The Alien - Link Select

Ahad, 20 Februari 2011

TANDA-TANDA KIAMAT


WASHINGTON (AFP) – A growing, more affluent population competing for ever scarcer resources could make for an "unrecognizable" world by 2050, researchers warned at a major US science conference Sunday.

The United Nations has predicted the global population will reach seven billion this year, and climb to nine billion by 2050, "with almost all of the growth occurring in poor countries, particularly Africa and South Asia," said John Bongaarts of the non-profit Population Council.

To feed all those mouths, "we will need to produce as much food in the next 40 years as we have in the last 8,000," said Jason Clay of the World Wildlife Fund at the annual meeting of the American Association for the Advancement of Science (AAAS).

"By 2050 we will not have a planet left that is recognizable" if current trends continue, Clay said.

The swelling population will exacerbate problems, such as resource depletion, said John Casterline, director of the Initiative in Population Research at Ohio State University.

But incomes are also expected to rise over the next 40 years -- tripling globally and quintupling in developing nations -- and add more strain to global food supplies.

People tend to move up the food chain as their incomes rise, consuming more meat than they might have when they made less money, the experts said.

It takes around seven pounds (3.4 kilograms) of grain to produce a pound of meat, and around three to four pounds of grain to produce a pound of cheese or eggs, experts told AFP.

"More people, more money, more consumption, but the same planet," Clay told AFP, urging scientists and governments to start making changes now to how food is produced.

Population experts, meanwhile, called for more funding for family planning programs to help control the growth in the number of humans, especially in developing nations.

"For 20 years, there's been very little investment in family planning, but there's a return of interest now, partly because of the environmental factors like global warming and food prices," said Bongaarts.

"We want to minimize population growth, and the only viable way to do that is through more effective family planning," said Casterline.

P/S : agaknya ramalanku kiamat bahawa pada 2067 Masihi akan berlaku.... tahun 2050 Masihi, saintis ini menganggarkan masalah2 seperti ini.... dan masa itu Dajjal pasti muncul dan keadaan ini akan menjadikan manusia mudah dipengaruhi Dajjal laknatullah!

JIN???

"Diciptakan malaikat dari cahaya, diciptakan jin dari nyalaan api dan diciptakan Adam (manusia) dari apa yang telah dijelaskan kepada kalian."



1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil @ Jaan. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati NabiAdam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan JinTidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidakIslam).
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliaum enambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu(sambil berseloroh).
5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,tempat-tempat tinggi (klcc), tandas dan kubur.
6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnyajalanraya), perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikutsirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu sukasangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bilapulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!
7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun ataubomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila NabiSulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaimanmeninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk dikerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya.Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuhserta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnyatenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu.Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9) rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belumduduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkanmembaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidakperlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!
10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang dirasuk.

API DAN ASAL USUL JIN
Menurut al-Quran, Allah Subhanahu wa Ta'ala mencipta jin daripada api yang panas. Berbeza dengan malaikat yang Allah cipta daripada cahaya. Allah juga menjelaskan bahawa Dia menciptakan jin dan malaikat lebih dahulu daripada manusia. Tetapi tidak diketahui secara tepat jarak waktunya di antara dua penciptaan itu.

Dalam al-Quran terdapat dua istilah api yang dijadikan jin itu. Ada yang dikatakan nar al-samum (api yang sangat panas) dan ada pula yang dikatakan marij (nyalaan api). Daripada tafsiran ulama, tidak terdapat perbezaan ketara antara keduanya. Cuma al-samum adalah sifat yang ditambahkan yang merupakan penjelas kepada ciri atau sifat marij.

Oleh itu jelas sifat-sifat api itu juga ada pada jin. Api bersifat ringan, terdiri daripada campuran pelbagai warna dan ia tiada bentuk yang tetap; boleh memanjang, memendek, lentok ke kiri atau ke kanan dan sebagainya. Dari segi faktanya jin dikatakan bergerak pantas; boleh terbang di udara dan menyelam di air. Jin juga diketahui ada berbagai-bagai warna. Ia boleh mengubah bentuk tubuh badannya; memanjang, memendek, bulat, lonjong dan sebagainya.

Selain itu jin mempunyai beberapa kelebihan seperti tidak dapat dilihat oleh manusia, dapat masuk ke dalam bumi dan mempunyai umur yang panjang. Semua kelebihan-kelebihan itu adalah hasil permintaan jin yang diperkenankan oleh Allah ketika awal-awal jin dicipta.

