Dengan nama Allah,
Yang Pemurah, Yang Pengasih.
12:1. Alif Lam Ra.
Inilah ayat-ayat Kitab yang jelas.
12:2. Kami
turunkannya sebagai sebuah Qur'an bahasa Arab, supaya kamu faham.
12:3. Kami ceritakan
kepada kamu cerita yang paling baik dalam apa Kami wahyukan kamu, al-Qur'an
ini; walaupun sebelum itu kamu termasuk orang-orang yang lalai.
12:4. Apabila Yusuf
berkata kepada bapanya, "Ayah, saya lihat sebelas bintang, dan matahari,
dan bulan; saya lihat mereka sujud kepada saya."
12:5. Dia berkata,
"Wahai anakku, janganlah ceritakan mimpi kamu kepada saudara-saudara kamu
supaya mereka tidak buat muslihat terhadap kamu dengan tipu muslihat.
Sesungguhnya syaitan, kepada manusia, adalah musuh yang nyata.
12:6. Begitulah
Pemelihara kamu memilih kamu, dan Dia ajar kamu interpretasi hadis (mimpi), dan
Dia akan sempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, dan ke atas keluarga Yaakub,
sebagaimana Dia sempurnakan sebelum itu ke atas kedua bapa-bapa kamu, Ibrahim
dan Ishak; sesungguhnya Pemelihara kamu Mengetahui, Bijaksana."
12:7. Pada Yusuf dan
saudara-saudaranya adalah ayat-ayat bagi orang-orang yang bertanya.
12:8. Apabila mereka
berkata, "Sesungguhnya Yusuf dan saudaranya lebih dicintai oleh bapa kita
daripada kita, sedang kita sekumpulan. Sesungguhnya bapa kita adalah dalam
kesesatan yang nyata.
12:9. Bunuhlah Yusuf,
atau buanglah dia ke mana-mana bumi, supaya muka bapa kamu bebas kepada kamu,
dan setelah itu kamu jadi satu kaum yang salih."
12:10. Seorang daripada
mereka berkata, "Tidak, jangan bunuh Yusuf, tetapi lemparlah dia ke dasar
perigi, dan sebahagian pengembara akan memungutnya, jika kamu mahu
lakukan."
12:11. Mereka
berkata, "Ayah, apakah sebabnya kamu tidak percayai kami dengan Yusuf?
Sesungguhnya kami penasihat-penasihatnya.
12:12. Utuslah dia
bersama kami esok untuk bersuka-suka dan bermain-main, dan sungguh, kami akan
menjaganya."
12:13. Dia berkata,
"Ia menyedihkan aku bahawa kamu pergi dengannya, dan aku takut akan
serigala memakannya sedang kamu lalai daripadanya."
12:14. Mereka
berkata, "Jika serigala makan dia, sedang kami sekumpulan, maka kamilah
orang-orang yang rugi!"
12:15. Maka apabila
mereka pergi dengannya, dan mereka bersetuju untuk meletakkan dia di dasar
perigi, lalu Kami wahyukannya, "Kamu akan beritahu mereka mengenai
perbuatan mereka ini apabila mereka tidak sedar."
12:16. Dan mereka
datang kepada bapa mereka pada waktu isyak; mereka menangis.
12:17. Mereka
berkata, "Ayah, kami pergi berlumba lari, dan tinggalkan Yusuf dengan
barang-barang kami; lalu serigala memakannya. Tetapi kamu tidak akan jadi
mukmin pada kami, walaupun kami berkata benar."
12:18. Dan mereka
datangkan bajunya dengan darah palsu padanya. Dia berkata, "Tidak, tetapi
jiwa kamu hasut kamu lakukan sesuatu perkara. Tetapi marilah, kesabaran yang
manis! Dan pertolongan Allah dipohonkan terhadap apa yang kamu terangkan."
12:19. Kemudian
datang pengembara-pengembara, dan mereka utus seorang daripada mereka, seorang
pengambil air, yang menurunkan timbanya. Berkata, "Oh, berita gembira! Ini
seorang anak lelaki muda." Maka mereka rahsiakan dia sebagai barang
dagangan; dan Allah tahu apa mereka buat.
