Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
39:1. Penurunan Kitab adalah daripada Allah, Yang Perkasa, Yang
Bijaksana.
39:2. Kami turunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar; maka sembahlah
Allah, dengan menuluskan agama kamu untuk-Nya.
39:3. Tidakkah kepunyaan Allah agama yang tulus? Dan orang-orang yang
mengambil wali-wali (pelindung-pelindung) selain daripada Dia - "Kami
hanya sembah mereka supaya mereka dekatkan kami dalam kedekatan dengan
Allah" - sesungguhnya Allah akan hakimkan antara mereka mengenai apa yang
padanya mereka selisihkan. Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada
pendusta, yang berdegil dalam ketidakpercayaan.
39:4. Sekiranya Allah hendak ambil kepada-Nya seorang anak, tentu Dia
pilih apa yang Dia hendaki daripada apa dia cipta. Dia disanjung! Dia Allah,
Yang Satu, Yang Menakluki.
39:5. Dia cipta langit dan bumi dengan benar, menutupi malam dengan
siang, dan menutupi siang dengan malam; dan Dia tundukkan matahari dan bulan,
masing-masing berlayar hingga tempoh yang dinyatakan. Tidakkah Dia, Yang
Perkasa, Yang Pengampun?
39:6. Dia cipta kamu daripada jiwa yang satu, kemudian daripadanya Dia
buatkan pasangannya; dan Dia turunkan kepada kamu, daripada binatang ternak,
lapan pasangan. Dia cipta kamu di dalam rahim ibu-ibu kamu, ciptaan demi
ciptaan, dalam tiga kegelapan. Demikianlah itulah Allah, Pemelihara kamu;
bagi-Nya kepunyaan kerajaan; tidak ada tuhan melainkan Dia; maka bagimanakah
kamu dipalingkan?
39:7. Jika kamu tidak percaya, Allah Kaya daripada kamu, dan Dia tidak
merelai ketidakpercayaan hamba-hamba-Nya; tetapi jika kamu berterima kasih, Dia
akan merelai kamu. Dan orang yang dibebankan tidak memikul beban orang lain.
Kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu kembali, dan Dia beritahu kamu apa kamu
buat. Dia tahu apa yang di dalam dada.
39:8. Apabila mudarat sentuh manusia, dia seru Pemeliharanya dengan
berkesesalan kepada-Nya; kemudian, apabila Dia kurniakan kepadanya satu rahmat
daripada-Nya, dia lupakan apa yang dia seru sebelumnya, dan adakan rakan-rakan
bagi Allah, untuk menyesatkan daripada jalan-Nya. Katakanlah, "Gembiralah
sedikit dengan ketidakpercayaan kamu; kamu jadi di kalangan penghuni-penghuni
Api."
39:9. Atau, adakah orang yang patuh pada waktu malam, sujud dan
berdiri, sedang dia takut pada akhirat, dan mengharapkan pengasihan
Pemeliharanya? Katakanlah, "Adakah mereka sama - orang-orang yang tahu
dengan orang-orang yang tidak tahu?" Hanya orang-orang empunya minda
mengingati.
39:10. Katakanlah, "Wahai hamba-hamba-Ku yang percaya, takutilah
Pemelihara kamu. bagi orang-orang buat baik di dunia ini baik, dan bumi Allah
luas. Sesungguhnya orang-orang yang sabar akan dibayar upah mereka sepenuhnya
tanpa hitungan."
39:11. Katakanlah, "Aku diperintah supaya menyembah Allah, dengan
menuluskan agamaku untuk-Nya,
39:12. Dan aku diperintah supaya jadi yang pertama antara orang-orang
yang muslim."
39:13. Katakanlah, "Sesungguhnya aku takut, jika aku ingkari
Pemeliharaku, akan azab hari yang besar."
39:14. Katakanlah, "Allah aku sembah, dengan menuluskan agamaku
untuk-Nya.
39:15. Maka sembahlah apa yang kamu hendaki selain daripada Dia."
Katakanlah, "Sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah mereka yang
merugikan diri-diri mereka, dan keluarga-keluarga mereka pada Hari Kiamat;
tidakkah itu kerugian yang nyata?
39:16. Di atas mereka, mereka dapati lindungan-lindungan daripada Api,
dan di bawah mereka lindungan-lindungan; demikianlah, dengan itu Allah
menakut-nakutkan hamba-hamba-Nya, 'Wahai hamba-hamba-Ku, takutilah Aku!'"