Daripada Ibn Abbas r.a.: "Allah menciptakan pemimpin jin daripada nyalaan api. Kemudian dikatakan kepada jin yang baru sahaja dicipta itu: 'Mintalah sesuka hatimu.' Maka jin pun berkata: 'Aku meminta agar aku dapat melihat tetapi aku sendiri tidak boleh dilihat, aku meminta agar dapat masuk ke dalam bumi dan aku meminta supaya dipanjangkan usia dan menjadi muda lagi sebelum mati.'

Adakah JIN Itu Beranak Pinak Seperti Manusia?

Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk

matang dan menjadi baligh.

Berbeza dengan JIN dimana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka JIN perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak JIN yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaannya

sehingga ke hari kiamat.

Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan JIN dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.

Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan JIN dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut JIN.

Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk JIN pula ialah

" Jaan " yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang kembali beriman kepada Allah

JIN juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada yang kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak.

Majoriti puak-puak JIN terdiri daripada golongan Jin Kafir. Golongan JIN kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan JIN yang tidak beragama. Golongan Jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan minoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan JIN.

Seperti juga manusia biasa, JIN juga berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah. Antaranya ada JIN Islam yang bertaraf awam sahaja, JIN Islam yang di tingkat iman Khawas dan JIN Islam yang berada ditingkat iman yang Khawasil-Khawas.

Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya, tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya. Tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran.

Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa "Sebaik-Baik JIN Itu Ialah Sejahat-Jahat Manusia Yang Fasik. " Tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik.

Golongan JIN Islam yang awam dan JIN kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas tidak dapat di rasuk oleh JIN, bahkan JIN pula akan datang kepada mereka untuk bersahabat.
Bolehkah Manusia Melihat JIN?

Manusia tidak boleh melihat JIN dalam kewujudannya yang asli, kerana Allah s.w.t. telah memperkenankan permohonan Bapak JIN(ketika mula diciptakan) agar ia dapat melihat tetapi ia sendiri tidak dapat dilihat. (JIN pula tidak boleh melihat malaikat kerana malaikat diciptakan dari cahaya di mana lebih hebat dari JIN).

Firman Allah (bermaksud): “Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari semua tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.” - (Surah Al-A’raaf: 27).

Maka barang siapa yang mendakwa dia telah melihat JIN/ Syaitan (dalam keadaan rupa sebenar) maka dia telah berdusta, kecuali dia memang seorang nabi. Sebab bagi para nabi melihat jin adalah suatu mukjizat (merupakan bukti kenabian).

Al-Qusyairi menyatakan, “Allah s.w.t sudah menetapkan (mengikut hukum alam) bahawa anak cucu Adam tidak akan dapat melihat syaitan di dunia.”

Dalam buku ‘Aqidah Islam’, Prof. Sayyid Sabiq menulis, JIN atau syaitan itu secara aslinya tidak dapat dilihat oleh mata (zahir). Tidak diketahui bagaimana bentuknya tetapi mereka mempunyai kuasa menjelma diri dalam bentuk lain, menyerupai sahabat terdekat, kekasih atau suami seorang wanita dan haiwan.

Dalam hal ini (lebih-lebih lagi untuk waktu yang lama) adalah sesuatu yang sulit dilakukan oleh JIN mahupun syaitan. Ia memerlukan kondisi-kondisi jasmaniah dan psikologi yang membantu dan terjadinya pula pada waktu-waktu tertentu sejalan dengan kebolehan jin atau syaitan itu.

JIN dan syaitan sebenarnya menderita kesakitan sewaktu menukar jasadnya ke dalam bentuk asal. Ia memerlukan masa yang lama dan proses pertukaran ini mengalami penderitaan yang teruk.

Di samping itu ia juga takut akan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan risiko (kerana ia pun takut akan manusia) sama ada tertangkap atau mati dibunuh. Bila tertangkap dan dibaca kepadanya Ayat Kursi, nescaya akan menggeletar sehingga boleh mengalami stress berat dan akhirnya mati. Kalau tidak pun ia akan lemah-lunglai dan menjadi tidak bermaya.

Tahukah ANDA?

Mereka yang dapat melihat JIN/syaitan dalam bentuk penyemarannya dikatakan mata hitamnya (manusia) seperti berbentuk PIRAMID.

Bagi memastikan sama ada manusia sebenar atau makhluk halus yang menjelma sebagai manusia, maka ambil segenggam tanah dan gosokkan di lengannya. Kalau ia manusia sebenar maka tanah yang digosokkan tadi akan melekat dikulitnya.