12:20. Kemudian
mereka menjualnya dengan harga yang murah, beberapa dirham yang dihitung,
kerana mereka tidak menghargainya.
12:21. Orang yang
membelinya, dari Mesir, berkata kepada isterinya, "Berilah dia tempat
tinggal yang mulia, dan boleh jadi dia akan bermanfaat kepada kita, atau kita
ambil dia untuk anak sendiri." Maka Kami teguhkan Yusuf di bumi, dan
supaya Kami mengajarnya interpretasi hadis (mimpi). Allah memenangi dalam
urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak tahu.
12:22. Dan apabila
dia dewasa, kami beri dia putusan dan pengetahuan. Begitulah Kami balas
orang-orang buat baik.
12:23. Dan perempuan
yang di dalam rumahnya dia digoda, menutup pintu-pintu. Dia (perempuan)
berkata, "Marilah kepadaku!" Dia berkata, "Pada Allah
berlindung! Sesungguhnya pemeliharaku (tuanku) telah beri aku tempat tinggal
yang baik. Sesungguhnya orang-orang zalim tidak beruntung."
12:24. Dan sungguh
dia (perempuan) bermaksud kepadanya, dan dia (Yusuf) mengambilnya jika dia
tidak melihat bukti Pemeliharanya. Demikianlah, supaya Kami palingkan
daripadanya kejahatan dan kesumbangan; dia adalah antara hamba-hamba Kami yang
tulus.
12:25. Dan kedua-duanya
berlumba ke pintu; dan dia (perempuan) mengoyakkan bajunya dari belakang.
Mereka dapati ketua mereka di depan pintu. Dia (perempuan) berkata,
"Apakah balasan bagi orang yang hendakkan kejahatan terhadap keluarga
kamu, melainkan dia dipenjarakan, atau satu azab yang pedih?"
12:26. Berkata
(Yusuf), "Dia yang goda diriku"; dan seorang saksi daripada
keluarganya saksikan, "Jika bajunya dikoyakkan daripada depan, maka dia
(perempuan) telah berkata benar, dan dia termasuk orang-orang yang dusta,
12:27. Tetapi jika
bajunya dikoyakkan daripada belakang, maka dia telah berdusta, dan dia (Yusuf)
termasuk orang-orang yang benar."
12:28. Apabila dia
lihat bajunya dikoyakkan dari belakang, dia berkata, "Ini muslihat
perempuan daripada kamu; sesungguhnya muslihat kamu besar.
12:29. Yusuf,
berpalinglah daripada ini; dan kamu (perempuan) mintalah ampun atas kesalahan
kamu; sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang bersalah."
12:30.
Perempuan-perempuan tertentu di kota berkata, "Isteri al-aziz (Gabenor)
menggoda diri pemudanya yang menundukkan hatinya dengan cinta; kami lihat dia
dalam kesesatan yang nyata."
12:31. Apabila dia
dengar bisikan-bisikan licik mereka, dia utus kepada mereka, dan sediakan bagi
mereka tempat-tempat bersandar, kemudian dia beri tiap-tiap seorang daripada
mereka sebilah pisau, dan dia berkata, "Keluarlah kepada mereka." Dan
apabila mereka melihatnya, mereka sangat kagum padanya, lalu mereka potong
tangan-tangan mereka, dengan berkata, "Dijauhkan Allah! Bukanlah ini
manusia; dia tidak lain, hanyalah seorang malaikat yang mulia."
12:32. Berkata,
"Inilah dia yang kamu cela aku dengannya. Benar, aku telah goda diri dia,
tetapi dia tolak. Dan jika dia tidak buat apa yang aku perintahkan, dia akan
dipenjara, dan jadi antara orang-orang direndahkan."
12:33. Berkata
(Yusuf), "Pemeliharaku, penjara lebih aku suka untukku daripada apa yang
mereka seru aku kepadanya, dan jika Engkau tidak palingkan daripadaku muslihat
mereka, tentu aku akan berkeinginan benar pada mereka, dan aku jadi antara
orang-orang bodoh."
