The Alien - Link Select

Rabu, 28 Ogos 2013

TANGKAL ???

BOLEHKAH PAKAI TANGKAL DAN AZIMAT DARI AYAT AL-QURAN?
Dr. Mahyuddin bin Ismail
Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Kemanusiaan, UMP

PENGENALAN
Manusia sering mencari sesuatu yang boleh dijadikan sebagai perlindungan untuk diri, keluarga dan harta benda. Ada yang melakukan dengan cara yang bersesuaian dengan hukum alam seperti menyediakan senjata untuk pertahanan diri, membina tembok pagar untuk melindungi harta benda dan seumpamanya. Ada juga yang mengambil jalan yang luar dari kebiasaan. Mereka menggunakan azimat dan tangkal yang dipakai pada tubuh atau disimpan dalam beg sebagai satu kaedah melindungi diri dari serangan jin, syaitan dan penyakit, mengelakkan kecelakaan, menjadikan orang gerun atau kasih padanya.

Sesetengahnya pula menggantung tangkal pada rumah kediaman, kedai dan juga kenderaan bagi tujuan menjaga keselamatan premis dan kenderaan dari sebarang musibah atau kemalangan. Ada yang menanam paku, tahi besi, serbuk emas, telur itik, telur angsa, cabang buluh, daun berduri, kemenyan, botol berisi kacang hijau dan seumpamanya di empat penjuru rumah, dalam pasu bunga, depan pintu, dekat pagar; atau menampal ayat-ayat dan rajah azimat, wafaq, ta’wiz, di dinding rumah; atau mengantung cebisan kelambu kaabah, Quran kecil, kulit kijang putih, atau menyimpan keris berpuja, cincin azimat, batu geliga, susuk, batu serai, bunga serai, ibu duit, wafaq, kayu kokka dan batu petir.

SEJARAH PENGGUNAAN TANGKAL DAN AZIMAT
Penggunaan tangkal dan azimat sudah lama bertapak dalam kehidupan manusia. Catatan sejarah tamadun Mesir Kuno menunjukkan hampir semua penduduk ketika itu memakai tangkal dan azimat. Tentera Parsi juga dikhabarkan melukis rajah dan simbol sihir pada bendera dan panji yang digunakan dalam peperangan. Menurut William Shaw dalam bukunya Aspects of Malaysian Magic, tangkal dan azimat kebal juga digunakan dalam peperangan menentang Portugis semasa zaman kesultanan Melayu Melaka.

Pada zaman moden ini, penggunaan tangkal dan azimat masih lagi berleluasa. Ada yang menggunakannya untuk kepentingan diri dan ada yang menggunakannya untuk tujuan jenayah. Kes rompakan yang dilakukan oleh Geng Ipol dan juga Geng Pak Ee adalah antara contoh kumpulan penjenayah yang menggunakan tangkal kebal ketika melakukan rompakan. Dalam bidang perubatan tradisional pula, penggunaan tangkal dan azimat  yang dihasilkan oleh pawang, bomoh dan dukun begitu meluas diamalkan. Terdapat juga individu yang bergelar ustaz atau ustazah, pak haji, tuan guru dan kiyai terlibat juga dalam kegiatan membuat tangkal azimat. Untuk meyakinkan orang ramai, mereka mendakwa yang mereka buat itu bukan tangkal azimat tetapi ta’wiz, wafa’, istighathah, isti’anah yang menggunakan ayat al-Quran.

TANGKAL MENGGUNAKAN AYAT-AYAT AL-QURAN
Amalan memakai tangkal dan azimat masih lagi diamalkan oleh sebahagian masyarakat Melayu-Islam di Malaysia. Kebanyakan mereka tahu hukum memakai tangkal adalah haram dan boleh membawa kepada syirik. Namun, oleh kerana tangkal itu mengandungi potongan ayat-ayat Al-Quran dan huruf-huruf hijaiyyah, mereka merasakan ianya harus dan dibolehkan. Perkara ini terbukti apabila ada di kalangan perawat yang mencampur adukkan ayat Al-Quran dengan simbol-simbol yang tidak diketahui makna dan asalnya. Sebagai contoh, rajah 1 menunjukkan tangkal penunduk dan pembungkam. Ia dihasilkan dengan ayat 134 dari surah Al-Baqarah yang ditulis di bawah simbol-simbol yang tidak diketahui maknanya selain salah ejaan pada ayat terakhir ( يعملونditulis يعمل ن).

