuwa.
20:13. Aku Sendiri telah pilih kamu; maka dengarlah
apa yang diwahyukan.
20:14. Sesungguhnya Akulah Allah; tidak ada tuhan
melainkan Aku; maka sembahlah Aku, dan lakukan solat untuk mengingati Aku.
20:15. Saat pasti datang; Aku hampir-hampir
rahsiakannya, supaya tiap-tiap jiwa dibalas dengan apa ia usahakan.
20:16. Janganlah sesiapa halangi kamu daripadanya,
yang tidak percayainya dan ikut keinginannya, atau kamu akan binasa.
20:17. Apakah itu yang di tangan kanan kamu, wahai
Musa?"
20:18. Berkata, "Ia tongkatku; aku bersandar
padanya, dan dengannya aku memukul pokok untuk daun-daun kambingku, dan
keperluan lain juga aku dapati padanya."
20:19. Berkatalah Dia, "Lemparlah ia, wahai
Musa!"
20:20. Maka dia melemparnya, dan tiba-tiba ia jadi
ular yang merayap.
20:21. Berkata, "Ambillah ia, dan janganlah
takut; Kami akan kembalikan kepada keadaannya yang pertama.
20:22. Dan kepitkan tangan kamu pada sayap (ketiak)
kamu; ia akan keluar putih, tanpa keburukan. Itu adalah ayat yang kedua,
20:23. Untuk Kami lihatkan kepada kamu sebahagian
daripada ayat-ayat Kami yang terbesar.
20:24. Pergilah kepada Firaun; sesungguhnya dia
melampaui batas."
20:25. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, lapangkanlah
dadaku,
20:26. Dan mudahkanlah untukku urusanku.
20:27. Dan lepaskanlah ikatan pada lisanku (lidahku),
20:28. Supaya mereka faham ucapanku.
20:29. Lantikkanlah untukku, daripada keluargaku,
seorang wazir,
20:30. Harun, saudaraku.
20:31. Dengan dia, teguhkanlah kekuatanku,
20:32. Dan sekutukanlah dia dengan aku dalam urusanku,
20:33. Supaya kami sanjung Engkau dengan banyak,
20:34. Dan mengingat Engkau dengan banyak.
20:35. Sesungguhnya Engkaulah yang melihat pada
kami."
20:36. Berkatalah Dia, "Kamu diberi, wahai Musa,
rayuan kamu.
20:37. Pada kali yang lain, Kami telah pun berbudi
baik kepada kamu,
20:38. Apabila Kami wahyukan apa yang diwahyukan
kepada ibumu,
20:39. 'Lemparkanlah dia ke dalam tabut (peti), dan
lemparkanlah dia ke laut, dan biarkanlah laut melemparnya ke tebing. Seorang
musuh-Ku dan musuhnya akan mengambilnya.' Dan Aku lemparkan kepada kamu kasih
sayang daripada-Ku, dan supaya kamu dibentuk di bawah mata-Ku (pengawasan-Ku).
20:40. Apabila saudara perempuan kamu pergi berjalan,
dan berkata, 'Bolehkah aku tunjukkan kepada kamu orang yang akan menjaganya?'
Maka Kami kembalikan kamu kepada ibumu, supaya dia gembira, dan tidak sedih.
Kemudian kamu bunuh satu jiwa, dan Kami selamatkan kamu daripada kesedihan, dan
Kami uji kamu dengan banyak ujian. Kamu telah tinggal beberapa tahun di
kalangan penduduk Madyan, kemudian kamu datang, wahai Musa, menurut satu
ketetapan.
20:41. Aku telah pilih kamu untuk diri-Ku,
20:42. Pergilah kamu dan saudara kamu dengan
ayat-ayat-Ku, dan janganlah lalai untuk mengingati-Ku.
20:43. Pergilah kamu berdua kepada Firaun;
sesungguhnya dia melampaui batas.
20:44. Namun begitu, ucapkanlah dengan lemah lembut
kepadanya; mudah-mudahan dia mengingati, atau dia takut."
20:45. Keduanya berkata, "Wahai Pemelihara kami,
sesungguhnya kami takut bahawa dia bersegera menyeksa kami, atau melampaui
batas."
20:46. Berkatalah Dia, "Jangan takut.
Sesungguhnya Aku berserta kamu, mendengar dan melihat.
