ALLAH
S.W.T
Berfirman
:
Dan
Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain pada
rezeki yang dikurniakanNya; dalam pada itu, orang-orang yang diberi kelebihan
itu tidak mahu memberikan sebahagian dari kelebihan hartanya kepada hamba-hamba
mereka, supaya orang-orang itu dapat sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka
tergamak mengingkari nikmat Allah itu dengan perbuatan syirik?
Dan
Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri),
dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta
dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka
(yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan
mereka kufur pula akan nikmat Allah?
Dan
mereka menyembah benda-benda yang lain dari Allah, yang tidak berkuasa memberikan
mereka sebarang rezeki pemberian dari langit dan bumi, dan mereka pula tidak
berdaya sama sekali mendapat kuasa itu.
Oleh
itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah, kerana
sesungguhnya Allah mengetahui (setakat mana buruknya perbuatan syirik kamu)
sedang kamu tidak mengetahuinya.
Allah
memberikan satu misal perbandingan: Seorang hamba abdi yang menjadi milik
orang, yang tidak berkuasa melakukan dengan bebasnya sesuatupun; dan seorang
lagi (yang merdeka) yang Kami kurniakan kepadanya pemberian yang baik (harta
kekayaan) dari Kami, maka dia pun membelanjakan hartanya dengan bebasnya, sama
ada secara bersembunyi atau terbuka, adakah kedua orang itu sama? Segala puji
tertentu bagi Allah (dan Allah jualah yang berhak disembah), tetapi kebanyakan
mereka (yang musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid itu).
Dan
Allah memberikan satu misal perbandingan lagi: Dua orang lelaki, salah
seorangnya kelu pekak dari semulajadinya, tidak dapat menyatakan apa yang
difikirkannya dan tidak dapat mendengar apa yang dikatakan kepadanya; dan ia
pula menjadi beban kepada orang yang menjaganya; ke mana sahaja ia diarahkan
pergi oleh penjaganya, tak dapatlah dia membawa sesuatu yang berfaedah; adakah
dia (yang demikian sifatnya) sama seperti orang (yang boleh berkata-kata serta dapat)
menyuruh orang ramai melakukan keadilan, dan ia sendiri pula berada di atas
jalan yang lurus (jalan yang benar)?
Dan
(ingatlah), Allah jualah yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi;
tiadalah hal kedatangan hari kiamat itu melainkan seperti sekelip mata, atau ia
lebih cepat lagi; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[
Q.S. AN-NAHL 16 : 71-77 ]
RASULULLAH
NABI MUHAMMAD S.A.W
Bersabda
:
"Memaki
orang muslim adalah derhaka (fasik) dan membunuhnya kafir."
Daripada
Abdullah R.A
[
H.R.S : Imam Bukhari Ra. A. : Hadis 0040 ]
“Berhati-hatilah
dengan daging, kerana ia menyebabkan ketagihan seperti Arak.”
KHALIFAH
UMAR AL-KHATTAB R.A
"Ingatlah
ALLAH nescaya ALLAH mengingatimu dan ketenangan bersamamu. Ingatlah, apabila
engkau bersama orang yang mengingati ALLAH, pasti engkau juga akan ingat ALLAH.
Namun, apabila engkau bersama dengan orang yang lalai dan lupakan ALLAH,
nescaya engkau juga akan lalai dan lupakan ALLAH. Tiada orang yang ingat ALLAH
itu Mati, melainkan ia Hidup dan tiada orang yang lupa ALLAH itu Hidup
melainkan ia MATI. Oleh itu, hati-hatilah dalam memilih sahabat yang
bersamamu."
IMAM
MUHAMMAD JIBRIL AL-KHAIR B.A