12:34. Maka
Pemeliharanya menyahutnya, dan Dia palingkan daripadanya muslihat mereka;
sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui.
12:35. Kemudian
nyatalah bagi mereka, setelah mereka melihat ayat-ayat, bahawa mereka patut
penjarakannya untuk satu waktu.
12:36. Dan masuk
penjara bersama dia, dua orang pemuda. Berkata seorang daripada mereka,
"Aku lihat (bermimpi) bahawa aku memerah arak (anggur)." Berkata yang
lain, "Aku lihat bahawa aku membawa di atas kepalaku roti, yang
burung-burung memakan sebahagiannya. Beritahulah kami interpretasinya; kami
lihat bahawa kamu adalah antara orang-orang buat baik."
12:37. Dia berkata,
"Tiada makanan datang kepada kamu untuk rezeki kamu, melainkan sebelum ia
datang kepada kamu, aku akan beritahu kamu interpretasinya. Itu adalah daripada
apa yang Pemeliharaku mengajarku. Aku telah tinggalkan anutan kaum yang tidak
percayai Allah, dan mereka tidak percaya kepada akhirat.
12:38. Dan aku ikut
anutan bapa-bapaku, Ibrahim, Ishak, dan Yaakub. Tiadalah bagi kami untuk
sekutukan sesuatu dengan Allah. Itu adalah daripada pemberian Allah kepada
kami, dan kepada manusia; tetapi kebanyakan manusia tidak berterima kasih.
12:39. Manakah yang
lebih baik, wahai rakan-rakanku yang sepenjara, banyak pemelihara yang
berselisih, atau Allah Yang Satu, Yang Menakluki?
12:40. Apa kamu
sembah selain daripada Dia tiadalah melainkan nama-nama yang kamu sendiri
namakan, kamu dan bapa-bapa kamu; Allah tidak turunkan kuasa mengenai mereka.
Putusan hanyalah kepunyaan Allah. Dia perintahkan bahawa kamu tidak sembah
sesuatu melainkan Dia. Itu agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak
tahu.
12:41. Wahai
rakan-rakanku yang sepenjara, bagi seorang daripada kamu, dia akan tuangkan
minuman arak untuk pemeliharanya (tuannya); bagi yang lagi satu, dia akan
disalib, dan burung memakan sebahagian kepalanya. Perkara telah diputuskan yang
kamu minta keputusan kepadaku."
12:42. Kemudian dia
berkata kepada orang yang dia sangka akan diselamatkan antara keduanya,
"Sebutlah aku kepada pemelihara kamu." Tetapi syaitan jadikan dia
lupa untuk menyebutnya kepada pemeliharanya, supaya dia tetap di dalam penjara
selama beberapa tahun.
12:43. Dan raja
berkata, "Aku lihat dalam mimpi tujuh ekor lembu yang gemuk, dan tujuh
yang kurus makan mereka; dan tujuh tangkai bijirin yang hijau, dan tujuh yang
lain kering. Wahai pembesar-pembesarku, putuskanlah kepadaku mimpiku, jika kamu
adalah penghurai-penghurai mimpi."
12:44. Mereka
berkata, "Mimpi yang dicampur baur, dan kami tidak tahu langsung
interpretasi mimpi."
12:45. Kemudian
berkata orang yang telah diselamatkan, teringat setelah beberapa umat,
"Aku sendiri akan beritahu kamu interpretasinya; maka utuslah aku."
12:46. "Wahai
Yusuf orang yang benar, putuskanlah kepada kami mengenai tujuh ekor lembu yang
gemuk, yang tujuh yang kurus makan, dan tujuh tangkai bijirin yang hijau, dan
tujuh yang lain kering; supaya aku kembali kepada manusia, supaya mereka
tahu."
12:47. Berkata,
"Kamu menyemai tujuh tahun seperti biasa; apa yang kamu tuai,
tinggalkanlah ia pada tangkainya, kecuali sedikit daripadanya kamu makan.