20:47. Maka pergilah kamu berdua kepadanya, dan
katakan, 'Kami adalah Rasul-Rasul Pemelihara kamu, maka utuskanlah bersama kami
Bani Israil dan janganlah azab mereka; kami datang kepada kamu dengan ayat
daripada Pemelihara kamu; dan sejahtera ke atas orang yang ikut petunjuk!
20:48. Telah diwahyukan kepada kami bahawa azab adalah
kepada orang yang dustakan dan berpaling.'"
20:49. Berkata, "Siapakah Pemelihara kamu, wahai
Musa?"
20:50. Berkata, "Pemelihara kami ialah Dia yang
beri segala sesuatu ciptaannya, kemudian berikannya petunjuk."
20:51. Berkata, "Dan bagaimanakah dengan
generasi-generasi dahulu?"
20:52. Berkata, "Pengetahuan mengenai mereka
adalah di sisi Pemeliharaku di dalam Kitab; Pemeliharaku tidak sesat, dan tidak
juga lupa.
20:53. Dia yang buatkan bumi untuk menjadi buaian bagi
kamu, dan di dalamnya menyelitkan jalan-jalan untuk kamu dengan beberapa jalan,
dan turunkan air dari langit, dan dengannya Kami keluarkan bermacam-macam jenis
tumbuhan.
20:54. Makanlah kamu, dan biarkanlah binatang ternak
kamu makan! Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi
orang-orang empunya pengertian.
20:55. Daripadanya Kami cipta kamu, dan kepadanya Kami
kembalikan kamu, dan keluarkan kamu darinya pada kali yang kedua."
20:56. Maka Kami lihatkan kepadanya semua ayat-ayat
Kami, tetapi dia dustakan, dan dia tolak.
20:57. Berkata, "Adakah kamu datang kepada kami
untuk mengusir kami daripada bumi kami dengan sihir kamu, wahai Musa?
20:58. Sungguh, kami akan datangkan kepada kamu sihir
yang serupa dengannya; maka buatlah satu janji temu antara kami dan kamu di
suatu tempat yang disetujui bersama, dan kami tidak mungkirinya, dan tidak juga
kamu."
20:59. Berkata, "Janji temu kamu ialah Hari
Perhiasan. Hendaklah manusia dikumpulkan pada waktu duha (pagi)."
20:60. Firaun berpaling, dan kumpulkan muslihatnya.
Kemudian dia datang.
20:61. Musa berkata kepada mereka, "Celakalah!
Janganlah ada-adakan dusta terhadap Allah supaya Dia tidak binasakan kamu
dengan azab. Kecewalah orang yang mengada-adakan."
20:62. Dan mereka berbalahan dalam urusan mereka
antara mereka, dan berbicara secara rahsia.
20:63. Mereka berkata, "Dua orang ini adalah
ahli-ahli sihir, dan mereka hendak usir kamu daripada bumi kamu dengan sihir
mereka, dan untuk hilangkan tarekat (jalan) kamu yang terutama.
20:64. Maka kumpulkan muslihat kamu, kemudian datanglah
dalam barisan-barisan. Sesiapa pada hari ini yang di atas, sungguh
beruntung."
20:65. Mereka berkata, "Wahai Musa, adakah kamu
yang akan lempar, atau kamikah yang pertama melemparkan?"
20:66. Berkata, "Tidak, kamu lemparlah!" Dan
tiba-tiba ia, seolah-olah nampak kepadanya, daripada sihir mereka, tali-tali
mereka dan tongkat-tongkat mereka merayap,
20:67. Dan Musa berasa takut di dalam dirinya.
20:68. Kami berkata, "Jangan takut; sesungguhnya
kamulah yang tinggi,
20:69. Lemparlah apa yang di tangan kanan kamu, dan ia
akan telan apa mereka buat; mereka hanya buat tipu muslihat ahli sihir, dan
ahli sihir tidak beruntung di mana sahaja dia datang."
20:70. Dan ahli-ahli sihir lemparkan diri-diri mereka,
bersujud. Mereka berkata, "Kami percaya kepada Pemelihara Harun dan
Musa."
20:71. Berkata, "Kamu percaya kepadanya sebelum
aku izinkan kamu! Sesungguhnya dia pembesar kamu yang mengajar kamu sihir; sungguh,
aku akan potong berselang-seli tangan-tangan kamu dan kaki-kaki kamu, dan
kemudian aku akan salib kamu pada batang pohon-pohon palma; kamu pasti akan
tahu siapa antara kita yang lebih keras dalam azab, dan lebih kekal."