Rajah 1: Tangkal Pembungkam

Rajah 2 pula menunjukkan tangkal kebal yang digunakan dalam peperangan dan pertempuran. Selain itu, ia digunakan bagi menundukkan orang atasan dan majikan. Antara ayat yang ditulis pada rajah ini ialah ayat 89 surah Al-Anbiya. Kebanyakan ayat yang terdapat dalam tangkal ini ditulis secara salah sama ada tertinggal huruf atau dieja salah selain penggunaan huruf dan nombor yang tidak difahami maksudnya. Lagipun, jika benar ianya boleh menjadikan tubuh kebal, sudah pasti Rasulullah SAW memakaikannya kepada para pahlawan Islam yang berperang.

http://3.bp.blogspot.com/-U1yPp7I6wkk/Tog56UPvU9I/AAAAAAAAAIM/3PklzQfV-bk/s400/2028084914_6aead123f8.jpg
Rajah 2: Tangkal Kebal Perang
Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dengan cara yang berlawanan dengan tujuan ia diturunkan sebenarnya sangat bahaya. Allah akan jadikan syaitan sebagai qarin (pendamping) yang akan menyesatkannya dari jalan yang sebenar. FirmanNya dalam surahAz Zukhruf ayat 36-38: Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu jadilah syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya”. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa kesan luarbiasa yang timbul dari pemakaian tangkal dan azimat yang diperbuat dari ayat Al-Quran adalah berpunca dari peranan syaitan yang menjadi qarin pendamping pemakainya. Dari satu sudut yang lain, perbuatan mencampur adukkan ayat Al-Quran dengan simbol lain sehingga menghilangkan susunan ayat, maksud ayat dan tujuan diturunkan merupakan salah satu syarat untuk beramal dengan ilmu sihir.
TANGKAL MENGGUNAKAN HURUF-HURUF HIJAIYYAH DAN NOMBOR
Sesetengah pemakai tangkal percaya bahawa huruf-huruf hijaiyyah dan nombor-nombor tertentu mengandungi khasiat-khasiat istimewa dan boleh memberi manafaat kepada pemakainya. Oleh yang demikian, maka timbullah pelbagai tangkal dan azimat yang mengandungi pelbagai simbol dan nombor-nombor yang tidak difahami. Antara tangkal yang terkenal ialah tangkal Beduh seperti di Rajah 3. Tangkal ini terkenal di kalangan peniaga sebagai tangkal untuk melindungi perniagaan dari sebarang perbuatan musuh. Tangkal tersebut mengandungi 4 huruf utama iaitu حودب di penjuru bucu rajah yang dijuga ditulis dalam bentuk nombor seperti Rajah 4.

د
ط
ب

٤
٩
۲
 ج
ه
ز

٣
٥
٧
ح
ا
و

٨
۱
٦
                        Rajah 3: Tangkal Beduh          Rajah 4: Tangkal Beduh dalam nombor

Namun ramai pemakainya tidak mengetahui asal tangkal ini. Menurut K.H. Ali Uthman, Beduh ini adalah nama seorang pedagang Arab dari Hijaz. Beliau merupakan seorang yang jujur lagi bertaqwa. Atas kesolehannya ini, beliau dikurniakan satu kelebihan (karamah) iaitu barang perniagaannya sentiasa selamat dan tidak pernah hilang atau dirompak dalam perjalanan.Setelah beliau meninggal dunia, ramai yang menulis nama beliau atau angka nilaiannya (seperti Rajah 4) pada barangan dan ternyata barangan mereka selamat. Perkara ini berterusan dan akhirnya ianya dijadikan tangkal keselamatan dan pengasih oleh orang-orang jahil. Hal ini sangat bertentangan dengan sifat dan sikap sebenar Beduh yang menyakini bahawa hanya Allah sebaik-baik pelindung dan penjaga.

