Tengah proses buku dan tetiba aku terjumpa satu buku yang bertajuk "UNSUR BAHASA DALAM BUDAYA"- oleh Saidatul Nornis Hj Mahali. apa yang menarik nak kongsi ialah kata-kata dan ungkapan makian dalam masyarakat cina....
mari kita kongsi ya...
RIBUAN ORANG TIDUR ATAS SEPASANG TANGAN HALUS = makian untuk pelacur wanita
KUCING MENANGIS, KEMATIAN TIKUS= makian untuk dua orang yang bermusuh(salah seorangdarinya mati)
ANJING BERKELAMIN DUA= kapel yang buat seks tanpa nikah.(Zina)
TELUR ITIK TIDAK BERKAKI = Individu yang tidak disukai akan dimaki dengan ungkapan ini.
ANJING MENANGKAP TIKUS= makian bagi si Penyibuk!
NENEK TUA NAIK SARANG BURUNG= Orang tua yang buat kerja tak senonoh tanpa berfikir terlebih dahulu.
KELDAI MALAS NAIK PENGISAR= pemalas yang beri seribu alasan untuk tidak buat kerja.
KUDA TIDAK TAHU MUKANYA PANJANG DAN MONYET TIDAK TAHU BUNTUTNYA MERAH = makian untuk manusia tak sedar diri sendiri.
AIR YANG DISIMBAH KELUAR= makian untuk anak2 perempuan yang sudah berkahwin dan mengikut suami kerumah suami.
ROH MUSANG = Makian untuk wanita atau gadis penggoda suami orang lain dan berkelakuan buruk
SERIGALA BETINA = makian untuk Perempuan sundal!
MATA MERPATI = orang yang suka memandang rendah orang lain dan tidak sedar bahawa dia yang dipandang rendah oleh org lain.
Penulis(AKULAAA...) pula menggunakan satu kata makian untUk mewAkili kesemuanya
"BONGEK!" = ANDA SENDIRI KENA FAHAM MAKSUDNYA BERDASARKAN KEADAAN DAN MAKIAN INI HANYA AKAN BERDENTUM DARI MULUT PENULIS BILA SUDAH HILANG SABAR!
HEHEHEEHE.... Opurak miaga rogon!(putih macam hantu) hahahaha...
Ahad, 17 Oktober 2010
Langgan:
Catatan (Atom)