The Alien - Link Select

Khamis, 11 April 2013

MEMBERONTAK KEPADA PEMERINTAH - HARAM???



(Daripada Ibnu Abbas r.a)
RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
bersabda:
“Barangsiapa yang membenci sesuatu perkara pada pemerintahnya
maka hendaklah dia bersabar
kerana sesungguhnya, barangsiapa yang memberontak terhadap penguasa lalu dia mati maka matinya itu seumpama mati orang jahiliah”

HRS :  Al-Bukhari dan Muslim


RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
bersabda:

“Barangsiapa yang diperintah oleh seorang pemerintah lalu dia melihat pemerintahnya itu melakukan maksiat kepada ALLAH maka hendaklah dia membenci perbuatannya yang maksiat kepada ALLAH itu namun jangan pula dia mencabut tangannya daripada ketaatan (terhadap pemerintah itu)”.

[H.R.S : Muslim]


Berkata Imam Abul Qasim al-Asbahani r.h (w.535 H)
al-Hujjah fi Bayan al-Mahajjah:
 “dan di antara mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah adalah: mereka tidak membolehkan memberontak ke atas pemerintah walaupun terdapat kezaliman selama mana pemerintah itu mendirikan solat seperti mana yang telah datang akannya khabar (hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam)”

Kata al-Imam al-Nawawi r.h (w.676 H): “Adapun memberontak kepada mereka (pemerintah muslim) maka ianya HARAM dengan kesepakatan kaum Muslimin walaupun mereka itu orang-orang yang zalim dan fasiq …”
[Syarah Sahih Muslim, 12/229].