ALLAH S.W.T
berfirman :
“Dan mereka
ikut apa yang syaitan-syaitan bacakan semasa kerajaan Sulaiman. Sulaiman bukan
tidak percaya (kafir) tetapi syaitan-syaitanlah yang tidak percaya, dengan
mengajar manusia sihir, dan apa diturunkan kepada dua malaikat Babil, Harut dan
Marut; mereka tidak ajar seseorang tanpa mereka berkata, "Kami hanya
cubaan, jangan kamu tidak percaya (kafir)." Daripada mereka, mereka
belajar bagaimana mereka boleh pecahkan seorang lelaki dan isterinya, tetapi
mereka tidak dapat mudaratkan seseorang dengannya, melainkan dengan izin Allah.
Dan mereka pelajari apa yang mudaratkan mereka, dan tidak manfaatkan mereka,
dengan mengetahui benar bahawa sesiapa membelinya, dia tidak ada bahagian di
akhirat; buruknya apa yang mereka jual diri-diri mereka dengannya, jika mereka
tahu.”
[Q.S.
AL-BAQARAH / LEMBU 2:102]
Berdasarkan kepada fakta
bahawa kitab “GRAND GRIMOIRE" wujud
atau tidak ia adalah sebuah buku yang dikenali sebagai "THE DRAGON RED” dan
"INJIL SYAITAN". Buku ini dikatakan benar-benar wujud kerana Gereja
Roman Katolik secara rasmi mendakwa buku atau Gospel ini hak milik mereka,
tetapi tidak pernah dipamerkan untuk tontonan orang ramai.
Hakikat bahawa ia
telah ditemui di Jerusalem pada tahun 1750, berdekatan dengan makam Nabi
Sulaiman a.s, samada dalam bentuk tulisan Hebrew atau Aramaik. Manuskrip ini
tidak bertarikh ketika ditulis, tetapi ketika ditemui semula, ianya bertarikh
1522 Masihi.
Ahli teori mendakwa
bahawa ia telah disalin dalam tahun itu daripada manuskrip asal dan menulis
tarikh pada tahun 1522 dan fakta sebenarnya ia ditulis mungkin dalam Masihi
1200-an atau lebih awal.
Bukti terawal yang
diketahui ia datang dari tulisan-tulisan Honorius Thebes, yang kewujudannya
tidak terbukti dan tidak dapat dinafikan. Ia mungkin ditulis oleh Paus Honorius III
(1148-1227).
Honorius Thebes
dipercayai telah menulis sesuatu yang kini dirujuk sebagai 'Sworn Book of
Honorius' (Kitab Sumpahan Honorius), dan fakta bahawa dari mana Grand Grimoire
diperolehi sebenarnya tidak diketahui.
Sesetengah orang
berpendapat bahawa Honorius sama ada mempelajarinya sendiri dari Iblis sendiri
atau yang dimiliki oleh Iblis untuk tujuan penulisan buku ini. Ia mengandungi
arahan untuk memanggil iblis pada bila-bila masa, di mana-mana tempat di bumi
untuk pelbagai tujuan kejahatan.
Perkataan
"grimoire" bermaksud buku sihir yang mengandungi ajaran tentang
jenis-jenis sihir sama ada baik atau buruk. Banyak salinan buku ini yang
kononnya telah diedarkan di seluruh dunia tetapi tidak seorang pun mendakwa
teori gospel ini ialah konspirasi yang mengandungi kata-kata sebenar Grimoire.
Ia sangat popular dalam budaya ilmu guna-guna dan sihir bagi puak negro di
Haiti dan pengamal yang mendakwa menggunakan buku ini sepanjang masa seperti
buku masakan mereka untuk mantera dan pemujaan.
Ahli teori mendakwa
Grand Grimoire itu sendiri luar biasa kerana ia tahan terbakar, tidak boleh
dipotong, ditusuk, ditembusi, koyak, atau dalam apa-apa cara untuk merosak atau
memusnahkannya.
Ia adalah
satu-satunya buku dengan pengetahuan tentang bagaimana untuk memanggil syaitan
(menyeru Ilbis, lain-lain roh atau apa-apa saja) dengan upacara tertentu untuk
dilaksanakan dan di samping itu ia boleh memanggil mana-mana syaitan tertentu
(Pazuzu daripada "The Exorcist" di kalangan syaitan).
Yang ditulis oleh
Iblis ialah butiran bukti pelbagai keajaiban kitab ini, lokasi tepat
peninggalan bible dan mengandungi
lakaran peribadi bentuk sebenar Iblis, muka Judas Iscariot dan Nabi Isa
(kononnya). Kerana ia disimpan dan menjadi hak milik Gereja Katolik, teori
mendakwa bahawa setiap Pope bermula dari manusia biasa dan kemudian menjadi hak
milik syaitan dan apabila dia dipilih sebagai Pope tertinggi, secara logiknya
Pope bukan menyembah Tuhan, tetapi Iblis.
Pada tahun 1989,
filem "Warlock" yang dibintangi oleh Julian Sands sebagai bakal
Dajjal menggunakan Grimoire sebagai plot utama berdasarkan fakta-fakta yang
boleh dibuktikan dan fakta-fakta dalam Grand Grimoire itu sendiri. Jadi di
manakah Grimoire sekarang? Tentu saja tersimpan didalam Arkib Rahsia Vatican
(tempat segala rahsia kebenaran dan kecurangan kitab bible).
Kewujudan ilmu-ilmu
hitam ini sejak zaman Nabi Sulaiman a.s lagi di mana amalan sihir oleh
orang-orang Yahudi berleluasa ketika itu. Mereka boleh berhubung dengan Iblis
Azazil dan Dajjal Al-Maseh secara langsung melalui buku-buku sihir ini. Mungkin
kitab ini ditemui oleh kumpulan Knight Templar semasa mereka mengawal kota
Baitulmuqqadis dulu.
WALLAHU’ALAM