The Alien - Link Select

Isnin, 22 Februari 2010

APA MAHATMA GANDHI KATA TENTANG NABI MUHAMMAD S.A.W?

“Saya ingin tahu sebaik-baiknya tentang hidup seorang yang hingga kini memegang teguh hati jutaan manusia… Saya lebih yakin dari sebelumnya, bahawa bukanlah pedang yang membawa Islam kepada kejayaannya. Kesederhanaan agama Islam yang tegas, penguasaan diri yang paling kuat dari nabi itu, pandangan yang teliti sekali tentang jaminan pahala, pengabdiannya yang bersungguh-sungguh kepada sahabat-sahabat dan pengikut-pengikutnya, keperwiraannya yang tidak mengenal takut. Keyakinannya yang mutlak terhadap Tuhan dan tugasnya. Inilah, dan bukan pedang yang menaklukkan segala-galanya di hadapan kaum muslimin dan mengatasi segala rintangan… Cukuplah bagi saya untuk mengetahui bahawa ia salah satu dari jutaan manusia yang berusaha berjalan dengan takwa kepada tuhan, yang mati sebagai seorang miskin dengan tidak menghendaki Mausoleum yang megah sebagai kuburnya, yang hingga ke akhir hayatnya tidak lupa kepada setiap orang yang pernah berbuat baik kepadanya.”
-MAHATMA GANDHI-

Dipetik dari : Young India dan seterusnya oleh The Light pada 16 September 1924

Ahad, 21 Februari 2010

SENARAI TOKOH DUNIA YANG BERPENGARUH DALAM SEJARAH

Susunan "ranking" ini dibuat oleh Michael H. Hart didalam bukunya yg bertajuk:
The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History.

1 Muhammad
2 Isaac Newton
3 Jesus Christ
4 Buddha
5 Confucius
6 St. Paul
7 Ts'ai Lun
8 Johann Gutenberg
9 Christopher Columbus
10 Albert Einstein
11 Louis Pasteur
12 Galileo Galilei
13 Aristotle
14 Euclid
15 Moses
16 Charles Darwin
17 Shih Huang Ti
18 Augustus Caesar
19 Nicolaus Copernicus
20 Antoine Laurent Lavoisier
21 Constantine the Great
22 James Watt
23 Michael Faraday
24 James Clerk Maxwell
25 Martin Luther
26 George Washington
27 Karl Marx
28 Orville and Wilbur Wright
29 Genghis Khan
30 Adam Smith
31 Edward de Vere a.k.a. William Shakespeare
32 John Dalton
33 Alexander the Great
34 Napoleon Bonaparte
35 Thomas Edison
36 Antony van Leeuwenhoek
37 William T.G. Morton
38 Guglielmo Marconi
39 Adolf Hitler
40 Plato
41 Oliver Cromwell
42 Alexander Graham Bell
43 Alexander Fleming
44 John Locke
45 Ludwig van Beethoven
46 Werner Heisenberg
47 Louis Daguerre
48 Simon Bolivar
49 Rene Descartes
50 Michelangelo
51 Pope Urban II
52 'Umar ibn al-Khattab
53 Asoka
54 St. Augustine
55 William Harvey
56 Ernest Rutherford
57 John Calvin
58 Gregor Mendel
59 Max Planck
60 Joseph Lister
61 Nikolaus August Otto
62 Francisco Pizarro
63 Hernando Cortes
64 Thomas Jefferson
65 Queen Isabella I
66 Joseph Stalin
67 Julius Caesar
68 William the Conqueror
69 Sigmund Freud
70 Edward Jenner
71 Wilhelm Conrad Roentgen
72 Johann Sebastian Bach
73 Lao Tzu
74 Voltaire
75 Johannes Kepler Lutheran
76 Enrico Fermi
77 Leonhard Euler
78 Jean-Jacques Rousseau
79 Nicoli Machiavelli
80 Thomas Malthus
81 John F. Kennedy
82 Gregory Pincus
83 Mani
84 Lenin
85 Sui Wen Ti
86 Vasco da Gama
87 Cyrus the Great
88 Peter the Great
89 Mao Zedong
90 Francis Bacon
91 Henry Ford
92 Mencius
93 Zoroaster
94 Queen Elizabeth I
95 Mikhail Gorbachev
96 Menes
97 Charlemagne
98 Homer
99 Justinian I
100 Mahavira

Di mana Mahatma Gandhi????


Senarai lain pula…

50 Tokoh Paling Berpengaruh Dalam Sejarah Dunia :-

1) Nabi Muhammad SAW
- Nabi umat Islam yang paling agung-nabi akhir zaman- nabi seluruh Manusia dan Jin.

2) Isaac Newton
- Ilmuwan agung , antara penemuan terpenting Newton adalah dalam bidang mekanik , pengetahuan tentang pergerakan sesuatu jasad.

3) Nabi Isa A.S
- Antara 25 Rasul bagi umat Islam & punca terjadinya agama Kristian

4) Buddha
- Ajaran Buddha

5) Confucius
- Ahli falsafah Cina yang teragung

6) St. Paul
- Pengikut Nabi Isa A.S dan penyebar utama ajaran Kristian

7) Ts`ai Lun
- Pencipta kertas

8) Johann Gutenberg
- Pencipta percetakan (mesin cetak)

9) Christopher Columbus
- Orang yang menemui Amerika

10) Albert Einstein
- Saintis teragung abad yang ke - 20

11) Karl Marx
- Pelopor utama gagasan `sosiolisme saintifik`

12) Louis Pasteur
- Ahli kimia & biologi Perancis

13) Galileo Galilei
- Saintis Italy

14) Aristotle
- Ahli falsafah agung dan juga saintis dunia purba

15) Lenin
- Pemimpin politik yang bertanggungjawab atas fahaman komunis di Rusia.