39:17. Orang-orang yang menjauhi daripada menyembah Thagut, dan
berkesesalan kepada Allah, bagi mereka berita gembira. Maka kamu berilah berita
gembira kepada hamba-hamba-Ku,
39:18. Yang mendengar ucapan, dan ikut yang paling baik daripadanya,
mereka itulah orang-orang yang Allah beri petunjuk kepada mereka; mereka itu,
merekalah orang-orang empunya minda.
39:19. Orang yang ke atasnya kata azab telah wajar - adakah kamu akan
menyelamatkan dia keluar dari Api?
39:20. Tetapi orang-orang bertakwa kepada Pemelihara mereka, bagi
mereka, bilik-bilik yang tinggi yang di atasnya dibinakan bilik-bilik yang
tinggi, yang di bawahnya mengalir sungai-sungai - janji Allah; Allah tidak
mungkiri janji temu.
39:21. Tidakkah kamu lihat bagaimana Allah turunkan dari langit air,
dan menyelitkan ia sebagai mata-mata air di bumi, kemudian Dia keluarkan
dengannya tanaman-tanaman yang bermacam-macam warnanya, kemudian jadi kering,
dan kamu melihatnya jadi kuning, kemudian Dia membuatnya jerami yang hancur?
Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu peringatan bagi orang-orang
empunya minda.
39:22. Adakah orang yang dadanya Allah lapangkan untuk Islam, lalu dia
berjalan di atas satu cahaya daripada Pemeliharanya? Tetapi kecelakaanlah bagi
orang-orang yang hati mereka keras terhadap Peringatan Allah! Mereka itu adalah
dalam kesesatan yang nyata.
39:23. Allah turunkan hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab, yang
serupa (mutasyabihat) dalam pengulangannya, dengannya digentarkan kulit
orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka; kemudian kulit mereka dan hati
mereka jadi lembut pada Peringatan Allah. Itu petunjuk Allah, dengannya Dia
beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki; dan sesiapa Allah sesatkan, maka
tidak ada baginya yang beri petunjuk.
39:24. Adakah orang yang bertakwa dengan wajahnya (kehendaknya) daripada
kejahatan azab Hari Kiamat? Dan dikatakan kepada orang-orang zalim,
"Rasalah apa yang kamu telah usahakan!"
39:25. Orang-orang sebelum mereka telah dustakan, kemudian azab datang
kepada mereka dari tempat yang mereka tidak sedar.
39:26. Maka Allah merasakan kepada mereka kerendahan dalam kehidupan
dunia ini; dan azab akhirat adalah sungguh lebih besar jika mereka tahu.
39:27. Sesungguhnya Kami buatkan untuk manusia di dalam al-Qur'an ini
tiap-tiap macam persamaan supaya mereka mengingati.
39:28. Sebuah al-Qur'an bahasa Arab yang tidak mempunyai kebengkokan
supaya mereka bertakwa.
39:29. Allah buat satu persamaan: seorang lelaki yang sekutu-sekutu
berselisih padanya, dan seorang lelaki yang kepunyaan penuh seorang lelaki.
Adakah keduanya sama dalam persamaan? Segala puji bagi Allah! Tidak, tetapi
kebanyakan mereka tidak tahu.
39:30. Kamu akan mati, dan mereka akan mati,
39:31. Kemudian pada Hari Kiamat, di hadapan Pemelihara kamu, kamu
bertengkar.
39:32. Tetapi siapakah lebih zalim daripada orang yang berdusta
terhadap Allah, dan dustakan kebenaran apabila ia datang kepadanya? Tidakkah di
dalam Jahanam tempat tinggal orang-orang tidak percaya?
39:33. Dan orang yang datang dengan kebenaran dan mengesahkannya,
mereka itu, merekalah orang-orang bertakwa.
39:34. Mereka dapati apa sahaja yang mereka hendaki di sisi Pemelihara
mereka; itulah balasan ke atas orang-orang buat baik,
39:35. Supaya Allah lepaskan daripada mereka yang paling jahat mereka
telah buat, dan balas mereka dengan upah paling baik daripada apa mereka telah
buat.
39:36. Bukankah Allah mencukupi bagi hamba-Nya, walaupun mereka
menakut-nakutkan kamu dengan orang-orang selain daripada Allah? Dan sesiapa
Allah sesatkan, maka tidak ada baginya yang beri petunjuk.
39:37. Tetapi sesiapa Allah beri petunjuk, maka tiadalah yang
menyesatkannya; tidakkah Allah Perkasa, Pendendam?