Buer adalah Presiden Syaitan. Ia dipanggil oleh Tukang Sihir bila mereka mahu belajar falsafah serta logik atau mahu mengubati penyakit dengan menggunakan Herba Ajaib. Tetapi ia hanya boleh dipanggil di waktu tertentu sahaja dan akan menjelma dalam bentuk ‘TAPAK SULAIMAN’ atau "Singa Berkaki Lima"

sikapdan sifat Syaitan Jin
1. Syaitan berjalan dalam darah manusia.
2. Syaitan berpesta waktu senja.
3. Syaitan suka berada di antara bayangan dengan cahaya.
4. Syaitan suka kepada pertengahan antara sejuk dengan panas.
Dan mungkin banyak lagi sifat syaitan yang saya tidak ketahui. Tetapi secara umumnya, syaitan suka berada di tengah-tengah . Contohnya adalah di waktu pertukaran siang dengan malam. Di waktu senjalah, Nabi s.a.w. minta kita menutupi semua tingkap-tingkap . Ini mungkin kerana khuatirkan pesta-pesta syaitan yang berlaku di luar ditempiaskan ke dalam rumah-rumah kita.


"Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran (Rabb) Yang Maha Pemurah (Al-Qur'an), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya." (QS. 43:36)

"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk." (QS. 43:37)

MARI KENALI MATAHARI

Mari kita mengenali planet bintang matahari yang selamanya menjadi cahaya kita dalam hidup di dunia yang sementara ini... walaupun hanya sedikit maklumat.. tetapi ia sudah cukup untuk kita tahu siapa itu MATAHARI!



Matahari merupakan bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan lapan buah planet membentuk Sistem Suria. Matahari mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C. Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G. Cahaya daripada matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta.

Matahari merupakan satu bebola plasma dengan jisim sekitar 2 x 1030 kg. Untuk terus bersinar, matahari, yang terdiri daripada gas panas menukar unsur hidrogen kepada helium melalui tindak balas gabungan nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat. Matahari dipercayai terbentuk pada 5,000 juta tahun lalu. Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 berbanding jisim air. Jumlah tenaga matahari yang sampai ke permukaan bumi dikenali sebagai pemalar suria menyamai 1.37 kilowatt semeter persegi setiap saat.


Gambar sinar-X matahariMatahari berputar 25.04 hari bumi setiap putaran dan mempunyai graviti 27.9 kali graviti bumi. Terdapat julangan gas teramat panas yang boleh mencecah sehingga 100,000 kilometer ke angkasa. Marakan matahari ini boleh mengganggu gelombang komunikasi seperti radio, televisyen dan radar di bumi dan mampu merosakkan satelit atau stesen angkasa yang tidak dilindung. Matahari juga menghasilkan gelombang radio, gelombang ultraungu, sinar inframerah, sinar-X, dan angin suria yang merebak ke seluruh Sistem Suria.

Bumi dilindungi daripada angin suria oleh medan magnet bumi, sementara lapisan ozon pula melindungi bumi daripada sinaran ultraungu dan inframerah. Terdapat tompokan hitam yang wujud dari masa ke semasa pada matahari yang disebabkan oleh perbezaan suhu di permukaan matahari. Tompokan hitam itu menandakan kawasan yang kurang panas berbanding kawasan lain dan mencecah keluasan melebihi saiz bumi. Kadang-kala peredaran bulan mengelilingi bumi menghalang sinaran matahari daripada sampai ke bumi, oleh itu mengakibatkan kejadian gerhana matahari berlaku.

Arab: الشمس
Belanda: zon
Bosnia: Sunce n.
Breton: Heol m.
Bulgaria: Слънце (Sləntse) n.
Cherokee: ᏅᏓᎡᎨᎯ (nvdaegehi)
Croatia: Sunce n.
Czech: Slunce n.
Esperanto: suno
Estonia: päike
Faroe: sól
Finland: Aurinko
Gamilaraay: yaraay
Greek: ήλιος (ílios) m.
Hungary: nap
Iceland: sól
Inggeris: sun
Itali: sole m.
Jepun: 太陽 (たいよう, taiyō)
Jerman: Sonne p.
Korea: 해 (hae)
Lakota: apawi
Latvia: Saule
Lithuania: saulė n.
Ojibwa: giizis
Perancis: soleil m.
Portugis: sol m.
Poland: słońce n.
Rusia: Солнце (Sólntse n.
Serbia:
Cyril: Сунце n.
Rumi: Sunce n.
Slovenia: sonce n.
Sepanyol: sol m.
Sunda: panonpoe
Sweden: sol n.
Telugu: సూర్యుడు (sooryuDu)
Vietnam: Mặt Trời, T1hái Dương

BAHASA MELAYU : MATAHARI ATAU SURIA.