16) Nabi Musa A.S
- Antara 25 Rasul umat Islam

17) Charles Darwin
- Pengasas teori evolusi organik

18) Shih Huang Ti
- Maharaja yang menyatukan China melalui kuasa ketenteraan.

19) Augustus Caesar
- pengasas empayar Rome.

20) Mao Tse-tung
- Pemimpin partis komunis paling berkuasa di china.

21) Genghis Khan
- Penakluk unggul dari Mongol

22) Euclid
- ahli geometer Greek

23) Martin Luther
- Penentang gereja katolik Rom dan memulakan reformasi Protestan.

24) Nicolaus Copernicus
- Ahli astronomi Poland

25) James Watt
- Tokoh terpenting dalam revolusi industri yang sering dikaitkan dengan rekaan enjin stim.

26) Constantine The Great
- Maharaja Kristian Rome yang pertama.

27) George Washington
- Presiden Amerika Syarikat yang pertama.

28) Michael Faraday
- Penghasilan elektrik

29) James Clerk Maxwell
- Ahli fizik British

30) Orville Wright & Wilbur Wright
- Membina kapal terbang

31) Antoine Laurent Lavoisier
- Saintis Perancis , tokoh utama dalam pembangunan kimia.

32) Sigmund Freud
- Pengasas psikoanalisis.

33) Alexander the great
- Penakluk paling mahsyur zaman purba.

34) Napoleon Bonaparte
- Jeneral dan maharaja Perancis

35) Adolf Hitler
- Pemimpin Nazi

36) William Shakespeare
- Penyair Inggeris

37) Adam Smith
- Tokoh terkemuka teori dalam bidang ekonomi.

38) Thomas Edison
- Seorang pencipta yang serba boleh.

39) Antony Van Leeuwenhock
- orang yang menemukan mikrob.

40) Plato
- Ahli falsafah Greek.

41) Guglielmo Marconi
- pencipta radio

42) Ludwig Van Beethoven
- Pencipta muzik teragung

43. Werner Heisenberg
- Ahli fizik dari German

44) Alexander Graham Bell
- Pencipta telefon

45) Alexander Flaming
- Orang yang menemuken penisilin.

46) Simon Bolivar
- Tokoh politik yang memainkan peranan dalam membebaskan lima buah negara iaitu Colombia , Venezuala , Ecuador , Peru dan Bolovia dari Sepanyol.

47) Oliver Cromwell
- Pemimpin tentera yang bijak yang mengetuai Parlimen mencapai kejayaan dalam Perang Saudara Inggeris.

48) John Locke
- Ahli falsafah Inggeris

49) Michelangelo
- Artis Zaman Pembaharuan

50) Pope Urban 2
- Paderi yang mula-mula mengisyhtiharkan perang ke atas umat Islam untuk mengambil semula tanah suci Baitulmaqdis.

::: MAHATMA GANDHI :::



Semalam aku baru saja menamatkan movie pasal Gandhi. Fuh!, betul2 la Ben Kingsley sebiji macam Mahatma Gandhi yang asal… hehe… anyway…inilah ceritanya dan biodata tokoh tersebut…. lepas tengok cite ni ... aku macam nak jadi macam gfandhi lak.. hehehehe.. semangat
tuuu..!

Sinopsis
On this day in 1982, COLUMBIA PICTURES released GANDHI. Directed by SIR RICHARD ATTENBOROUGH, this epic biopic was one of the highlights of the movie year. The film told the story of MAHATMA GANDHI, the lawyer who became the famed leader of the Indian revolts against the British through his philosophy of non-violent protest. BEN KINGSLEY starred in the titular role with a supporting cast that included CANDICE BERGEN, EDWARD FOX, JOHN GIELGUD, TREVOR HOWARD, JOHN MILLS and MARTIN SHEEN. GANDHI went onto win eight Academy Awards including Best Picture, Best Director for SIR ATTENBOROUGHand Best Actor for BEN KINGSLEY.

His Biodata.

Mohandas Karamchand Gandhi (2 Oktober 1869 - 30 Januari 1948) juga dipanggil Mahatma Gandhi (bahasa Sanskrit: "berjiwa hebat") adalah seorang pemimpin spiritual dan tokoh politik tersohor dari India.

Pada masa kehidupan Gandhi, banyak negara yang merupakan jajahan British. Penduduk di koloni-koloni tersebut mendambakan kemerdekaan agar dapat memerintah negaranya sendiri.

Gandhi adalah salah seorang yang paling penting yang terlibat dalam pergerakan kemerdekaan India. Dia adalah aktivis yang tidak menggunakan kekerasan, yang mengusung gerakan kemerdekaan melalui demonstrasi secara aman.
Beliau dilahirkan pada 2 Oktober, 1869, di Porbandar, sebuah pekan kecil di wilayah Gujarat. Keluarganya dari kelas pertengahan dari kasta Vaishya. Bapanya, Karamchand, merupakan seorang Dewan atau Perdana Menteri di pekan tersebut. Manakala ibunya bernama Putlibai, adalah seorang wanita yang lemah lembut dan warak, dan menjadi sumber inspirasi bagi beliau.