Hal yang sama juga dapat dilihat pada tangkal di rajah 5 dan rajah 6 yang digunakan untuk menundukkan orang dan melindungi pemakainya dari sebarang bala bencana. Tangkal di Rajah 5 menggunakan ayat 73 dari surah al-An’am yang bermaksud: ”FirmanNya itu adalah benar. Dan bagiNyalah kuasa pemerintahan” selain nama empat malaikat iaitu Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail yang kononnya menjadi penjaga kepada pemakainya. Agak menghairankan kerana malaikat terpaksa bertugas sebagai pengawal keselamatan kepada pemakainya. Tangkal di Rajah 6 pula mengandungi huruf-huruf dari bahasa Ibrani dan Suryani yang dicampur adukkan dengan huruf hijaiyyah dan perkataan على dan عظيم yang dipercayai diambil dari potongan ayat 255 dari surah Al-Baqarah. Kedua-dua rajah jelas menunjukkan percampuran antara ayat suci Al-Quran, simbol dan huruf yang tidak dapat dimengertikan makna dan maksudnya. Perbuatan ini boleh mencemarkan kesucian Al-Quran itu sendiri.

      http://1.bp.blogspot.com/-nfBksLztDIA/Tog6PThBKgI/AAAAAAAAAIk/q9ZOVXhDk8E/s400/ilmu-laduni-a1.jpg
                        Rajah 5: Tangkal Pelindung                Rajah 6: Tangkal Pelindung

HUKUM MEMAKAI TANGKAL DAN AZIMAT
Umat Islam secara umumnya menerima bahawa pemakaian tangkal dan azimat adalah haram disisi Islam dan boleh membawa kepada perbuatan mensyirikkan Allah SWT. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud: ”Sesungguhnya jampi, tangkal dan tiwalah itu syirik.”

Namun, para ulama berbeza pendapat tentang hukum menggantungkan azimat dan tangkal yang mengandungi nama-nama Allah dan sifatNya, ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang ma’thur. Saidatina A’isyah, Imam Malik dan sebahagian ulama mazhab Syafie mengharuskannya dengan hujah bahawa perbuatan tersebut dilakukan oleh Abdullah Ibn Amr yang pernah menulis satu doa dan digantung dileher anaknya yang masih belum baligh. Menurut mereka, yang diharamkan hanyalah tangkal dan azimat yang selain dari ayat Al-Quran. Segolongan ulama lagi mengharamkan pemakaiannya. Mereka terdiri dari Ibnu Mas’ud, Ibnu Abbas, Huzaifah, Uqbah Ibnu ‘Amir, Abdullah Ibnu ‘Akim dan para pengikut mereka dari kalangan tabi’in. Mereka mengatakan bahawa hadis berkenaan larangan memakai tangkal dan azimat adalah mencakupi semua jenis tangkal. Mereka juga berhujah bahawa apa yang dilakukan oleh Ibnu Amr tidak dilakukan oleh lain-lain sahabat. Ianya dilakukan untuk anaknya yang masih kecil dan tidak mampu menghafal atau membaca, sedangkan untuk yang dewasa tidak begitu.

Imam Fakhruddin Al-Razi menyebutkan dalam tafsirnya bahawa ketika Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api, Jibril telah membawa jubah sutera dari syurga dan dipakaikan kepadanya. Jubah itu diwariskan kepada Nabi Ishak, kemudian kepada Nabi Ya’kub. Nabi Ya’kub kemudiannya menjadikannya sebagai azimat dan digantung di leher Nabi Yusuf. Jibril segera datang lalu membuangnya dan memakaikan semula jubah tersebut kepada Nabi Yusuf. Oleh itu, jelas bahawa larangan menggantungkan tangkal atau azimat walaupun ianya berupa ayat al Quran atau sesuatu yang mulia dari syurga.

KESAN MEMAKAI TANGKAL DAN AZIMAT KEPADA UMAT ISLAM
Larangan memakai tangkal dan azimat mempunyai banyak hikmah. Perkara ini dapat dilihat pada kesan yang timbul akibat pemakaiannya.

1). Kesan pada akidah
Seseorang yang memakai tangkal dan azimat secara terang-terangan telah mensyirikkan Allah. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud: ”Sesungguhnya jampi, tangkal dan tiwalah itu syirik.” Begitu juga dengan hadis yang diriwayatkan oleh Uqbah bin Amir bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa menggantungkan tamimah (tali yang digantung pada leher kanak-kanak), maka dia telah melakukan syirik.”

