DENGAN
NAMA ALLAH
YANG
MAHA PENGASIH
LAGI
MAHA
PENYAYANG
AKU
BERSAKSI
TIADA
TUHAN SELAIN ALLAH
DAN
NABI MUHAMMAD ITU
PESURUH-NYA
SESUNGGUHNYA
PERUTUSAN INI ADALAH
DARIPADA
AKU
IMAM MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR. B.A
HAMBA
ALLAH.
Keselamatan
bagi mereka yang terus mengikuti cahaya petunjuk
Amma
Ba’du
Aku
bersaksi bahawasanya
Usaha
anda untuk mengembalikan sunnah-sunnah nabi ke tempat yang sewajar sangat
terpuji. Semoga Allah merahmati kamu
semua dengan usaha ini. Tetapi aku
menyeru dengan Nama Allah agar segala usaha ke arah kebaikan ini biarlah
berlandaskan akhlak Nabi Muhammad SAW yang menjadi contoh dan teladan teragung
sepanjang zaman buat seluruh Manusia dan Jin. Hormat-menghormati akan pendirian
setiap saudara Islam kita itulah yang dituntut.
Terlalu keras kepada saudara mu akan menimbulkan kebencian dan
perpecahan. Berdakwah dengan akhlak Nabi
Muhammad SAW pasti menggamit kejayaan dunia dan di Akhirat.
Sesungguhnya
Islam itu bersaudara dan Aku menyeru kamu kepada ISLAM, Agama yang diredai
ALLAH untuk seluruh manusia dan jin.
Mari,
berpegang teguhlah kepada Islam.
Kembalilah kepada ALLAH dan Rasul-Nya, sesungguhnya ALLAH suka kepada
orang yang kembali kepada-Nya. Peganglah
semula dua perkara yang menjadi cahaya petunjuk iaitu Qur’an dan Sunnah Nabi Muhammad
SAW kerana ALLAH SWT. Tinggalkan yang
lain kerana ALLAH SWT
Nescaya
kamu tidak akan sesat selamanya..
Apakah
kamu memilih agama selain Islam? Sedangkan seluruh langit dan Bumi ini tunduk
patuh (Islam) kepada ALLAH SWT, Tuhan seluruh alam. Ketahuilah, barangsiapa
yang memilih selain Islam maka kerugian besar baginya di dunia dan di Akhirat. Janganlah beriman kepada sebahagian dari
Islam dan kafir kepada sebahagiannya.
Masuklah
kamu ke dalam Islam sepenuhnya
Maka,
Islamlah... nescaya kamu selamat.
Tidak
ada paksaan dalam beragama. Sekiranya kamu berpaling, maka saksikanlah. Sesungguhnya,
kami adalah umat Islam yang tetap terus beriman kepada ALLAH dan
Rasul-rasul-Nya.”
Ikhlas
dan benar
daripada
IMAM
MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A
Tiada ulasan:
Catat Ulasan