Semasa Gandhi di sekolah rendah, beliau tidak menunjuk sebarang petanda akan menjadi seorang tokoh yang terkenal. Disekolah beliau dianggap sebagai seorang pelajar yang "mediocre" atau sederhana dan merupakan seorang yang sangat pemalu. Namun sejak kecil lagi, beliau menunjukkan sifatnya yang berintegriti. Sewaktu suatu ujian ejaan beliau telah silap mengeja. Tetapi beliau enggan meniru kawannya, walaupun diberi peluang oleh gurunya.

Mengikut adat orang India pada waktu itu, beliau telah dikahwinkan pada usia yang muda iaitu pada umur 13 tahun kepada Kasturbai, seorang gadis yang sebaya dengannya.

Pada usia 18 tahun, beliau melanjutkan pelajarannya di Southampton, England dalam bidang undang-undang. Di samping mempelajari undang-undang, beliau mula menunjuk minat dalam bidang keagamaan. Pelbagai kitab serta buku-buku keagamaan seperti Hindu, Kristian, Yahudi dan Islam telah menjadi bahan bacaannya. Pada 1891, beliau lulus peperiksaan akhirnya dan pulang ke India sebagai seorang peguam.
Semasa di Bombay, beliau mencuba nasib sebagai seorang peguambela tetapi gagal. Beliau kemudiannya diarah untuk membela seorang klien di Afrika Selatan. Lantas beliaupun pergi ke negara yang asing ini. Disana, beliau menyaksikan diskriminasi yang sangat teruk. Bangsa India, samada peniaga mahupun buruh dianggap sebagai golongan kelas kedua dan dipanggil "kuli" atau "sami".

Pengalaman diskriminasi yang pertama berlaku di Maritzburg, ibunegeri Natal. Sewaktu didalam keretapi, seorang berkulit putih telah membantah kehadiran seorang "berwarna" di kelas pertama dan mengarah beliau untuk pindah ke kelas ketiga. Beliau enggan menurut kemahuannya kerana mempunyai tiket kelas pertama. Akhirnya beliau serta begnya telah dihumban keluar dari keretapi tersebut.

Peristiwa ini merupakan satu tamparan hebat kepada Gandhi. Beliau kemudian memutuskan untuk menjadi seorang aktivis politik agar dapat mengubah undang-undang diskriminasi tersebut. Gandhi kemudiannya membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan disana.
Ketika kembali ke India, dia membantu dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British; hal ini memberikan inspirasi bagi rakyat di koloni-koloni lainnya agar berjuang mendapatkan kemerdekaannya.

Rakyat dari agama dan suku yang berbeza yang hidup di India kala itu yakin bahwa India perlu dipecah menjadi beberapa negara agar kelompok yang berbeza ini dapat mempunyai negara mereka sendiri. Ramai yang ingin melihat penganut agama Hindu dan Islam berpisah dan mempunyai negara sendiri. Walaupun, Gandhi adalah seorang Hindu, beliau menyukai falsafah dari agama-agama lain termasuk Islam dan Kristian. Beliau percaya bahawa manusia tak kira agama harus mempunyai hak yang sama dan hidup bersama secara damai di dalam satu negara.

Pada 1947, India mencapai kemerdekaan dan berpisah menjadi dua negara, India dan Pakistan. Hal ini tidak disetujui Gandhi.

Prinsip Gandhi, satyagraha, sering diterjemahkan sebagai "jalan yang benar" atau "jalan menuju kebenaran", telah menjadi sumber inspirasi berbagai generasi aktivis-aktivis demokrasi dan anti-rasisme seperti Martin Luther King, Jr. dan Nelson Mandela. Gandhi sering mengatakan nilai-nilai ajarannya sangat sederhana, yang berdasarkan kepercayaan Hindu tradisional: kebenaran (satya), dan bukan-kekerasan (ahimsa).

Pada 30 Januari 1948, Gandhi dibunuh seorang lelaki Hindu yang marah kerana kepercayaan Gandhi yang menginginkan rakyat Hindu dan Muslim diberikan hak yang
sama.

Gandhi tidak pernah menerima Penghargaan Perdamaian Nobel, meskipun dicalonkan sebanyak lima kali antara 1937 dan 1948. Beberapa dekad kemudian, hal ini disesali secara umum oleh pihak Jawatankuasa Nobel. Ketika Dalai Lama dianugerahi Penghargaan Nobel pada 1989, ketua Jawatankuasa Nobel mengatakan bahawa ini merupakan "suatu cara untuk mengenang jasa Mahatma Gandhi".

Museum elektronik Nobel mempunyai artikel mengenai hal tersebut. [1]

Sepanjang hidupnya, aktivis Gandhi telah menarik berbagai komentar dan pendapat. Misalnya, sebagai pemimpin Kerajaan British, Winston Churchill pernah berkata "Menyedihkan...melihat Mr. Gandhi, seorang peguambela daripada Kuil Tengah (Middle Temple) yang menghasut, sekarang tampil sebagai seorang fakir yang biasa dari Timur, menaiki tangga Istana Viceregal dengan badan setengah telanjang."

Begitu juga dengan Albert Einstein yang berkata mengenai Gandhi: "(Mungkin) para generasi berikutnya akan sukar mempercayai bahawa ada orang seperti ini yang pernah hidup di dunia ini."