Para sahabat Rasulullah SAW juga memerangi perbuatan memakai tangkal dan azimat. Huzaifah al-Yamani diriwayatkan pernah menziarahi seseorang yang sedang terlantar sakit. Beliau ternampak seutas tali yang dijadikan azimat pada lengan pesakit. Maka beliau pun mencabutnya dan membaca firman Allah (dari Surah Yusuf ayat 106): “Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah melainkan dalam keadaan mensyirikkan Allah.”

Begitu juga dengan Ibnu Mas’ud. Dalam satu athar, beliau pernah memotong azimat yang berupa benang yang dipakai oleh isterinya Zainab. Benang itu dijampi oleh seorang yahudi dengan tujuan menghindari Zainab dari sakit mata. Sebaliknya, Ibnu Mas’ud menyuruh isterinya berdoa sebagaimana yang diajarkan kepadanya oleh Rasulullah SAW.

b). Kesan kepada penerimaan Ibadah
Oleh kerana perbuatan memakai tangkal dan azimat merupakan perbuatan syirik, maka amal ibadah pemakainya secara automatik akan tertolak dan kebaikan yang sudah dilakukan sebelum ini juga akan terhapus ibarat debu yang berterbangan. Firman Allah SWT dalam surah al-An’am, ayat 88: “Jika mereka mensyirikkan Allah, nescaya lenyaplah amal-amal kebaikan yang telah mereka usahakan.”

Rasulullah SAW sendiri pernah menolak untuk membai’ahkan seorang lelaki yang memakai tangkal besi kuning di lengannya. Ini dapat dilihat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Uqbah bin Amir Al-Juhaniyy: Rasulullah SAW telah didatangi oleh sepuluh orang lelaki. Maka Rasulullah SAW membai’ahkan sembilan dari mereka manakala seorang lagi ditahan. Mereka bertanya: ”Wahai Rasulullah, Tuan membai’ahkan sembilan dan menahan seorang?” Jawab Baginda  SAW: ”Ada tangkal pada lelaki itu.” Lelaki itu lantas memotong tangkalnya, maka dibai’ahkan dia oleh Rasulullah SAW seraya bersabda: Sesiapa yang mengantungkan tangkal, sesungguhnya dia telah menyekutukan Allah.”

c). Kesan kepada kehidupan dunia
Sesiapa yang menggantungkan tangkal dan azimat, kehidupannya akan menjadi tidak tenteram dan mudah diganggu. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menggantung tamimah, Allah tidak menyempurnakan apa yang dimilikinya, dan sesiapa yang menggantungkan wada’ah (bahan-bahan berupa cengkerang seperti kulit siput atau kerang yang dijadikan sebagai kalung bertujuan menjaga diri dari gangguan), Allah tidak membiarkannya dalam ketenangan.”

Perkara ini disebabkan syaitan dan jin yang menghuni tangkal dan azimat itu akan menyakiti dan memusnahkan kehidupan pemakainya. Hakikatnya, tangkal azimat adalah merupakan satu simpulan sihir (al-‘Uqad) sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Falaq ayat 4 yang bermaksud: (Kami juga berlindung dengan Engkau ya Allah) daripada kejahatan tiupan-tiupan ahli sihir pada simpulan sihir. Oleh demikian, sesiapa yang memakai tangkal azimat, maka dia telah menyihirkan dirinya sendiri. Kesan dari sihir tersebut akan menyebabkan kehidupannya tidak tenteram. Melalui pengalaman penulis, antara kesan-kesan negatif yang dialami oleh individu-individu yang memakai tangkal adalah seperti berikut:
a)      Fizikal: penyakit misteri yang sukar diubati
b)      Mental: pening, migrain, nyanyuk, gila
c)      Emosi: sensitif, mudah marah, panas baran, mudah menangis
d)      Spiritual: malas beribadah, tidak suka perkara agama
e)      Kediaman: Rumah panas, ada kelibat dan lembaga
f)       Rezeki, kerjaya dan jodoh seolah-olah terhalang dan sukar dapat

Selain itu, pemakaian tangkal dan azimat ini juga akan memberi kesan yang berlawanan dengan tujuan ianya dipakai. Sebagai contoh, jika azimat pelaris dipakai, ia akan menyebabkan perniagaan seseorang itu semakin rugi. Jika tangkal pelindung yang dipakai, ia akan membuka lebih banyak gangguan kepada pemakai. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi SAW: Rasulullah SAW berkata kepada seorang yang memakai gelang tembaga di lengannya: “Apakah ini?” Orang itu menjawab: ”Tangkal untuk mengatasi badan yang lemah.” Lalu beliau bersabda: “Buanglah segera, kerana ia hanya menambah kelemahan pada tubuhmu. Maka sesungguhnya jika engkau mati sedang engkau masih memakai tangkal itu nescaya engkau tidak akan mendapat kebahagiaan selama-lamanya”.

