The Alien - Link Select

Ahad, 13 November 2011

HEPATITIS???

Pagi ini, aku bangun seperti biasa. Tengok sebelah, Muhammad tengah tidur nyenyak terlungkup. Comel dan nampak manja,... heheeh, satu-satunya bestfriend aku yang best! Alhamdulillah... cium kat pipi dia yang macam Shinchan itu, aku bangun dan ke bilik air. Mandi apa semua, solat Subuh. Dan bersiap pi hantar Boie ke stesen komuter. Kemudian hantar Muhammad ke rumah neneknya di s.17. lepas tu aku terus ke tempat kerja... dalam perjalanan tu kami sampai satu traffic light... masa tu aku dan sebuah kereta di depan ada jarak kosong. Tiba-tiba sahaja, tanpa signalsebuah keretra Merc (keretra besar tu...) meluru masuk ke jalan aku dengan pebnuh biadabnya.... (masya Allah!) manusia ni makin kaya dan berkereta besar jenama luar negeri buatan Yahudi laknatullah... semakin BIADAB dan TIDAK SOPAN DI JALAN RAYA!
Aku sempat bandingkan pemandu kereta kecik seperti aku ini... kesian diorang ni... rasa terhina di jalan raya... tidak dihormati langsung... aku maki juga pemandu tu... (BODOH!) kata aku lah dalam hati... hehehe... Syaitan berjaya menghasyut aku! Hahahhah.... MUNTUT! Tetapi itu bukannya persoalan di pagi ini... aku tersentak bila Boie... tanya aku apa itu HEPATITIS!... takkan minah ni tak tau???
So, pagi ini aku google HEPATITIS tu.... so dapat sikit maklumat.... berikut ialah infonya...

Istilah "Hepatitis" dipakai untuk semua jenis keradangan pada hati. Terdapat pelbagai punca Hepatitis samaada dari virus sehingga kepada ubat-ubatan, termasuk ubat tradisional. Virus hepatitis juga ada beberapa jenis:

Hepatitis A
Hepatitis B
Hepatitis C
Hepatitis D
Hepatitis E
Hepatitis F
Hepatitis G

HEPATITIS A
merupakan sejenis penyakit kelamin. Virus hepatitis A (HAV) mengakibatkan penyakit berjangkit yang teruk serta keradangan hati. Keadaan klinikal penyakit ini berbeza, iaitu daripada sakit ringan yang berlanjutan selama satu hingga dua minggu kepada sakit teruk yang menyebabkan hilang keupayaan selama beberapa bulan. Sebahagian besarnya langsung tidak menunjukkan kesan, hanya sakit ringan lazimnya di kalangan kanak-kanak.

Hepatitis A jarang menyebabkan kematian dan mempunyai kadar kematian amat rendah. Kematian hanya berlaku kepada pesakit tua yang mendapat penyakit ini dengan mendadak. Virus hepatitis A tersebar melalui saluran najis, mulut serta saluran penghadaman. Kerang, tiram, dan kima (siput besar) boleh menjadi punca utama wabak hepatitis A jika tidak dimasak dengan betul.

Hepatitis A adalah penyakit berjangkit yang paling mudah dijangkiti. Kadar jangkitannya lebih 1,000 kali lebih tinggi daripada taun dan 10 hingga 100 kali lebih tinggi daripada demam kepialu. Kematian akibat hepatitis A dilaporkan lebih dua orang setiap 100 mangsa yang berusia lebih 40 tahun dan meningkat hingga seorang dalam setiap 30 mangsa yang berumur lebih 49 tahun. Kajian yang dijalankan di negara kita menunjukkan bahawa 50 peratus daripada penduduk Malaysia di bawah usia 30 tahun tidak mempunyai pelalian kepada hepatitis A.

HEPATITIS B
merupakan sejenis penyakit kelamin. Virus hepatitis B (HBV) mengakibatkan keradangan hati yang teruk dan sangat mudah berjangkit. Kuman berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar.

