The Alien - Link Select

Ahad, 10 Julai 2011

TAHUKAH ANDA???




“Jagalah agar hatimu tetap tenang, duduklah seperti kura-kura, berjalanlah dengan riang seperti merpati dan tidurlah seperti seekor anjing.”


Itulah kalimat nasehat yang diberikan oleh Li Chung Yun ketika seorang kepala suku bernama Wu Pu Fei menanyakan rahasia umur panjang. Li Chung Yun.


Fakta tentang beliau=

•Meninggal pada tanggal 6 Mei 1933 pada usia 256 tahun.

•Li tinggal di propinsi Sichuan di Cina

•Pada saat usianya 10 tahun, ia sudah merantau ke Kansu, Shansi, Tibet, Annam, Siam dan Manchuria untuk mengumpulkan tanaman ubat hingga berumur 100 tahun.

•Menguburkan 23 Isteri dan pada saat meninggalnya ia hidup bersama isteri ke 24

•Dari1 ke-24 istreinya, Li memiliki anak cucu hingga 11 generasi dan berjumlah sekitar 200 orang.

•Walapun usianya sudah 200 tahun lebih, namun dalam pandangan orang-orang ia kelihatan seperti seseorang yang berusia 60 an.

•Beberapa sumber mengatakan bahwa Mr.Li telah memiliki kuku yang panjang sekitar 6 inci.

•Lahir tahun 1736. Namun pada tahun 1930, seorang profesor dari universiti Chengdu yang bernama Wu Chung Chieh menemukan sebuah catatan dari kerajaan Cina yang memberikan ucapan selamat kepada Li Ching Yun atas ulang tahunnya yang ke-150 tahun. Ucapan selamat itu diberikan pada tahun 1827. Apabila pada tahun 1827 ia menyambut ulang hari jadi ke-150, maka itu bererti catatan kerajaan menunjukkan bahwa Mr. Li lahir pada tahun 1677 dan bila meninggal di tahun 1933, ia berumur 256 tahun.

•Pada saat kematiannya, ucapan dukacita untuk Mr.Li diterbitkan oleh media-media ternama dunia, termasuk The New York Times dan Times Magazine.

•Apakah Li lahir tahun 1677 atau 1736 seperti pengakuannya ? Apabila ia lahir tahun 1736 sesuai pengakuannya, bererti dia meninggal pada usia 197 tahun, jauh lebih lama dibandingkan dengan orang tertua yang pernah tercatat iaitu Jeanne Louise Calment dari Perancis yang meninggal pada tahun 1997 di usia 122 tahun 164 hari.

•Sebelumnya, di Cina juga pernah tercatat adanya seorang yang bernama Chen Jun yang dipercaya meninggal pada usia 443 tahun.

•Selama hidupnya, Mr Li dikenal sebagai seorang Herbalis dan ahli kungfu. Pada tahun 1749 ketika ia berumur 71 tahun, ia pindah ke kota Kai Xian untuk bergabung dengan pasukan Cina sebagai pelatih kungfu dan penasihat askar.

•Salah seorang murid Mr. Li, yaitu Master Tai Chi bernama Da Liu menceritakan kisah ini. Pada saat Mr. Li berusia 130 tahun, dia berjumpa dengan seorang pertapa di sebuah gunung yang kemudian mengajarnya Jiulong Baguazhang (sembilan naga delapan diagram telapak tangan) dan Qigong (tenaga dalam) dengan teknik pernapasan khusus, pergerakan dan cara mengkordinasikannya dengan suara spesifik serta rekomendasi makanan. Da Liu mengatakan bahwa Mr.Li dapat memiliki umur panjang kerana dia secara teratur melakukan latihan-latihan tersebut setiap hari, selama 120 tahun.

•Pada tahun 1933, dia meninggal dunia. Mr li pernah berkata kepada seorang sahabat,“Aku telah menyelesaikan semua hal yang harus diselesaikan di dunia ini, sekarang aku akan pulang.” Li Chung Yun meninggal tidak lama setelah itu. Dan sejak itu muncullah Legenda Li Chung Yun, Manusia yang berumur 256 tahun.