20:72. Mereka berkata, "Kami tidak akan lebih
suka kamu daripada bukti-bukti yang jelas yang datang kepada kami, dan tidak
juga daripada Dia yang memulakan kami. Maka putuskanlah apa yang kamu akan
putuskan; kamu hanya boleh memutuskan mengenai kehidupan dunia ini.
20:73. Kami percaya kepada Pemelihara kami supaya Dia
ampunkan kami atas pelanggaran-pelanggaran kami dan sihir yang kamu paksa kami
lakukan; Allah adalah lebih baik, dan lebih kekal."
20:74. Sesiapa yang datang kepada Pemeliharanya
sebagai seorang yang berdosa, baginya Jahanam; di dalamnya dia tidak mati, dan
tidak juga hidup.
20:75. Dan sesiapa yang datang kepada-Nya sebagai
seorang mukmin, setelah buat kerja-kerja baik , maka mereka itu, bagi mereka
darjat yang tertinggi.
20:76. Taman-Taman Adn, yang di bawahnya mengalir
sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah balasan ke atas orang
yang menyucikan diri.
20:77. Kami wahyukan Musa, "Berjalanlah dengan
hamba-hamba-Ku pada waktu malam; buatkan untuk mereka jalan yang kering di
dalam laut, tanpa takut akan dipintas, dan tidak juga ketakut-takutan."
20:78. Firaun ikut mereka dengan tenteranya, tetapi
mereka ditutupi oleh laut, mereka ditutup.
20:79. Dan Firaun telah sesatkan kaumnya, dan tidak
beri petunjuk.
20:80. Wahai Bani Israil, Kami telah selamatkan kamu
daripada musuh kamu, dan Kami menemujanji dengan kamu di sebelah kanan gunung,
dan turunkan kepada kamu manna dan salwa.
20:81. "Makanlah benda-benda yang baik yang Kami
rezekikan kamu, tetapi janganlah melampaui batas padanya, atau kemurkaan-Ku akan
turun kepada kamu; dan sesiapa diturunkan kepadanya kemurkaan-Ku, maka
sesungguhnya binasalah dia.
20:82. Sesungguhnya Aku, Yang Pengampun kepada orang
yang bertaubat, dan percaya, dan buat kerja-kerja baik , dan akhirnya dapat
petunjuk."
20:83. "Mengapakah kamu bercepat-cepat daripada
kaum kamu, wahai Musa?"
20:84. Berkata, "Mereka adalah di atas jejakku;
aku bercepat-cepat, wahai Pemeliharaku, hanya supaya aku memuaskan hati
Engkau."
20:85. Berkatalah Dia, "Sungguh, Kami uji kaum
kamu sepeninggalan kamu, dan Samiri sesatkan mereka."
20:86. Kemudian Musa kembali, marah dan dukacita,
kepada kaumnya. Dia berkata, "Wahai kaumku, tidakkah Pemelihara kamu
janjikan satu janji yang baik kepada kamu? Adakah masa perjanjian terasa
terlalu panjang kepada kamu, atau adakah kamu hendak kemurkaan diturunkan
kepada kamu daripada Pemeliharamu, supaya kamu mungkiri janji temu kamu
denganku?"
20:87. Mereka berkata, "Kami tidak mungkiri janji
temu kami dengan kamu daripada kemahuan kami; tetapi kami dibebankan oleh
beban-beban, yang juga adalah perhiasan-perhiasan kaum, dan kami lemparkan
mereka, seperti demikian Samiri lemparkan mereka, ke dalam api."
20:88. Kemudian dia keluarkan bagi mereka Anak Lembu
yang hanya berjasad, berbunyi seperti lembu; dan mereka berkata, "Inilah
tuhan kamu, dan tuhan Musa, yang dia lupa."
20:89. Apa, tidakkah mereka lihat bahawa ia tidak
kembalikan ucapan kepada mereka, dan tidak juga ada sebarang kuasa untuk
mudaratkan atau manfaatkan mereka?
20:90. Namun begitu, Harun sebelumnya telah berkata
kepada mereka, "Wahai kaumku, kamu hanyalah diuji dengannya; sesungguhnya
Pemelihara kamu ialah Yang Pemurah; maka ikutlah aku, dan taatlah kepada
perintahku."