Pemakai tangkal juga tidak akan mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh ibnu cAkim r.a.: “Sesiapa yang menggantungkan sesuatu (berupa tangkal), maka segala urusannya akan diserahkan kepadanya (kepada tangkal).”

PIHAK BERKUASA PERLU BANTERAS AMALAN KHURAFAT
Dr. Yusuf Al-Qardhawi menegaskan bahawa pemakaian tangkal dan azimat merupakan satu kemungkaran yang besar dan menjadi tanggunjawab pihak berkuasa untuk melarang dan menghapuskan amalan tersebut. Justeru, pihak berkuasa khususnya JAKIM dan Jabatan agama Islam negeri perlu mengambil langkah proaktif untuk menangani kegiatan-kegiatan yang berlawanan dengan akidah ini. Antaranya ialah dengan penguatkuasaan beberapa peruntukan dalam enakmen-enakmen jenayah syariah negeri untuk membanteras penjualan produk berupa tangkal dan azimat. Sebagai contoh, peruntukan seksyen 4 dan 9 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berkaitan pemujaan salah dan perbuatan mempersendakan ayat Al-Quran dan Hadith perlu dikuatkuasakan. Selain itu, kerjasama dengan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran (BKPTQ) Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga boleh dilakukan untuk menguatkuasakan peruntukan sedia ada seperti seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 1987), seksyen 14 Akta Penerbitan dan Teks al-Quran 1986, dan Garis Panduan Rampasan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam.

SANTAPAN ROHANI ???


ALLAH S.W.T
Berfirman :

Kaum Musa berkata: "Kami telah ditindas (oleh Fir'aun) sebelum kamu datang kepada kami dan sesudah kamu datang. Musa menjawab: "Mudah-mudahan Allah membinasakan musuhmu dan menjadikan kamu khafilah di bumi(Nya), maka Allah akan melihat bagaimana perbuatanmu.
(QS. 7:129)
Dan sesungguhnya kami telah menghukum (Fir'aun dan) kaumnya dengan (mendatangkan) musim kemarau yang panjang dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka mengambil pelajaran.
(QS. 7:130)
Kemudian apabila datang kepada mereka kemakmuran, mereka berkata: "Ini adalah karena (usaha) kami". Dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka lemparkan sebab kesialan itu kepada Musa dan orang-orang yang besertanya. Ketahuilah, sesungguhnya kesialan mereka itu adalah ketetapan dari Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
(QS. 7:131)


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Orang-orang yang melukis gambar-gambar akan disiksa pada hari kiamat, kepada mereka ALLAH perintahkan :
‘Hidupkan apa yang telah kalian ciptakan!’”.

Daripada : Ibnu ‘Umar RA
(H.R.S : Muslim – Kitab Sahih Muslim No.3942).

“Musuh kamu yang jelas dan terang adalah SYAITAN.  Tetapi musuh kamu yang besar dan tersembunyi adalah NAFSU.  Berhati-hatilah dengan NAFSU kerana ia lebih jahat dari SYAITAN!”


Imam Muhammad Jibril Al-Khair. B.A

Selasa, 27 Ogos 2013

SYIAH???

DENGAN NAMA ALLAH
YANG MAHA PENGASIH
LAGI
MAHA PENYAYANG

AKU BERSAKSI
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
DAN NABI MUHAMMAD ITU
PESURUH-NYA

SESUNGGUHNYA PERUTUSAN INI ADALAH
DARIPADA AKU
 IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR. B.A
HAMBA ALLAH.