39:38. Jika kamu tanya mereka, "Siapakah yang cipta langit dan
bumi?" mereka akan berkata, "Allah." Katakanlah, "Apa
pendapat kamu mengenai apa yang kamu seru selain daripada Allah - jika Allah
hendak mudarat untukku, adakah mereka akan hilangkan mudarat-Nya? Atau, jika
Dia hendak pengasihan untukku, adakah mereka akan tahan pengasihan-Nya?"
Katakanlah, "Cukuplah Allah bagiku; kepada-Nya semua orang yang bertawakal
tawakal.
39:39. Katakanlah, "Wahai kaumku, beramallah menurut tempat kamu;
aku sedang beramal; dan kelak kamu akan tahu,
39:40. Kepada siapa yang akan datang azab yang aibkannya, dan kepada
siapa diturunkan azab yang kekal."
39:41. Sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu Kitab untuk manusia
dengan yang benar. Sesiapa yang dapat petunjuk hanyalah dapat petunjuk untuk
dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat, dia sesat hanyalah terhadapnya
sendiri; kamu bukanlah seorang wakil bagi mereka.
39:42. Allah mematikan jiwa ketika kematian mereka, dan yang belum
mati, dalam tidurnya; Dia menahan yang kepadanya Dia telah tentukan kematian,
tetapi Dia utuskan yang lain hingga satu tempoh yang dinyatakan. Sesungguhnya
pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.
39:43. Atau, adakah mereka ambil pengantara-pengantara selain daripada
Allah? Katakanlah, "Apa, walaupun mereka tidak berkuasa sesuatu pun, dan
tidak faham?"
39:44. Katakanlah, "Bagi Allah kepunyaan syafaat (pengantaraan)
kesemuanya. Kepunyaan-Nya kerajaan langit dan bumi; kemudian kepada-Nya kamu
akan dikembalikan."
39:45. Apabila Allah diingatkan (disebut) satu-satunya, maka meluatlah
hati orang-orang tidak percayai akhirat, tetapi apabila orang-orang selain
daripada Dia disebut, tiba-tiba mereka gembira.
39:46. Katakanlah, "Ya Allah, Pemula langit dan bumi, yang tahu
yang ghaib dan yang nyata, Engkaulah yang hakimkan antara hamba-hamba-Mu
mengenai apa yang mereka padanya mereka selisihkan."
39:47. Sekiranya orang-orang buat kezaliman mempunyai semua yang ada di
bumi, dan yang serupa dengan itu bersama itu, tentu mereka akan tebus diri
mereka dengannya daripada kejahatan azab Hari Kiamat; dan nyatalah bagi mereka
daripada Allah yang tidak pernah mereka jangkakan,
39:48. Dan nyatalah bagi mereka (orang-orang zalim) kejahatan-kejahatan
yang mereka telah usahakan, dan mereka diliputi oleh apa yang mereka, padanya
mereka olok-olokkan.
39:49. Apabila mudarat sentuh manusia, dia seru Kami; kemudian, apabila
Kami kurniakan kepadanya satu rahmat daripada Kami, dia berkata, "Aku
diberi hanya kerana satu pengetahuan." Tidak, ia adalah satu cubaan,
tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.
39:50. Demikianlah ucapan orang-orang sebelum mereka; tetapi apa yang
mereka usahakan tidak berguna bagi mereka.
39:51. Kejahatan-kejahatan yang mereka usahakan menimpa mereka.
orang-orang buat kezaliman daripada mereka ini, mereka juga akan ditimpa dengan
kejahatan-kejahatan daripada apa yang mereka telah usahakan; mereka tidak dapat
mengandaskannya.
39:52. Adakah mereka tahu bahawa Allah menjulur dan menyempitkan rezeki
kepada sesiapa Dia hendaki? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah
ayat-ayat bagi kaum yang percayai.
39:53. Katakanlah, "Wahai hamba-hamba-Ku yang membazir ke atas
diri-diri kamu sendiri, janganlah berputus asa daripada pengasihan Allah;
sesungguhnya Allah ampunkan kesalahan-kesalahan, kesemuanya; sesungguhnya
Dialah Yang Pengampun, Yang Pengasih.
39:54. Berkesesalanlah kepada Pemelihara kamu, dan tunduk patuhlah
kepada-Nya, sebelum azab datang kepada kamu, kemudian kamu tidak akan ditolong.
39:55. Dan ikutlah yang paling baik daripada apa diturunkan kepada kamu
daripada Pemelihara kamu, sebelum azab datang kepada kamu dengan tiba-tiba,
sedang kamu tidak sedar."