Hepatitis B merujuk kepada keradangan pada hati dan disebabkan oleh virus Hepatitis B (HBV), ahli dalam keluarga virus Hepadna[1] dan merupakan salah satu dari beratus spesies virus yang tidak berkait yang menyebabkan hepatitis disebabkan virus. Ia pada asalnya digelar "hepatitis serum" dan merupakan wabak semasa di sebahagian Asia dan Afrika.[2] Hepatitis B diakui sebagai tempatan di China dan pelbagai kawasan di Asia.[3] Peratusan penduduk dunia masa kini yang dijangkiti virusini adalah 3 hingga 6%, tetapi sehingga satu pertiga telah terdedah kepadanya. Simptom penyakit akut (teruk dan berpanjangan) termasuk keradangan hati, muntah, demam kuning, dan jarang, kematian. Hepatitis B kronik mampu mengakibatkan cirrhosis hati yang mungkin membawa kepada barah hati, penyakit membawa maut yang sukar dirawat melalui khemotherapi masa kini.
Antara tanda-tanda atau keluhan mangsa adalah mual, muntah, cirit-birit, hilang selera makan, sakit kepala, kelemahan dan tidak suka pada asap rokok.

Kesan selepas satu atau dua minggu menyebabkan:

mangsa kelihatan kekuningan
kencing gelap
najis keputihan
hati membengkak

Virus Hepatitis B berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar. Ia adalah 100 kali lebih mudah dijangkiti daripada HIV. Penyakit boleh dikesan melalui ujian fungsi hati. Dalam kes-kes yang teruk, pesakit berhadapan dengan maut akibat kerosakan hati di mana sebahagian atau keseluruhan hati musnah. Penyakit hati yang kronik boleh membawa kepada cirrhosis dan barah hati, salah satu jenis barah yang paling kerap dihidapi di dunia.

Hepatitis ini merebak melalui jangkitan samada secara;

Virus ini dapat masuk ke dalam badan melalui salur darah jika pesakit menerima darah tercemar.

Boleh merebak melalui jangkitan seks kerana ia boleh hadir dalam air mani.

Merebak daripada si ibu kepada anak yang dikandungnya kerana virus ini melalui dinding uri.
Secara pasif1.Jangan tercucuk jarum yang tidak selamat
2.Jangan lakukan seks dengan pembawa virus Hepatitis B
3.Beri ubat kepada anak di dalam kandungan ibu yang mengidap hepatitis B itu dan melahirkan anak secara pembedahan
Secara aktif Pelalian boleh didapati di klinik kerajaan dan swasta pada kadar bayaran yang murah

1.3 kali suntikan, selamat secara umumnya
2.dapatkan booster selepas 5 tahun

HEPATITIS C
Hepatitis C ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus hepatrofik yang dinamakan Hepatitis C virus (HCV). Jangkitan Hepatitis C boleh menyebabkan pembengkakan hati yang lazimnya asimtomatik (tak bersimptom), tetapi hepatitis kronik yang berterusan boleh mengakibatkan sirosis dan barah hati.
HCV boleh tersebar melalui percampuran darah dengan si pesakit.

HEPATITIS D
HEPATITIS E
HEPATITIS F

HEPATITIS G
Hepatitis G berpunca daripada virus RNA dalam keluarga Flaviviridae yang amat menyerupai virus Hepatitis C sehinggakan ia dikenali sebagai virus GB -virus hepatitis C/G virus (GBV-C/HGV).

Bagaimanapun, ia tidak dikaitkan dengan sebarang penyakit hati teruk ('kronik'). Malah, ia kelihatan sebagai virus tidak berbahaya yang terdapat secara meluas di seluruh dunia.

Tidak terdapat kaitan buruk antara pesakit yang mengidap Hepatitis C dan Hepatitis G pada masa yang sama.

DALAM PENGGUNAAN UBATAN HERBA...DIGALAKKAN MENGAMBIL KUNYIT HIDUP DALAM DOS TERTENTU SEBAGAI PENYEMBUH HEPATITIS. infolanjut...

http://www.imunisasidewasa.com/index.php?option=com_content&view=article&id=62:vaksin-hepatitis-b&catid=37:umum&Itemid=56

semoga difahami...