ALLAH
S.W.T
Berfirman
:
"Wahai
Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat
keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di
sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka
ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya
dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik
gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah
rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga
mereka bersyukur.
"Wahai
Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan
apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang
tersembunyi kepada Allah!
"Segala
puji tertentu bagi Allah Yang telah mengurniakan kepadaku semasa aku tua:
Ismail dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar dan Memperkenan doa
permohonan.
[
Q.S. IBRAHIM 14 : 37-39]
RASULULLAH
NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda
:
“….Bahwa
dalam diri setiap manusia terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baik
pula seluruh amalnya, dan apabila ia itu rusak maka rusak pula seluruh
perbuatannya. Gumpalan daging itu adalah hati.”
[
H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. ]
“Setiap
dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya
sebelum mereka berpisah”
[
H.R.S : Imam Abu Daud Ra. A.]
“Iaitu
kamu memberi makanan dan mengucapkan salam baik kepada orang yang telah kamu
kenal mahupun orang yang belum kamu kenal.”
Daripada
`Abdullah bin `Amr bin Al-`Ash R.A “Bagaimanakah ISLAM yang baik itu?”
[
H.R.S : Imam Bukhari dan Imam Muslim Ra. A. ]