The Alien - Link Select

Jumaat, 22 Mei 2015

Q.S. AL-HIJR 15 : 19-21 ???



ALLAH S.W.T
Berfirman :
Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. Dan Kami jadikan untuk kamu pada bumi ini segala keperluan hidup, juga Kami jadikan makhluk-makhluk yang kamu bukanlah orang yang sebenar menyediakan rezekinya. Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar dan masa yang tertentu.
[ Q.S. AL-HIJR 15 : 19-21 ]


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda :
"Tidak sempurna iman seseorang kamu sebelum ia menyukai untuk saudaranya (sesama Islam) apa yang disukainya untuk dirinya sendiri."
Daripada Anas R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]

"Tanda orang munafik ada tiga :  Apabila berbicara ia dusta,  Apabila ia berjanji ia menyalahi janji  dan  Apabila diamanahkan ia berkhianat."
Daripada Abu Hurairah R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]

"Memaki orang muslim adalah derhaka (fasik) dan membunuhnya kafir."
 Daripada Abdullah R.A
[ H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]