Keselamatan bagi mereka yang terus mengikuti cahaya petunjuk
Amma Ba’du

Aku bersaksi bahawasanya
Saidina Ali R.A itu adalah gerbang ILMU, yang memegang kekhalifahan selepas Abu Bakar R.A, Umar Al-Khattab R.A dan Usman Affan R.A.   Beliau adalah sahabat dan juga sepupu nabi Muhammad SAW dari keturunannya manhaj kenabian melalui Imam Mahdi yang akan dibangkitkan untuk umat akhir zaman ini.  Aku jua menyintai Ahlul-bait menurut hak-hak yang sewajarnya berlandaskan Qur’an dan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW.  Alhamdulillah, aku sangat bangga dengan kecintaan anda semua kepada Ahlul-Bait.

Sesungguhnya Islam itu bersaudara dan Aku menyeru kamu kepada ISLAM, Agama yang diredai ALLAH untuk seluruh manusia dan jin. 
Mari, berpegang teguhlah kepada Islam.  Kembalilah kepada ALLAH dan Rasul-Nya, sesungguhnya ALLAH suka kepada orang yang kembali kepada-Nya.  Peganglah semula dua perkara yang menjadi cahaya petunjuk iaitu Qur’an dan Sunnah Nabi Muhammad SAW kerana ALLAH SWT.  Tinggalkan yang lain kerana ALLAH SWT 
Nescaya kamu tidak akan sesat selamanya.. 

Apakah kamu memilih agama selain Islam? Sedangkan seluruh langit dan Bumi ini tunduk patuh (Islam) kepada ALLAH SWT, Tuhan seluruh alam. Ketahuilah, barangsiapa yang memilih selain Islam maka kerugian besar baginya di dunia dan di Akhirat.  Janganlah beriman kepada sebahagian dari Islam dan kafir kepada sebahagiannya. Masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya
Maka, Islamlah... nescaya kamu selamat. 
Tidak ada paksaan dalam beragama. Sekiranya kamu berpaling, maka saksikanlah.  Sesungguhnya,  kami adalah umat Islam yang tetap terus beriman kepada ALLAH dan Rasul-rasul-Nya.”


Ikhlas dan benar
daripada


IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A

WAHABI ???

DENGAN NAMA ALLAH
YANG MAHA PENGASIH
LAGI
MAHA PENYAYANG

AKU BERSAKSI
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
DAN NABI MUHAMMAD ITU
PESURUH-NYA

SESUNGGUHNYA PERUTUSAN INI ADALAH
DARIPADA AKU
 IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR. B.A
HAMBA ALLAH.

Keselamatan bagi mereka yang terus mengikuti cahaya petunjuk
Amma Ba’du

Aku bersaksi bahawasanya
Usaha anda untuk mengembalikan sunnah-sunnah nabi ke tempat yang sewajar sangat terpuji.  Semoga Allah merahmati kamu semua dengan usaha ini.  Tetapi aku menyeru dengan Nama Allah agar segala usaha ke arah kebaikan ini biarlah berlandaskan akhlak Nabi Muhammad SAW yang menjadi contoh dan teladan teragung sepanjang zaman buat seluruh Manusia dan Jin. Hormat-menghormati akan pendirian setiap saudara Islam kita itulah yang dituntut.  Terlalu keras kepada saudara mu akan menimbulkan kebencian dan perpecahan.  Berdakwah dengan akhlak Nabi Muhammad SAW pasti menggamit kejayaan dunia dan di Akhirat. 

Sesungguhnya Islam itu bersaudara dan Aku menyeru kamu kepada ISLAM, Agama yang diredai ALLAH untuk seluruh manusia dan jin. 
Mari, berpegang teguhlah kepada Islam.  Kembalilah kepada ALLAH dan Rasul-Nya, sesungguhnya ALLAH suka kepada orang yang kembali kepada-Nya.  Peganglah semula dua perkara yang menjadi cahaya petunjuk iaitu Qur’an dan Sunnah Nabi Muhammad SAW kerana ALLAH SWT.  Tinggalkan yang lain kerana ALLAH SWT 
Nescaya kamu tidak akan sesat selamanya.. 