Karya Mahatma Gandhi tidak dilupakan oleh generasi berikutnya. Cucunya, Arun Gandhi dan Rajmohan Gandhi dan bahkan anak cucunya, Tushar Gandhi, adalah aktivis-aktivis sosio-politik yang terlibat dalam mempromosikan gerakan bukan-kekerasan di seluruh dunia.
tetapi takleh lawan Nabi Muhammad SAW juga laa... manusia terbaik di dunia dan di akhirat yang menyatukan semua manusia sejak zamannya hingga kiamat.

::: BUKU YANG MENARIK HATI :::

BAGAIMANA MENJADIKAN BUKU ITU MENARIK PEMBACA YANG BENCI DENGAN BUKU?
Rakyat Malaysia hanya 1 dari 1000 yang suka membaca dan membawa buku ke mana-mana sahaja. Di mana naluri malayisans? Di mana naluri membaca mereka??? sudah dimamah usia? kerana desakan masa yang singkat? Malas? Faktor buku yang tidak menarik?


bagi saya mungkin kesemuanya adalah faktor utama. Tetapi sebagai orang seni. Faktor design buku kenalah menarik. Klau boleh sebuah buku novel yang menarik ialah...

1. Kertas berkualiti dan kulit tebal.
2. Design kulit yang menarik dan seiring dengan masa.(colourful dan tulisan pula timbul)
3. Ada penanda buku (yang menarik)yang diberi percuma dalam setiap buku.
4. Potongan setiap bab pada sisi buku.
5. Sinopsis menarik.
6. Reka -letak maklumat di kulit luar mestilah unik dan menarik.
7. Setiap permulaan bab, dan gap bab panjang serta akhiran bab perlu ada ilustrasi menarik.
8. lampiran dan glosari sama ada ilustrasi menarik atau pun daftar kata yang terbaru dna terkini.
9. Idea cerita atau subjek yang dipaparkan dalam buku tersebut mestilah seiring dengan keadaan semasa.
10. Harga murah dan mudah di dapati.
11. Saiz buku biarlah kecil dan mudah dibawa dalam saku atau porchbag. contoh 16 cm kali 12 cm -saiz yang sesuai dibawa ke mana-mana.
12. Muka surat pula maksima 300 dan minima 250.
13. Kandungan buku mestilah bersifat campuran adventure, ilmiah dan kata-kata nasihat dari pelbagai aspek yang menepati zaman.

13 perkara menjadikan buku itu menarik.

AZAB ALLAH UNTUK PENDOSA MAKSIAT(PESTA SEKS)
















Tak tahulah bila peristiwa ini berlaku. Saya mendapat email ini dalam Lotus Notes... dan saya masukkan dalam ni untk tatapan semua. Lihat pada gambar ... memang ia satu kejadian yang menarik dan menyeramkan. Apa taknya,... PIRANHA di lautan??? pelik tak??? biasanya uikan piranha ni kat sungai je... sungaio Amazon, Brazil... ini kes lain lak... kat lautan.. tapi dari bentuk rupa ikan tu... pelik... bukan Piranha... macam campuran DNA piranha dan ikan jenis lain... Wallahualam la... tapi ia menunjukan juga pada kita... maksiat dan dosa yang kita buat kadang2 dibayar terus oleh Allah di atas muka Bumi ini... saksikanlah ia sebnagai pengajaran...













We both knows that...
Jesus and Moses is different....
But Moses and Muhammad is similar in many way...

so, D18:18 is still about Muhammad...

don't you think so?

there 8 more similarity Moses and Muhammad and Jesus is not alike Moses...

look it this..

1. Moses had a parents... but Jesus only had a mother and his father is not human being...(according to bible).. but, truely, Muhammad had a parents like Moses...

So, that's why i said, Moses is like Muhammad and Jesus is different!

2. They born in normal way.
Moses and Muhammad is born in the normal way. not like Jesus, Jesus was born inmiracle way.(see in Passage Matthew 1:18:
18 Now the birth of Jesus Christ was on this wise: When as his mother Mary was espoused to Joseph, before they came together, she was found with child of the Holy Ghost. and
Passage Luke 1:34-35:
34 Then said Mary unto the angel, How shall this be, seeing I know not a man?
35 And the angel answered and said unto her, The Holy Ghost shall come upon thee, and the power of the Highest shall overshadow thee: therefore also that holy thing which shall be born of thee shall be called the Son of God. )
-In Qur'an told us about the birth of Jesus is determined with honour(read Al-Imran : 47)

3. Marriage
Are Moses and Muhammad married to woman? YES, OF COURSE!... is Jesus married??? NO!- So, Jesus is not like Moses! But MUhammad is like Moses!


4. Denying by thier peoples
Moses and Muhammad dwas accepted as a prophet to their tribe... But Jesus was denied by his tribe(Israelians)- this is bring meaning that Muhammad is like Moses, but Jesus, is not! see in Passage John 1:11:
11He came unto his own, and his own received him not.
- proved that, till today, the Jews(Jesus Tribe) was not accept Jesus as a prophet or thier God...

5. The Kingdom is not in this world

Muhammad and Moses build their kingdom in this world. But Jesus said in Passage John 18:36:
36Jesus answered, My kingdom is not of this world: if my kingdom were of this world, then would my servants fight, that I should not be delivered to the Jews: but now is my kingdom not from hence.

so Jesus is not kike Moses... But Muhammad is like Moses... Both they had a kingdom in this world..