39:56. Supaya sesuatu jiwa tidak berkata, "Aduhai, sesalnya aku
atas apa yang aku melalaikan dalam kewajipanku kepada Allah, dan aku adalah
orang yang mengejek."
39:57. Atau ia berkata, "Sekiranya Allah beri petunjuk kepadaku,
tentu aku termasuk orang-orang bertakwa."
39:58. Atau ia berkata, apabila ia melihat azab, "Sekiranya aku
dapat kembali lagi, dan jadi antara orang-orang buat baik."
39:59. "Ia benar! Ayat-ayat-Ku telah datang kepada kamu, tetapi
kamu dustakannya, dan kamu menyombong, dan kamu termasuk orang-orang tidak
percaya (kafir)."
39:60. Dan pada Hari Kiamat, kamu lihat orang-orang yang berdusta
terhadap Allah, muka-muka mereka jadi hitam; tidakkah di dalam Jahanam tempat
tinggal orang-orang yang sombong?
39:61. Tetapi Allah selamatkan orang-orang bertakwa dalam keamanan
mereka; keburukan tidak sentuh mereka, dan tidak juga mereka bersedih.
39:62. Allah Pencipta segala sesuatu; Dia Wakil atas segala sesuatu.
39:63. Bagi-Nya kepunyaan kunci-kunci langit dan bumi. Dan orang-orang
tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, mereka itu, merekalah orang-orang yang
rugi.
39:64. Katakanlah, "Adakah kepada selain daripada Allah yang kamu
suruh aku sembah, wahai kamu orang-orang bodoh?"
39:65. Telah diwahyukan kepada kamu, dan kepada orang-orang sebelum
kamu, "Jika kamu sekutukan, amalan kamu akan jadi sia-sia, dan kamu jadi
antara orang-orang yang rugi."
39:66. Tidak, tetapi Allah yang hendaklah kamu sembah; dan jadilah kamu
di kalangan orang-orang berterima kasih.
39:67. Mereka tidak pertimbangkan Allah dengan pertimbangan-Nya yang
sebenar. Bumi kesemuanya berada dalam genggaman-Nya pada Hari Kiamat, dan
langit digulung di tangan kanan-Nya. Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa
yang mereka sekutukan!
39:68. Dan trompet ditiup, dan sesiapa sahaja yang di langit, dan
sesiapa sahaja yang di bumi akan pengsan, kecuali siapa yang Allah hendaki.
Kemudian ia ditiup sekali lagi, dan tiba-tiba, mereka berdiri memerhatikan.
39:69. Dan bumi bersinar dengan cahaya Pemeliharanya, dan Kitab
diletakkan, dan para Nabi dan para saksi didatangkan, dan dengan adil perkara
diputuskan antara mereka, dan mereka tidak dizalimi.
39:70. Tiap-tiap jiwa dibayar sepenuhnya apa yang ia buat; dan Dia
sangat-sangat tahu apa mereka buat.
39:71. Kemudian orang-orang tidak percaya dihalau dalam
kumpulan-kumpulan ke Jahanam, sehingga apabila mereka datang kepadanya,
pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya berkata kepada mereka,
"Tidakkah Rasul-Rasul datang kepada kamu daripada kalangan kamu sendiri,
dengan membacakan kamu ayat-ayat Pemelihara kamu, dan beri amaran kepada kamu
terhadap pertemuan hari kamu ini?" Mereka berkata, "Ia, benar; tetapi
kata azab telah wajar ke atas orang-orang tidak percaya."
39:72. Dikatakan, "Masuklah pintu-pintu Jahanam, untuk tinggal di
dalamnya selama-lamanya." Buruknya tempat tinggal orang-orang yang
sombong!
39:73. Kemudian orang-orang bertakwa kepada Pemelihara mereka dihalau
dalam kumpulan-kumpulan ke Taman, sehingga apabila mereka datang kepadanya, dan
pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya berkata kepada mereka,
"Salamun alaikum (sejahtera ke atas kamu)! Kamu telah maju dengan baik;
masuklah untuk tinggal selama-lamanya."
39:74. Dan mereka berkata, "Segala puji bagi Allah yang benar
dalam janji-Nya kepada kami, dan Dia mewariskan kami bumi sebagai tempat
tinggal di mana sahaja kami hendaki di Taman." Sangat baiknya upah bagi
orang-orang yang beramal!
39:75. Dan kamu akan lihat para malaikat mengelilingi Arasy, mereka
sanjung dengan memuji Pemelihara mereka; dan dengan adil perkara diputuskan
antara mereka; dan dikatakan, "Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua
alam."