12:48. Kemudian
sesudah itu, akan datang kepada kamu tujuh tahun yang keras yang makan apa yang
kamu sediakan bagi mereka, semua, kecuali sedikit yang kamu simpan.
12:49. Kemudian
sesudah itu, akan datang satu tahun yang manusia diberi pertolongan hujan, dan
padanya mereka memerah."
12:50. Raja berkata,
"Datangkanlah dia kepadaku." Apabila rasul (utusan) datang kepadanya,
dia berkata, "Kembalilah kepada pemelihara kamu, dan tanya dia,
'Bagaimanakah dengan perempuan-perempuan yang memotong tangan mereka?'
Sesungguhnya Pemeliharaku tahu muslihat mereka."
12:51. Dia berkata,
"Apakah urusan kamu apabila kamu goda diri Yusuf?" Mereka berkata,
"Dijauhkan Allah! Kami tidak tahu kejahatan padanya." Isteri al-aziz
berkata, "Sekarang yang benar akhirnya jadi nyata; aku goda dirinya; dialah
orang yang benar.
12:52. Itu, supaya
dia tahu bahawa aku tidak khianatinya secara rahsia, dan bahawa Allah tidak
beri petunjuk kepada muslihat pengkhianat-pengkhianat.
12:53. Dan aku tidak
kata bahawa jiwaku tidak bersalah; sesungguhnya jiwa menyuruh pada kejahatan,
kecuali sebanyak apa yang Pemeliharaku kasihani; sesungguhnya Pemeliharaku
Pengampun, Pengasih."
12:54. Raja berkata,
"Datangkanlah dia kepadaku. Aku akan dekatkannya dengan diriku."
Kemudian, apabila dia telah berkata-kata dengannya, dia berkata, "Pada
hari ini, kamu berkedudukan teguh dalam sokongan kami, dan dalam kepercayaan
kami."
12:55. Berkata,
"Lantiklah aku kepada perbendaharaan bumi ini; aku adalah penjaga yang
alim (berpengetahuan)."
12:56. Maka Kami
teguhkan Yusuf di bumi untuk dia menetap di mana sahaja dia hendaki, dan Kami
tidak sia-siakan upah orang-orang buat baik.
12:57. Namun begitu,
upah akhirat adalah lebih baik bagi orang-orang yang percaya, dan bertakwa.
12:58. Dan
saudara-saudara Yusuf datang, dan mereka masuk kepadanya, dan dia kenal mereka,
tetapi mereka tidak mengenalinya.
12:59. Apabila dia
sudah siapkan bekal mereka dengan bekal mereka, dia berkata, "Datangkanlah
kepadaku saudara kamu yang tertentu daripada bapa kamu. Tidakkah kamu lihat
bahawa aku tepati sukatan, dan aku yang terbaik daripada penerima-penerima
tamu?
12:60. Tetapi jika
kamu tidak datangkan dia kepadaku, maka tidak akan ada sukatan bagi kamu
denganku, dan tidak juga kamu mendekatiku."
12:61. Mereka
berkata, "Kami akan memujuknya daripada bapa kami; itu kami akan
buat."
12:62. Berkata kepada
budak-budak suruhannya, "Letakkan barang-barang mereka ke dalam
pundi-pundi mereka supaya mereka kenalinya apabila mereka balik kepada keluarga
mereka, supaya mereka kembali."
12:63. Maka, apabila
mereka kembali kepada bapa mereka, mereka berkata, "Ayah, sukatan itu akan
dinafikan kepada kami; maka utuslah bersama kami saudara kami supaya kami dapat
sukatan itu; sesungguhnya kami akan menjaganya."
12:64. Dia berkata,
"Dan adakah aku akan percayai kamu kepadanya seperti aku percayai kamu
kepada saudaranya dahulu? Maka Allah adalah penjaga yang paling baik, dan Dia
yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan."