20:91. Mereka berkata, "Kami akan tetap bertekun
padanya sehingga Musa kembali kepada kami."
20:92. Berkata, "Apakah yang halangi kamu, wahai
Harun, apabila kamu lihat mereka sesat,
20:93. Supaya kamu tidak ikut aku? Adakah kamu ingkar
akan perintahku?"
20:94. Berkata, "Wahai anak ibuku, janganlah
ambil aku dengan janggut, atau kepalaku! Aku takut kamu akan berkata, 'Kamu
telah pecahkan Bani Israil, dan kamu tidak endahkan ucapanku.'"
20:95. Berkata, "Dan kamu, Samiri, apakah urusan
kamu?"
20:96. Berkata, "Aku lihat apa yang mereka tidak
lihat, dan aku ambil segenggam debu daripada jejak Rasul, dan melemparnya ke
dalam benda itu. Demikian jiwaku menghasutku."
20:97. Berkata, "Pergilah! Bagi kamu dalam
seluruh kehidupan dunia ini adalah untuk berkata, 'Jangan sentuh aku!', dan
selepas itu ada janji temu bagi kamu yang kamu tidak mungkir. Lihatlah pada
tuhan kamu, yang kamu tetap bertekun padanya! Sungguh, kami akan membakarnya
dan taburkan abunya ke dalam laut, bertaburan.
20:98. Tuhan kamu hanyalah Allah; tidak ada tuhan,
melainkan Dia sahaja, yang dalam pengetahuan-Nya merangkumi segala
sesuatu."
20:99. Demikianlah Kami ceritakan kepada kamu
berita-berita daripada apa yang telah berlalu, dan kami beri kamu peringatan
daripada sisi Kami.
20:100. Sesiapa yang berpaling daripadanya, pada Hari
Kiamat, dia akan memikul beban,
20:101. Di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya;
betapa buruknya pada Hari Kiamat beban itu untuk mereka!
20:102. Pada hari trompet ditiup; dan Kami kumpulkan
orang-orang yang berdosa, pada hari itu, dengan mata-mata merenung dengan
tepat,
20:103. Mereka berbisik-bisik kepada satu sama lain,
"Kamu tinggal hanya sepuluh."
20:104. Kami sangat-sangat tahu apa mereka kata,
apabila yang terutama daripada mereka pada tarekat (jalan) berkata, "Kamu
tinggal hanya sehari."
20:105. Mereka tanya kamu mengenai gunung-gunung.
Katakanlah, "Pemelihara aku akan taburkan mereka, bertaburan,
20:106. Kemudian Dia tinggalkan mereka menjadi lubang
yang rata,
20:107. Di mana kamu lihat tiada yang bengkok, dan
tiada juga sebarang yang lengkok."
20:108. Pada hari itu, mereka ikut penyeru yang
padanya tiada kebengkokan, dan suara-suara direndahkan kepada Yang Pemurah
supaya kamu dengar tiada, kecuali bisikan.
20:109. Pada hari itu, syafaat (pengantaraan) tidak
bermanfaat kecuali orang yang kepadanya Yang Pemurah izinkan, dan ucapannya Dia
sangat puas hati.
20:110. Dia tahu apa yang di hadapan mereka, dan yang
di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahuinya dalam pengetahuan.
20:111. Dan muka-muka tunduk kepada Yang Hidup, Yang
Kekal; dan kecewalah orang yang membawa kezaliman.
20:112. Tetapi sesiapa yang buat kerja-kerja baik ,
sedang dia seorang mukmin, dia tidak takut akan kezaliman, dan tidak juga
ketidakadilan.
20:113. Begitulah Kami turunkannya sebagai sebuah
al-Qur'an bahasa Arab, dan Kami mengulang-ulangi di dalamnya sesuatu daripada
ancaman, supaya mereka bertakwa, atau ia menimbulkan peringatan bagi mereka.
20:114. Maka, tingginya Allah, Raja yang benar! Dan
janganlah bercepat-cepat dengan al-Qur'an, sebelum wahyunya disempurnakan
kepada kamu, dan katakan, "Wahai Pemeliharaku, tambahkanlah aku dalam
pengetahuan."
20:115. Dan Kami telah buat perjanjian dengan Adam
sebelumnya, tetapi dia lupa, dan Kami dapati padanya tiada tekad yang kuat.
20:116. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat,
"Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia
enggan.
