Bila membaca Deutronomy 18 : 18 atau dalam bahasa Indonesia Ulangan 18:18. Mari kita lihat ayat ini.
Bible Ulangan 18:18
“Dari bangsa mereka sendiri Aku akan mengutus kepada mereka seorang nabi seperti engkau. Aku akan mengatakan kepadanya apa yang harus dikatakannya, lalu ia akan menyampaikan kepada bangsa itu segala yang Kuperintahkan.”
Dalam bahasa melayunya disingkat atau diertikan dengan ayat seperti ini….
“ Aku akan mengutus seorang nabi dari bangsa kamu sendiri. Seorang nabi seperti engkau(Nabi Musa). Aku akan mewahyukan kepadanya dan dia akan menyampaikan apa yang diwahyukan itu kepada kaumnya.”
Persoalannya di sini.. siapa nabi yang diramalkan itu??? atau nabi yang disebut oleh Allah SWT agar Nabi Musa a.s mengetahuinya??? Mari kita fikirkan fakta-fakta ini. Siapakah nabi yang serupa dengan Nabi Musa itu??? Bila ditanya kepada seorang Kristian. Dia dengan mudahnya menjawab. “Jesus Christ.”
Tapi mari kita tengok fakta persamaan itu dengan Nabi Musa… apakah Jesus atau nabi Isa itu serupa dengan Nabi Musa sehingga ia layak menepati ramalan itu?
Dari segi apakah Jesus serupa dengan Nabi Musa?
Jawapannya mungkin dan pasti pada tiga ciri ini. Pertama, dua-duanya adalah Nabi, dan kedua, dua-duanya berbangsa Yahudi. Seklain itu tiada persamaan lain. Sekiranya ini dijadikan sandaran. Maka mari kita lihat pula Solomon, Yesaya, Ezekiel, Daniel, Hosea, Yoel, Malachi, Yohanes Pembaptis dan lain-lain lagi. Mereka itu semuanya Nabi dan Yahudi. Mengapa tidak dipilih salah satu dari mereka? Mengapa mesti Jesus (Nabi Isa)?
Jesus tidak seperti Musa! Ini pendirian saya. Bagaimana?
Mudah sahaja, menurut Kristian… Jesus adalah Tuhan atau pun anak Tuhan. Musa itu bukan Tuhan dan bukan juga anak Tuhan. Maka Jesus tidak sama sepertri Musa. Mereka berbeza. Kedua, Jesus mati untuk menebus dosa-dosa seluruh manusia. Tetapi Musa tidak mati untuk tujuan tersebut. Ketiga, Jesus pergi ke Neraka selama tiga hari, Nabi Musa tidak pernah ke Neraka sekalipun. Kerana itu, Jesus tiodak seperti Musa!
Maka siapakah yang disebutkan oleh Allah SWT itu??? Siapa nabi akhir zaman itu???
Jawapannya mudah sahaja… Orang seperti Musa itu ialah Nabi Muhammad SAW. Orang yang diutus Allah dan menyampaikan segala wahyu yang diperintahkan Allah untuk disebarkan kepada seluruh umat manusia.
Selain itu ada 8 perkara yang tidak akan dapat disangkal perbezaan Jesus dan Musa. 8 Perkara persamaan Nabi Muhammad SAW dan Nabi Musa dari segi kemunculannya.
Mari kita lihat lapan perkara ini… kedua-dua mereka ada Ayah dan Ibu, Kelahiran normal, Berkahwin, diterima sebagai nabi oleh kaum masing-masing, memiliki dan menubuhkan kerajaan dan berkuasa memerintah, kedua-duanya membawa hokum baru, kedua-duanya pergi(wafat) dalam kewafatan yang wajar dan normal dan ke lapan kedua-dua mayat nabi tersebut dibaringkan dalam tanah.
8 perkara ini tidak berlaku pada Jesus…. Maka Jesus tidak sama seperti Musa. Maka itu,ramalan ini tetap jatuh kepada Rasulullah Nabi Muhammad SAW.
Khamis, 18 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan