The Alien - Link Select

Isnin, 14 November 2016

SURAH AZ-ZUMAR ???


Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

39:1. Penurunan Kitab adalah daripada Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

39:2. Kami turunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar; maka sembahlah Allah, dengan menuluskan agama kamu untuk-Nya.

39:3. Tidakkah kepunyaan Allah agama yang tulus? Dan orang-orang yang mengambil wali-wali (pelindung-pelindung) selain daripada Dia - "Kami hanya sembah mereka supaya mereka dekatkan kami dalam kedekatan dengan Allah" - sesungguhnya Allah akan hakimkan antara mereka mengenai apa yang padanya mereka selisihkan. Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada pendusta, yang berdegil dalam ketidakpercayaan.

39:4. Sekiranya Allah hendak ambil kepada-Nya seorang anak, tentu Dia pilih apa yang Dia hendaki daripada apa dia cipta. Dia disanjung! Dia Allah, Yang Satu, Yang Menakluki.

39:5. Dia cipta langit dan bumi dengan benar, menutupi malam dengan siang, dan menutupi siang dengan malam; dan Dia tundukkan matahari dan bulan, masing-masing berlayar hingga tempoh yang dinyatakan. Tidakkah Dia, Yang Perkasa, Yang Pengampun?

39:6. Dia cipta kamu daripada jiwa yang satu, kemudian daripadanya Dia buatkan pasangannya; dan Dia turunkan kepada kamu, daripada binatang ternak, lapan pasangan. Dia cipta kamu di dalam rahim ibu-ibu kamu, ciptaan demi ciptaan, dalam tiga kegelapan. Demikianlah itulah Allah, Pemelihara kamu; bagi-Nya kepunyaan kerajaan; tidak ada tuhan melainkan Dia; maka bagimanakah kamu dipalingkan?

39:7. Jika kamu tidak percaya, Allah Kaya daripada kamu, dan Dia tidak merelai ketidakpercayaan hamba-hamba-Nya; tetapi jika kamu berterima kasih, Dia akan merelai kamu. Dan orang yang dibebankan tidak memikul beban orang lain. Kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu kembali, dan Dia beritahu kamu apa kamu buat. Dia tahu apa yang di dalam dada.

39:8. Apabila mudarat sentuh manusia, dia seru Pemeliharanya dengan berkesesalan kepada-Nya; kemudian, apabila Dia kurniakan kepadanya satu rahmat daripada-Nya, dia lupakan apa yang dia seru sebelumnya, dan adakan rakan-rakan bagi Allah, untuk menyesatkan daripada jalan-Nya. Katakanlah, "Gembiralah sedikit dengan ketidakpercayaan kamu; kamu jadi di kalangan penghuni-penghuni Api."

39:9. Atau, adakah orang yang patuh pada waktu malam, sujud dan berdiri, sedang dia takut pada akhirat, dan mengharapkan pengasihan Pemeliharanya? Katakanlah, "Adakah mereka sama - orang-orang yang tahu dengan orang-orang yang tidak tahu?" Hanya orang-orang empunya minda mengingati.

39:10. Katakanlah, "Wahai hamba-hamba-Ku yang percaya, takutilah Pemelihara kamu. bagi orang-orang buat baik di dunia ini baik, dan bumi Allah luas. Sesungguhnya orang-orang yang sabar akan dibayar upah mereka sepenuhnya tanpa hitungan."

39:11. Katakanlah, "Aku diperintah supaya menyembah Allah, dengan menuluskan agamaku untuk-Nya,

39:12. Dan aku diperintah supaya jadi yang pertama antara orang-orang yang muslim."

39:13. Katakanlah, "Sesungguhnya aku takut, jika aku ingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar."

39:14. Katakanlah, "Allah aku sembah, dengan menuluskan agamaku untuk-Nya.

39:15. Maka sembahlah apa yang kamu hendaki selain daripada Dia." Katakanlah, "Sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah mereka yang merugikan diri-diri mereka, dan keluarga-keluarga mereka pada Hari Kiamat; tidakkah itu kerugian yang nyata?

39:16. Di atas mereka, mereka dapati lindungan-lindungan daripada Api, dan di bawah mereka lindungan-lindungan; demikianlah, dengan itu Allah menakut-nakutkan hamba-hamba-Nya, 'Wahai hamba-hamba-Ku, takutilah Aku!'"