20:117. Kemudian Kami berkata, "Wahai Adam,
sesungguhnya ini musuh bagi kamu, dan isteri kamu. Maka janganlah ia keluarkan
kamu berdua dari Taman supaya kamu jadi sengsara.
20:118. Sesungguhnya bagi kamu, tidaklah kamu
kelaparan di dalamnya, dan tidak juga kamu bertelanjang,
20:119. Dan tidak juga kamu berasa dahaga di dalamnya,
dan tidak juga kepanasan."
20:120. Kemudian syaitan bisik kepadanya, dengan
berkata, "Wahai Adam, bolehkah aku tunjukkan kepada kamu Pokok Yang Kekal,
dan sebuah kerajaan yang tidak binasa?"
20:121. Maka kedua mereka makan daripadanya, dan
bahagian-bahagian aib mereka jadi nyata bagi mereka, dan mereka mulai menjahit
pada mereka daun-daun Taman. Dan Adam mengingkari Pemeliharanya, lalu
bersalahlah dia.
20:122. Setelah itu Pemeliharanya memilihnya, dan
terima taubatnya, dan Dia memberinya petunjuk.
20:123. Berkata, "Turunlah kamu, kedua-dua kamu
bersama-sama, keluar darinya, sebahagian kamu jadi musuh bagi sebahagian yang
lain; tetapi jika datang kepada kamu daripada-Ku petunjuk, maka sesiapa yang
ikut petunjuk-Ku, tidak akan sesat, dan tidak juga dia jadi sengsara.
20:124. Tetapi, sesiapa yang berpaling daripada
Peringatan-Ku, baginya penghidupan yang sempit, dan pada Hari Kiamat, Kami
bangkitkan dia buta."
20:125. Dia berkata, "Wahai Pemeliharaku,
mengapakah Engkau bangkitkan aku buta, padahal aku seorang yang boleh
melihat?"
20:126. Berkata, "Demikianlah; ayat-ayat Kami
telah datang kepada kamu, dan kamu lupakannya; dan demikianlah, pada hari ini
kamu dilupakan."
20:127. Begitulah Kami balas orang yang membazir (berlebihan),
dan yang tidak percayai ayat-ayat Pemeliharanya; dan azab akhirat lebih keras,
dan lebih kekal.
20:128. Tidakkah ia satu petunjuk bagi mereka bahawa
berapa banyaknya generasi yang Kami telah musnahkan sebelum mereka, yang di
tempat-tempat tinggal mereka, mereka berjalan? Sesungguhnya pada yang demikian
itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang empunya pengertian.
20:129. Dan sekiranya tidak kerana satu kata yang
terdahulu daripada Pemelihara kamu, dan satu tempoh yang dinyatakan, tentu ia
telah mengikat.
20:130. Maka sabarlah kamu atas apa mereka kata, dan
sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu, sebelum terbit matahari, dan sebelum
terbenamnya, dan lafazlah sanjungan Pemelihara kamu pada bahagian-bahagian
malam, dan pada tepi-tepi siang, supaya kamu sangat puas hati.
20:131. Janganlah kamu panjangkan mata-mata kamu
kepada apa yang kami beri kesenangan pasangan-pasangan antara mereka, dengan
bunga kehidupan dunia, supaya Kami uji mereka dengannya; dan rezeki Pemelihara
kamu adalah lebih baik, dan lebih kekal.
20:132. Dan suruhlah keluarga kamu bersolat, dan
sabarlah kamu padanya; Kami tidak minta daripada kamu rezeki, tetapi Kamilah
yang beri rezeki kepada kamu. Dan kesudahan adalah bagi orang takwa.
20:133. Mereka berkata, "Mengapa dia tidak
datangkan kepada kami satu ayat daripada Pemeliharanya?" Tidakkah telah
datang kepada mereka bukti yang jelas daripada apa yang di dalam
naskhah-naskhah gulungan yang pertama (dahulu)?
20:134. Sekiranya Kami binasakan mereka dengan satu
azab sebelumnya, tentu mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, mengapa
Engkau tidak utus kepada kami seorang Rasul supaya kami ikut ayat-ayat Engkau,
sebelum itu kami dihina dan direndahkan?"
20:135. Katakanlah, "Masing-masing sedang
menunggu; maka tunggulah, dan sesungguhnya kamu akan tahu siapakah pengembara
yang di atas jalan yang datar, dan siapa yang dapat petunjuk."