The Alien - Link Select

Rabu, 23 Januari 2008

SABAH COLLEGE


MAKTAB SABAH (1997-1998)(http://www.sabah.edu.my/maktab_sabah/home.html )- 2 tahun kat Maktab Sabah. Ni lagi kenangan paling bermaknan dalam hidup aku... di sinilah aku kenal macam2. Kenal kawan2 aku yang semua kepala gile2. Antara mereka ialah yang aku ingat lah... Boy- Roslin-Keje polis kat Ampang), Perry(Keje swasta artkitek kat area KL), Mohd Azlan blues(ilang tanpa jejak), Mohd Nazri kurus(Hilang), Nazri White(Masih di KK), Rudywan(Masih di KK), Yen Tahir(Sembulan), Yasir(Masih dilikas, sekarang bawa Bas ekspress dah kahwin dah pun...), Jaidi(MBKK), BJ(Kastam),Pok(KL), Robby(KFC-dah kahwin ngan Atikah) dan yang lain-lain macam Madzrah tu... dah lupa dah dah lost kontek... hihiii..
Diorang semua penah buat program camping ngan aku kat Sungai Sugut, penampang... masa tu aku tingkatan 6 atas kot... Kita orang planning pi camping 3 malam 4 hari kat sugut... tempat tu memnag strategik gile... best aa... aku masa tu merokok lagi.. sekarang dah berhenti laa.. hihiiiihi... kita orang berkehmah betul2 tepi sungai... kalau air naik malam tu tentu kitaorang hanyut oleh arus deras sungai sugut. Tetapi alhamdulillah... semua selamat...

HARI KHAMIS ???


Hari ni khamis... macam biasalah rutin harian aku... bangun sahur, untuk puasa hari Khamis... bagi aku puasa sunat pada hari ni adalah wajib... so takleh la tinggal... Minggu lepas sya demam.. so tak dapat nak puasa... Kena istighfar la juga 1000 kali sebagai ganti puasa yang tertinggal tu.... Hari ni alhamdulillah... dapat juga posa... pagi tadi .. lepas je subuh.. tak sedar tertidur masa layan DVD- cerita Rogue- Jet Li... lepas satu sedar je .. dah jam 9 pagi... Then layan lagi cite Unleasehed-Danny the dog ( jet Li ) Kiranya aku memang minat gile ngan pelakon juara wushu sedunia ni... Lepas klayan cite tu Aku bergegas mandi dan nak pi keje.... Biasalah shif malam... Mujurlah aku ni jenis yang rajin buang masa kat Library... so keje kat Library macam keje kat umah aku je... boleh dikatakan LIbrary adalah Rumah no.2 selepas rumah no.1 .. ...Hari ni sampai je opis terus ngadap komputer... buka E mail dan post new untuk blog ni... oklaa... see ya petang karang!


Jam lebih kuang 2.30 pm... aku selesai susun buku... jenuh juga menyusun buku yang berterabur kat ats rak2 tu... bagai nak tercabut tulang belakang aku ni... kekadang pelajar2 ni bikin geram tau! Diorang ni biasa jelaa selerakkan buku... letak buku merata-rata, sorok buku ditempat yang tertentu dan akhirnya buat aku susah nak susun balik untuk memudahkan diorang cari buku tu balik... ada kalanya terfikir ga aku... BODOH agaknya diorang ni... belajar je tinggi2 tapi bodoh tahap kambing! Ha ha ha!
Aku teringat masa aku sekolah kat SMK SANZAC( http://www.sabah.edu.my/sanzac/ ) sembulan Kota Kinabalu dulu... fuh memang best... penah tgk lambang sekolah? tu kat atas tu.. tu lambangnya... Banyak kenagan aku kat sekolah tu... di situlah aku jumpa Rizal Johari, Norzesam, Bobby, Rahmat, Johan Tamat, Iskandar, Al-Hajah(Sepupu-hilang tanpa jejak), Salleh Imbin, Lastin Garatam, Robin Tampulan, Mohd. Asri, Sani Imal, Azranizam Dugoh, Khusaini tarawek(Polis kat Bukit aman dah sekarang),Asmawi, Azrianie Idrus, Felicia Jaikul (Metron), Cikgu Yaakub( Warden) ngan Cikgu Muhammad, Cikgu Kamal, Sir James Molijoh, Paling penting sekali aku jatuh cinta ngan cikgu B.M aku... Cikgu Maslina... hahahaha... kelakatr bila ingat balik.! Anyway SMK Sanzac adalah sekolah yang paling bermakna bagi aku... sehingga aku menggelarkan diri aku ZACK sempena nama SANZAC....(1992-1995)