39:17. Orang-orang yang menjauhi daripada menyembah Thagut, dan berkesesalan kepada Allah, bagi mereka berita gembira. Maka kamu berilah berita gembira kepada hamba-hamba-Ku,

39:18. Yang mendengar ucapan, dan ikut yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah beri petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang empunya minda.

39:19. Orang yang ke atasnya kata azab telah wajar - adakah kamu akan menyelamatkan dia keluar dari Api?

39:20. Tetapi orang-orang bertakwa kepada Pemelihara mereka, bagi mereka, bilik-bilik yang tinggi yang di atasnya dibinakan bilik-bilik yang tinggi, yang di bawahnya mengalir sungai-sungai - janji Allah; Allah tidak mungkiri janji temu.

39:21. Tidakkah kamu lihat bagaimana Allah turunkan dari langit air, dan menyelitkan ia sebagai mata-mata air di bumi, kemudian Dia keluarkan dengannya tanaman-tanaman yang bermacam-macam warnanya, kemudian jadi kering, dan kamu melihatnya jadi kuning, kemudian Dia membuatnya jerami yang hancur? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu peringatan bagi orang-orang empunya minda.

39:22. Adakah orang yang dadanya Allah lapangkan untuk Islam, lalu dia berjalan di atas satu cahaya daripada Pemeliharanya? Tetapi kecelakaanlah bagi orang-orang yang hati mereka keras terhadap Peringatan Allah! Mereka itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

39:23. Allah turunkan hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab, yang serupa (mutasyabihat) dalam pengulangannya, dengannya digentarkan kulit orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka; kemudian kulit mereka dan hati mereka jadi lembut pada Peringatan Allah. Itu petunjuk Allah, dengannya Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki; dan sesiapa Allah sesatkan, maka tidak ada baginya yang beri petunjuk.

39:24. Adakah orang yang bertakwa dengan wajahnya (kehendaknya) daripada kejahatan azab Hari Kiamat? Dan dikatakan kepada orang-orang zalim, "Rasalah apa yang kamu telah usahakan!"

39:25. Orang-orang sebelum mereka telah dustakan, kemudian azab datang kepada mereka dari tempat yang mereka tidak sedar.

39:26. Maka Allah merasakan kepada mereka kerendahan dalam kehidupan dunia ini; dan azab akhirat adalah sungguh lebih besar jika mereka tahu.

39:27. Sesungguhnya Kami buatkan untuk manusia di dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam persamaan supaya mereka mengingati.

39:28. Sebuah al-Qur'an bahasa Arab yang tidak mempunyai kebengkokan supaya mereka bertakwa.

39:29. Allah buat satu persamaan: seorang lelaki yang sekutu-sekutu berselisih padanya, dan seorang lelaki yang kepunyaan penuh seorang lelaki. Adakah keduanya sama dalam persamaan? Segala puji bagi Allah! Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.

39:30. Kamu akan mati, dan mereka akan mati,

39:31. Kemudian pada Hari Kiamat, di hadapan Pemelihara kamu, kamu bertengkar.

39:32. Tetapi siapakah lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah, dan dustakan kebenaran apabila ia datang kepadanya? Tidakkah di dalam Jahanam tempat tinggal orang-orang tidak percaya?

39:33. Dan orang yang datang dengan kebenaran dan mengesahkannya, mereka itu, merekalah orang-orang bertakwa.

39:34. Mereka dapati apa sahaja yang mereka hendaki di sisi Pemelihara mereka; itulah balasan ke atas orang-orang buat baik,

39:35. Supaya Allah lepaskan daripada mereka yang paling jahat mereka telah buat, dan balas mereka dengan upah paling baik daripada apa mereka telah buat.

39:36. Bukankah Allah mencukupi bagi hamba-Nya, walaupun mereka menakut-nakutkan kamu dengan orang-orang selain daripada Allah? Dan sesiapa Allah sesatkan, maka tidak ada baginya yang beri petunjuk.

39:37. Tetapi sesiapa Allah beri petunjuk, maka tiadalah yang menyesatkannya; tidakkah Allah Perkasa, Pendendam?