Apakah kamu memilih agama selain Islam? Sedangkan seluruh langit dan Bumi ini tunduk patuh (Islam) kepada ALLAH SWT, Tuhan seluruh alam. Ketahuilah, barangsiapa yang memilih selain Islam maka kerugian besar baginya di dunia dan di Akhirat.  Janganlah beriman kepada sebahagian dari Islam dan kafir kepada sebahagiannya.
Masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya
Maka, Islamlah... nescaya kamu selamat. 
Tidak ada paksaan dalam beragama. Sekiranya kamu berpaling, maka saksikanlah.  Sesungguhnya,  kami adalah umat Islam yang tetap terus beriman kepada ALLAH dan Rasul-rasul-Nya.”


Ikhlas dan benar
daripada

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A


SANTAPAN ROHANI ???

ALLAH S.W.T
Berfirman :

Dan kamu tidak menyalahkan kami, melainkan karena kami telah beriman kepada ayat-ayat Rabb kami ketika ayat-ayat itu datang kepada kami". (Mereka berdo'a): "Ya Rabb kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-Mu)".
(QS. 7:126)
Berkatalah pembesar-pembesar dari kaum Fir'aun (kepada Fir'aun): "Apakah kamu membiarkan Musa dan kaumnya untuk membuat kerusakan di negeri ini (Mesir) dan meninggalkan kamu serta ilah-ilahmu?" Fir'aun menjawab: "Akan kita bunuh anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup perempuan-perempuan mereka dan sesungguhnya kita berkuasa penuh di atas mereka".
(QS. 7:127)
Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa".
(QS. 7:128)


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Loceng adalah alat muzik yang berasal dari Syaitan (Yang Terkutuk).”

Daripada : Abu Hurairah R.A
(H.R.S : Muslim - no. 5279).


“Solatlah, nescaya kamu menjadi sihat zahir dan batinmu.”

Imam Muhammad Jibril Al-Khair. B.A

Isnin, 26 Ogos 2013

SKROL BUAT UMAT HINDU???

DENGAN NAMA ALLAH
YANG MAHA PENGASIH
LAGI
MAHA PENYAYANG

AKU BERSAKSI
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
DAN NABI MUHAMMAD ITU
PESURUH-NYA

SESUNGGUHNYA PERUTUSAN INI ADALAH
DARIPADA AKU
 IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR. B.A
HAMBA ALLAH.

 Keselamatan bagi mereka yang terus
mengikuti cahaya petunjuk
Amma Ba’du


Wahai umat Hindu,
aku menyeru kamu kepada ISLAM, Agama yang diredai ALLAH untuk seluruh manusia dan jin.  
Sesungguhnya aku bersaksi bahawa BRAHMAN, Tuhan yang Esa itu adalah ALLAH, Tuhan seluruh alam ini yang telah mengutus.   Kalki-Avatar atau Krisyna itu adalah Nabi Muhammad S.A.W, utusan terakhir dari Brahman Yang Esa.
Nabi Muhammad SAW bersamanya kitab Qur’an dan Islam sebagai agama yang diredai-Nya.

Apakah kamu memilih agama selain Islam? Sedangkan seluruh langit dan Bumi ini tunduk patuh (Islam) kepada ALLAH, Tuhan seluruh alam.
Ketahuilah sesungguhnya ALLAH telah mengutus terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW bersamanya kitab Qur’an dan Islam sebagai agama yang diredai-Nya untuk seluruh Manusia dan Jin.   
Tidak ada paksaan dalam beragama.
Barangsiapa yang memilih selain Islam maka kerugian besar baginya di dunia dan di Akhirat.
Maka, Islamlah... nescaya kamu selamat. 
Sekiranya kamu berpaling, maka saksikanlah.  Sesungguhnya,  kami adalah umat Islam yang tetap terus beriman kepada ALLAH dan Rasul-rasul-Nya.”

Hanya menyampaikan dengan Ikhlas dan benar
daripada

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A

SKROL BUAT UMAT YAHUDI???

DENGAN NAMA ALLAH
YANG MAHA PENGASIH
LAGI
MAHA PENYAYANG

AKU BERSAKSI
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
DAN NABI MUHAMMAD ITU
PESURUH-NYA

SESUNGGUHNYA PERUTUSAN INI ADALAH
DARIPADA AKU
 IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR. B.A
HAMBA ALLAH.