6. No new Law
Moses and Muhamad came to bring a new Law from God. But Jesus said in Passage Matthew 5:17-18:
17Think not that I am come to destroy the law, or the prophets: I am not come to destroy, but to fulfil.
18For verily I say unto you, Till heaven and earth pass, one jot or one tittle shall in no wise pass from the law, till all be fulfilled.



7. How they gone?
Muhammad and Moses died in normal way. but according to Christian, Jesus was killed in brutal way ( crossed)...
That's why Jesus is not like Moses... But Muhammad is same to Moses....

8. Heaven is a place to live
Moses and Muhammad layed in the grave-at the earth. BUT! according to you... Jesus was layed in the heaven...

so, Jesus is not like Moses... but Muhammad it is!

can you think any similarity's of Jesus between Moses???
who u think can fulfill the prophecy in D18:18???


argue me...with the knowledge from Bible...
Green

Khamis, 18 Februari 2010

::: DEUTERONOMY 18 : 18 :::

Bila membaca Deutronomy 18 : 18 atau dalam bahasa Indonesia Ulangan 18:18. Mari kita lihat ayat ini.

Bible Ulangan 18:18
“Dari bangsa mereka sendiri Aku akan mengutus kepada mereka seorang nabi seperti engkau. Aku akan mengatakan kepadanya apa yang harus dikatakannya, lalu ia akan menyampaikan kepada bangsa itu segala yang Kuperintahkan.”


Dalam bahasa melayunya disingkat atau diertikan dengan ayat seperti ini….

“ Aku akan mengutus seorang nabi dari bangsa kamu sendiri. Seorang nabi seperti engkau(Nabi Musa). Aku akan mewahyukan kepadanya dan dia akan menyampaikan apa yang diwahyukan itu kepada kaumnya.”

Persoalannya di sini.. siapa nabi yang diramalkan itu??? atau nabi yang disebut oleh Allah SWT agar Nabi Musa a.s mengetahuinya??? Mari kita fikirkan fakta-fakta ini. Siapakah nabi yang serupa dengan Nabi Musa itu??? Bila ditanya kepada seorang Kristian. Dia dengan mudahnya menjawab. “Jesus Christ.”

Tapi mari kita tengok fakta persamaan itu dengan Nabi Musa… apakah Jesus atau nabi Isa itu serupa dengan Nabi Musa sehingga ia layak menepati ramalan itu?

Dari segi apakah Jesus serupa dengan Nabi Musa?
Jawapannya mungkin dan pasti pada tiga ciri ini. Pertama, dua-duanya adalah Nabi, dan kedua, dua-duanya berbangsa Yahudi. Seklain itu tiada persamaan lain. Sekiranya ini dijadikan sandaran. Maka mari kita lihat pula Solomon, Yesaya, Ezekiel, Daniel, Hosea, Yoel, Malachi, Yohanes Pembaptis dan lain-lain lagi. Mereka itu semuanya Nabi dan Yahudi. Mengapa tidak dipilih salah satu dari mereka? Mengapa mesti Jesus (Nabi Isa)?

Jesus tidak seperti Musa! Ini pendirian saya. Bagaimana?

Mudah sahaja, menurut Kristian… Jesus adalah Tuhan atau pun anak Tuhan. Musa itu bukan Tuhan dan bukan juga anak Tuhan. Maka Jesus tidak sama sepertri Musa. Mereka berbeza. Kedua, Jesus mati untuk menebus dosa-dosa seluruh manusia. Tetapi Musa tidak mati untuk tujuan tersebut. Ketiga, Jesus pergi ke Neraka selama tiga hari, Nabi Musa tidak pernah ke Neraka sekalipun. Kerana itu, Jesus tiodak seperti Musa!

Maka siapakah yang disebutkan oleh Allah SWT itu??? Siapa nabi akhir zaman itu???

Jawapannya mudah sahaja… Orang seperti Musa itu ialah Nabi Muhammad SAW. Orang yang diutus Allah dan menyampaikan segala wahyu yang diperintahkan Allah untuk disebarkan kepada seluruh umat manusia.

Selain itu ada 8 perkara yang tidak akan dapat disangkal perbezaan Jesus dan Musa. 8 Perkara persamaan Nabi Muhammad SAW dan Nabi Musa dari segi kemunculannya.

Mari kita lihat lapan perkara ini… kedua-dua mereka ada Ayah dan Ibu, Kelahiran normal, Berkahwin, diterima sebagai nabi oleh kaum masing-masing, memiliki dan menubuhkan kerajaan dan berkuasa memerintah, kedua-duanya membawa hokum baru, kedua-duanya pergi(wafat) dalam kewafatan yang wajar dan normal dan ke lapan kedua-dua mayat nabi tersebut dibaringkan dalam tanah.

8 perkara ini tidak berlaku pada Jesus…. Maka Jesus tidak sama seperti Musa. Maka itu,ramalan ini tetap jatuh kepada Rasulullah Nabi Muhammad SAW.

