(Daripada Ibnu
Abbas r.a)
RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
bersabda:
“Barangsiapa yang membenci sesuatu perkara pada
pemerintahnya
maka hendaklah dia bersabar
kerana sesungguhnya, barangsiapa yang memberontak
terhadap penguasa lalu dia mati maka matinya itu seumpama mati orang jahiliah”
HRS : Al-Bukhari dan Muslim
RASULULLAH NABI MUHAMMAD S.A.W
bersabda:
“Barangsiapa yang diperintah oleh seorang
pemerintah lalu dia melihat pemerintahnya itu melakukan maksiat kepada ALLAH
maka hendaklah dia membenci perbuatannya yang maksiat kepada ALLAH itu namun
jangan pula dia mencabut tangannya daripada ketaatan (terhadap pemerintah
itu)”.
[H.R.S :
Muslim]
Berkata Imam
Abul Qasim al-Asbahani r.h (w.535 H)
al-Hujjah fi
Bayan al-Mahajjah:
“dan di antara mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah
adalah: mereka tidak membolehkan memberontak ke atas pemerintah walaupun
terdapat kezaliman selama mana pemerintah itu mendirikan solat seperti mana yang
telah datang akannya khabar (hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam)”
Kata al-Imam
al-Nawawi r.h (w.676 H): “Adapun memberontak kepada mereka (pemerintah muslim)
maka ianya HARAM
dengan kesepakatan kaum Muslimin walaupun mereka itu orang-orang
yang zalim dan fasiq …”
[Syarah Sahih
Muslim, 12/229].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan