The Alien - Link Select

Jumaat, 31 Julai 2015

SOLAT JUMAAT???

  
ALLAH S.W.T
 Berfirman :
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan untuk mengerjakan SOLAT PADA HARI JUMUAHT (Berjemaah)  maka bersegeralah kamu pada mengingati Allah dan tinggalkanlah jual-beli.  Yang demikian itu lebih baik bagimu Jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
[Q.S. AL-JUMUAHT 62 : 9]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
“Solat pada waktu Jumuaht adalah hak yang wajib atas setiap muslim dengan jamaah melainkan empat, iaitu hamba yang dimiliki, atau perempuan, atau kanak-kanak, atau orang sakit.”
Thariq bin Syihab R.A
[ H.R.S : Imam Abu Daud, Ibnu Hajar al-Asqalani, al-Iraqi dan asy-Shaukani Ra. A. ]

“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menunaikan solat Jumuaht (Berjemaah) melainkan perempuan, orang bermusafir, hamba dan orang yang sakit.”
Daripada Jabir bin Abdillah R.A
[H.R.S.D : Imam ad-Daruquthni, al-Baihaqi & asy-Shaukani dalam Nail-ul-Authar Ra. A.]


SETIAP hari kelima dalam seminggu, satu solat yang dikatakan sebagai solat Jumaat akan didirikan di seluruh dunia.   Hari ini dinamakan Jumuaht, kerana merupakan ambilan dari kata ‘al-jamu’ yang ertinya berhimpun atau berjemaah kerana Umat Islam berkumpul pada hari itu setiap minggu di masjid-masjid. Allah S.W.T memerintahkan hamba-hamba-Nya yang mukmin berkumpul untuk menunaikan ibadah kepada-Nya secara berjemaah.

Ini merupakan fahaman Ahlu-Sunnah atau Sunni.  Menurut Sejarah Umum tentang SOLAT pada hari JUMAAT ini, permulaan Solat Jumaat dalam hadis-hadis yang sahih di jelaskan bahawa permulaan Rasulullah SAW mengerjakan solat Jumaat ialah di Madinah. Setelah Rasulullah SAW sampai di Quba’ dalam perjalanan hijrah ke Madinah, Rasulullah SAW berhenti di kampung Amr Ibn ‘Auf. Baginda menetap di situ dari Isnin hingga hari Khamis. Dalam masa empat hari itu baginda membangun sebuah masjid bersama dengan kaum Muslimin. Pada hari Jumaat Rasulullah SAW meneruskan perjalanannya. Ketika tiba waktu solat Jumaat baginda telah sampai ke Kampung Bani Salim Ibn ‘Auf. Maka baginda mengerjakan solat Jumaat di suatu masjid yang didirikan ketika itu dalam sebuah lembah. Maka itulah permulaan solat Jumaat yang di laksanakan Rasulullah SAW di daerah Madinah. Sebab solat ini dinamakan dengan solat Jumaat, kerana dikerjakan pada hari Jumaat. Nama Jumaat adalah nama yang diberikan oleh Islam. Pada zaman jahiliyah mereka menamakannya dengan “urubah”. Setengah ulama mengatakan bahawa dinamakan dengan solat Jumaat kerana pada hari itu para penduduk berkumpul atau berjemaah. Golongan ini mensyaratkan sahnya solat Jumaat itu kerana jamaah.

Namun, sebenarnya Solat Jumaat TIDAK pernah disyariatkan sebagai wajib sekali dalam seminggu atau pun solat Fardhu yang diwajibkan ke atas umat Islam berdasarkan sebab-sebab berikut :

1.       Dalam peristiwa Israk-Mihraj sahaja hanya solat lima waktu yang diperintahkan oleh ALLAH kepada Nabi Muhammad dan seluruh umatnya.  Iaitu Solat Fajar(Subuh), Solat Zohor, Solat Wusta(Asar), Solat Maghrib dan Solat Isyak.  Tetapi tiada langsung disebut tentang SOLAT JUMAAT!- Malaikat Jibril turun bertemu dengan Nabi Muhammad untuk mengimami Solat 5 waktu bukannya Solat Jumaat.  Malah tiada Hadis Jibril tentang solat Jumaat ini seperti halnya solat fardhu lima waktu. 

2.       Sistem pengiraan hari dalam masyarakat Arab adalah berdasarkan nombor.  Iaitu Ahad(Satu), Isnin(Dua), Selasa(Tiga), Arba’a (Rabu/Empat), Khamsa’(Khamis /Lima), 'Urubah'/Sitah(Enam) dan Sabtu (7).  Tidak langsung disebut Hari yang bernama Jumaat.

3.       Maksud JUMUAHT dalam ayat Q.S. 62:9-10 adalah bermaksud BERKUMPUL atau BERJEMAAH.  Secara langsung, kerana tidak ada namanya hari yang digelar Jumaat, malah perkataan “fiYaumil” bukanlah bermaksud kepada HARI tetapi bermaksud KETIKA atau waktu.  Jadi ayat itu bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan untuk mengerjakan SOLAT (SALATI) pada hari(waktu) BERKUMPUL (JUMUAHT),...”