::: 4 TUHAN :::

Mungkin suatu kebetulan.....IMAJINASI MANUSIA dalam MEMAHAMI TUHAN-nya TERNYATA MEMPUNYAI PERSAMAAN YANG BERASAS.
Siapa yg mengajar, ya?
Cuba renungkan data-data berikut :
1. Dianggap Tuhan atau Dewa
-Yesus ---> Tuhan Kristen
-Mithra ---> Dewa Persia Kuno
-Osiris ---> Dewa Mesir Kuno
-Baachus ---> Tuhan Yunani Kuno
2. Hari Kelahiran
-Yesus ---> Tanggal 25 Desember
-Mithra ---> Tanggal 25 Desember
-Osiris ---> Tanggal 25 Desember
-Baachus ---> Tanggal 25 Desember
3. Pengharapan orang
-Yesus ---> Mesias yg ditunggu
-Mithra ---> Perantara yg ditunggu
-Osiris ---> Pembebas yg ditunggu
-Baachus ---> Pembebas yg ditunggu
4. Lahir dari Ibu Perawan
-Yesus ---> Seorang perawan Maria
-Mithra ---> Seorang perawan Aishev
-Osiris ---> Seorang perawan Naeith
-Baachus ---> Seorang perawan Demeter
5. Kematian
-Yesus ---> Mati Disalib
-Mithra ---> Mati Dibunuh
-Osiris ---> Mati Dibunuh
-Baachus ---> Mati Dibunuh
6. Tujuan Kematian
-Yesus -> Menebus dosa manusia
-Mithra -> Menebus dosa manusia
-Osiris -> Menebus dosa manusia
-Baachus -> Menebus dosa manusia
7. Kebangkitan
-Yesus -> 3 hari dr penyaliban
-Mithra -> 3 hari dr pembunuhan
-Osiris -> 2 hari 3 malam dari pembunuhan
-Baachus -> 3 hari dari pembunuhan
8. Triteisme
-Yesus -> Oknum dr Trinitas (Anak,Bapa,Roh Kudus)
-Mithra -> Oknum dr Tridewa (Mitra,Ahirman,Ohrzmad)
-Osiris -> Oknum dr Tridewa (Osiris,Isis,Horus)
-Baachus -> Oknum dr Tridewa (Baachus,Apolos,Yupiter)
9. Kedatangan kedua kali ke dunia
-Yesus -> Menjelang kiamat
-Mithra -> Menjelang kiamat
-Osiris -> Menjelang kiamat
-Baachus -> Menjelang kiamat
Dan masih ada banyak / beberapa lainnya. Apakah ada kemungkinan Paulus meniru kepercayaan paganisme yg sudah berkembang saat itu?
fikir-fikirkanlah...

4 PLAYERS CHESS

SAPA NAK TRY???
mesti seronok main ni ya... 4 kingdom bertempur dalam satu masa.... sapa berani??!!

Rabu, 17 Februari 2010

::: TENTANG KUKU:::


Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.
 
The Truth
 
Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia jugabukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
 
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.
 
Percayalah.
 
Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang . Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek... Insya-Allah.
 
Additional info
 
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli.
Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.


Doa Potong Kuku

: "BISMILLAHI WAA BILLAHI WA'ALA MILLATI MUHAMMADIN WAALI MUHAMMADIN"
Saidina Ja”far Radhiallahu anhu berkata :-
“Barangsiapa mengerat atau memotong kuku dan misainya pada tiap-tiap hari Jumaat, dan berkata ketika mengeratnya :-
Tiada gugur yang dikerat itu melainkan dengannya pahala memerdekakan seorang sahaya dan tiada sakit melainkan sakit mati”.
RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Wallahualam


Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw.. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:
 
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
 
dan jangan memakai pada jari:
1] jari tengah
2] jari telunjuk
 
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
 
Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
 
p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat kita pahala.

NOVEL BARU : AKU BUKAN HISYAM 2


akan berada di pasaran 2010 ini... tak sabar menunggu rasanya!

Selasa, 16 Februari 2010

GAGASAN 1 ISLAM 1 DUNIA

sudah tiba masanya kita bangkit semula... seperti fitrah kita Islam sejati... marilah semua sehati sejiwa... jayakan satu Islam satu Dunia!

Khamis, 11 Februari 2010

KEMERDEKAAN KESULTANAN SULU 2010


Allahuakbar!



Salam buat semua....


Kesultanan Sulu adalah sebuah kerajaan Muslim yang pernah suatu masa dahulu menguasai Laut Sulu di Filipina Selatan. Kerajaan ini didirikan pada tahun 1450. Ketika zaman kegemilangannya, negeri ini telah meluaskan sempadannya dari Mindanao sehingga ke negeri Sabah.

Sejarah
Sekitar era 1450an, seorang Arab dari
Johor iaitu Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr tiba di Sulu. Pada tahun 1457, beliau menubuhkan Kesultanan Sulu dan memakai gelaran "Paduka Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu Bakr". Gelaran "Paduka" adalah gelaran tempatan yang bermaksud tuan manakala "Mahasari" bermaksud Yang DiPertuan.
Pada tahun 1703, Kesultanan
Brunei menganugerahkan Sabah Timur kepada Kesultanan Sulu kerana di atas bantuan mereka menumpaskan pemberontakkan di Brunei. Pada tahun yang sama, Kesultanan Sulu menganugerahkan Pulau Palawan kepada Sultan Qudarat dari Kesultanan Maguindanao sebagai hadiah perkahwinan Sultan Qudarat dengan puteri Sulu dan juga sebagai hadiah persekutuan Maguindanao dengan Sulu. Sultan Qudarat kemudiannya menyerahkan Palawan kepada Sepanyol.




