Berfirman :
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)".
[ Q.S AL-AHZAB : 21 ]
“Dialah yang berselawat kepadamu (wahai manusia) dan malaikat-Nya (dengan memohonkan keampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman”.
[ Q.S AL-AHZAB : 43 ]
“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.”
[ Q.S AL-AHZAB : 56 ]
“Sesungguhnya engkau (Muhammad) seorang yang memiliki peribadi yang agung.”
[ Q.S AL-QALAM: 4 ]
RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
bersabda :
“Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.”
Daripada Ibnu Mas’ud R.A
[ H.R.S : Imam At-Tirmidzi Ra. A. ]
“Tidaklah seseorang hamba berselawat kepadaku melainkan para malaikat sentiasa berselawat untuknya sebanyak mana dia berselawat kepadaku. Maka berselawatlah sama ada sedikit atau banyak. Daripada ‘Amir B. Rabi’ah R.A
[ H.R.S : Imam Thabrani Ra. A. ]
“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).”
Daripada Anas bin Malik R.A
[ H.R.S : Imam An-Nasa’i. No. 1297, Imam Ahmad Ra. A.]
“Allahumma Shalli alaa Muhammad wa alaa aalihi Muhammad.”
IMAM MUHAMAMD JIBRIL AL-KHAIR B.A