The Alien - Link Select

Rabu, 26 Ogos 2015

Q.S. AL-HIJR 15 : 95-99 ???



ALLAH S.W.T 
Berfirman :
Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu, - (Iaitu) mereka yang mengadakan tuhan yang lain bersama-sama ALLAH, maka mereka akan mengetahui kelak (akibatnya). Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud. Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.
[ Q.S. AL-HIJR 15 : 95-99 ]

RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W 
Bersabda:
“Kutinggalkan kepadamu dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab ALLAH (Al Quran) dan Sunnahku.” 
Daripada Ibnu ‘Abbas R.A 
[ H.R.S : Imam al-Hakim Ra. A. ]

"Sampaikanlah dariku walau satu ayat,… barang siapa yang mengatakan sesuatu yang tidak pernah kuucapkan maka bersedialah menepati tempat duduknya di Neraka." 
Daripada Abu Hurairah, Abdullah Bin Mas’ud dan Ummu Salamah RA 
[ H.R.S : Imam Bukhari, Muslim, Ibnu Hibban, Abu Dawud, At-Tirmizi, Ibnu Majah, Ad-Darimi dan Ahmad Ra. A. ]