Buku karangan saudara Asree yang bertajuk "Tausug dan kesultanan Sulu' boleh dijadikan buku teks sejarah untk pembelajaran anak-anak Suluk di bawah kerajaan Sulu kelak.. ini sangat penting utnk generasi suluk seterusnya. agar kita tahu dari mana kita bermula. dan apa sejarah kita serta apa vision kita pada masa akan datang.


Kerajaan Sulu mesti ditegakkan semula. Inilah masanya sebelum KIAMAT... Maruah dan kekuatan kerajaan Sulu mesti ditegakkan semula... inilah masa sang Naga yang tidur itu dibangunkan semula. Selama ini sang naga ini bertapa sambil bertahan dengan lemparan hinaan oleh manusia-manusia yang tidak sedar asal-usul diri. Generasi hari ini mesti tahu kerajaan Sulu adalah kerajaan terhebat di Nusantara.


lupakan persengketaan lama wahai bangsa suluk.. bersatu semula dan amankan negara kamu semua di bawah satu panji kalimah :


LAA ILAHAA ILLALLAH MUHAMMADURASULULLAH"


MARI KITA LIHAT DAP TERKEJUT DENGAN HAL INI.



DAP menggesa polis menjalankan siasatan terperinci terhadap dakwaan wujud sijil kelahiran yang dikeluarkan oleh Kesultanan Sulu kepada warga Filipina yang lahir di Sabah atau yang memasuki negeri itu secara haram. Ahli parlimen DAP bagi Kota Kinabalu, Dr Hiew King Cheu membuat laporan di polis Karamunsing bersama satu salinan sijil berkenaan. Satu salinan sijil kelahiran itu (foto bawah) turut diserahkan kepada ketua polis Kota Kinabalu, kata satu kenyataan DAP Sabah hari ini.
Turut hadir bersamanya di balai polis Sabtu lalu, dua pemimpin DAP negeri Edward Mujie dan Steven Jimbangan.Dr Hiew berkata, walaupun kesahihan salin sijil kelahiran itu masih belum dapat dibuktikan, namun polis tidak boleh meringan-ringankan kerana ia melibatkan kedaulatan dan keselamatan Sabah dan negara ini."Pengeluaran sijil kelahiran Kesultanan Sulu tidak harus diizinkan di Sabah kerana Sabah sebahagian Malaysia. "Kerajaan persekutuan mesti bertindak pantas untuk menghapuskan sebarang anasir yang boleh menggugat kedaulatan negara ini," katanya. "Mereka yang memiliki sijil kelahiran (dari kesultanan) Sulu harus dihantar pulang bersama pendatang-pendatang tanpa izin yang berada di negara ini."Selepas dimaklumkan olehnya, tokoh utama DAP dan juga ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang membangkitkan persoalan itu kepada menteri dalam negeri di Dewan Rakyat, Selasa lepas.Datuk Seri Syed Hamid Albar menjawab beliau tidak tahu-menahu tentang perkara tersebut dan berjanji akan menjawabnya dalam sesi persidangan minggu ini.



Nampaknya kesultanan SULU akan ke persidangan DEWAN RAKYAT. Apa yang nak ditakutkan... DAP? lihat semula sejarah SABAH... then you will know what was happen before! bagus jugalah beliau membangkikan hal ini pada Datuk Seri. semoga nanti DAP tahu, kerajaan SULU ini tetap seperti dulu dan tetap berdaulat.


Nampaknya perjuangan UTC semakin hangat di pasaran Malaysia. Tahun ini akan diisytiharkan ' KEMERDEKAAN SULU '... isu ini akan semakin hangat dan panas.


jangan bimbanglah DAP ... SABAH tetap salah satu negeri dalam Kerajaan Sulu yang dipajak. Kini SABAH akan tetap berdaulat... seperti mana dalam perjanjian (lihat pajakan Sabah). Filipina tidak akan sesekali berjaya menuntu SABAH. SABAH ialah milik kerajaan SULU selagi bulan dan bintang serta matahari itu wujud.(Rujuk buku : Tausug dan kerajaan Sulu oleh Saudara Asree)


SABAH tetap terikat buat selamanya dengan Pajakan Sabah. apa agaknya orang SABAHAN rasa kalau diorang ni tahu sejarah asal-usul mereka?


anyway... mari kita sama-sama menyokong kemerdekaan kerajaan kesultanan Sulu 2010.


Allahuakbar!


KAUM SULUKIAN


KEPADA SEMUA KAUM SULUK DI MALAYSIA

DAFTARLAH SEGERA MENJADI WARGANEGARA KERAJAAN SULU DARUL ISLAM.

BAGI MEREKA YANG TIADA MYKAD MALAYSIA. ANDA AKAN DAPAT ID GREEN (KAD PENGENALAN HIJAU) SEPERTI CONTOH DI ATAS.

BAGI MEREKA YANG MEMILIKI MYKAD(WARGANEGARA MALAYSIA) ANDA AKAN DAPAT ID BLUE (KAD PENGENALAN BIRU)


SILA DAFTAR SEGERA!

KEMERDEKAAN SULU 2010

BERSAMA-SAMA KITA MENYAMBUTNYA!

