Selasa, 20 Julai 2010
SOLAT BERJEMAAH....
Solat Berjemaah.
Posted on Sunday, July 18, 2010 in Bukhari
Abu Hurairah r.a mengkhabarkan bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Solat berjemaah lebih utama daripada solat sendirian sebanyak dua puluh lima kali ganda. Para malaikat malam dan para malaikat siang berkumpul bersama ketika solat fajar”. Kemudian Abu Hurairah berkata : “Jika kamu suka, bacalah ayat al-Quran sesungguhnya bacaan waktu fajar disaksikan oleh para malaikat”. (al-Bukhari)
Ibadah yang dilakukan bertepatan dengan kehendak syarak akan mendapat pahala yang dijanjikan. Tambahan pula jika ia dibuat pada waktu-waktu sunat maka akan bergandalah balasannya. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyatakan bahawa setiap manusia hendaklah berlumba-lumba melakukan kebaikan selama hidupnya kerana tiada siapa yang tahu bilakah akhir usianya. Oleh itu janganlah kita melalaikan waktu-waktu terluang begitu sahaja kerana setiap saat seorang Muslim itu adalah terlalu berharga.
Sepertimana yang dinyatakan, solat berjemaah adalah 25 kali ganda lebih utama dari solat bersendirian. Jadi sama-samalah kita merebut peluang untuk solat berjemaah selagi keuzuran tidak menghalangnya.
PENULIS : JOM PI MASJID!!!
Langgan:
Catatan (Atom)