4.       Dalam Qur’an, apabila ALLAH menyebutkan tentang SOLAT, Dia menggunakan perkataan ‘SALATI’ diiringi nama solat tersebut. Seperti dalam ayat : “...SOLAT FAJAR (SALATI FAJR) dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari ( Az-Zahri ), dan sesudah SOLAT ISYAK (SALATI ISYAK)...”[ Q.S. AN-NUR 24 : 58) dan juga SOLAT WUSTA (SALATI WUSTA dalam ayat  Q.S. AL-BAQARAH 2 : 238.  Dalam kes ini Solat Jumaat tidak pernah disebut oleh ALLAH langsung dalam mana-mana ayat Qur’an.  Hanya disebut : “SOLAT PADA WAKTU BERKUMPUL(Jumuaht).”- Oleh yang demikian SOLAT JUMAAT memang tidak pernah disebut dalam Qur’an dan bukanlah merupakan solat tetapi bermaksud berjemaah.   Dalam ayat 9-10 dalam surah 62 itu merujuk kepada solat berjemaah dalam 5 waktu yang difardhukan tersebut.

5.       Hanya Hadis nabi yang menyebut tentang Hari Jumaat dan Solat Jumaat.   Secara lojiknya sekiranya ALLAH tidak menyebut apa-apa tentang SOLAT JUMAAT, maka secara lojik dan secara automatik, hadis nabi atau Nabi Muhammad sendiri tidak berhak mengada-adakan sesuatu yang tidak pernah disyariatkan oleh ALLAH.  Tambahan pula, hari ini kita sudah sedia maklum, hadis-hadis nabi tidak semua sahih dan mutawatir, ada yang Dhoif dan Maudhu’.  Hanya penyataan Qur’an yang terpelihara dan terjamin kesahihannya oleh ALLAH S.W.T.  Sedangkan Hadis-hadis nabi tiada jaminan dari ALLAH dan RasulNya tentang ketulenannya.  Sekiranya hadis-hadis itu tidak selari dengan Qur’an, maka secara jelas dan terang hadis-hadis tersebut adalah palsu.

Dari 5 alasan tersebut, adalah mudah kita fahami bahawa solat Jumaat tidak pernah disyariatkan dalam Islam.  Secara jelas, hadis-hadis tentang solat Jumaat dan hari Jumaat itu hanya direka-reka oleh orang tertentu dengan tujuan tertentu.  Kemungkinan besar adalah kerja–kerja musuh-musuh Islam untuk menyesatkan umat Islam dari ajaran ALLAH. Pada hari ini hal ini tidak dapat diubah dengan mudah kerana umat Islam hari ini telah diajar dari kecil tentang Solat Jumaat sebagai solat Fardhu seminggu sekali.  Sudah sebati dengan darah dan daging mereka.  Hanya orang-orang yang memikirkan ayat-ayat ALLAH sahaja yang mampu memahami dan mampu kembali kepada ajaran ALLAH yang tulen.


JELAS SEKALI….
Tujuan ajaran SOLAT JUMAAT direka-reka oleh seseorang agar:
1.      Umat Islam jauh dari ajaran ALLAH yang sebenar iaitu seruan untuk bersolat berjemaah (Jumuaht) pada lima waktu solat yang difardhukan secara rasmi.
2.      Umat Islam menambah-nambah Syariat ALLAH dan RasulNya.
3.      Agar solat berjemaah Lima Waktu itu didirikan dengan tidak sehati dan berjemaah secara mutlak iaitu kalau dibezakan Solat Jumaat Hari ini yang lebih padat dan ramai dengan solat berjemaah yang biasa itu kelihatan tidak seramai dan sepadat pada hari Solat Jumaat.
4.      Menjadikan umat Islam hari ini sama seperti umat Kristian dan Yahudi yang hanya berkumpul sekali sahaja dalam seminggu. “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu maka dia adalah dari kaum itu.” (Hadis). SEcara tidak langsung Umat Islam adalah dari kedua-dua kaum Kristian dan Yahudi.

5.      Agar umat Islam meghilangkan keFardhuan Solat Zohor pada hari tersebut dengan menambah syariat bahawa 2 khutbah dan dua rakaat solat Jumaat menggantikan dua rakaat solat Zohor secara mutlak dengan berpandukan hadis-hadis nabi yang direka-reka.  Hal ini bertentangan dengan dengan Firman ALLAH dalam Surah Al-Jumuaht : 9. Jelas sekali ayat ini menyatakan SOLAT BERJEMAAH(JUMUAHT)… bukan SOLAT JUMAAT.  Juga ia satu usaha untuk menghilangkan sistem nama hari mengikut adat dan budaya Arab dan kebiasaan kita mengira hari sebagai  nama hari. Dalam kes ini, nama hari keenam atau SITAH dihapuskan dan ditukar kepada hari JUMAAT!

WALLAHU’ALAM