MOTO BARU!


inilah dia motosikal Malaysia terbaru! gempak tak!?
STRINGRAY DAN CT110
SAPA NAK ??? BELI KAT KEDAI MOTO LAA...
HEHEHEH

Selasa, 9 Februari 2010

SEBUAH CATATAN

SALAM buat semua. hari ni memang takde cite baru. just inform, Hisyam dan Krimna, si makhluk asing dari Uranmus itu sedang bertarung di Greenland, kawasan utara yang tebal saljinya. mungkin pertarungan di sini lebih menarik dari pertarungan mereka di Beijing dan di London. Pastinya selepa sini mereka akan tercampak ke ruang angkasa, melanggar ISS dan kemudian bertarung di permukaan Bulan sehingga menjejaskan orbit bulan sedikit. ok... tutup cite novel aku bukan Hisyam ini...
mari saya bawa anda ke kisah pagi tadi... saya on da way ke tempat kerja. Ketika itu saya naik motor Honda saya tu laaa... tiba-tiba saya dipintas oleh sebuah motor yang yang dinaiki oleh seorang ibu dan anaknya. apa yang mengejutkan ialah anak kecilnya itu diletakkan di bahagian pembonceng... just bayangkan laaa... kalau anak dia jatuh, tentu tak perasaan anak dia dah jatuh digilis kereta di belakangnya..... wwwwoooo ngeri wooooo!
itu je la buat masa ni... lagipun bz buat data bridging ni... banyak buku kena inter data dia masuk ke dalam sistem....

AZAN DAN MANFAATNYA

"Keajaiban AZAN "-Halaqah
Keajaiban Azan.. Masa tengah tgk Al-Kuliyyah, ada iklan pasal Keajaiban Azan..dalam hati.."menarik gak, nak tgk la". Then Ustaz Mohd Fauzi siap pomot lg suh tgk Halaqah-"Keajaiban Azan", Ahad, 7 Feb 2010. Dan aku pon memang interested gak nak tgk..
Ada sikit info yg aku rase best untuk share dengan sesape yang tak berpeluang tgk..tapi boleh bukak website tv9 kalo nak lebih detail..rasenye dorang ade upload program tuh..
Azan disyariatkan untuk solat, kelahiran bayi, bencana alam, kebakaran dll...
Dari Dr Azhar Sarip: Ada 4 tahap gelombang otak (paling tinggi ke paling rendah)
1. Beta - stress, semasa berfikir, bekerja...
2. Alpha - santai, tonton drama (terasa berlakon sekali)...
3. Theta - tidur2 ayam, tenang...
4. Delta - tidur nyenyak tanpa mimpi...
90% manusia duduk di gelombang Beta: nakal, stress, buruk sangka dengan Allah(paling buruk). Azan pulak berada di gelombang Theta. Banyak perkara ajaib berlaku. Dunia akan rosak binasa seandainya tiada gelombang Theta. Azan menstabilkan dunia ni.. dari gelombang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Seboleh mungkin lakukanlah solat seawal waktu (tepat pada waktunya) kerana gelombang rendah masih di situ bagi memudahkan khusyuk di dalam solat kita, Insya Allah. Mungkin terjadi kiamat jika Azan tiada lg di dunia ini..
Azan satu terapi yang baik dan sangat penting. Beri pemahaman kepada anak betapapentingya azan. Sebelum baca buku, anak tu perlu azan. Lihat betapa cantik, betapa kuat menghafal ilmu dan sebagainya.
Satu perkara yang menarik, Azan bukan dilaung tetapi diseru, perkataan paling sesuai digunakan.. Semasa Azan diseru, jika dinikmati dan difahami, kita akan rasa ringan dll...
Satu perkara yang dianjurkan:
Terapi Azan:
Tutup lampu, pejam mata dan hayati Azan..kemudian cuba tidur.. lihat apa akan berlaku..
Malam ni nak try, esok aku bg keputusannya.
Dan jika rumahtangga dalam 'kepanasan', Azan di dalam rumah tersebut, insyaAllah..rumah akan tenang..
Untuk anak yang degil,diAzankan... insyaAllah...
Itu la serba sedikit info.. yang baik dari Allah dan yang buruk dari diri saya sendiri
.. Wassalam.
-ARTIKEL DI ATAS DIPETIK DARI SEORANG BLOGGER-
memang benar Azan itu banyak manfaatnya. benarlah sabda Rasulullah SAW. Dunia ini hanya akan kiamat apabila nama Allah tidak lagi disebut dan dikumandangkan. Jadi hari ini, kita saksikan di Malaysia sahaja ada pihak yang mahu menghapuskan azan di kumandangkan di waktu subuh...
ini tanda-tanda dunia nak kiamat dah... apa pun.. mari kita amalkan bersama-sama.

Jumaat, 5 Februari 2010

ADAMUS?

hari ini meeting. dan aku pada paginya sibuk merepair novel aku bukan Hisyam part 2.... entahlah bila boleh siap... cuma aku agaka dalam 10 muka surat lagi la... complete la semuanya.. dan pada masa yang sama sempurnalah Saga SAM C1G1 dan bermulanya episod kedua untuk saga musim seterusnya.... hehehe... lepas ni aku get ready untk Pahlawan Adamus part 2... SAGA ADAMUS..... yang akan memakan 5 novel yang setebal 300 muka surat sahaja selepas ini... ia akan mengungkap sejarah alam Fiara dan beberapa pertarungan dahsyat di antara ahli sihir jahat dan baik. kemunculan watak Padawa Naldo dan rahsia hidupnya... begitu juga kemunculan Pakatan Tiga segi Syaitan yang emnjadi dalang utama kisahnya sejak dari mula... tunggu dan lihat... hehhehe...