Read more: http://fid.ohmacamitu.com/kisah-lelaki-tertua-di-dunia-mempunyai-umur-256-tahunli-chung-yun/#ixzz1RlihfYoD

Umur Nabi Adam 930 tahun.
Umur Nabi Nuh 1000 tahun.
Umur Nabi Ibrahim 195 tahun.
Umur Nabi Ismail 137 tahun.
Umur Nabi Ishak 137 tahun.
Umur Nabi Yaakob 144 tahun.
Umur Nabi Yusof 110 tahun.
Umur Nabi Musa 123 tahun.
Umur Nabi Daud 70 tahun.
Umur Nabi Sulaiman 180 tahun.
Umur Nabi Zakaria 300 tahun.
Umur Nabi Yahya 95 tahun.
Umur Nabi Syuib 254 tahun.
Umur Nabi Soleh 180 tahun.
Umur Nabi Hud 165 tahun.
Umur Nabi Isa semasa sebelum diangkat ke langit 33 tahun.
Umur Nabi Muhammad s.a.w 63 tahun.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:” Umur umatku antara 60 hingga 70 tahun .”

BANGLO BERHANTU???



Apakah benar cerita bahawa Banglo ini berhantu??? apa pun Kumpulan PEMBURU IBLIS akan menyiasat rumah ini dan rumah banglo sekitar seksyen 2 tersebut. 2 adik beradik yang amat sukakan pemburuan ke atas makhluk halus mula mengorak langkah di sebelah malam untuk memastikan kewujudan entiti cicit iblis ini... Muhammad Jibril dan Muhammad Mikael bukan sahaja berani malah berilmu tinggi untuk menghapuskan musuh anak cucu Adam ini... mereka menggelarkan kumpulan mereka yang dianggotai oleh tiga orang sebagai ORGANISASI PEMBURU IBLIS! O.P.I

NANTIKAN OUTCOME SIASATAN MEREKA DI BLOG INI.

AHAD JAM 9 MALAM : OPI parking kereta hitam pacuan 4 roda jenis Frontier yang telah diubahsuai di tepi jalan. Banglo tersebut ditinjau dari luar buat setengah jam. tetapi tiada sebarang gerakan. hanya bunyi benda jatuh dan bunyi kucing mengiau.

Jam 12 tgh malam : Banglo tersebut kelihatan menyeramkan dalam gelap. tetapi dapat dilihat kelibat lembaga berjalan dalam rumah melalui tingkap.

Jam 1 pagi : Banglo itu sunyi setelah Muhammad Jibril memasukinya dari belakang. Muhammad Mikael masih di tingkat atas... ada sesuatu yang berbau busuk mengitari ruang utama banglo itu. dalam setengah jam kemudian Organisasi Pemburu Iblis meninggalkan banglo untuk berehat di Markas.

PENGALAMAN PANTANG CEASERIAN???

Assalammualaikum wbt...


Tiba-tiba aku terpanggil untuk membuat entry khas pasal pantang ceaser nih.. kenapa?? sebab nak kongsi pengalaman dengan seorang blogger nie iaitu EFFA yang bakal di ceaser isnin depan.. hohoho saspen kan sebab dia dah tau date nak ceaser tu.. lain lah aku last minit baru tau... at least dia boleh buat persiapan rapi untuk cari maklumat berkenaan pantang bersalin ceaser nih.. aku plak memang zero tak tau apa2...


oklah meh kita imbas kenangan aku mase berpantang aritu... macam lama jer abes pantang padahal baru lepas 2 hari jek hahaha


SAKIT??


Masa operate memang tak sakit apa2... lepas kena bius tu terus tak rasa kedua-dua kaki nih tapi lepas tu.... ha meh sini aku nak cerita..


malam pertama di wad hospital serdang aku demam panas.. series ni adalah demam terkejut sebab baru kuar daripada OT.. malam tu baby aku di jaga oleh nurse sebab aku memang tak dapat bangun.. terbaring dan lemah longlai di atas katil.. esoknya seawal jam 7.30 pagi doktor datang nak bukak plaster yang menutupi luka ceaser tu... punyalah serammmm! aku ingatkan biar jer plaster tu seminggu dua rupa-rupanya nak kena bukak jugak.. lepas doktor bukak plaster tu doktor sembur dengan spray apakebendatah rasa sejuk2 jer.. pastu nurse pon bukak beg plastik air kencing.. doktor pesan suh belajar berjalan ke toilet secara perlahan-lahan.. bangun jangan mengejut.. kalo rasa pening2 duduk dulu...


perghhh time nak bangun ke toilet tu memang hazab.. yang aku perasan aku jalan membongkok.. tak boleh nak tegakkan badan... pelan-pelan jalan memang tak dapat la nak jalan laju2.. aku tengok orang yang bersalin normal tu lajuuu jer pegi toilet.. so aku nasihatkan jalan pelan-pelan pastu kalo boleh cuba tegakkan badan dan jangan bongkok sebab doktor pon pesan cam tu.. aku jer yang tak boleh nak ikut coz terasa sakit sangat..


oh lupa nak bagitau masa nak bangun tu pegang ler besi palang kat tepi katil tu.. tarik kuat2 dan kuatkan semangat.. yelah kaki baru lepas kena bius memang berat sket nak bangun dan mula berjalan balik..


CARA PEMAKANAN


Aku berpantang kat rumah mertua.. semua makanan dimasak oleh mak mertua aku.. minggu pertama makan sup ikan haruan dan nasi panas. Hurm itulah makanan aku selama seminggu. Masuk minggu kedua dah mula makan ikan goreng.. makan ikan yang tak gatal... seperti ikan selar, ikan tenggiri dan ikan merah. Ikan tu kalo boleh tak nak berminyak yer kena lapkan dekat tisu sampai tak de minyak.. pastu dah mula makan sayur sawi. Sayur sawi tu buat sayur air jer taruk ikan bilis. Itulah makanan aku tiap2 hari... Masuk minggu ke tiga aku dah mula makan ayam.. tapi secara skit2 la.. ada orang kata makan ayam tu gatal.. tapi ada yang kata tak gatal.. alhamdulillah aku makan ok jer tak de plak rasa gatal2 kat luka tu.. so aku teruskan makan secara sket2 sampai minggu ke 4.. ayam tu plak wat masak kicap taruk lada hitam,halia, bawang putih dan bawang merah banyak2.. time nie aku rasa makanan dalam pantang yang paling sedap adalah ayam masak kicap! selain daripada rebus2 tu sume memang tak lalu da... pastu aku juga mula makan daging.. mak mertua aku masakkan daging goreng kering2 bersama halia, lada hitam, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah.. lepas tu dah mula makan ikan masak kari kering2 tak de santan... ikan bilis goreng.. haa itu jer kot makanan aku.. makan nasik sket jer takut tak leh buang ayor besor :p ada setengah orang tak makan lada hitam takut luka lambat kering la apa la tapi alhamdulillah aku makan nampaknya ok pastu lada hitam nie kan bagus untuk panaskan badan kita..


Oh yer jangan lupa makan ubat seperti ubat gamat healin tu pastu pati ikan haruan polleny bagus untuk sembuhkan luka.. buah oren pon sangat bagus juga.. aku beli ubat gamat healin tu sekali jer sebab mahal :P pastu pati ikan haruan baru start makan nie lepas pantang hihi


PENJAGAAN LUKA


Bab luka nie kita kena jaga betul2 yer.. bukan apa takut la kan luka tu bernanah ke apa nanti.. sebab tu kita kena amek berat pasal pemakanan.. jangan makan benda yang gatal2.. kalo badan kita tahan tak per lah.. boleh lah makan telur dan sebagainya.. eh aku ade termakan telur jugak tapi bila dah lepas 20 hari la.. elok jer.. ikut badan jugak kot..


Mandi? takut giler nak mandi weh! takut air mengalir kena tang luka tu.. tapi kan aku mandi jugak.. mana tahan berpantang dalan cuaca panas mesti nak kena mandi jugak kan.. tapi aku mandi pada hari ke 4 kalo tak salah aku.. kat bahagian luka tu tutup dengan kain.. bagi air tak kena direct tang luka tu.. aku mandi duduk atas kerusi plastik tak berani nak berdiri atau duduk cangkung.. mandi pon sehari sekali waktu pagi jer.. petang dah tak mandi dah.. sampai la aku rasa luka tu dah betul2 kering baru aku mandi 2x sehari.. tu pun lepas 2 minggu rasanya...


Lepas mandi wajib lap luka tu kering2 guna tuala yang berlainan.. tuala yang bersih sebelum pakai seluar.. pastikan seluar dalam mesti diatas perut supaya tak kena bahagian luka tu.. sampai sekarang aku dah tak berani pakai seluar dalam bawah daripada perut.. takut gak tergesel ngan luka tu huhuhu


Pastu jangan letakkan sebarang ubat kat luka tu.. aku memang tak berani nak taruk ubat apa pun kat situ.. takut bernanah wei! ada member syorkan sapu jeli gamat kat situ.. tapi aku tak buat pun.. apa yang penting mesti kena selalu pastikan luka tu sentiasa dalam keadaan kering.. kalo berpeluh ke apa cepat2 keringkan dekat kipas angin taw!




BERURUT & BERTUNGKU


Untuk berurut bagi orang yang bersalin ceaser nie kena cari mak bidan yang pandai urut.. kebetulan dekat rumah mertua aku tu ada la mak cik nie pandai urut orang ceaser.. tapi syarat dia hendaklah selepas 2 minggu pantang... so pada hari ke 15,16 dan ke 17 berpantang aku mula berurut.. best wooo bila dah mula mengurut nie.. hilang lengguh2 badan aku.. aku juga bertungku.. mak bidan tu la yang buat semua.. guna tungku batu kecik jer tapi berat dia boleh tahan la.. kata mak cik tu kalo bersalin normal berat lagi batu tungku tu.. mak bidan tu selamba jer tungku dekat perut aku dan dekat luka ceaser aku tu.. aku punyalah takut! tapi kata mak bidan tu kalo tungku kat tempat luka tu boleh bagi luka tu cepat kering.. so far alhamdulillah lepas 3 hari bertungku tempat luka aku tu kering elok.. itu pun kalo korang berani la yer dan dapat mak bidan yang berani macam mak bidan yang urut aku tu.. kalo mak bidan yang tak pandai dinasihatkan janganlah buat yer.. salah langkah mau terburai plak hihi tak dela guro jer..


BENGKUNG


Aku mula pakai bengkung pada hari ke 5 berpantang.. percaya atau tidak itulah kenyataannya.. time tu ada sorang mak cik nie datang melawat aku.. kebetulan dia nie mak bidan.. dia nak tengok luka dan perut aku pastu selamba ja dia suh aku pakai bengkung.. bengkung yang ikat2 tu tau! mulanya aku memang tak nak tak berani takut dan sebagainya.. tapi mak cik tu ye ye jer cakap tak de apa2 la macam2 la.. tah cemana aku leh termakan dengan hasutan dia cis hihihi. Aku pon dipakaikan bengkung oleh mak cik tu.. siap lumur kapur campur air perahan limau nipis lagi tu! mak cik tu suh aku pakai 1 hari 1 malam jangan bukak.. tang luka tu tak kena bengkung.. bila nak duduk bangun rasa macam selesa sangat.. kalo tak ya Allah susahnya nak bangun.. rasa macam nak letak tali kat kepala katil tu.. tapi kan korang tak berani jangan lah pakai bengkung awal2... yelah mana tau kalo salah ikat kena tang luka tu naya jer! aku pon sempat pakai 2 hari jer.. esoknya akak aku datang melawat dia bebel2 kat aku dah suruh bukak bengkung tu huhuhu padahal aku dah rasa selesa sangat pakai bengkung tu.. senang nak bangun.. so pastu aku dah tak pakai dah.. pastu ramai plak yang komen kat fesbuk cakap tak boleh pakai lagi bengkung if kita nie ceaser kena tunggu luka dah elok betui2 baru boleh.. aku pon stop laa.. sekarang nie aku dah tak pakai bengkung tu.. malas nak ikat2.. aku pakai yang jenis stripe tu jer senang. Mujur perut aku tak moncit sangat so rasa tak payah pakai yang ikat2 tula.. aku lumur pati halia yusmira dan pakai bengkung stripe tu jer.. kempis jugak perut nie.. jangan riso la uols! boleh kurus jugak hihi


LAIN-LAIN


Erm apa lagi yer.. oh yer bab penjagaan anak kita memang perlukan bantuan suami dan family kita sama ada mak atau mak mertua kita.. mujur lah mak mertua aku yang buatkan semua untuk aku.. mandikan anak.. dan jaga anak masa lepas 2 hari aku kuar hospital.. masa tu aku memang tak mampu nak uruskan anak langsung.. nak angkat anak pon tak larat.. nak menyusu anak lagi lah.. kalo boleh biar ada orang yang tolong angkatkan anak tu kasi pada kita.. better susukan sambil duduk diatas kerusi dan bersandar.. tak pun berlunjur dan bersandar kat kepala katil tu.. eh lupa plak time tido pakai 2 biji bantal yer.. tinggikan skit kepala tu baru selesa sebab orang ceaser nie memang kena tido telentang jer tak boleh nak pusing kiri kanan.. sakit..


oh yer jangan nak angkat yang berat2! tapi kan aku selalu terangkat cerek air yang berat tu.. sebenarnya ringan jer tapi bila dah ceaser nie rasa macam berat pulak.. yelah tak kan aku nak nyusahkan mak mertua aku pulak apa yang boleh aku buat.. aku akan cuba buat.. tapi macam basuh baju.. sapu sampah tu aku tak da la buat sampai la dah ujung2 pantang baru ler buat skit2..


makan jamu aku tak de amalkan.. aku dah try makan jamu air buatan mak bidan tu tapi sumpah tak boleh nak telan.. teruknya rasa dia! huhu cuma sekarang nie aku dah mula minum air akar kayu produk nona roguy tu (dah aku beli set nona roguy terpaksalah habiskan sume)


apa lagi yer?? hurm paling penting mental mesti kuat ok! sebab diawal pantang tu memang rasa stress sangat pastu emosi pon tak stabil asyik nak emo jer.. air mata usah ko tanya asyik nak mencurah2 jer.. nak nak pulak terkenangkan emak kandung di kampung..huhu tah hapahapatah aku nie..


oklah tu aku rasa cukup sudah sampai di sini.. nak cerita banyak aku pon baru anak sorang.. tak pro lagi.. so inilah serba sedikit pengalaman aku untuk dikongsikan bersama kalian.. mungkin korang pantang kaw2 punya kan aku nie biasa2 ja..

GELARAN DAN PANGKAT DARI ALLAH SWT

NABI MUHAMMAD RASULULLAH
SAW = SHALLALLAHU ALAIHI WASSALAM (ALLAH BERSELAWAT KEPADA RASULULLAH) DALAM BI BUKAN PBUH(PEACE BE UPON HIM) TETAPI PEACE BY ALLAH UPON HIM = PBAUH

NABI-NABI LAIN IALAH A.S (ALAIHI-SALAAM=YANG DIAMANKAN DAN DISELAMATKAN ALLAH SENTIASA)

MALAIKATUL A.S (SAMA SEPERTI DIATAS)

SAHABAT-SAHABAT NABI R.A (RADIALLAHU ANHU (LELAKI), RADIALLAHUMAA (PEREMPUAN))

WALIYULLAH

BAGI SAUDARA SEAGAMA HENDAKLAH KITA LETAK DIHUJUNGNYA (MABH= MAY ALLAH BLESS HIM) ATAU DALAM BAHASA MELAYUNYA... SEMOGA ALLAH BERKATINYA(SAB)- CADANG AKU JE...

JADI SIAPA-SIAPA PUN BOLEH DAPAT TITLE INI... CONTOHNYA... SILZACK KHAIROL S.A.B
MUHAMMAD ZULQARNAEN S.A.B

BERSIH???




BERSIH? Apa yang mereka dapat hari SABTU tu? selain kerugian banyak pihak? anda patut tanya diri anda sendiri, mengapa anda menyertai satu perhimpunan HARAM yang hanya memberi kerugian kepada diri sendiri dan rakyat... membuang masa, memecahbelahkan perpaduan rakyat, meruntuhkan ekonomi negara, malah menyusahkan diri sendiri. dan yang paling memalukan, kesemuanya orang MELAYU dan berkopiah pun ada... cukup MEMALUKAN! Orang Melayu diperkudakan oleh pihak tertentu atas kepentingan peribadi sendiri... lihatlah apa yang berlaku, jangkaan 100 ribu orang rakyat akan hadir... tetapi hakikatnya??? hanya tak lebih 6000 orang yang hadir untuk membuang masa dan meyusahkan rakyat... ini menunjukan usaha dan visn anda memang tak releven lagi! menyusahkan ahli sendiri dan orang lain.. alhamdulillah...

Yang paling merugikan ialah masa dan wang kerajaan utnuk mengekang huru-hara ini. tak pasal-pasal duit rakyat yang septutnya digunapakai untuk kemajuan, diguna pakai untuk menyelesaikan masalah yang septutnya tidak WAJAR berlaku sebagai rakyat negara ini... hampesss!!!

dan yang paling meyakitkan hati ialah, aku mendengar cerita ada satu kumpulan manusia yang menaiki komuter, siap bertahlil kuat2 dengan kalimah suci "LAA ILLAAHA ILLALLAH" - kalimat itu untuk tujuan suci, bukan untuk tujuan peribadi dan politik parti anda! usahlah buat kerja sia-sia! ada pula , yang aku dengar dalam KOSMO(bacalah)- seorang penyokong BERSIH meninggal sesak nafas kat KLCC... umur dilaporkan 56 tahun, ..Kasihan betul... umur2 macam tu.. bawalah duduk kat surau buat ibadah untuk sisa-sisa hidup, tak pun layan cucu kat umah hari sabtu tu... kan lebih baik... ini tak! TAKDIR memang macam tu, masalahnya... anda yang pilih takdir anda sendiri..

CUKUP MEMALUKAN MELAYU DAN ISLAM!

Alhamdulillah, semua pemimpin tu dah kena tahan! yang amat memalukan lagi ialah mereka yang kena tahan tu, siap diberi makanan free lagi kat PULAPOR! huh! kalau aku lah.. aku bagi kebulur je hari itu... tetapi KERAJAAN amat bermurah hati, bagi diorang makan, tempat solat pun disediakan...ini kalau jenis orang hati kering, kompom tak sedar-sedar lagi kebodohannya!

yang paling tak best dengar ialah Datuk SERI ANWAR cedera dipijak oleh penyokong sendiri! apalah punya penyokong! BODOH! Apakah pemimpin anda tidak mengajar anda mengawal keselamatan PEMIMPIN sendiri. Hampesss! cukuplah!

hentikan kerja sia-sia tu.... lebih kalau Datuk tumpukan perhatian pada kes mahkamah tu... taubat banyak2 dan doalah kepada Allah Yang Maha Pengasih agar memudahkan segala urusan. Tambahan pula Tun Mahathir dah pencen, banyak dah buat ibadah untuk sisa-sisa hidup beliau... contohilah bekas mentor anda itu... Biarkan KERAJAAN ini dengan labu-labunya... yang lain serahkan kepada ALLAH SWT...

SK : Aku hari sabtu tu, balik rumah layan diri, bersihkan rumah dan masak masakan kegemaran aku Sushi Tuna makan bersama Nasi putih. Fuh! sedap...lepas tu layan PS2-GTA LC- fuh!!! walaupun aku dah tua...tetapi GAMES tetap akan menjadi aktiviti sampingan aku... hehehhehee! BERSIH kan akal dan rohani anda!!!