39:38. Jika kamu tanya mereka, "Siapakah yang cipta langit dan bumi?" mereka akan berkata, "Allah." Katakanlah, "Apa pendapat kamu mengenai apa yang kamu seru selain daripada Allah - jika Allah hendak mudarat untukku, adakah mereka akan hilangkan mudarat-Nya? Atau, jika Dia hendak pengasihan untukku, adakah mereka akan tahan pengasihan-Nya?" Katakanlah, "Cukuplah Allah bagiku; kepada-Nya semua orang yang bertawakal tawakal.

39:39. Katakanlah, "Wahai kaumku, beramallah menurut tempat kamu; aku sedang beramal; dan kelak kamu akan tahu,

39:40. Kepada siapa yang akan datang azab yang aibkannya, dan kepada siapa diturunkan azab yang kekal."

39:41. Sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu Kitab untuk manusia dengan yang benar. Sesiapa yang dapat petunjuk hanyalah dapat petunjuk untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat, dia sesat hanyalah terhadapnya sendiri; kamu bukanlah seorang wakil bagi mereka.

39:42. Allah mematikan jiwa ketika kematian mereka, dan yang belum mati, dalam tidurnya; Dia menahan yang kepadanya Dia telah tentukan kematian, tetapi Dia utuskan yang lain hingga satu tempoh yang dinyatakan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.

39:43. Atau, adakah mereka ambil pengantara-pengantara selain daripada Allah? Katakanlah, "Apa, walaupun mereka tidak berkuasa sesuatu pun, dan tidak faham?"

39:44. Katakanlah, "Bagi Allah kepunyaan syafaat (pengantaraan) kesemuanya. Kepunyaan-Nya kerajaan langit dan bumi; kemudian kepada-Nya kamu akan dikembalikan."

39:45. Apabila Allah diingatkan (disebut) satu-satunya, maka meluatlah hati orang-orang tidak percayai akhirat, tetapi apabila orang-orang selain daripada Dia disebut, tiba-tiba mereka gembira.

39:46. Katakanlah, "Ya Allah, Pemula langit dan bumi, yang tahu yang ghaib dan yang nyata, Engkaulah yang hakimkan antara hamba-hamba-Mu mengenai apa yang mereka padanya mereka selisihkan."

39:47. Sekiranya orang-orang buat kezaliman mempunyai semua yang ada di bumi, dan yang serupa dengan itu bersama itu, tentu mereka akan tebus diri mereka dengannya daripada kejahatan azab Hari Kiamat; dan nyatalah bagi mereka daripada Allah yang tidak pernah mereka jangkakan,

39:48. Dan nyatalah bagi mereka (orang-orang zalim) kejahatan-kejahatan yang mereka telah usahakan, dan mereka diliputi oleh apa yang mereka, padanya mereka olok-olokkan.

39:49. Apabila mudarat sentuh manusia, dia seru Kami; kemudian, apabila Kami kurniakan kepadanya satu rahmat daripada Kami, dia berkata, "Aku diberi hanya kerana satu pengetahuan." Tidak, ia adalah satu cubaan, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.

39:50. Demikianlah ucapan orang-orang sebelum mereka; tetapi apa yang mereka usahakan tidak berguna bagi mereka.

39:51. Kejahatan-kejahatan yang mereka usahakan menimpa mereka. orang-orang buat kezaliman daripada mereka ini, mereka juga akan ditimpa dengan kejahatan-kejahatan daripada apa yang mereka telah usahakan; mereka tidak dapat mengandaskannya.

39:52. Adakah mereka tahu bahawa Allah menjulur dan menyempitkan rezeki kepada sesiapa Dia hendaki? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang percayai.

39:53. Katakanlah, "Wahai hamba-hamba-Ku yang membazir ke atas diri-diri kamu sendiri, janganlah berputus asa daripada pengasihan Allah; sesungguhnya Allah ampunkan kesalahan-kesalahan, kesemuanya; sesungguhnya Dialah Yang Pengampun, Yang Pengasih.

39:54. Berkesesalanlah kepada Pemelihara kamu, dan tunduk patuhlah kepada-Nya, sebelum azab datang kepada kamu, kemudian kamu tidak akan ditolong.

39:55. Dan ikutlah yang paling baik daripada apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu, sebelum azab datang kepada kamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak sedar."