 Keselamatan bagi mereka yang terus mengikuti cahaya petunjuk
Amma Ba’du

Sesungguhnya aku bersaksi
Tiada Tuhan selain ALLAH dan Nabi Musa A.S itu adalah pesuruh ALLAH seperti mana Nabi Isa A.S yang mengesahkan kenabian Nabi Musa A.S dan Nabi Muhammad S.A.W, yang merupakan Nabi dan Rasul Tuhan yang terakhir.  Aku juga beriman kepada Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa A.S yang kini terkandung dalam Qur’an, kitab ALLAH yang teragung dan paling sempurna sebagai
mukjizat Nabi Muhammad SAW, Keturunan yang diberkati ALLAH dari Nabi Ismail A.S  bin Nabi Ibrahim A.S, saudara Nabi Ishak A.S.

Wahai umat Yahudi,
aku menyeru kamu kepada ISLAM, Agama yang diredai ALLAH untuk seluruh manusia dan jin.  Sesungguhnya YHWH yang Esa atau HaShem itu adalah ALLAH, Tuhan seluruh alam ini yang telah mengutus Nabi Muhammad SAW bersamanya kitab Qur’an dan Islam sebagai agama yang diredai-Nya.  


Apakah kamu memilih agama selain Islam? Sedangkan seluruh langit dan Bumi ini tunduk patuh (Islam) kepada ALLAH, Tuhan seluruh alam.
Ketahuilah sesungguhnya ALLAH telah mengutus terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW bersamanya kitab Qur’an dan Islam sebagai agama yang diredai-Nya untuk seluruh Manusia dan Jin.   
Tidak ada paksaan dalam beragama.
Barangsiapa yang memilih selain Islam maka kerugian besar baginya di dunia dan di Akhirat.
Maka, Islamlah... nescaya kamu selamat. 
Sekiranya kamu berpaling, maka saksikanlah.  Sesungguhnya,  kami adalah umat Islam yang tetap terus beriman kepada ALLAH dan Rasul-rasul-Nya.”

Hanya menyampaikan dengan Ikhlas dan benar
daripada

IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A


SKROL UNTUK UMAT BUDDHA???

DENGAN NAMA ALLAH
YANG MAHA PENGASIH
LAGI
MAHA PENYAYANG
DENGAN NAMA ALLAH
YANG MAHA PENGASIH
LAGI
MAHA PENYAYANG

AKU BERSAKSI
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
DAN NABI MUHAMMAD ITU
PESURUH-NYA

SESUNGGUHNYA PERUTUSAN INI ADALAH
DARIPADA AKU
 IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR. B.A
HAMBA ALLAH.

 Keselamatan bagi mereka yang terus
mengikuti cahaya petunjuk
Amma Ba’du


Wahai umat BUDDHA,
Sesungguhnya aku bersaksi bahawa ALLAH, Tuhan seluruh alam.  ini yang telah mengutus Nabi Siddharta Gautama Buddha anak  Śuddhodana juga dikenali dalam Islam sebagai
Nabi Zulkifli A.S yang diutus dikalangan kamu agar kamu mengerti, memahami dan menyedari kehidupan fitrah kamu sebagai Islam.  
Kemudian diikuti dengan nabi utusan terakhir atau Antim Maitreya Buddha atau Nabi Muhammad S.A.W yang membawa Kitab terakhir iaitu Qur’an dan Islam sebagai agama diredai ALLAH yang suci dan terang cahayanya.

Aku menyeru kamu kepada ISLAM, Agama yang diredai ALLAH untuk seluruh manusia dan jin.  
Apakah kamu memilih agama selain Islam? Sedangkan seluruh langit dan Bumi ini tunduk patuh (Islam) kepada ALLAH, Tuhan seluruh alam. Ketahuilah, barangsiapa yang memilih selain Islam maka kerugian besar baginya di dunia dan di Akhirat.
Maka, Islamlah... nescaya kamu selamat. 
Ketahuilah sesungguhnya ALLAH telah mengutus Buddha terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW bersamanya kitab Qur’an dan Islam sebagai agama yang diredai-Nya untuk seluruh Manusia dan Jin.   
Tidak ada paksaan dalam beragama. Sekiranya kamu berpaling, maka saksikanlah.  Sesungguhnya,  kami adalah umat Islam yang tetap terus beriman kepada ALLAH dan Rasul-rasul-Nya.”

Ikhlas dan benar
daripada


IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A