12:65. Dan apabila
mereka membuka barang-barang mereka, mereka dapati barang-barang mereka
dikembalikan kepada mereka. Mereka berkata, "Ayah, apakah yang kita
inginkan lagi? Barang-barang kita ini dikembalikan kepada kita, dan kita dapat
bekalan makanan untuk keluarga kita, dan kita akan jaga saudara kita; kita akan
dapat tambahan sukatan seekor unta. Itu sukatan yang mudah."
12:66. Berkata,
"Aku tidak akan utuskannya bersama kamu sehingga kamu beri aku satu janji
yang teguh dengan Allah, bahawa kamu pasti akan datangkannya kembali kepadaku,
kecuali kamu diliputi. Apabila mereka sudah beri janji mereka, dia berkata,
"Allah jadi Wakil atas apa yang kami ucapkan."
12:67. Dan berkata,
"Wahai anak-anakku, janganlah masuk dari satu pintu gerbang; masuklah dari
pintu-pintu yang berlainan. Namun begitu, aku tidak berguna kepada kamu sedikit
pun terhadap Allah; putusan hanyalah bagi Allah. Kepada-Nya aku tawakal, dan
kepada-Nya hendaklah semua tawakal, orang-orang yang tawakal."
12:68. Dan apabila
mereka masuk dari arah yang bapa mereka perintahkan mereka, walaupun ia tidak
berguna kepada mereka sedikit pun terhadap Allah, tetapi ia adalah satu hajat
di dalam jiwa Yaakub yang dia hendak tunaikan. Sesungguhnya dia mempunyai suatu
pengetahuan kerana apa yang Kami telah mengajarnya; tetapi kebanyakan manusia
tidak tahu.
12:69. Dan apabila
mereka masuk kepada Yusuf, dia ambil saudaranya kepadanya. Berkata, "Aku
saudara kamu; maka jangan kamu dukacita terhadap apa mereka buat."
12:70. Kemudian,
apabila dia siapkan untuk mereka persiapan mereka, dia letak gelas minumannya
ke dalam pundi saudaranya. Kemudian orang yang menyeru berseru, "Hai
kafilah, kamu adalah pencuri-pencuri!"
12:71. Mereka
berkata, sambil mendekati mereka, "Apakah yang kamu hilang?"
12:72. Mereka
berkata, "Kami kehilangan gelas berkaki kepunyaan raja. Sesiapa
mendatangkannya akan dapat beban seekor unta; itu aku jamin."
12:73. Mereka
berkata, "Demi Allah, kamu tahu bahawa kami tidak datang untuk buat
kerosakan di bumi. Kami bukanlah pencuri."
12:74. Mereka
berkata, "Apakah balasannya jika kamu pendusta-pendusta?"
12:75. Mereka
berkata, "Balasannya - dalam pundi sesiapa ia didapati, maka dialah
balasannya. Begitulah kami balas orang-orang zalim."
12:76. Maka dia
mulakan dengan karung-karung mereka sebelum karung saudaranya, kemudian dia
keluarkannya daripada karung saudaranya. Begitulah Kami buat muslihat untuk
Yusuf; dia tidak boleh ambil saudaranya, menurut agama (pengadilan) raja,
kecuali apa yang Allah hendak. Sesiapa Kami hendaki, Kami naikkan darjat; di
atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan, ialah Yang tahu.
12:77. Mereka
berkata, "Jika dia seorang pencuri, seorang saudaranya adalah seorang
pencuri dahulu." Tetapi Yusuf rahsiakan di dalam dirinya, dan tidak
nampakkannya kepada mereka, dengan berkata, "Kedudukan kamu lebih buruk;
Allah sangat-sangat tahu apa yang kamu terangkan."
12:78. Mereka
berkata, "Wahai al-aziz (yang perkasa), dia mempunyai bapa yang sangat
tua; maka ambillah salah seorang antara kami untuk mengganti tempatnya; kami
lihat bahawa kamu adalah antara orang-orang buat baik."
12:79. Berkata,
"Allah tegah bahawa kami patut ambil sesiapa sahaja kecuali orang yang
kami dapati barang kami padanya, kerana jika kami buat demikian, tentulah kami
jadi orang-orang zalim."
12:80. Apabila mereka
berputus asa daripadanya, mereka berbincang secara sulit, berjauhan. Berkata
yang tertua antara mereka, "Tidakkah kamu tahu bagaimana ayah kamu telah
mengambil janji daripada kamu dengan Allah, dan sebelum itu kamu sia-siakan Yusuf?
Aku tidak akan tinggalkan bumi ini sehingga ayahku izinkan aku, atau Allah
hakimkan untuk memihak kepadaku; Dia yang paling baik daripada para hakim.
12:81. Kembalilah
kamu semua kepada bapa kamu, dan katakan, 'Ayah, anak kamu telah mencuri; kami
tidak saksikan kecuali apa yang kami tahu; kami bukanlah penjaga yang ghaib.
12:82. Tanyalah
bandaraya yang kami berada di dalamnya, dan kafilah yang kami datang bersama di
sana; sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar.'"
12:83. Dia berkata,
"Tidak! Tetapi jiwa kamu hasut kamu untuk buat sesuatu perkara. Tetapi
marilah, kesabaran yang manis! Mudah-mudahan Allah akan datangkan mereka
kesemuanya kepadaku; sesungguhnya Dialah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana."
12:84. Dan dia
berpaling daripada mereka, dan berkata, "Aduhai, dukacitaku untuk
Yusuf!" Dan kedua-dua matanya jadi putih kerana kesedihan yang mencekiknya
di dalam dirinya.
12:85. Mereka
berkata, "Demi Allah, kamu tidak berhenti-henti mengingati Yusuf sehingga
kamu hilang tenaga dan jadi kurus kering kerana kesedihan, atau termasuk
orang-orang yang binasa."
12:86. Berkata,
"Aku mengadu penderitaanku dan kesedihanku kepada Allah; aku tahu daripada
Allah apa yang kamu tidak tahu.
12:87. Wahai
anak-anakku, pergilah dan carilah berita mengenai Yusuf dan saudaranya.
Janganlah berputus asa daripada kesenangan Allah; daripada kesenangan Allah,
tiada yang berputus asa melainkan kaum tidak percaya (kafir)."
12:88. Maka apabila
mereka masuk kepadanya, mereka berkata, "Wahai al-aziz, mudarat telah
sentuh kami dan keluarga kami. Kami datang dengan barang-barang yang tidak
berharga. Tepatilah kepada kami sukatan, dan bersedekahlah kepada kami;
sesungguhnya Allah balas orang-orang yang bersedekah."
12:89. Berkata,
"Adakah kamu tahu apa yang kamu lakukan terhadap Yusuf dan saudaranya,
ketika kamu orang-orang yang bodoh?"
12:90. Mereka
berkata, "Mengapa, adakah kamu benar-benar Yusuf?" Dia berkata,
"Aku Yusuf. Ini saudaraku. Sungguh, Allah telah berbudi baik kepada kami.
Sesiapa bertakwa dan sabar, maka sesungguhnya Allah tidak sia-siakan upah
orang-orang buat baik."
12:91. Mereka
berkata, "Demi Allah, sesungguhnya Allah lebih suka kamu daripada kami,
dan sesungguhnya kami bersalah."
12:92. Berkata,
"Tidak ada celaan pada hari ini kepada kamu; Allah ampunkan kamu; Dia yang
paling berpengasihan daripada yang berpengasihan.
12:93. Pergilah,
ambil baju ini, dan kamu lempar ia kepada muka ayahku, dan dia akan peroleh
kembali penglihatannya; kemudian datangkanlah kepadaku keluarga kamu
kesemuanya."
12:94. Maka, apabila
kafilah telah berangkat, bapa mereka berkata, "Sesungguhnya aku dapati bau
Yusuf, melainkan kamu tuduh aku nyanyuk."
12:95. Mereka
berkata, "Demi Allah, sungguh kamu adalah dalam kesesatan kamu yang
dahulu."
12:96. Tetapi apabila
pembawa berita gembira datang kepadanya dan lemparkan ke mukanya, dia kembali
(murtad) dapat melihat. Berkata, "Tidakkah aku kata kepada kamu bahawa aku
tahu daripada Allah apa yang kamu tidak tahu?"
12:97. Mereka
berkata, "Ayah kami, mintalah ampun untuk kami atas kesalahan-kesalahan
kami; sesungguhnya kami bersalah."
12:98. Berkata,
"Sungguh, aku akan minta ampun untuk kamu kepada Pemeliharaku;
sesungguhnya Dialah Yang Pengampun, Yang Pengasih."
12:99. Maka, apabila
mereka masuk kepada Yusuf, dia ambil kedua ibu bapanya kepadanya, dengan
berkata, "Masuklah kamu ke Mesir, jika Allah hendaki, dalam keadaan
aman."
12:100. Dan dia
naikkan kedua ibu bapanya ke atas arasy (singgahsana); dan yang lain, jatuh
bersujud kepadanya. Berkata, "Ayah, inilah interpretasi mimpi saya yang
dahulu; Pemelihara saya telah membuatnya benar. Dia telah berbudi baik kepada
saya apabila Dia keluarkan saya dari penjara, dan Dia datangkan kamu dari gurun
setelah syaitan selisihkan antara saya dan saudara saya. Pemelihara saya halus
terhadap apa Dia hendaki; sesungguhnya Dialah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana.
12:101. Wahai
Pemeliharaku, Engkau telah beri aku untuk memerintah, dan Engkau telah ajar aku
interpretasi hadis (mimpi). Wahai Pemula langit dan bumi, Engkau Waliku
(Pelindungku) di dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam kemusliman, dan
satukanlah aku dengan orang-orang yang salih."
12:102. Itu adalah
daripada berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kamu, dan kamu tidak berada
dengan mereka ketika mereka bersetuju dalam urusan mereka, dengan membuat tipu
daya.
12:103. Walaupun kamu
sangat inginkan, tetapi kebanyakan manusia tidak mukmin (percayai).
12:104. Kamu tidak
minta upah untuknya; ia tidak lain hanya peringatan bagi semua alam.
12:105. Berapa
banyaknya ayat yang ada di langit dan di bumi yang mereka melalui, dengan
berpaling daripadanya!
12:106. Dan
kebanyakan mereka tidak percayai Allah, melainkan mereka sekutukan-Nya.
12:107. Adakah mereka
berasa aman, bahawa akan datang kepada mereka tiada yang menutupi daripada azab
Allah; atau, bahawa Saat akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang
mereka tidak sedar?
12:108. Katakanlah,
"Ini jalanku. Aku seru Allah dengan bukti-bukti yang nyata, aku dan
sesiapa yang ikut aku. Kepada Allah sanjungan! Dan aku tidak termasuk
orang-orang yang sekutukan."
12:109. Kami tidak
utus seseorang sebelum kamu, melainkan lelaki-lelaki yang Kami wahyukan mereka
daripada penduduk yang tinggal di bandaraya-bandaraya. Tidakkah mereka
mengembara di bumi? Tidakkah mereka lihat bagaimana kesudahan orang-orang
sebelum mereka? Sesungguhnya tempat kediaman akhirat adalah lebih baik bagi orang-orang
bertakwa. Apa, tidakkah kamu faham?
12:110. Sehingga,
apabila Rasul-Rasul berputus asa, dengan berpendapat bahawa mereka telah
dianggap pendusta-pendusta, pertolongan Kami datang kepada mereka, dan sesiapa
Kami hendaki, diselamatkan. Bencana Kami tidak dikembalikan daripada kaum yang
berdosa.
12:111. Sesungguhnya
dalam cerita-cerita mereka adalah pelajaran bagi orang-orang empunya minda; ia
bukanlah hadis yang diada-adakan, tetapi satu pengesahan bagi apa yang
sebelumnya, dan penjelasan bagi segala sesuatu, dan petunjuk, dan pengasihan,
bagi kaum yang percayai.