39:56. Supaya sesuatu jiwa tidak berkata, "Aduhai, sesalnya aku atas apa yang aku melalaikan dalam kewajipanku kepada Allah, dan aku adalah orang yang mengejek."

39:57. Atau ia berkata, "Sekiranya Allah beri petunjuk kepadaku, tentu aku termasuk orang-orang bertakwa."

39:58. Atau ia berkata, apabila ia melihat azab, "Sekiranya aku dapat kembali lagi, dan jadi antara orang-orang buat baik."

39:59. "Ia benar! Ayat-ayat-Ku telah datang kepada kamu, tetapi kamu dustakannya, dan kamu menyombong, dan kamu termasuk orang-orang tidak percaya (kafir)."

39:60. Dan pada Hari Kiamat, kamu lihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah, muka-muka mereka jadi hitam; tidakkah di dalam Jahanam tempat tinggal orang-orang yang sombong?

39:61. Tetapi Allah selamatkan orang-orang bertakwa dalam keamanan mereka; keburukan tidak sentuh mereka, dan tidak juga mereka bersedih.

39:62. Allah Pencipta segala sesuatu; Dia Wakil atas segala sesuatu.

39:63. Bagi-Nya kepunyaan kunci-kunci langit dan bumi. Dan orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, mereka itu, merekalah orang-orang yang rugi.

39:64. Katakanlah, "Adakah kepada selain daripada Allah yang kamu suruh aku sembah, wahai kamu orang-orang bodoh?"

39:65. Telah diwahyukan kepada kamu, dan kepada orang-orang sebelum kamu, "Jika kamu sekutukan, amalan kamu akan jadi sia-sia, dan kamu jadi antara orang-orang yang rugi."

39:66. Tidak, tetapi Allah yang hendaklah kamu sembah; dan jadilah kamu di kalangan orang-orang berterima kasih.

39:67. Mereka tidak pertimbangkan Allah dengan pertimbangan-Nya yang sebenar. Bumi kesemuanya berada dalam genggaman-Nya pada Hari Kiamat, dan langit digulung di tangan kanan-Nya. Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan!

39:68. Dan trompet ditiup, dan sesiapa sahaja yang di langit, dan sesiapa sahaja yang di bumi akan pengsan, kecuali siapa yang Allah hendaki. Kemudian ia ditiup sekali lagi, dan tiba-tiba, mereka berdiri memerhatikan.

39:69. Dan bumi bersinar dengan cahaya Pemeliharanya, dan Kitab diletakkan, dan para Nabi dan para saksi didatangkan, dan dengan adil perkara diputuskan antara mereka, dan mereka tidak dizalimi.

39:70. Tiap-tiap jiwa dibayar sepenuhnya apa yang ia buat; dan Dia sangat-sangat tahu apa mereka buat.

39:71. Kemudian orang-orang tidak percaya dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Jahanam, sehingga apabila mereka datang kepadanya, pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, "Tidakkah Rasul-Rasul datang kepada kamu daripada kalangan kamu sendiri, dengan membacakan kamu ayat-ayat Pemelihara kamu, dan beri amaran kepada kamu terhadap pertemuan hari kamu ini?" Mereka berkata, "Ia, benar; tetapi kata azab telah wajar ke atas orang-orang tidak percaya."

39:72. Dikatakan, "Masuklah pintu-pintu Jahanam, untuk tinggal di dalamnya selama-lamanya." Buruknya tempat tinggal orang-orang yang sombong!

39:73. Kemudian orang-orang bertakwa kepada Pemelihara mereka dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Taman, sehingga apabila mereka datang kepadanya, dan pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, "Salamun alaikum (sejahtera ke atas kamu)! Kamu telah maju dengan baik; masuklah untuk tinggal selama-lamanya."

39:74. Dan mereka berkata, "Segala puji bagi Allah yang benar dalam janji-Nya kepada kami, dan Dia mewariskan kami bumi sebagai tempat tinggal di mana sahaja kami hendaki di Taman." Sangat baiknya upah bagi orang-orang yang beramal!


39:75. Dan kamu akan lihat para malaikat mengelilingi Arasy, mereka sanjung dengan memuji Pemelihara mereka; dan dengan adil perkara diputuskan antara mereka; dan dikatakan, "Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam."

Tiada ulasan: